Perkembangan Aleesya 4 Bulan


Ya Allah. Cepatnya masa berlalu. Sudah empat bulan dah princess kami. Empat bulan ni, belum timbang lagi. Nanti mama timbang ok. Tapi, lihat pada fizikal, dah tak nampak dagu runcing. Hidung mancung pun tak ada. Nampak dua biji pau gebu aje - pipi yang membulat.

Feel nya lain bila dapat princess. Bak kata anti, " Duduk rumah pun pakai comel-comel?  ". Haruslah. Baru terserlah kecomelan Aleesya. Hahahah.

So, apa si baby ni dah pandai eh? Meniarap belum lagi! Walaupun dah tersembam, tangan dia masih belum lepas. Menjerit la jawapnya =)

Aleesya makin pandai. Dia tau dah kalau kita nak keluar berjalan. Kaki tangan mulut sama rancak. Terkapai-kapai nak suruh angkat. Bila tiba Isnin je, mesti teacher kata Aleesya tak nak duduk bawah. Maaf lah teacher. Bila weekend,  sama ada di atas riba atau di dalam stroller. Hihihi.

Selain suka tengok abang, Aleesya suka tengok tv. Yang bestnya, multi-tasking. Sambil nak menyusu, sambil nak tengok tv. Haaa... macam mana tu?

Errr... ni hobby baru. Dulu takat hisap jari je kan? Sekarang ni, kerjanya menjolok anak tekak. So, kalau weekend tu, dapatlah mandi muntah susu dua kali sehari. Dijolok dalam-dalam tu. Haaaiii la tangan. Kalau mama bedung, gamat lah satu kawasan kot dengan suara dia.

Alhamdulillah. Setakat ni kesihatan Aleesya ok. Cuma demam sehari akibat cucuk. Sesekali hidung berair juga. Cepat-cepat mama makan vitamin C.  Sebab menyusu badan, mungkin mudah sikit. Nampak gaya, Aleesya lebih lasak berbanding abang. Minggu lepas, bila membuang keluarnya sikit-sikit. Sayang juga tak sampai 5 minit pakai pampers kena tukarkan yang lain. Lepas dua tiga hari, baru terfikir, kena beli pampers murah sikit. Dannn... yessss!!! Nampaknya Aleesya tak de kena ruam lampin. Hoooray! Memang berbeza nampaknya dua beradik ni. Abang memang high maintenance. Adik pulak nampaknya lasak sikit kulitnya. Syukur Alhamdulillah. 

Ini namanya rezeki daripada Allah - kesihatan yang baik. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat tuhan dan diberkati sentiasa.

Bila La Aleesya Nak Jatuh Ni


Gambar ni diambil ngam-ngam masa Aleesya genap 3 bulan. Masa Aleesya tiga bulan ni dah senget-senget nak meniarap. Tertunggu-tunggu juga, bilanya nak jatuh meniarap ni. Hihihihi. 

Excited sebenarnya.  Tak dapat bayangkan Aleesya dah meniarap. Belum meniarap pun dah boleh berpusing 90 darjah. Berpaling kejap aje dah berubah tempat baringnya. Kalau dah meniarap? Hihihihi. 

Jeling-jeling juga carpet dekat hall tu. Lama dah tak hantar cuci. Maklum aje la nanti anak nak menjulur bagai. Eh.... memang excited la rasanya. 

Anak pulak dah pandai main. Wahhhh... syok ooo ada anak kecik =) Tertunggu-tunggu apa skill baru yang dia akan dapat buat.

Terkejutnya Abang

Weekend aritu habiskan masa di book store. Lama sangat tak menjenguk. Hajat di hati nak cari organizer yang fancy. Sampai sana, benda lain pulak yang menjadi tarikan. Alhamdulillah,  target 8kg yang nak dibuang hari tu tinggal lagi 3kg untuk dicapai. Tapi, alang-alang, MA target untuk tambah lagi 2kg la. Hihi. Kurus macam zaman dulu-dulu. 

Berbalik kepada tajuk, Adam berkenan dengan biography character cerita star wars. Penuh gambar. Nama setiap character di print dengan font yang besar. Details nya, tulisan halus la.

