Vitamin Ibu Menyusu

Saya sebenarnya baru lagi di dalam pengumpulan ebm ni. Masa Adam dulu, ebm start dikumpul lagi dua minggu sebelum naik kerja. Fuhhh... akibatnya, memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang kena top up dengan susu formula la. 

Untuk Aleesya,  insya Allah ada rezeki. Memang MA start lambat. Lepas 40 hari baru serius nak kumpul. Alhamdulillah, freezer dah penuh. Itu pun tak disusun elok. Bila disusun elok-elok nanti, adalah space lagi. Bahagian tepi pintu masih ada ruang. 

Sebab masih baru, kadang-kadang, ada juga snap gambar kepada kawan-kawan. Bertanya tentang tips-tips penyimpanan ebm. Memang banyak membaca tapi, pengalaman kan cikgu terbaik. Belajar dari pengalaman kawan-kawan.

Bila ada yang menegur tentang warna susu, baru perasan. Ye la. Warna kuning. Korek-korek balik freezer, ada dua warna. Kuning dan kuning kehijauan. Kata orang,  kalau berwarna lebih berkhasiat. 



Tengok gambar di bawah. No 1 adalah dengan ESP. No. 2 adalah dengan ESP dan alfalfa. Pekatnya susu. Bila pam susu tu, kan letak du chiller sebelum dipindahkan ke dalam freezer. Jelas dengan pengambilan supplemen, bahagian lemak jauh lebih banyak. Saya simpan susu sebanyak 4oz dalam setiap pek. Simpan di chiller dalam botol,  kemudian pindahkan ke plastic bag sebelum dimasukkan ke freezer. Dengan supplement, 3oz bahagian lemak dan 1 oz air. Pekat kan?

No. 3 pula adalah tanpa sebarang supplement. Saya ambil set lengkap berpantang shaklee. Tapi,  yang ini memang tanpa apa-apa supplement. Tiga hari tak makan apa-apa supplement. Kesian pulak tengok hasilnya. Untuk setiap 4oz yang di simpan,  3oz++ adalah air. Lemak cuma sikit. Kalau gulai, orang kata cair meleweh - kedekut santan. Hihihi. 

Ida
SID : 954336
WHATSAPP : 012 - 340 7500

Adam Merajuk


Ini kejadian minggu lepas. Kejadian sebelum Aleesya dicucuk 2 bulan di dalam bilik doktor. Adam yang excited nak tenangkan Aleesya merajuk =)

Kesnya, semasa di dalam bilik doktor, Aleesya agah papa dan mama. Luar bilik doktor, semasa menunggu di panggil, mama riba Aleesya. Tiba bilik doktor, papa pula yang dukung. Aleesya yang ramah tamah ni, agah kami berdua la. Macam mana nak agah abang dia. Abang dia ada menjenguk,  kebetulan Aleesya senyap masa tu. Apalagi keluar la statement ni, " Aleesya tak pernah cakap dengan abang kalau kat luar ". Sedih la abang penyayang ni.

" Ish.... adik takut tu ".

" Sebab tu ke tak cakap dengan abang? ".

" Ye ".

Terus mood merajuk bertukar. Adam masih cuba comfort kan adik yang tak tahu apa-apa.

Masa Aleesya nak dicucuk,  sempat Adam hulurkan patung permainan.  Hiii... bilik doktor ni besar, bersih dan banyak permainan. Dah macam bilik baby =)


Meraung Aleesya di cucuk.  Kesiannya... lepas dicucuk,  demam pertama muncul. Mujur sehari je. MA tak bagi ubat awalnya, sebab tak demam. Tapi, bila malam, panas sikit badannya. Demam. Lega Allah bagi sehari sahaja. Cuba jugaklah tambah pengambilan vitamin C masa ni. Maklumlah anak menyusu badan. Harapannya biar masuk zat tu ke dalam tubuh anak. Sebelum cucuk ni, MA stop semua supplement sebab nak buat eksperimen pada susu.

Alahai Sarung Tangan

Ada kisah lucu dengan sarung tangan aka mittens ni. Masa pas mittens and booties kat anti dulu, MA kena perli. " I dah asingkan dah. Yang elok, macam baru tak pernah pakai ada 40 pasang. You beli stok tak payah basuh sebulan ke? ". Ye... memang banyak. Sebeban. Yang nampak dah berpakai pula,  entah berapa pasang. Tak masuk yang tak cukup pasangan. Hahahaha...

Kesnya macam ni la.... tengok gambar eh.


Mana tak banyak belinya. Pakai dua tiga kali dah tak muat. Beli lagi... tak muat lagi...

Tengok Aleesya kat atas. Saiznya sama ada ketat atau longgar. Pergelangan tangan dan kaki besar ok. Yang atas tu, obviously besar. Tertanggal atas muka. Time sibuk agah mama dan abang, mitten tertanggal atas muka. Ya Allah! Gelak besar kami.

Aleesya tengah giat hisap jari. Sehari entah berapa pasang di tukar. Habis dah yang saiz ngam-ngam adik =)

Last weekend,  beli sepasang. Nampak macam ngam. Nasib baik kali ni wrappers mama simpan. Tak muat! Berbekas kaki dan tangan. Ok, terus pack elok-elok. Kita boleh hadiahkan kepada sapa-sapa yang baru dapat baby. 

Belajar dari pengalaman la ni. Selalu MA sampai rumah akan terus kutip barang baru beli dan basuh. Packaging terus buang. Jadi, bila jadi kes tak muat, malu la nak hadiahkan kat orang. Time tu, cucu wan Adam sorang je. Kalau tak, bagi adik beradik, memang tak malu la. 

Sabar ye adik. Esok kita shopping la yang cantik sepasang dua yang baru =)

Abang Excited Nak Tengok Adik Kena Cucuk


First time bawa Adam ke hospital. Selalu, jika MA checkup atau bawa adik, Adam dihantar ke sekolah dulu. Hari ni, kita bawa Adam sekali.

Excited nya abang! Excited nak tengok adik kena cucuk. Riuh la mulut Adam. Nasihatkan adik la konon. Nak tenangkan adik. Tapi, adik tidur je sebenarnya. Sementara tunggu nombor di panggil, sempat la snap gambar dua beradik ni.

