Atasi Sakit Sendi Dengan AJHT

Sakit sendi menyebabkan kesukaran bergerak. Bukan berjogging atau berlari, nak berjalan pun susah. Banyak punca sakit sendi ni. Jika dibiarkan terlalu lama, ia akan membawa kepada kemerosotan sendi tulang atau lebih dikenali sebagai osteoarthritis.

Osteoarthritis menyerang tidak mengenal usia. Namun, semakin berusia seseorang itu, fungsi sendinya akan semakin merosot.

Penambahan berat badan yang melampau akab memberikan tekanan kepada lutut, sekaligus menambah tekanan kepada sendi. Akibatnya, sakit lutut menyerang.

Otot yang lemah juga meningkatkan risiko sakit sendi. Yang ini, selain ubat perlu juga dilakukan fisioterapi untuk menguatkan otot berkenaan.

AJHT adalah rumusan aktif yang menggabungkan bahan-bahan untuk menyokong pergerakan, kelenturan dan fungsi sendi yang sihat. Ia mengandungi rumusan unik Boswellia aktif, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin c. 

Nak try tak? Tunggu testimoni hangat panas-panas dari saya - next entry =)


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Kenapa Perlu Makanan Tambahan

Hari-hari makan sayur, makan buah, makan salad. Mentah tu... tak kan masih perlukan makanan tambahan? Susu tak tinggal, senaman pun buat! Kiranya, memang mengamalkan gaya hidup sihat.

Jom baca di bawah.

Sayur dan buah.
Baguslah jika amalkan pemakanan sayuran dan buah-buah setiap hari. Berapa hidangan sehari? Sayur dan buah organik ke? Yang bebas pestisid dan GMO?

Susu.
Pastikah kita yang badan kita mendapat 100% keperluan kalsium harian? Ada orang minum susu, tapi sebenarnya kalsium tu tak diserap pun oleh badan. Penyerapan kalsium oleh tulang memerlukan magnesium dan vitamin D. Tulang yang sihat memerlukan lebih dari sekadar kalsium. Jom tengok ke mana hilangnya kalsium yang dimakan.

Gaya hidup.
Gaya hidup moden yang semuanya pantas. Kita makan makanan segera dan makanan yang telah diproses. Makanan yang kaya dengan lebihan lemak, garam dan gula, pengawet, perasa, MSG dan macam-macam lagi. Berapa percent nutrisi yang ada dalam makanan tu?

Masak sendiri.
Menu apa setiap hari? Kukus, grill, panggang dan goreng. Nutrisi apa yang tinggal? Habis semua rosak semasa proses memasak. Makan mentah? Berapa banyak sehari? 

Belum masuk bab pencemaran air dan udara lagi. Lantas, sihat sangatkah kita? Terpenuh ke lompong-lompong nutrisi di dalam badan? Macam mana nak penuhkan tu? Vitamin semulajadi atau vitamin sintetik? 

Makanan tambahan ni bukan pengganti sumber asli. Makan ostematrix tetap elok kalau kita minum susu. Ambil vitamin c, jangan lupakan sumber asli. Makanan tambahan hanyalah untuk menambah nilai nutrisi pemakanan seharian.


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Kisah Semalam

Petang semalam hujan turun dengan lebat. Siap dengan guruh, petir dan kilat. Abang Adam tengah berendam di bilik mandi.

" Cukup. Bahaya mandi lama-lama time hujan lebat ".

Adam pun keluar. Siap lap badan dan pakai baju. Tiba-tiba guruh berdentum! Terperanjat kami berdua. Terkejut sangat sampai menangis abang yang besar. Bukan menangis beria-ia. Tapi, nampak la air mata. 

Ajak duduk bersebelahan. Nak riba macam dulu-dulu, ishhh... tengah pantang ni. 17kg tu!

Abang leka layan youtube. Kira rasa selamat la kan bila berdekatan dengan orang yang sayang kita. Tau adik buat apa? Nyenyak nya dia tidur. Adik tak sedar pun apa yang berlaku. Syukur juga. Kalau tidak, mesti adik menangis takut.

