Siapa pernah alami kencing kotor? Kencing manglah kotor kan. Najis. Kencing kotor ni adalah jangkitan kuman pada sistem saliran kencing. Jika tidak dirawat, ia boleh merebak ke buah pinggang. Jangan pandang ringan penyakit kencing kotor ni.
Kencing kotor selalu kena pada wanita. Tak kira peringkat umur dan status - remaja, dewasa, tua, anak dara, isteri mahupun janda. Juga tidak mengira wanita hamil, tidak hamil atau baru lepas bersalin. Siapa pernah kena, tau la sakitnya. Urghhhh.... MA demam teruk pada hari ke 20 selepas bersalin kerana terkena kencing kotor.
Kencing kotor bukan semata-mata kerana cara mencuci yang salah, minum air kurang, suka menahan kencing, penggunaan alat pencuci vagina yang tidak sesuai. Kadang-kala semuanya telah dipastikan di dalan keadaan yang terbaik. Tapi, kena juga :(
Pengambilan antibiotic, walaupun yang breastfeef friendly tetap mengganggu pengeluaran susu. Mungkin di tahap minima berbanding antibiotik biasa. Owhhh... kencing kotor yang dialami tu adalah yang berulang semasa hujung kehamilan. Atau sambungannya kerana masih belum baik. Apabila doktor mengarahkan supaya perbanyakkan minun air kosong, saya bertanya. Berapa banyak? Ini kerana saya minum minima 3 liter air masak setiap hari. Tidak termasuk minum air barli sebagai ikhtiar merawat kencing kotor. Lepas satu, satu lagi antibiotik ditelan. Keputusannya tetap sama. Letih
3 jenis antibiotik di telan. Ubat lawas lagi. Ada yang diulang-ulang. Di tambah dos. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Rasa sakit nak membuang, namun, tiada apa yang keluar walau setitik. Masuk lagi. Keluar lagi. Sedangkan masa ni dah ada baby yang mahukan ibunya.
Akhirnya... baik sendiri. Jangan tanya ubat apa... antibiotik doktor beri. Saya ada membeli alfalfa shaklee. Tujuan asalnya sebagai milk booster. Namun dengan Aleesya yang di serang jaundice teruk, saya tidak boleh mengambil alfalfa.
Sekarang, jaundice tiada. Saya mula mengambil alfalfa complex shaklee. Ok. Baru hari ketiga. Tujuannya untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Alhamdulillah, penghasilan susu semakin bertambah. Warnanya, kuning yang agak pekat. Saya amalkan ESP. Susu memang kuning dan pekat dengan pengambilan ESP. Bila di add on alfalfa complex, susu semakin pekat.
Selain sebagai milk booster, alfalfa complex ni banyak kebaikan lain :
- Mencegah kencing kotor - cukup la episod yang menyakitkan itu
- Membuang angin badan
- Melegakan urat lepas bersalin
- Membersihkan hati, darah dan usus
- Detox badan
- Melancarkan pembuangan air besar
- Merapatkan keintiman suami isteri
- Merendahkan paras kolestrol
.... dan banyak lagi.
Harap-harap, jangan lah terkena lagi. Kiranya, umpama sedang lakukan langkah pencegahan la kan!
Ida
Shaklee Independent Distributor id : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415
Alhamdulillah tak pernah kena..kena kuat minum air kosong..:)
ReplyDeletekena bykkan minum air kosong pasne huhu
ReplyDeletedulu selalu jugak Kak Long PM alami masalah kencing kotor nih...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak pernah kena lagi. Tapi kakak saya pernah terkena kencing kotor ni. Kesian betul tengoknya, tak bermaya langsung. Katanya kena minum air kelapa. Betul ke tidak tak berapa pastilah pulak.
ReplyDelete