Owh ya... berat adik dah 5.5kg. Tinggi, nanti MA tanya doktor. Kalut-kalut tadi, tak sempat menjenguk pada nurse.

Ascending Dan Descending Order


Lamanya Adam tak ambil buku ni. Latihan matematik. Nampak macam baru je beli. Hihihi. MA lama berkurung di rumah. Iye lah... berpantang dengan anak kecil. Sesekali terlepas di hujung minggu, kalau dulu terjah kedai buku. Wajib setiap minggu. Sekarang ni, macam tak perlu je. Sebab buku-buku yang dibeli masih banyak yang tak berusik.

Tau kenapa Adam rajin tu? Haaa. . Dia dapat hadiah yang diidamkan dari papa. Bagi menampakkan berbaloinya dia dapat hadiah, Adam study. Hihihi! Bijak la anak mama ni.

Dalam kononnya rajin tu, dapatlah satu muka surat. Buku kanak-kanak kan, 1 muka surat ada 5 soalan sahaja. Gambar besar-besar. Tak apa lah anak. Ada inesiatif nak buat tu pun dah bersyukur. Harap-harap, buat la lagi ye exercise. Kasi kembang hati mama dan papa =)

Sustained Released Vita-C 500mg


Inilah vitamin yang pernah cetuskan fanomena dulu. Kesnya, habis stok dekat setahun. Lagi satu, di repack dan dijual dengan harga dua kali ganda. Entah la... itu yang di war-warkan. Kebenarannya, hanya Dia yang tahu.

Tapi, nak juga tahu kenapa famous sangat SR Vita-C ni?
  • Vitamin C semulajadi yang pertama menggunakan teknologi sustained release 
  • Vitamin C dilepaskan secara perlahan dan berterusan ke dalam tubuh selama 5 jam - tidak membazir. Hanya 100mg dilepaskan ke dalam tubuh pada setiap jam
  • Satu tablet bersamaan khasiat 7 setengah biji oren
  • Membekalkan 120mg 'Bioflavinoids' untuk fungsi optimum vitamin C
  • Ujian klinikal membuktikan pengambilan 2 biji vitamin C dalam sela masa 5 jam akan mengekalkan khasiat vitamin C di dalam tubuh selama 24jam

Sebotol ada 180 tabs, yang tahan untuk 6 bulan jika amakan seorang. Mahal?  Tak mahal la invest sekali,  makan berkali-kali.

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

Si Besar Dan Si Kecil


Tengok la aksi dua beradik ni. Yang besar sayangkan yang kecil. Yang kecil suka tengok aksi yang besar.

Aktiviti biasa hujung minggu - makan-makan. Adik seperti biasa jadi tukang ambil bau. Dalam gambar ni, nampak mulut Aleesya tu? 

Agak-agak, dia tengah posing ke? Hihihihi.... Aleesya tengah buat buih! Budak baru pandai buat buih kan... tak kira di mana, practice makes perfect =)

Kesan Kekurangan Vitamin C

Vitamin C diperlukan bukan untuk kulit je tau. Banyak lagi kepentingannya. Ia adalah untuk kesihatan umum. Penyakit utama jika kekurangan vitamin C adalah skurvi - gusi mudah berdarah.

Jom tengok apa lagi masalah jika kita kekurangan vitamin C dalam badan :
  • Senang mendapat selesema. Mula-mula selesema, lepas tu, muncul la yang bawah ni - demam.
  • Mudah demam - badan panas,  muncul pulak ulcer.
  • Kulit kering, kasar dan bersisik - memang tak cantik. Vitamin C ni pengikat kolagen tau!
  • Luka lambat baik - sebab tu kalau operation atau bersalin digalakkan makan banyak sunkist. Untuk cepat baikan luka 
  • Awet tua - vitamin C tak cukup untuk pembentukan kolagen semulajadi.
Itulah antara kesan kekurangan vitamin C - yang selalu dikaitkan dengan kecantikan. Sebenarnya, kena sihat dulu. Kalau sihat, barulah cantik menawan. 

Nak dapatkan sumber vitamin C, amalkan pemakanan sihat. Buah mesti dimakan. Ambil juga supplemen vitamin C semulajadi. Suggestion saya - shaklee! 

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

Teknik Nabi Meleraikan Pergaduhan Anak-Anak

Nice sharing dari fb.


Kalsium aka Ostematrix Sebagai Milk Booster

Pernah dengar tak orang kata, minum susu untuk menghasilkan susu? Semasa di hospital pun, nurse dan doctor pesan... untuk menghasilkan susu, ibu kena minum banyak air. Air yang berkhasiat, bukan air kosong.

Kenapa ye? Kerana kandungan utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Susu ibu adalah sumber kalsium utama, eh... satu-satunya sumber kalsium baby berusia di bawah 6 bulan. Itulah sahaja makanannya. Sanggupkah kita jika susu kita kekurangan kalsium? 

Ok. Sebenarnya, selagi gigi dan tulang ibu masih elok, susu ibu tidak akan mengalami masalah kekurangan kalsium.  Kenapa? Kerana kalsium pada gigi dan tulang ibu itulah yang akan diserap bagi penghasilan susu ibu. Susu ibu kekal berkualiti,  namun gigi dan tulang temulang ibu yang akan merosot menjadi kosong dan rapuh. Akibatnya, osteoporosis akan bermula.

Yang sebenarnya, kita perlukan kalsium untuk menghasilkan susu. Banyak sumber kalsium di pasaran selain produk tenusu. Berhati-hati jika memilih untuk makan pil kalsium. Pil kalsium tanpa magnesium dan vitamin D akan menyebabkan penyerapan kalsium bukan oleh tulang. Ia akan diserap oleh usus. Jumlah kalsium yang banyak pada usus akan membebankan proses pencernaan. Buah pinggang akan terjejas lalu terjadilah penyakit batu karang. Ishhh...

Jadi, badan memang memerlukan kalsium. Cuma, dari sumber mana? Silap pilih, badan merana. Pilihlah dari sumber asli dan semulajadi. Pilihan saya - ostematrix shaklee!