Bila hujan reda, abang dan mama ada projek lain. Namanya, projek ultraman. Kalau lulus tapisan finas, nanti mama upload =)

Cara Selamat Membakar Lemak Badan

Sebut pasal lemak ni sensitif tau. Bukan hanya kepada wanita dan lelaki, pada budak pun bahaya! Adam ni ha... sensitif kalau pasal gemuk-gemuk ni. Pantang dia kalau mama papa makan banyak. Takut gemuk, nanti susah nak gerak - kata Adam la.

Haaa... ada dua produk bakar atau pecah lemak di shaklee. Dannnn... bukan tiket untuk makan sembareno!

Memperkenalkan : Lecithin dan omega guard!

Diekstrak dari kacang soya organik non-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan asetilkolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Fungsi Lecithin dalam menurunkan berat badan :

Minyak ikan terbaik dunia dengan rangkaian penuh asid lemak Omega 3 seperti EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Diekstrak dari ikan laut air sejuk. Tiga kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. 

Fungsi omega guard dalam menurunkan berat badan :
Nak kesan lebih baik, ambil bersama herbalax atau alfalfa!


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

Simptom Kekurangan Vitamin C

Macam mana nak tau badan kita kekurangan vitamin c atau tidak? Tak kan kurang kan... hari-hari makan sayur, minum jus, makan buah. Betul tak?

Haaa... vitamin c ni sensitif tau. Cara kita masak boleh musnahkan vitamin c tu. Kalau makan mentah pun, bergantung kepada cara kita makan. Makan buah sebelum makan nasi. Lepas tu, berapa banyak kita makan sehari? Cukup banyak?

Banyak soalan betul. Hihihihi...

Jom muhasabah diri. Cukup ke vitamin c dalam badan tu. Ini dia simptom ketidakcukupan vitamin c dalam badan.

  • Sering demam sebab antibodi tak kuat.
  • Tua sebelum usia - vitamin c ni baja untuk pembentukan kolagen.
  • Mudah selsema.
  • Tanda lebam pada badan - bukan hantu gigit naaa =)
  • Gusi mudah berdarah
  • Letih dan lesu

Ok. Dah check?  Macam mana? Kalau sihat, Alhamdulillah. Kalau kurang sihat, kena berusaha la sikit. Bukan apa... kalau tak sihat, hidup jadi tak berkualiti. 

Chewable vita-c plus 100mg ni, tak mahal. Sebotol ada 90 biji. Makan sebiji je sehari. Kiranya, sebulan berapa belas ringgit aje. Tapi, kalau time demam atau selsema, atau rasa tak sihat, makan la lebih. Jangan makan sekali gus. Rugi. Makan berperingkat. Jangan risau. Tak overdose.  Mana yang tak diperlukan akan dikumuhkan melalui air kencing.

Vitamin C ni sangat penting untuk kanak-kanak. Lagipun dos 100mg ni sesuai dengan keperluan harian anak. Bagi la vitamin C yang terbaik untuk anak kita!

Tunggu apa lagi?


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Di Pondok Kecil

Lagu nasyid yang budak-budak kelas Adam dok menghafal sekarang ni. Adam kata dia belum hafal habis. Ustazah baru ajar sikit je.

Adam menyanyi untuk mama sebelum adik interfrem. Habis tergelak-gelak abang. Agaknya,  adik pun nak menyanyi sama!


So, kita nyanyi sekali lagi. Time nak menyanyi ni la yang tiba-tiba gatal sana sini. Semua nak digarunya! Pemalu juga anak mama ni!


Yang ini, stress pada " putihhhhh ". Ada veesion yang lebih manja, tapi suara antara dengar tak dengar. 

Princess Aleesya Semakin Gebu


Assalamualaikum semua! Rasa comel bila pakaikan serba putih. Baju, seluar, booties and mittens.  Kain bedung tu, pink. Lupa pulak nak pakaikan putih. Tapi, kain bedung putih tu ada corak juga sikit-sikit.

Seluar dan baju ni beli baru untuk Aleesya. So far memang semua baju newborn adalah baju baru. Baju abang yang paling kecik saiz 0 - 3 months. Agak besar juga. Lepas ni baru boleh pakai.

Baju newborn ni, masa beli agak besar. Sekarang ni saiz dah ngam-ngam saja. Tengok gambar la kan... berlapis-lapis dagu. 

