Kasi Adik Kenyang

Sejak bergelar abang ni, Adam mandi selepas adik mandi. Kalau tidak, bangun pagi mesti terus mandi. Sekarang, tunggu adik mandi baru la abang nak mandi. Apsal la jadi macam ni?

Haaa... ada la rahsianya. Adam nak tolong mandikan adik. Bukan tolong sabun ye, shampoo pun bukan. Tapi, tolong bagi adik kenyang. Kenyang masa mandi!

Asal adik mandi, mesti Adam nak letak air pada pusat adik.

" Bagi adik kenyang ". Huhu?

" Boleh kenyang ke letak air dekat pusat? ".

Jawapannya... jeng jeng jeng...

" Ye la. Baby kan makan ikut tali pusat. Ni dah takde tali pusat, letak kat pusat la ".

Weeeee... kreatifnya! Nak kata pandai pun ada, nak kata kelakar lagi ada! Bak kata Wardina, " Nampaknya sel-sel otak telah berhubung ". Ada kaitan? Boleh la....

So, lepas bagi adik kenyang, barulah si abang ni mandi dengan tenang.

4 comments:

  1. Haha...memang sel otak berkembang. Pandai adam kaitkan dua benda tu.. kita yg tua ni kadang2 tak terfikir hal macam ni....sayang adik kamu ye...

    ReplyDelete
  2. Bijak sungguh si abang..kenyang la adk minum air paip.hehe..

    tp kaitan antara tali pusat n makanan tu mmg nmpk kreatif n berkembang otak adam secara brilliant

    ReplyDelete
  3. Pandainya Adam. Takut dia kalau Adik tak cukup kenyang mama bagi makan ya. Berapa lama dia nak bagi si Adik kenyang minum air tu?

    ReplyDelete