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perkembangan Aleesya Pada Umur Dua Bulan


She's two months today. Kejap je masa berlalu. Apa perkembangan baru ye? Rasanya macam perkembangan masa usia sebulan juga. Cuma, kali ini semuanya boleh dibuat dengan sengaja dan firm.

Kalau masa sebulan selalu tersenyum, sekarang lagi la tersenyum-senyum. Sengih manjang. Kalau dulu,  sesekali Aleesya macam mengagah secara tak sengaja, sekarang ni dah agah secara sengaja. Senyum-senyum, kemudian agah untuk main dengan dia. Kaki dan tangan memang sentiasa menggapai la kan. 

Dulu, boleh genggam tangan kita bila letak pada tangan dia. Tapi, genggaman tu tak kuat. Anytime boleh terlepas. Sekarang,  genggaman tu kuat sikit =)

Mandi? Masih sukakan air.

Kiranya improvement skills yang masa umur sebulan la kan. Apa yang baru? Ada!

Hisap jari. Wuwuwuwu... mitten dia selalu basah. Belah kiri aje. Kalau lapar, mitten basah dulu. Huhuhu. Apa lagi? Ada!

Selain boleh agah dengan sengaja, Aleesya dah pandai buat buih. Buih? Buih dengan air liur. Hahaha... kalau budak besar, ishhh. Baby buat, comel sangat! ♥♥♥

Berat : 5.5kg
Tinggi : 

Mengeja

Si abang bangun awal dari  biasa. Bangun mandi dan tiba-tiba muncul dengan buku free dari KFC ni. Apa dia nak buat eh?


Lorrr... rupa-rupanya, nak study katanya. Bawa buku ni, serupa la bawa kertas kosong dan pen. Apa yang nak di study kan? Berbulan tak update pasal study kan? Sebab tak study pun. Main game aje. Sukanya bila Adam kata nak study!

Nak main eja-eja rupanya. Haaa... mama sebut, Adam tulis.


Yang atas tu, lulus la kan. Water di eja " water ". Yang bawah tu, bukanlah gagal. Cuma salah je... Mirror dieja " mire ". Hahaha...

Adam ni, kalau salah macam stress je. Padahal, tak de pun nak marah. Puas terangkan kat dia, mula-mula memang kurang pandai. Kalau practice selalu, pandai la... 

Selalu mama bagi contoh berjalan dengan bercakap.  Contoh senang. Tak de nya lahir terus berjalan. Dah besar pun, boleh jatuh bila jalan. Bila kita bagi contoh macam ni, nampak Adam lega sikit. Tapi lepas tu, kalau silap lagi, kerut di dahi tu, bukan main lagi!

Testimoni Ostematrix Shaklee

Supplement kalsium-magnesium? Ye. Nak baca? Jom semak-semak link di bawah.

Entry ni nak compile semua testimoni dan article ostematrix shaklee di dalam blog ni. Ostematrix je? Bukan ostematrix je. Start dengan ostematrix - cinta pertama di dalam Shaklee =)
Hahahaha.... memang ostematrix cinta pertama!

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 -340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Badan Bertenaga, Stress Pun Hilang Dengan Ostematrix

Nak kata panas, tak panas sangat dah. Testimoni ni dapat tiga minggu lepas. Haishhh... macam mana la boleh lupa nak update dalam blog. Ishhh....

Nasib baik la tak delete lagi message kakak ni.

Haaa... ostematrix untuk kurangkan letih lesu badan dan menghilangkan stress. Wahhh! Hebat!!!

Tak tau apa itu ostematrix,  jom tengok koleksi entry lama ni. Product sharing copy dari website Shaklee ada di sini... apa itu ostematrix.

Owhhh... watermark dalam gambar, tu fb page saya. Untuk shaklee. Kalau sesapa nak add, boleh juga. 

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Caratomax Untuk Mata Rabun Dan Silau


Yeay! Penawar untuk mata yang rabun. Tanpa lasik, tanpa surgery. Hanya dengan cara yang semulajadi. Caratomax ni sebenarnya adalah beta-carotena, iaitu karatoniod semulajadi yang terdapat di dalam pigmen sayuran dan buahan berwarna oren dan merah. Di dalam tubuh kita, beta-carotena akan ditukarkan kepada vitamin A. Bahasa mudahnya caratomax adalah sumber vitamin A yang lebih baik dari vitamin A. Sumber semulajadi beta-carotena banyak didapati pada carrot. Jika boleh makan selalu dan preserved kandungan vitaminnya, memang digalakkan makan vitamin semulajadi.

Apa manfaat Caratomax ni?

  • Memperbaiki penglihatan mata - menjaga kesihatan retina mata sekaligus mengurangkan rabun dan silau mata
  • Antioksidan - mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida daripada tubuh
  • Mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
  • Memelihara kesihatan tisu kulit - mengurangkan jeragat
  • Awet muda

Kenapa beta-carotena aka caratomax shaklee lebih baik dari pengambilan supplemen vitamin A?

Vitamin A adalah vitamin larut lemak. Pengambilan berlebihan akan menyebabkan toksin pada hati. Beta-carotena pula hanya akan ditukarkan kepada vitamin A oleh badan mengikut keperluan tubuh. Jadi, ianya lebih selamat =)

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Mama Tak Sayang Abang Ke?

Hujung minggu depan umur Aleesya akan genap dua bulan. Maksudnya, sudah hampir dua bulan bermesra dengan Aleesya. Siang dan malam. Kami sedang membina bonding time bersama.

Tapi, yang peliknya... saya sering tersasul. Memanggil Aleesya dengan nama Adam. Dalam kerisauan takut kasih-sayang saya terhadap Adam digugat baby kecil, saya sedar... Adam ada tempat nya yang tersendiri. Memang kasih ibubapa sama rata pada anak-anak. Tapi, takut jika dalam usaha memprotect baby, hati yang besar akan terguris.

Lima tahun Adam menjadi anak manja kesayangan. Itulah baby yang sehingga usia 4 tahun masih saya dukung. Makan masih bersuap. Peneman yang diusung ke sana ke mari. Jadi... memang Adam ada kelasnya sendiri.