Berlapis pun, masih runcing dagu seciput tu. Cute!

Tak sabar nak tunggu princess ni umur 4 - 5 bulan. Nak gomol dan peluk-peluk time tidur =)

Dua Beradik Di Pagi Ahad

Salam Ahad! Inilah gelagat di pagi Ahad. Awal pagi lagi Adam dah bangun. Habis dua cd ultraman ditonton. Semalam tak sempat nak tengok. Habis cerita, perut pun lapar.

Menu hujung minggu selalunya special. Menu MA pun special. Nak habis pantang dah... semua boleh makan selagi tak memudaratkan. Menu Adam? Sardin! Itu yang dia request. Lama tak makan sardin. Berbaloi! Tiga kali tambah nasi.

Perut kenyang, sambung dengan projek ni sekejap. 15 minit yang berbaloi sebelum aktiviti dalam gambar. 


Aktiviti dalam gambar pun tak sampai 15 minit. Habis? Semua kejap. Aktiviti apa yang Adam buat untuk penuhkan masa?


Hahaha. Main dulu sebelum keluar dengan papa. Tinggal la kami berdua - mama dan Aleesya =)

Main game pun, tak lama tau. Habis je satu game, tutup terus. Sambung main ultraman. Nanti kejap-kejap lagi, sambung lagi main game. 

Sakit Pinggang Dan Sakit Belakang Berkurang

4 biji ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Bagi yang sukakan susu, boleh amalkan minum susu setiap hari. Tapi, anda tetap perlukan supplement. Bukan lah 4 biji, boleh dikurangkan menjadi 2 biji sehari.

Yang tak minum susu tu? Tak ambil supplement? Cukupkah serapan kalsium anda? Jangan menyesal di kemudian hari.

Dah minum susu, kenapa perlukan supplement lagi? Sebab, tidak semestinya semua kalsium tu diserap oleh tulang. Cuba baca ke mana menghilangnya sumber kalsium yang dimakan. Penyerapan kalsium memerlukan mineral lain, contohnya magnesium dan vitamin D. Jika tidak, ianya hanya masuk ke dalam tubuh dan akhirnya dikumuhkan balik.

Haaa... bahaya tu.

Semua orang perlukan kalsium. Siapa tidak?

Jom tengok testimoni ni. Sakit pinggang dan sakit belakang berkurangan sejak mengamalkan ostematrix shaklee. 



Lain-lain testimoni dan cerita berkenaan ostematrix ada di sini.

Nak cuba? 



Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Sakit Lutut Bukan Hanya Untuk Orang Tua

Sakit lutut sangat menyeksakan. Pergerakan terbatas sekaligus menjejaskan kehidupan sosial. Rendah diri kadang menyelubungi kerana keterbatasan keupayaan fizikal. Aktiviti seharian, hatta untuk bersembahyang pun terganggu.

Dulu, sakit lutut sinonim dengan warga emas. Orang yang dah berumur. Sekarang, usia bukan batasannya. Muda-muda remaja pun ramai yang sakit lutut. Pelbagai punca sakit lutut - ligamen yang haus akibat bersukan, kemalangan, berat badan yang naik mendadak dan macam-macam lagi.

Jika berpunca dari berat badan berlebihan, ubat paling mujarab adalah dengan mengurangkan berat badan. Otot juga perlu dilatih supaya kuat.

Jika berpunca dari kehausan ligamen dan lain-lain, bolehlah try supplement ni : ostematrix,  omega guard dan AJHT. Ramai yang telah mencuba dan mengakui ianya berkesan.

Ostematrix - sumber kalsium dengan tambahan magnesium, vitamin D untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium oleh tulang. Jadi, tulang kekal sihat!



Omega guard - kandungan omega3 melambatkan degradasi tulang rawan. Ia berfungsi sebagai pelincir di antara sendi-sendi. Dengan itu, radang sendi akan dapat dikurangkan.

AJHT - bertindak seperti kusyen yang menggantikan tulang rawan yang haus, memelihara tisu penyambung yang sihat untuk menyokong keselesaan sendi.

Jom dapatkan! Jika bukan untuk diri sendiri, hadiahkan kepada insan ter sayang. Terutama ayah dan ibu yang sememangnya telah berusia.