Excited nya Adam! Berusaha keras dia untuk membaca. Dan... berjaya dengan susah payahnya. Ini buku orang dewasa. Tak ada pecahan suku kata. English pulak tu. Adam pun terkejut.  " Ehhhh! Adam pandai baca la! ".

Kelakar ada, geram pun ada. " Kan dah belajar, memang la pandai! ". Al-kisahnya Adam ni kurang self-confidence nak membaca. By default,  semuanya dia tak tahu. Terpaksa la pujuk suruh cuba. 

Kejutan Adam boleh membaca, semalam dah kurang la Adam nak bertanya pasal cerita apa. Dia baca sendiri pada skrin tv. Aishhhh... nasib baik la beli buku tu. Sekurang-kurangnya, ia menjadi satu sebab atau punca keyakinan diri Adam meningkat. Syukur! Kalau tidak, dia cuma boleh baca buku budak-budak sahaja. Yang tulisan besar,  ada suku kata. Itupun, sikit-sikit nak tanya " Betul ke ma? ". Syukur Alhamdulillah! 

Cara Urus EBM Ke Nursery

Hari ini genap seminggu Aleesya di nursery. Dua hari Aleesya dibekalkan dengan 5 botol EBM - 4 frozen yang telah di defrost kan, dan 1 fresh EBM. Hari berikutnya,  Aleesya dibekalkan 4 botol EBM - 3 frozen dan 1 fresh. Setiap botol tu mengandungi 3oz. 

Tapi, bila fikir-fikir balik, patutnya bagi la 2 botol fresh EBM kan untuk anak. Yang botol first dan botol last. Itulah rancangan awalnya. Tapi, pagi-pagi, Aleesya dah menyusu siap-siap sebelum dihantar ke nursery. 

Ok lah. Start dari esok, nak bagi sekurang-kurangnya 2 botol fresh EBM. Setakat ini, rasanya memang frozen EBM cukup sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan pertama Aleesya. Atau seeloknya bagi 3 fresh dan 1 frozen? Nanti MA update lagi. Kena giat kan usaha la untuk kesihatan optimum anak. Fresh EBM jauh lebih baik dari frozen EBM dari segi kandungan khasiat, antibodi dan enzim. 

Sambil taip sambil fikir ni. Ok lah... decision has been made - starting from tomorrow, 3 fresh EBM dan 1 frozen. Just untuk gerakkan stock! Ke macam mana?


Apa Itu GLA Shaklee

Biasa tak makan EPO? Evening primrose oil. Biasa orang perempuan memang makan ni. Sebabnya? Banyaklah - nak kulit cantik, kurangkan jerawat, redakan simptom PMS. Banyaklah kebaikannya. 

Apa pula kaitan EPO dengan GLA? GLA Shaklee mengandungi 2 kali ganda asid gamma linolenik ( GLA ) berbanding EPO. bioavailability nya adalah 3 kali ganda berbanding EPO. Itulah sebabnya GLA lebih berkesan berbanding EPO. Lagi istimewanya shaklee ni, ia adalah semulajadi - banyak sangat tanpa! Tanpa pewarna, tanpa pemanis tiruan, tanpa paraben, tanpa..... 

Ok. Antara sebab kenapa GLA ni antara produk glamer Shaklee adalah :

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan simptom PMS.
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
  • Kulit muka lebih lembab.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan simptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Meredakan masalah jerawat.
  • Menguatkan immuniti badan.
  • Memperlahankan process penuaan.
  • Mengurangkan “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis.
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf.
  • Membaiki masalah prostat (lelaki).

Haaaa.... baguskan?

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 629 5415

Mencukur Rambut

Sesi mencukur rambut Aleesya di buat selepas majlis akikah. Pakcik yang sama dengan pakcik yang mencukur Adam enam tahun lepas. 


Ini cukuran kali kedua sebenarnya. Kali pertama, cukur sendiri sahaja di rumah. Bila dicukur sendiri, bahagian belakang tu tidaklah clear sangat. Hihihi...

Adam dulu tidur nyenyak semasa di cukur. Aleesya ni tak tidur. Tengok mata dia... haa... terbuka besar.  Bulat! Diam je rambutnya dicukur.

Selesai bercukur, terus dimandikan. Amboiiii.... nampak bertambah bulat anak mama dengan kepala bulat =)

Berat rambut bersamaan 2.71 gram.