Selalu, Adam tersenyum saja bila mamanya tersasul. Semalam... tersasul lagi...


" Saaaaayang Adam! ". Saya ucapkan pada Aleesya sambil mengagah baby la.

" Eh... silap. Sayaang Aleesya ".

Tiba-tiba Adam menyampuk..

" Owhhh... dah tak sayang Adam ye?  ".

Hahaha... mana mungkin sayang... mestilah sayang dua-dua. Dua zuriat yang lahir dari perut mama ni =)

Kenapa Adik Lebih Pandai Dari Abang

Baby, bila time susu laju tu kan, tak semua pandai kontrol. Adam dulu memang menangis kalau susu laju. Aleesya rilex je. Tapi, kena tengok la... takut juga kan.

Sesekali bila susu terlalu laju, terpaksa juga hentikan dan sendawakan Aleesya. Kasi rehat tarik nafas baru teruskan. 

Abang Adam selalu marah...

" Adik, minum slow-slow. Nanti tercekik " .

Terpaksa la diterangkan... adik minum macam biasa je. Cuma susu tu yang laju. Bukan macam air paip boleh dikecilkan.

" Owhhh... kesiannya adik ".

" Ini kira adik pandai la. Dia tak nangis pun. Dia berenti hisap kalau dah banyak sangat. Abang dulu, nangis! ".

Tau jawapan abang...

" Ye la... adik kan baru. Kalau yang baru memang lebih hebat banding dengan yang lama ".

" Baru apa? ".

" Adik kan baru keluar dari perut mama. Adam dah lama. Macam toys... yang baru lagi hebat dari yang lama ".

Owhhhhhh.... kiranya Adam ni version 1.0. Aleesya dah version 2.0. Mana yang lebih canggih? Aduh la anak mama... sentiasa ada jawapan. Ini jawapan dari perspektif Adam. Seronok la adik main dengan abang nanti. Seronok dapat abang yang ceria dan kelakar ni.

Adam memang menceriakan hidup mama =)

Detox Untuk Kurus

Diet. Bila ditanya kenapa tak makan, selalunya dijawab " Diet ". Salah tu! Diet tu bukan tak makan. Diet bermaksud makan makanan berkhasiat dalam kuantiti yang betul. Kalau tak makan, baik puasa =)

Ramai yang mengalami masalah diet yoyo. Turun banyak dalan masa yang singkat. Apabila diet dihentikan, berat badan bertambah double triple dari berat asal. Huhhhu.... 

Ada juga yang dier tapi berat maintain. Maintain tak turun!  Ok... ini rahsianya. Sebelum berdiet, kita perlu bersihkan  usus dan badan terlebih dahulu. Bila usus bersih, senang la badan nak menyerap keperluan nutrisi tubuh. 

Cara detox ni ada macam-macam. Boleh buat sendiri di rumah. Boleh berpuasa seminggu,  atau makan hanya buah selama seminggu. Minum air je ke seminggu. Atau jadi vegetarian seminggu. Seminggu je tau. Jangan lama-lama. Flat badan tu nanti. Percaya lah,  dengan makan buah dan sayuran seminggu, puas hati masa membuang. Proses pembuangan lancar sebab buah dan sayur kaya dengan fiber. Buang benda-benda dalam usus tu pun boleh kurang 2kg!

Macam mana nak tau badan banyak toksin dan perlu didetox? Antaranya :

  • Nafas berbau
  • Terlalu kurang atau terlalu lebih tidur
  • Sering keletihan
  • Kerap sakit kepala
  • Selsema berpanjangan
  • Banyak angin dalam badan
  • Sering resah
  • Pembuangan air besar tidak lancar
  • Masalah penghadaman
  • Sukar menurunkan berat badan
Puasa adalah cara yang baik untuk mendetox badan. Namun, kadang kala sukar untuk berpuasa jika bukan pada bulan puasa. Shaklee memberikan dua pilihan mudah untuk individu yang ingin mendetox badan mereka - herbalax atau alfalfa. Keduanya mempunyai fungsi yang sama di dalam mendetox badan dengan ciri-ciri dan tambah nilai tersendiri.

Saya amalkan alfalfa kerana ianya lebih lembut dan selamat untuk penyusuan susu ibu - baby tidak cirit-birit.  Husband saya pula lebih suka mengamalkan pemakanan herbalax kerana kesannya yang lebih kuat. Dengan alfalfa, pembuangan najis menjadi lebih mudah di waktu pagi. Herbalax pula akan memberikan kesannya selepas 6 jam dimakan. Jadi,  kita boleh schedule kan jadual sendiri =)

Keduanya bukanlah julap. Jadi tiada kesan cirit-birit yang menyakitkan hati dan perut berlaku ♥♥♥

Pengambilan alfalfa atau herbalax amat mudah. Ia didatangkan di dalam bentuk pil yang mudah ditelan. Bila toksin telah dibuang, insya Allah badan akan rasa lebih sihat. Nak turunkan berat badan pun lebih mudah setelah badan dicucilan dari dalam.

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415





Sama Tapi Tak Serupa Versi Abang Dan Adik


Sama tapi tak serupa. Nampak handsome adik rambut pendek. Hihihi. Sama tak muka adik dan abang?

Muka abang memang ikut muka mama. Aleesya ni, mungkinkah muka papa? Tapi, yang pasti mata dan mulut Aleesya,  ikut mama. Mungkin kulit papa - putih merah. Kalau ikut kulit papa, cantik lah baby girl ni. Muka baby berubah-ubah. Hari pertama, memang muka mama. Hari kedua, dah lain dah... 

Kata orang, sejuk je rumahtangga kalau anak lelaki ikut muka emak dan anak perempuan ikut muka ayah. Entah betul entah tidak. Janji keduanya lahir dan membesar dengan sihat =)

Kasi Adik Kenyang

Sejak bergelar abang ni, Adam mandi selepas adik mandi. Kalau tidak, bangun pagi mesti terus mandi. Sekarang, tunggu adik mandi baru la abang nak mandi. Apsal la jadi macam ni?

