Cuti sekolah datang lagi. Rumah kami di kunjungi Hanif yang macho ♥. Haaa... walaupun duduk di kawasan yang sama, jika bukan cuti sekolah, susah oooo nak bertentang mata. Kalau ada pun, mungkin Hanif singgah sekejap jika ada urusan.
Inilah antara dialog yang biasa diucapkan. MA telah perhatikan beberapa kali. Kelakar pun ada rasanya!
Kalau Aleesya tak tidur.
" Aleesya, tengok ni, kawan Aleesya datang nak main dengan Alesya ".
Kalau Aleesya tidur.
" Aleesya, kawan Aleesya datang nak main. Aleesya penat ye. Tidur lah ".
Kalau Aleesya tidur dan Hanif bersuara kuat.
" Hanif, adik abang nak tidur tu. Diam la sikit. Terkejut adik abang nanti ".
Ada satu hari, anti kata " Cubit la Hanif tu Adam ".
Anti sekadar bergurau. Nak tengok respond Adam. Masa ni, Hanif tengah lasak dan mulut memang bising. Tau apa Adam buat? Adam cubit Hanif! Respond yang tak terjangka. Selalunya Adam ni sangat protective terhadap budak kecil. Tapi, dah anti suruh... lagipun adik abang nak tidur.
Cubitan Adam memang la bukan cubit marah. Cubit manja-manja sahaja. Habis tergelak kami. Adam nak jaga keamanan Aleesya yang tengah sedap tidur :)
adam abg bertanggungjawap hihi
ReplyDeleteHaha syg betol dia kat adik dia tu.
ReplyDeletebtw jom singgah blog sy :)
Haaa.. pandai tul abang adam ni.. bikin orang gelak je..
ReplyDeletehehe syg sgt kat adik dia,adik macho pun boleh jadi mangsa cubitan manja..so comel la kamu adam..:)
ReplyDeletesyg benor adam kat adik dia ye
ReplyDeleteBaguslah Adam ni ...very protective. Nasib baik tak sampai lebam dicubitnya si Hanif.
ReplyDelete