Seronoknya Dengan Abang


Perjalanan pergi dan balik kerja sekarang berbeza. Selalunya dating berdua saja dengan Adam untuk pergi dan balik kerja. Dalam kereta, macam-macam aktiviti boleh dibuat. Menyanyi, tengok cd, main teka-teki. Kadang-kadang, sekadar berborak kosong dengan Adam. Time ni la nak jadi spy - menu apa makan di sekolah, teacher ajar apa, buat apa. Sesuai la korek di dalam kereta.

Sekarang dating bertiga. Seronoknya bila bertiga ni, mama ada assistance yang rajin melayan adiknya. Kejap menyanyi, kejap berjoget. Yang adik pula peramah. Macam-macam bunyi keluar dari mulut. Kadang tergelak juga dengan telatah si abang. Haaa... adik pun dah pandai nak main tau!

Cuma, bila sesekali traffic tak menentu, pening la juga. Sekali lagi bersyukur dengan assistance yang sorang ni. Nak kena beli something buat upah ni =)

Rambut Sebelum Dicukur


Gambar Aleesya semasa rambut masih banyak. Sekarang? Dah tumbuh lebat tapi, hihihi... kebotakan la sikit. Nak kasi comel, pakaikan la topi.

Topi ni pun satu hal juga. Macam-mana entah boleh keciciran. Maybe jatuh masa pegang ke apa.

Ini teaser je ni. Lepas ni baru nak upload gambar adik yang ... Macam-macam nak cerita sebenarnya. Insya Allah jika berkesempatan.

Bestnya Jadi Aleesya

Adam tiba-tiba nak jadi baby semula. " Bestnya jadi Aleesya. Semua benda orang buatkan ". Haaa... luahan hati Adam tu.

Nak tau apa kes? Kisahnya macam ni. Si adik ni, pagi-pagi dah dimandikan. Hari minggu kan... hari minggu, kena mandi awal. Nak keluar berjalan kan. Hari kerja, angkut je masuk dalam kereta. Cuma tukarkan pampers. Hihihihi. 

Alkisahnya Adam bangun tidur terus nak main. Tak sempat nak mandi dulu ni. Aishhh... dah abang luahkan isi hati macam tu,  letak la sekejap adiknya. Bukakan baju, mandi, lap. Suruh pakai baju sendiri. Sayu aje mukanya :)

Terpaksa la cerita. Tunjuk mainan abang. Adik tak ada. Abang makan macam-macam, adik tak dapat. Abang melompat lari sini sana, adik terlentang aje. Apa-apa jadi, abang boleh lari. Adik kena tunggu bantuan sapa-sapa untuk angkat.

" Tak best la jadi adik. Jadi abang lagi best! ".

Haaa... pulih balik la si abang. Lega. 

" Adik tak sabar-sabar nak besar. Nak kejar abang ".

" Ye la. Nanti, boleh main dengan abang ".

Kerenah budak-budak...


Aksi Abang


Adegan sebelum naik kerja. Menyelesaikan urusan-urusan peribadi. Sambil tu bawa dua beradik keluar breakfast. 

Adam ni ada satu habit. Kalau sedap, mulut kecoh " Sedapnya! Sedapnya!  ". Kalau lapar, " Lapar! Nak makan! ". Kuat pulak suaranya. Haiii... tadi ajak makan, tak nak. Bila dia dah lapar... Padahal memang nak pergi makan la ni. Gelagat budak-budak. 

Seperti biasa, Adam suka posing. Tapi kali ni pelik sikit. Suruh mama ambil gambar,  tapi Adam menyorok. Kasi nampak sikit-sikit aje dia di celah adik.

Gendang-gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati. 

Ceria sakan la bergambar lepas makan. Orang baru nak penuh dekat mall, kita nak balik dah. Leganya selesai segala urusan =)

Atasi Masalah Kencing Kotor

Pernah kena kencing kotor? Kalau tak pernah, syukur Alhamdulillah. Kalau yang pernah kena, tau lah azabnya.

Kencing kotor mungkin dianggap common bagi sesetengah orang. " Kencing kotor? Minum la banyak air. Salin panty liner selalu. Minum air barli ". Itulah komen sesetengah orang.