Haaa... ada la rahsianya. Adam nak tolong mandikan adik. Bukan tolong sabun ye, shampoo pun bukan. Tapi, tolong bagi adik kenyang. Kenyang masa mandi!

Asal adik mandi, mesti Adam nak letak air pada pusat adik.

" Bagi adik kenyang ". Huhu?

" Boleh kenyang ke letak air dekat pusat? ".

Jawapannya... jeng jeng jeng...

" Ye la. Baby kan makan ikut tali pusat. Ni dah takde tali pusat, letak kat pusat la ".

Weeeee... kreatifnya! Nak kata pandai pun ada, nak kata kelakar lagi ada! Bak kata Wardina, " Nampaknya sel-sel otak telah berhubung ". Ada kaitan? Boleh la....

So, lepas bagi adik kenyang, barulah si abang ni mandi dengan tenang.

Dialog Adam Menjaga Adik

Cuti sekolah datang lagi. Rumah kami di kunjungi Hanif yang macho ♥. Haaa... walaupun duduk di kawasan yang sama, jika bukan cuti sekolah, susah oooo nak bertentang mata. Kalau ada pun, mungkin Hanif singgah sekejap jika ada urusan.

Inilah antara dialog yang biasa diucapkan. MA telah perhatikan beberapa kali. Kelakar pun ada rasanya!

Kalau Aleesya tak tidur.
" Aleesya,  tengok ni, kawan Aleesya datang nak main dengan Alesya ".

Kalau Aleesya tidur.
" Aleesya, kawan Aleesya datang nak main. Aleesya penat ye. Tidur lah ".

Kalau Aleesya tidur dan Hanif bersuara kuat.
" Hanif, adik abang nak tidur tu. Diam la sikit. Terkejut adik abang nanti ".

Ada satu hari, anti kata " Cubit la Hanif tu Adam ". 

Anti sekadar bergurau. Nak tengok respond Adam. Masa ni, Hanif tengah lasak dan mulut memang bising. Tau apa Adam buat? Adam cubit Hanif! Respond yang tak terjangka. Selalunya Adam ni sangat protective terhadap budak kecil. Tapi, dah anti suruh... lagipun adik abang nak tidur.

Cubitan Adam memang la bukan cubit marah. Cubit manja-manja sahaja. Habis tergelak kami. Adam nak jaga keamanan Aleesya yang tengah sedap tidur :)

Topi Pertama Aleesya


Topi pertama Aleesya! Cantik tak? Beli dan terus pakai! Tak teringat nak bawa topi abang Adam dulu.

Masa beli topi ni, memang la ada banyak design dan kaler - pink, biru, merah dan banyak lagi. Pilih black and white untuk si gorjes kami.

Masa beli topi ni, abang Adam sibuk meng usha baju superman. Tapi, tak ada saiz la abang. Tak apalah. Bukannya abang tak ada lagi baju superman kan... 

Supplement Yang Baik Untuk Yang Merancang Untuk Mengandung

Anak adalah anugerah terindah di dalam rumahtangga. Alangkah sunyinya rumah tanpa gelak tawa dan tangisan anak kecil. 

Kali ini nak bercerita vitamin dan supplement yang bagus untuk mereka yang merancang untuk hamil. Ini adalah supplement biasa untuk yang merancang kehamilan, bukan set kesuburan ye =)

Semua tahu yang asid folic penting untuk perkembangan fetus. Kekurangan asid folic bileb mendatangkan pelbagai komplikasi kepada fetus di dalam kandungan. 

Jadi, bagi bakal-bakal ibu, seeloknya, asid folic diambil seawal 2-3 bulan sebelum mengandung. Ini dapat mengelakkan perkara seperti kecacatan tulang belakang bayi yang bakal dilahirkan.


Ambil vitalea - multivitamin lengkap dengan asid folic, vitamin c, ostematrix dan ESP. 

Vitalea untuk total wellness. Kesihatan menyeluruh bakal ibu. Apabila ibu sihat,  insya allah proses mengandung akan lebih menceriakan. Ibu cergas, baby pun sihat.

Vitamin C - ramai yang tau kebaikan vitamin c ni kan. Refer sini untuk antara kebaikan nya kepada ibu. Dalam hal untuk merancang kehamilan, ada juga part bapa. Pengambilan vitamin c oleh bapa akan membantu penghasilan sperma yang lebih berkualiti.

Ostematrix - bukan sekadar kalsium! Ia adalah supplemen lengkap kalsium bersama mineral lain yang membantu penyerapan optimum kalsium - magnesium dan vitamin D. Ini memastikan kalsium diserap oleh tulang. Bukan diserap oleh usus lalu dikumuhkan. Refer sini ye pasal ostematrix.

ESP - ini hot selling product. Kiranya star la ni. Sebab kebanyakan set akan include ESP. Apa kaitan dengan merancang kehamilan? Haaa.. ESP ni antara manfaatnya adalah untuk memelihara dan memulihara rahim. Ia menguatkan rahim dengan cara yang selamat. Dannn... tentunya dengan lain-lain bonus dengan pengambilan ESP ini.

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

Hadiah Aleesya Hilang

Balik dari hospital semalam, jiran datang melawat. Jiran paling dekat. Walaupun berjiran, hakikat hidup di sini memang jarang nampak masing-masing. Kalau bukan sengaja pergi ke rumah jiran, sepanjang tahun la tak bersua muka.

Hihihi... sebab tu la kadang-kadang ehhh silap, sesekali ding dong bell rumah jiran-jiran. Hulur la kuih ke, ikan ke. Kalau MA hulur, biasa wan atau anti yang buat. Order je... kasi rasa kat jiran-jiran. Nak pergi berbual, memang tidak la kan... sekurang-kurangnya, masa memberi tu dapat bersua muka dan bertukar senyuman, cukuplah.

Akak ni semalam datang dengan dua hadiah. Lepas berbual-bual, minum dia pun nak balik la kan. MA bukakan pintu.

Masuk rumah, cari la hadiah tadi. Ehhh... tak ada! Tengok ruang tamu, tak ada. Tengok ruang makan, tak ada. Aikkkk??? Tak kan anak akak tu ambil balik kot. Hihihi. Akak tu bawa anak kecik.

