Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Tanda-tanda hampir bersalin ni ada 3. Tiga lah yang biasa kita jumpa kalau google ke sini sana. Tapi, kalau ikut nurse yang saya jumpa, ada 4. Yang keempat tu, nanti la ye.

Turun darah
Kali pertama dulu, saya turun darah. Pergi ke hospital pun selepas semalam tak tidur kerana berdarah. Kesian nak kejutkan cik abang. Dah pagi, baru ke hospital. Darah yang keluar tu, bukan darah pekat. Tapi darah yang bercampur dengan lendir. Darah dan lendir keluar kerana pintu rahim sedang membuka. Betul! Sampai hospital dah buka 2 cm.

Pecah air ketuban
Haaa... ini biasa tengok dalam drama melayu. Ada orang keluar sampai basah habis semua. Ada orang pula, keluar sikit-sikit. Air ketuban ni biasanya jernih. Nak kenal air ketuban - dia keluar tanpa rasa nak kencing. Tetiba basah. Dan... tak boleh nak tahan-tahan. Kena terus ke hospital ni!

Kontraksi
Yang ini macam mana nak terangkan. Rasa sakit memulas, mengeras di perut. Sela masa tetap dan makin lama makin kuat. Selalunya, disertai dengan sakit belakang.

Masa menaip ni, tengah tunggu doc di hospital. Kontraksi memang dah beberapa hari terasa. Cuma sela masanya tak tetap lagi. Macam abang, darah turun pagi tadi.

Doakan saya ye!


5 comments:

  1. Wah...dah nak sampai masa...semoga selamat semuanya... baby nk keluar pada tarikh 20.9 rupanya.... ta sabar nak tgk wajah comelnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la hari ni ke esok. Tapi, dah dekat la ni. Doakan saya =)

      Delete
  2. moga dipermudahkan segala urusan. amin
    nanti dah sihat bolehlah update cerita baby baru pula :)

    ReplyDelete
  3. sempat lagi erk mama update blog...insya allah dipermudahkan semuanya...apa pun kumpul tenaga tau mama

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan MA..selamat berjuang..:)

    ReplyDelete