Nak? Jom contact! Harga special mampu milik. 

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Gula Jadi Barangan Mewah


Tak sabar tunggu hari Rabu untuk WW =)

Jom Lepak Sama-Sama

Malam tadi borak dengan Adam.

" Nanti Aleesya besar, weekend kita ambil Hanif nak? ".

" Ok ".

" Nanti abang ajarlah Hanif dengan Aleesya ".

Blink! Bersinar mata abang.

" Ajar main game ye mama? ".

" Boleh juga. Tapi, ajar la juga ABC, nyanyi-nyanyi ".

" Owhhhh... ok mama ".

Laaa... tak terfikir la nak ajar main game. Ingat nak main blok ke, lego ke, ultraman ke? Nyanyi-nyanyi, conteng-conteng. Nak main pasir, tak de. Sand art adalah!

So far, anti memang suka. Boleh la dapat pagi-pagi kan. Lagipun anti kerja weekend. Ada la geng Aleesya nak main. Lepas zuhur, selalu kami keluar berjalan. Hanif nak ikut boleh, nak balik pun boleh. Dulu abang Adam yang selalu mengekor anti berjalan-jalan di hujung minggu =)

Konon-konon Hanif datang play school la tiap pagi hari minggu! ~~ mood berangan ♥♥

Testimoni Set Bersalin / Berpantang Shaklee

Panas! Memang bikin panas. Tq mommy yang share testimoni ni. Daripada mommy ni la MA mula-mula dengar apa itu shaklee. Tapi, masa tu tak terdetik pun nak try. Cuma, lepas consume ostematrix kerana pelbagai masalah.... dan... masalah MA berjaya dikawal, terus jatuh cinta dengan shaklee. Tapi, masa tu, cinta pada ostematrix je. Sejak tu, satu per satu produk shaklee MA cuba. Datang lah cinta kedua, ketiga... hahah.



Nak tau mommy gorjes ni ambil apa?

B-complex, vita-lea, alfalfa dan vitamin c. Fokus pada breastfeeding, tapi dalam masa yang sama, body maintain walaupun tak kawal makan. Nak try tak?


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Peter And Jane 2 (a)

Yeay! Finally move on to Peter and Jane 2 (a). Owhhh... last 2 page dalam 1 (c) tak habis buat. Adam kata susah. Ok. Kalau susah kita move on. Lain kali boleh buat bila Adam dah faham.

Balik je dari school, Adam akan layan youtube. Macam-macam dia study - star wars, ultraman. Kadang-kadang Mr. Bean pun layan. Agak-agak penat, main game pulak kat ipad. 

Tup-tup, study dia. Bagusnya anak mama ni. Baca santai-santai je. Sempat rekod! Nak pergi dekat, tengah riba adik la pulak.


Baca pun suara manja-manja. Baru start, so kebanyakannya ulangan dari siri 1. Konsep macam Bacalah Anakku juga!

Tak boleh lama-lama. MA memang tak bagi Adam baca buku lama-lama. Nanti takut dia rasa study ni membebankan. Budak kan... 

Dapat beberapa page, ok done! Masa untuk xbox pula. Habis melompat dan terjerit-jerit main. Pukul 10, tutup game dan kembali layan youtube. So, dia dah puas kan main macam-macam. Kalau suruh masuk tidur pun, Adam ikut aje. 

Doa Di Pagi Hari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Perkembangan Aleesya Pada Usia Sebulan


Pada usia sebulan ni, Aleesya semakin mesra. Hahaha. Baby zaman ni kan... awal-awal lagi dah buka mata, kepala dah boleh angkat sikit-sikit, senyum manis pun boleh.

Kalau dulu,  senyuman tu senyum tanpa sebab. Tetiba tersenyum. Sekarang barulah pandai guna otot muka dengan betul - senyum apabila nama dipanggil.

Kaki dan tangan yang kuat tu, memang biasa digunakan. Menggapai dan menendang. Boleh genggam tangan kita bila dihulur. 

Setakat ni, itu sahajalah. Cuma sesekali, terdengar suara macam mengagah. Rasanya, masih secara tak sengaja. Tak sabar nak dengar suara Aleesya meng agah orang. Selain suara tangisan la kan.