Last sekali tanya Adam yang tengah rilex layan youtube.

" Nampak tak hadiah adik ? ".

" Adam dah simpan kat tempat hadiah ".

Lorrr... baru teringat. Anak akak tu letak hadiah, Adam terus capai. Ingat nak tengok je... rupanya terus simpan!

Inilah.... Adam memang diajar supaya barang jangan disepahkan. So far, barang-Barang dia memang dia simpan dan jaga. Memang cermat. Tapi... tak tunggu tetamu balik terus kemas ye... mama tak sempat tengok pun hadiah apa yang diberi.

Pandai anak mama. Rajin-rajin tolong mama tau.

Happy Deepavali - Walaupun Terlambat

Alhamdulillah. Hari ke 49. Baru je balik dari hospital. Check tekanan darah dan berat. Lepas tu scan perut. Opppssss.... bukan tengok baby tau. Baby dah selamat keluar. Tengok rahim.

Alhamdulillah,  walaupun tidak berurut,  rahim dah masuk elok ke tempatnya. Booking urut dengan dua orang ni. Tapi, disebabkan tiada rezeki, tak adalah. BagitAu doktor tadi, " Saya tak berurut ". Katanya, jangan berurut. Rahim dah masuk elok. Maksud doktor, tak perlu sengkak rahim. Sekadat urut badan, boleh la.

Ishhhh... tak sama langsung tajuk entry dengan isinya ni. 


Yang berkaitan dengan tajuk adalah video di atas. Kalau berkaitan lah. Hihihi... walau keras ke, laju ke, itulah dia penghibur hati kami.

Abang Adam Semakin Berat

Lately, selera makan abang Adam semakin baik. Dulu, biasa sahaja jika 3-4 hari tak makan nasi. Adam makan roti dan biskut. Sekarang ni, hari-hari nak nasi. Bukan sahaja setiap hari,  asal di tanya nak makan apa, dia jawab nasi! Alamak!!!!

Semalam pagi-pagi, bangun seperti biasa, Adam on game dulu. Kejapppp lepas tu, dengar suara dia menjerit.

" Adam lapar. Tolong suap nasi. Adam nak main game ".

Alkisahnya, nasi dah di letak. Tunggu masak aje. Tapi, lauk? Belum masak. Ye la. Selalu pagi-pagi, mana Adam nak makan. Kami dah breakfast roti bakar.

" Kejap ye... baru nak masak ".

Tetiba, Adam datang.

" Nak roti la ".

Roti sandwich Adam kureng sikit. Roti yang dia makan - roti jagung, roti butter atau roti sardin. Kebetulan stok habis!

" Tak apa lah. Adam makan biskut dulu ".

Ambil bekas biskut Julies,  makan sambil main game. 

Goreng ayam sikit. Masak sayur. Terus suap Adam makan. Banyak juga makannya. Terus otak berfikir, apa Adam makan malam tadi - roti sosej dan nasi goreng. Tengah malam dia makan apple dan minum milo.

Anak tak nak makan, memang risau kan kita ni. Tapi, bila anak makan banyak macam ni, tengah malam pun nak makan, kami tetap risau. Risau pulak nanti Adam gemuk. Opppsss...

Alhamdulillah. Berat Adam dah naik 3kg. Masih lagi kurus.... boleh main gitar dengan tulang rusuknya. Kalau ditambah beberapa kilogram lagi, mesti handsome.

Kenapa selera makan Adam naik? Mama bagi Chewable Vita - C Shaklee 100mg.  Setiap hari sebiji. Bukan tak pernah bagi supplemen sebelum ni. Adam sentiasa ada bekalan vitamin c atau multivitamin. Cuma brand lain. Yang ini mungkin lebih serasi untuk Adam.

Satu botol ada 90 biji. Cukup la untuk makan 3 bulan. Tapi, sebab vitamin c , ni kan larut air... asal nampak Adam macam kurang sihat, mama akan tambah dos. Tak bahaya pun. Kalau terlebih, nanti akan dibuang melalui air kencing.  Lagi pula semalam ada parents kata anak dia kena demam campak. Ishhhh... pulaj tu ramai yang demam di tadika. Ya Allah, lindungilah anak bujang seorang ni.

Lepas ni, vitamin c shaklee ni, tak nak kasi hari-hari. Maybe selang dua - tiga hari sekali. Bukan kedekut... barang baik kan... tapi,  takut pula kalau Adam obese. Kesian dia nanti. Dalam family, ramai juga yang sedang membesar bagai johan.

--
Ida
Shaklee Independent Distributor id : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

Tips Atasi Kencing Kotor

Siapa pernah alami kencing kotor? Kencing manglah kotor kan. Najis. Kencing kotor ni adalah jangkitan kuman pada sistem saliran kencing. Jika tidak dirawat, ia boleh merebak ke buah pinggang. Jangan pandang ringan penyakit kencing kotor ni.

Kencing kotor selalu kena pada wanita. Tak kira peringkat umur dan status - remaja, dewasa, tua, anak dara, isteri mahupun janda. Juga tidak mengira wanita hamil, tidak hamil atau baru lepas bersalin. Siapa pernah kena, tau la sakitnya. Urghhhh.... MA demam teruk pada hari ke 20 selepas bersalin kerana terkena kencing kotor.

Kencing kotor bukan semata-mata kerana cara mencuci yang salah, minum air kurang,  suka menahan kencing, penggunaan alat pencuci vagina yang tidak sesuai. Kadang-kala semuanya telah dipastikan di dalan keadaan yang terbaik. Tapi, kena juga :(

Pengambilan antibiotic, walaupun yang breastfeef friendly tetap mengganggu pengeluaran susu. Mungkin di tahap minima berbanding antibiotik biasa. Owhhh... kencing kotor yang dialami tu adalah yang berulang semasa hujung kehamilan. Atau sambungannya kerana masih belum baik. Apabila doktor mengarahkan supaya perbanyakkan minun air kosong, saya bertanya. Berapa banyak? Ini kerana saya minum minima 3 liter air masak setiap hari. Tidak termasuk minum air barli sebagai ikhtiar merawat kencing kotor. Lepas satu, satu lagi antibiotik ditelan. Keputusannya tetap sama. Letih 

3 jenis antibiotik di telan. Ubat lawas lagi. Ada yang diulang-ulang. Di tambah dos. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Rasa sakit nak membuang, namun, tiada apa yang keluar walau setitik. Masuk lagi. Keluar lagi. Sedangkan masa ni dah ada baby yang mahukan ibunya.

