Bila dah hujung-hujung kehamilan ni, perut selalu mengeras - kontraksi Braxton's Hick. Ia selalu terjadi setiap beberapa jam selama 1-2 minit setiap kali. Ia kuat dan agak menyakitkan - proses melembutkan serviks untuk membuka jalan semasa proses bersalin.
Cuak juga bila sakit datang dengan kerap. Tapi, bila diperhatikan, kadarnya tidak lah tetap. Nak kata pandai, memang tak pandai. Macam mana kontraksi sebenar dan yang mana palsu.
Sudahnya, kerap la berulang ke toilet. Selain memang nak membuang air kecil, nak lihat juga kat bawah tu. Kot-kot ada keluar lendiran darah. Setakat ini, clean and clear.
Semalam, kontraksi berlaku agak kerap. Dan sesekali menyakitkan. Tapi pagi ni, segar-bugar aje. Rasa nak keluar berjalan-jalan lagi!
Anak kedua, tapi sebab anak pertama turun darah dulu dan terus operate, rasa macam tak tahu lagi macam mana contraction nak bersalin. Palsu atau benar?
semoga semuanya berjalan dengan lancar...amin...
ReplyDeleteTak lama dah tu..makin berdebar jadinya kan? Semoga MA selamat dan mudah bersalin nanti....
ReplyDelete