Haa... bila nak nangis, memula dada berombak-ombak. Lepas tu, muka merah. Baru keluar suara ala-ala manja. Tapi, sesekali keluar juga suara macam kena cubit.

Bau? Masih bau baby. Kami suka cium bertalu-talu. Aleesya pun suka dicium bertalu.  Senyum aje.

Mandi - happy! Tak nangis pun.

MA ada rekod suara abang Adam menangis dulu. Sayangnya tak buat backup. Sd card rosak bersama kenangan kami. Jadi, suara Aleesya, MA nak upload di sini. Inipun backup juga kan =)

Berat : 4.2kg
Tinggi : 63cm

Kulit Kusam, Tidak Bermaya? Ini Jawapannya!


Ini haaa jawapannya. Hot stuff dari shaklee. Kenapa ye? Sebab semua orang cari ESP

Budak cari ESP.
Nak kurus cari ESP.
Nak cergas cari ESP.
Semua cari ESP.

Sebab tu la ESP ni hot stuff shaklee. Apa set pun, mesti ada recommendation untuk add-on ESP. Sebotol besar ni, tahan 2 bulan. Sangat la berbaloi. Nak tulis panjang lebar pasal ESP, nak baca tak? Lain kali eh buat entry " Apa itu ESP ". Hahaha... Nak baca sikit-sikit, ada je kat sini.

Nak cuba?


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Buat Latihan Di Rumah

The first time is always the hardest time. Ini Adam tengah buat exercise dalam Peter And Jane 1 (c). Walaupun dah pernah melepasi sampai ke tahap 2 (c) tahun lepas, ini kali pertama Adam buat exercise siri ini. Selalu dia baca aje.

Bila baca sahaja, macam semuanya faham kan. Senang dan kacang. Nak tau betul faham dan dah expert, buat la latihan. Kalau tak dapat buat tu... fahamlah kan =)

Kadang-kadang, baca pun main langgar. Entah apa disebut. Rasanya main sebut apa yang diingat. Bila tegur, baru mata pandang betul-betul dan sebut. Aaishhh... lama tak ada focus training. Focus semakin lari.

Tengok gambar atas tu, buat exercise sambil tengok tv. Sambil intai adik. Sambil berborak. Saja tengok jam berapa lama dia bertahan. Alhamdulillah walaupun banyak selingan, 20 minit juga. 

Syukur Alhamdulillah Adam nak buat exercise. Tapi, boleh perasan.... list of vocabs dah turun banyak. Simple words yang guna sehari-hari pun dah tak ada. Hmmm...

Aleesya @ 31 Days

Ada mommy request nak tengok gambar terbaru Aleesya. So, ini lah dia.


Semakin tembam dan semakin seronok untuk bermain bersama. Nanti nak update perkembangan Aleesya pada usia satu bulan.

WW : Chicky Dance Pom-Pom


Kids having fun!

Tingkatkan Metabolisma Badan Dengan Vitamin B Kompleks

Jom tengok fungsi setiap vitamin B kompleks - vitamin larut air yang wajib diambil setiap hari.

Tiamin - vitamin B1
  • Membantu badan memetabolismakan karbohidrat
  • Diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karbohidrat

Riboflavin - vitamin B2
  • Membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan
  • Membantu membebaskan tenaga daripada protein,  lemak dan karbohidrat

Niasin - vitamin B3
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan tisu badan
  • Membantu membebaskan tenaga daripada protein,  lemak dan karbohidrat

Piridoksin - vitamin B6
  • Membantu membebaskan tenaga daripada protein,  lemak dan karbohidrat

Sianokobalamin - vitamin B12
  • Diperlukan di dalam pembentukan sel darah merah

Asid folik
  • Diperlukan di dalam pembentukan sel darah merah
  • Mencegah kecacatan spinal baby dalam kandungan

Biotin
  • Membantu badan memetabolismakan karbohidrat
Nampak tak? Kebanyakan fungsinya adalah memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga. Tenaga itulah yang kita guna. Jadi, tidaklah lemak berkumpul. Dengan erti kata lain, nak kuris wajib ambil vitamin B.