Akhirnya... baik sendiri. Jangan tanya ubat apa... antibiotik doktor beri. Saya ada membeli alfalfa shaklee. Tujuan asalnya sebagai milk booster.  Namun dengan Aleesya yang di serang jaundice teruk, saya tidak boleh mengambil alfalfa.

Sekarang,  jaundice tiada. Saya mula mengambil alfalfa complex shaklee. Ok. Baru hari ketiga. Tujuannya untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Alhamdulillah, penghasilan susu semakin bertambah. Warnanya, kuning yang agak pekat. Saya amalkan ESP. Susu memang kuning dan pekat dengan pengambilan ESP. Bila di add on alfalfa complex, susu semakin pekat.

Selain sebagai milk booster,  alfalfa complex ni banyak kebaikan lain :
  • Mencegah kencing kotor - cukup la episod yang menyakitkan itu
  • Membuang angin badan
  • Melegakan urat lepas bersalin
  • Membersihkan hati, darah dan usus
  • Detox badan
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Merapatkan keintiman suami isteri
  • Merendahkan paras kolestrol

.... dan banyak lagi.

Harap-harap, jangan lah terkena lagi. Kiranya, umpama sedang lakukan langkah pencegahan la kan!

Ida
Shaklee Independent Distributor id : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

Ada Yang Rindu Tak?


Lama tak ber update kan. Bukan la alasan busy. Tapi... kosong. Tak tau nak update apa. Hihihi.

MA jarang pakai alasan busy untuk update blog. Sebab, selalunya entry kat sini autopublish. Kat mana-mana je boleh taip. Ni pun, sambil menyusu si kecil.

Zaman memang dah berubah. Kalau tak de handphone di tangan, macam terasa hidup tak lengkap. Perasaannya macam orang yang buat salah. Hahahah.... kecuali mungkin tengah buat kerja atau tengah charge phone, maaf la... time busy macam tu memang ter lupa kejap akan phone.

MA selalu update blog time subuh atau sebelum subuh. Maklumlah... tidur awal, jadi mata terbuka awal. Cuma sekarang ni kena ubah la timing. Boleh blogging semasa Aleesya tengah menyusu. Kurang la sikit mengantuk kan? 

Kalau ada yang rindu, intai-intai la video pendek beberapa saat tu ♥♥♥

Protein Dan Kalsium Penting Untuk Ibu Menyusu

Semasa mengandung, pelbagai vitamin diberikan doktor. Tak cukup dengan yang di prescribe kan oleh doktor, kita beli lagi macam-macam supplement untuk kesihatan diri dan bayi di dalam kandungan. Tapi, apabila baby telah lahir, kita kadang-kadang terlupa akan kepentingan supplement tambahan kepada badan.

Sedangkan, selepas kelahiran baby, kebiasaannya ibu-ibu akan menyusukan bayinya. Paling tidak pun sepanjang tempoh berpantang.

Dalam entry ni, hanya nak fokus kepada protein dan kalsium. Walaupun kita perlukan multivitamin, vitamin b dan vitamin c, kita cerita pasal keperluan protein dan kalsium je.

Komposisi utama di dalam susu adalah protein dan kalsium. Semasa menyusu, keperluan protein dan kalsium akan meningkat. Kekurangan kedua nutrisi ini akan membantutkan penghasilan susu ibu.

Protein adalah makanan untuk sel. Ia berfungsi untuk mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Ia juga berfungsi mengawal keseimbangan bendalir badan. 

Protein sangat sensitif. Jadi, walaupun kita makan banyak ikan atau tempe, ia mudah terhapus semasa proses memasak. Entah-entah, kita hanya makan untuk kenyang tanpa kandungan nutrisi yang sepatutnya. Siapa tahu? Jadi, cara memasak perlu dipelbagaikan. Kuantiti makanan juga harus dijaga agar badan mendapat jumlah protein yang mencukupi setiap hari.

Bagaimana pula dengan kalsium? Sama juga. Badan perlukan banyak kalsium untuk menghasilkan susu ibu. Itu yang ramai orang kata, nak banyak susu, ibu kena minum susu. Haaaa... Sebenarnya ibu perlukan kalsium untuk penghasilan susu yang banyak dan berkualiti. Kalah ibu tak minum cukup susu atau tidak mendapat keperluan kalsium yang mencukupi, macam mana? Tak apa. Selagi ada sumber kalsium pada tulang ibu, semuanya akan disedut untuk penghasilan susu. Badan ibu bukan sahaja akan kering, osteoporosis akan menimpa. 

Uhhhh... Minta dijauhkan. 

Kalau perlukan supplement untuk protein lengkap, bolehlah consume ESP. Produk paling hot dan laris di shaklee. Untuk sumber kalsium pula, ostematrix kan ada. 

Fikir-fikirkan =)

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500
www.facebook.com/shapemy

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Muka Rezeki


Baby memang biasa menjadi tarikan bila keluar berjalan. Semua orang nak tengok. Nak tegur. Siapa yang tak sukakan baby?

Tapi, sungguh tak sangka ada orang yang bermurah hati menghulurkan duit untuk baby. Bukan orang yang datang melawat tau... orang yang berselisih semasa keluar berjalan hari tu. Memang totally strangers.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ye ♥♥♥

Vivix : Sirap Merah Yang Ajaib


===============================

YEAR END SALE - NOVEMBER SAHAJA

===============================




Sirap merah yang sangat awesome. Keperluan lengkap untuk KESIHATAN dan KECANTIKAN. Kalau ambik sirap ajaib ni, supplement lain tak perlu ambil pun tak apa. Sehari hanya makan sesudu. Sebotol tahan dua bulan!



