Express je baca Peter And Jane 1 (a) & 1 (b) ni. Laju. Bukan sebab dah pandai, tapi sebab ini siri recap. Sebenarnya dah baca sampai siri 3 (a). Sebab berbulan tak da aktiviti membaca, kita ulang balik dari square one.
Tapi Adam ni, kadang-kadang main sebut je. Maklumlah, buku ni berulang-ulang. Jadi ikut sedap mulut.
" Baca ". Haaa... barulah sebut yang betul.
Bagus juga recap ni. Sebab, kali ini, Adam lebih aware pasal singular and plural. Bukan apa pun, mata dia boleh bezakan "like" dengan "likes", "toy" dengan "toys". Bila ditegur salah, bukan terus terima. Selak balik page sebelumnya untuk tengok perbezaan. Dua tiga kali ditegur, dapat dah beza. Otak budak... hati masih terang.
Hahaha... seronok je ajar dia baca. Habis siri 1, maybe boleh selit dengan read easy pula. Lama dah tak baca. Read easy ni pun, dulu dah baca sampai buku no 3.
mama adam dtg rajin balik nie..nti dh bersalin cuti panjang sikit kan..sy aiman cuti panjang baca iqra..dh abis cuti sebutan semua berterabur..hehe
ReplyDelete