Namun, macam mana pula bila semua tu memang dibuat dan masih lagi diganggu kencing kotor? Berjenis-jenis antibiotik telan pun masih sama. Badan rasa bloated kerana banyak sangat minum air. Selang lima minit nak ke toilet. Susahnya...

Apa nak buat ye? Nak pulak kalau kena masa mengandung... dibawa pulak ke masa berpantang. Isskkkkhhh... bahaya tau! Sebab boleh melarat ye. Dari pundi kencing boleh melarat ke organ dalaman yang lain. Ngeri tau bila bayangkan!

Sekarang, dah jumpa penyelesaiannya - raja tumbuhan. Alfalfa shaklee. Bukan sebarangan tau. Dipantau ketat dari proses penyemaian biji benih lagi. Dannn.... diproses dari daunnya, bukan biji benih. Nak tau lebih lanjut, boleh contact saya. Banyak lagi khasiat alfalfa ni. Lain-lain cerita alfalfa, rujuk sini.

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 340 7500
www. Facebook.com/shapemy


Gelagat Budak Nak Kena Cucuk


Ini la gelagat Aleesya pada hari Selasa lepas. Gelagat semasa nak dicucuk tiga bulan. Bangun tidur je, terus happy. Mandi-mandi dan main. Ingat nak pergi berjalan kot :p

Rupa-rupanya, hospital la destinasi kami. Amboiii... terserempak dengan doktor yang menyambut kelahiran Aleesya dulu. Katanya " Tingginya Aleesya ". Memang la tinggi berbanding lahir hari tu. Dan berisi.

Nampak gambar di atas? Aleesya busy main dengan tali topi dia. Pegang-pegang, tarik-tarik, masuk mulut. Seronok nya dia.

Penat main, tak lama kemudian inilah aksi Aleesya.


Tertidur sekejap. Kejap je sebelum ditolak masuk ke bilik doktor.


Dalam bilik doktor, Aleesya tegur-tegur dan senyum pada doktor sebelum akhirnya meraung di cucuk.

Berat : 6.45kg
Tinggi : 58cm

Persiapan Aleesya Ke Nursery

Persiapan Aleesya ke nursery. Yang utamanya, tentulah susu! Yang lain, biasa sahaja - baju, towel mandi, towel muka, toiletries, pampers.


Nervous la nak hantar Aleesya ke nursery. Ok ke teacher handle? 

So, Aleesya officially dah ke nursery semalam. Bekalan ebm la yang terpenting. Mama bekalkan 3oz x 5 botol. Semalam, Aleesya minum habis 3 botol. Botol ke empat dibuang kerana ia adalah defrost ebm. Botol kelima selamat - fresh ebm yang di pump sebelum bersiap nak pergi kerja. Fresh ebm mama letak di botol pertama dan kelima. Kalau memang Aleesya minum hanya 3 botol, lepas ni, botol keempat dan kelima kena bagi fresh ebm, atau mama bagi 4 botol sahaja untuk nursery? Botol keempat la fresh? Lama tak ada anak kecil dan dulu kais pagi makan pagi, konfius juga. Ada mommy boleh bantu?

Haaa... sampai 4 ice pack tau. 3 untuk isi dalam cooler bag Aleesya, 1 untuk mama bawa ke ofis. Over mama dia! 


Pastu, nota untuk teacher pun ada. Teacher tolong handle with care ok? Tq teacher.


Macam Stress Jer...


Nampak muka stress tak keruan? Masam je kan. Nak snap gambar pun tertunduk-tunduk. Tak nak kasi mama snap =)

Ini gambar orang dah dapat apa dihajati. Masam? Ye! Adam ni, hal dia kita kena settle kan last sekali. Sebab, kalau dah beli toys dia, mula la tak senang duduk. Nak balik la. Balik mmain.

Sedangkan, banyak lagi urusan lain perlu diselesaikan. So, senyum la sayang. Sabar ok ♡♡♡

Sebab, tamat sudah agenda. Ini add-on. Dia memang dari awal lagi mengira detik balik ke rumah. Macam ni la... dalam hidup memang banyak add on. Bukan semuanya straight. 

Alamak... 2 Jan start kerja. Huhhh... genap 100 hari bercuti. Ikut hati, aishhhhh.... tak cukup tu :)