BELI 6 PERCUMA SATU!

Harga Super murah setahun sekali. Penjimatan hebat. Boleh share dengan kawan. Beli la.... Hadiah kan kepada ibu dan ayah. Terima kasih mak. Terima kasih ayah!

Selain penjimatan runcit ( pm / whatspp for best price ), dapat apa lagi ye?
- free postage RM 10
- free shaklee membership ( RM 65 + RM 10 )
- cash rebate

Ewahhhh... promote produk dulu. Tapi tak ceritakan apa bendanya kan. Meh nak cerita...

Vivix ni adalah supplement antipenuaan yang terbaik di dunia. Ia adalah hasil penyelidikan saintis Shaklee selama bertahun-tahun. Vivix adalah supplement pertama yang berjaya menembusi DNA manusia. Hebatkan?

Apa kebaikan vivix Shaklee?
Uishhhh.... ini kalau nak disenaraikan, tersangatlah banyak. Tak percaya, cuba tanya pakcik google. Banyak sangat kebaikannya. Di antaranya adalah :
  • Awet muda
  • Mengelakkan kanser - merencatkan pertumbuhan sel kanser
  • Melindungi kesihatan jantung
  • Mengurangkan komplikasi diabetes
  • Meningkatkan kesihatan tulang - elak arthritis, osteoporosis dan sakit sendi
  • Mengurangkan risiko nyanyuk
  • Menyokong kesihatan mata
  • Mengurangkan berat badan
  • Meningkat sistem imun
Dengan kata lain, vivix shaklee adalah supplement terbaik untuk total wellness.

Selain itu, ia juga terbukti dapat mengawal penyakit serious dari berterusan :
  • Diabetes
  • Kolestrol tinggi
  • Penyakit kardiovaskular
  • Tekanan darah tinggi
  • Alzheimer / nyanyik
  • Arthritis,  osteoporosis
  • Gout
  • Kanser dan tumor
Mana lagi mahal, vivix atau kos perubatan? Kos perubatan pada hari ini tersangatlah mahal. Silap-silap boleh muflis! Jangan main-main di dalam soal penjagaan kesihatan.

Dengan manfaat yang banyak ni, vivix sememangnya value for money.

Ok, macam biasa... contact ada di bawah. Fikir-fikirkan!

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Si Comel Saya Dan Ex-Si Comel Saya


Dua di atas adalah si comel saya. Errr... sorang je si comel saya. Sorang lagi ex-comel, sebab dah besar. Sekarang memegang title si hensem saya.

Masa ni sedang bersiap untuk outing pertama kami. Yeay! Rasa macam nak pergi jalan-jalan. Maka berjalan la kami berempat. =)

Entry saya selalunya pendek-pendek kan. Kali ni, saya cuba untuk panjangkan sedikit. Sedikit la... 

Nak cerita pasal si abang. Excited!  Abang exicited dari mula saya memberitahu nak ikut abang dan papa keluar hari ini. Gembira kerana ini first time si adik akan keluar rumah selain episod berulang ke hospital =)

" Cepat mandikan adik. Kesian dia kalau dia busuk ". Arahan simple supaya adik dimandikan awal.

Abang Adam tolong membawakan beg adik. Urghhh... lupa nak snap gambar. Sangat stylo cara abang pegang beg adik. Hahaha. 

Mulut abang yang peramah ni macam popcorn. Sepanjang jalan bercerita kepada adiknya.

" Ini kita nak pergi jalan. Pergi kedai tau adik. Kedai tu tempat beli barang ". Dia pun explain la apa itu kedai... apa yang dijual di kedai...

" Alamak! Abang tak tahu la kita kat mana ni. Macam mana ni adik? Adik jangan takut. Abang gurau aje. Nama tempat ni **** ".

Boleh bayangkan tak keterujaan anak bujang ni? Setiap satu benda nak diterangkan pada adiknya. 

Bila mata adik ala-ala kuyu...

" Tidur kejap ye adik. Nanti mata adik segar ".

Bila adik berbunyi sikit...

" Kasilah breastmilk kat adik. Kesian adik lapar ".

Pot pet pot pet. Muka manis sepanjang hari. Tersenyum je abang. Kalau ditanya, jawapannya dia happy sebab nak bawa adik keluar berjalan. Seronoknya abang nak tunjuk dunia pada adiknya. Tu baru nak tunjuk je tu. Belum time membeli barang adik. Kalau boleh semua nak diborongnya. Macam preparation masa nak menyambut kelahiran adik dulu =)

Tq abang Adam sebab rajin tolong mama jaga adik. Kalau di rumah pun sama. Sibuk nak bercerita dengan adik. Kalau adik berbunyi, dia yang lari dulu untuk jenguk adik. Kalau adik tidur, di cium-cium adik.

Mama tau abang sayang sangat pada adik. Mama pun sayang abang dan adik =)

Keluar Berjalan

Adam nak keluar berjalan. Kali ini, Adik sedang tidur.

" Adam nak pergi mana? ".

" Keluar dekat aje. Nak pergi mall dengan papa ".

" Mama nak ikut ".

" Adik? ".

" Kata dekat. Tinggal aje la ". Mama acah aje.

Muka Adam macam percaya tak percaya je. 

" Ok. Pergi la siap ". Eh? Adam percaya?

" Dah siap ".

" Tudung tak pakai pun? Lipstik pun tak pakai. Sebab dekat ye? Owhhh... Sebab dah petang kan? ".

Hurmmmm... Ada dua benda yang mengelirukan di sini. Pertama, sampai hati tu nak Tinggal Adik yang tengah Lena menyulam mimpi. Kesian Adik. Patutnya, Tinggal Adam untuk jaga Adik =)

Kedua, ye.... Kalau bersiap nak keluar kena pakai tudung. Salin baju yang lebih sesuai. Tapi, lipstick? Ok.... Kena jaga penampilan. Touch up sikit muka kasi comel =)

Tak apalah. Minggu depan kita keluar berempat ye. Cukup korum untuk bersuka ria. Harap-harap, appointment mama tu cepat je sampai turn nya. Kalau tidak, aishhhh.... balik aje la.