Disebabkan inilah, ada orang kata amalkan vitamin B nanti naik selera makan. Sebab, proses metabolisma berjalan lancar. Makan vitamin B compleks ni selepas makan. Gemuk atau tidak, kita yang tentukan. Jika lapar, makan makanan berkhasiat. Bukan makan segala macam junk food yang ada =)

Ok. Siapa nak vitamin B kompleks yang awesome ni, silalah contact di bawah.



Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Yang Sebenarnya Berlaku...


Dalam entry hari tu ada cerita pasal dua budak comel di atas. Taekwando performance ni untuk budak 6 tahun je tau. So, apa budak berdua tu buat di situ?

Haaaaa.... nak gelak pun ada. Tengok video ni untuk tahu kisah sebenar.



Rupa-rupanya, memang opening performance ni hanya untuk budak 6 tahun. Dua budak comel tu, excited sangat nak join. Jadinya, mereka ni berdiri di belakang cikgu taekwando dan ikut steps cikgu. 

Bermaksud, semua budak 6 tahun buat performance mengadap mereka. Macam diorang pula yang mengetuai performance tersebut. 

Cute kan? Adam sebenarnya tengah main dengan kawan.

Sementara abang have fun di dataran, adik pun sedang seronok tidur =)



Yeay! Genap Sebulan


Kami di hospital. Genap sebulan umur Aleesya. Yeayyyy!!! Sebulan dah =)

Maknanya, kena cucuk sebulan lah hari ini. Woooo~~~ Kesiannya Aleesya. Asyik nak kena cucuk aje. Abang Adam siap pujuk adik malam tadi,

" Adik jangan takut tau. Doktor cucuk sekali je. Dia nak kasi bakteria baik masuk dalam badan adik. Nanti, adik cepat besar. Sihat macam abang! ".

Terkejut abang bila tau, banyak sesi cucuk ni. Esok satu je. Lain kali ada lagi. Haaaa...

Sementara tunggu doktor, little princess tidur dengan lenanya.

Berat : 4.2kg
Tinggi : 63cm kot? Tak perasan tadi.

Ni dalam bilik doktor. Tunggu di cucuk. Bilik yang cantik. Penuh dengan mainan =)

Main Dengan Hanif


Tengok lagak Adam bermain dengan Hanif. Tapi, tak puas main pun. Hanif datang tak sampai setengah jam pun. Sila la datang lagi.



Sementara abang main dengan Hanif, adik ternganga sorang-sorang.

Vitamin B Complex Untuk Ibu Berpantang

Vitamin B complex sangat penting untuk ibu yang baru melahirkan anak. Vitamin B complex, pain killer dan ubat kurang bengkak biasa dibekalkan oleh hospital kepada ibu baru bersalin.

Kenapa?

Vitamin B complex dapat membantu mengurangkan keletihan dan kelesuan ibu baru. Proses meneran dan rutin berjaga malam yang baru sesungguhnya amat meletihkan. 

Vitamin B complex juga mengurangkan risiko ibu meroyan. Kerana ia membantu di dalam mengawal stress. Mood yang baik diperlukan untuk rembesan oksitosin yang seterusnya membantu penghasilan susu badan.

Vitamin B complex juga memastikan sel-sel saraf dapat berfungsi dengan normal. Dengan ini, tekanan juga dapat dikurangkan.

Vitamin B complex juga membantu membekalkan tenaga dengan menukarkan karbohidrat kepada glukosa yang seterusnya ditukarkan menjadi tenaga.


Seperti vitamin C, vitamin B complex juga adalah vitamin larut air yang mudah termusnah oleh proses memasak. Yang masuk ke dalam tubuh pula hanya akan digunakan secukupnya. Selebihnya akan dikumuhkan melalui air kencing. Sebab itulah vitamin B complex perlu diambil sebagai diet harian untuk memenuhi keperluan tubuh. 

Haaa... nak cuba? Jom contact di bawah =)

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
Whatsapps : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Kali Pertama Mandikan Aleesya


Hari ke 27. Pertama kali mama mandikan Aleesya. Kekok! Lamanya tak ada baby. Selama ni, papa yang mandikan before pergi kerja.

Kiranya, nak serahkan tahta la ni. Mama sudah sihat, maka, kena mandikan Aleesya sendiri. 

Hihihi.... ingatkan forever papa nak tolong mandikan Aleesya. 

