Adam Merajuk


Ini kejadian minggu lepas. Kejadian sebelum Aleesya dicucuk 2 bulan di dalam bilik doktor. Adam yang excited nak tenangkan Aleesya merajuk =)

Kesnya, semasa di dalam bilik doktor, Aleesya agah papa dan mama. Luar bilik doktor, semasa menunggu di panggil, mama riba Aleesya. Tiba bilik doktor, papa pula yang dukung. Aleesya yang ramah tamah ni, agah kami berdua la. Macam mana nak agah abang dia. Abang dia ada menjenguk,  kebetulan Aleesya senyap masa tu. Apalagi keluar la statement ni, " Aleesya tak pernah cakap dengan abang kalau kat luar ". Sedih la abang penyayang ni.

" Ish.... adik takut tu ".

" Sebab tu ke tak cakap dengan abang? ".

" Ye ".

Terus mood merajuk bertukar. Adam masih cuba comfort kan adik yang tak tahu apa-apa.

Masa Aleesya nak dicucuk,  sempat Adam hulurkan patung permainan.  Hiii... bilik doktor ni besar, bersih dan banyak permainan. Dah macam bilik baby =)


Meraung Aleesya di cucuk.  Kesiannya... lepas dicucuk,  demam pertama muncul. Mujur sehari je. MA tak bagi ubat awalnya, sebab tak demam. Tapi, bila malam, panas sikit badannya. Demam. Lega Allah bagi sehari sahaja. Cuba jugaklah tambah pengambilan vitamin C masa ni. Maklumlah anak menyusu badan. Harapannya biar masuk zat tu ke dalam tubuh anak. Sebelum cucuk ni, MA stop semua supplement sebab nak buat eksperimen pada susu.

4 comments:

  1. alahai merajuk abg adam dgn aleesya ye,mcm adam auntie jgk ni

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya Abang Adam merajuk adik tak layan ye...

    ReplyDelete
  3. abang merajuk sikit je dengan adik..kesian adik,adik mana tahu apa2..nervoues nk kena cucuk lagi.hehe..

    ReplyDelete