Pom Pom Boy


Kasi semangat kepada team sendiri. Majulah sukan untuk negara.

Seronoknya budak-budak ni kan. Bermain bersuka ria di kalangan mereka sendiri. Untunglah masih ada rezeki untuk hadir. Bayangkan jika tak sihat atau ada aral yang menghalang dari muncul di sini. Kasihan pulak. Ini lah antara keriangan di tadika.

Kalau di lihat kepada cuaca, panas. Tapi, awal-awal event bermula, mungkin belum penat lagi. Tengah seronok. Panas pun panaslah.

Nampak muka Adam yang tersenyum tu, mama tau Adam happy sangat kan.

Sambil taip ni, sambil teringat beberapa mommies yang anak tak dapat hadir - anak tak sihat,  parents ada kerja lain. Anak depa sedih tengok gambar kawan-kawan.

Sambungan Peter and Jane 1 (c)


Adam ni sedang honeymoon. Mama cuti lama, dia pun ikut bercuti juga. Hanya pergi time exam hari tu. Tak apa la. Lepas ni, kita pergi school ye. Kesian pulak cuti lama-lama.

Haaa... atas ni, Peter and Jane 1 (c). Yang start buatnya sebelum Aleesya lahir. Lama juga buku ni terbengkalai macam tu je.

Siang tadi, saja-saja sebut,

" Lamanya Adam tak study. Peter and Jane 1 (c) belum habis kan? ".

Adam ambillah buku tu. Dapat la juga 2-3 page dia buat. Maklumlah, otak mudah berkarat jika lama terbiar. 

Diperhatikan, fokus Adam lari akhir-akhir ni. Asyik nak main game aje. Kalau dulu, boleh bagi 2-3 arahan sekaligus. Sekarang, bagi 1 arahan pun, kadang-kadang dia tak ingat.  Hmmmm....

Adam Mengelat!

Ini adalah dua acara yang Adam masuk masa hari sukan hari tu. Dua ni sahaja aktiviti untuk budak lima tahun : lompat dalam gelung rotan dan isi air dalam botol.

Aktiviti simple aje. Agaknya, dah namanya Adam, dia kena la start dulu. 

Bukan mengelat sebenarnya. Tapi, Adam belum faham macam mana nak buat. Ini baru sukan. Nanti-nanti dah masuk sekolah, siap sedialah Adam dan Aleesya. Siap sedia menjadi orang pertama atau orang paling depan - nama start dengan huruf "A" kan. Hihihihi. 

Jom layan video.

Lari dalam gelung rotan.


Isi air dalam botol.

Testimoni ESP Shaklee - Penawar Gastrik Semulajadi


Nak share testimoni panas. Panas ni.... baru je dapat pagi tadi. Akak ni memang pengguna tegar Shaklee. Ini testimoni panas-panas dari dia. Tq kak =)

Alkisahnya kena gastrik. Teruk. Dia ambil ESP. Gastrik tu, sehari je dah lega. Kalau tidak, mau makan 3-4 hari baru lega.

Ok, jom baca ye.

Gastrik ni terjadi semasa proses pencernaan makanan. Tau-tau je la, banyak asid dirembeskan keluar untuk mencerna makanan. Jika tahap asid terlalu tinggi, radang berlaku di dalam perut. ESP sebagai sumber protein yang tinggi sifat alkalinya akan meneutralkan keasidan dalam perut. Protein ESP  berfungsi untuk menggantikan sel-sel perut yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik semasa proses pencernaan makanan.

Simptom-simptom gastrik :
  • Kembung perut
  • Pedih ulu hati
  • Muntah-muntah dan loya
  • Cirit-birit
  • Tiada selera makan

Sangat tidak selesa kan dengan simptom di atas. Kadang-kadang, siap berguling-guling sakit bila gastrik menyerang. Gastrik bukan hanya menyerang jika perut kosong tau. Gastrik boleh menyerang apabila makan makanan yang terlalu pedas, makan terlalu banyak, makan terlalu laju. Even stress pun boleh sebabkan gastrik.

Lagi mengenai ESP di sini.

So, apalagi. Sebelum bertambah parah, jom amalkan minum dan simpan ESP di rumah. Banyak manfaatnya. Siapa berminat, silakan contact seperti di bawah =)

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease