Peneman Setia Semasa Dalam Wad



Inilah peneman setia di dalam ward. Walaupun tidurnya di atas tilam yang keras dan sejuk, setiap malam Adam kekal sebagai penanti yang setia.

Katanya " Best tidur kat hospital ni, sebab ada adik ".

Hurmmm... betul la tu. Sebab masa mama warded dulu, betul la Adam peneman setia. Tapi sesekali dia merungut juga nak tidur di rumah. Kali ini, satu rungutan pun tak dengar. Malah, bangun tidur pun happy sahaja. Perkataan pertama yang keluar dari mulut Adam setiap kali adalah " Adikkkkkk!!!! " dengan senyuman meleret.

Pantang adik menangis,  abang la yang akan cuba memujuk - menyanyi, berlawak, menepuk.

Jangan siapa berlawak nak ambil adik Adam. Nanti siapla kena warning free dari abang =)

Hilang 5 kg Dalam Masa Sehari

Tajuk bikin gempak. Berat sebelum bersalin 75.4kg. Beratkan? Dengan perut yang besar tapi tak berapa besar, bahagian bawah badan mengembang dengan jayanya.

Balik je rumah selepas bersalin, timbang lagi. 70.2kg. Dalam 5kg la kan. Nak buang 20kg. Agak-agak, boleh ke?

Dulu, boleh. Sekarang harap-harap boleh. Walaupun metabolisma sudah tidak semacam dulu. Insya Allah, slowly.

Errr... kawan-kawan jangan la harap naik kerja je saya dah kurus. Diet won't be an option. Hihihi.... Lagipun, kali ini ada pertolongan dari omega guard shaklee dan lecithin shaklee =)

Rambut Mencecah Bahu


Patutlah asyik berulang ke toilet. Tengok rambut Aleesya ni - mencecah bahu. Panjang dan lebat. Owh... hitam juga. Tak macam rambut Adam yang perang.

Hari ni hari ke enam. Genap 6 hari dah umur Aleesya.

Vitamin C Plus Chewable Shaklee


Rata-rata ramai yang tahu kebaikan vitamin C untuk kesihatan dan kecantikan. Kiranya, ia adalah di antara produk kesihatan dan kecantikan yang mesti ada la di dalam simpanan semua. Berguna ni untuk semua - kanak-kanak, lelaki, wanita, warga emas dan semuanya!

Ni ha senarainya :
  1. Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh untuk melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan proses penuaan - awet muda!
  2. Meningkatkan sistem imun dalam badan 
  3. Tanpa pewarna, perasa, pengawet dan pemanis tambahan
  4. Mempercepatkan penyembuhan luka. Sesuai untuk ibu bersalin =)
  5. 1 tablet vitamin C Plus Chewable Shaklee 100mg bersamaan 1/2 biji khasiat oren sehari.
Yang paling penting,  rasa dia sedap. Senang la kalau nak bagi kepada kanak-kanak. Macam Adam ni, bagi sebiji memang dia minta lagi. Tak cukup. Tapi, untuk Adam, 1 tablet sehari sudah memadai. Kecuali masa Adam nampak agak kurang sihat, boleh lah diberikan lebih dos sikit. Tak bahaya. Vitamin larut air ni, lebihan dos akan dibuang melalui air kencing. 

Jadi tipsnya, bagi dua tablet dalam sela masa berbeza.

Nak tak? Jom contact seperti di bawah.




Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Room In Bersama Baby


Hari pertama, itu la kaedahnya. Room in side by side. Baby di dalam baby cot untuk fhoto therapy. Nangis je... bukan sebab duduk seorang,  tapi sebab tidak selesa dengan aksesori di mata. Kalau buka, ok je.

So, hari-hari seterusnya, kami stay atas katil yang sama. So, boleh la berjemur.


Peneman setia tentulah abang Adam,  dan juga ini.


Jenuh juga tau dok bawah lampu ni. Pening kepala. Adushhhh... nampak gaya, kena check mata la lepas ni.

Adam Dan Aleesya


Adam dan Aleesya. Besarnya Adam dan kecilnya Aleesya. Time ni, Adam baru bangun dan Aleesya baru sudah mandi.

Nurse dah ambil darah. Harap-harap boleh keluar cepat dari wad ni.

Abang Excited Dapat Adik

Adam excited dapat adik. Memang jelas terpancar di wajah Adam betapa happynya dia dengan kehadiran Aleesya.

Dalam kegembiraan menerima ahli keluarga baru, kami tetap berhati-hati. Bimbang jika kehadiran ahli baru akan mengurangkan perhatian terhadap Adam. Kalau itu berlaku, risau pula perasaan excited bertukar menjadi cemburu.

Jadi sekarang, jika Aleesya menangis, kami katakan Aleesya nak abang dia. Asal Aleesya terpusing atau terbuat senyum, semuanya dikaitkan dengan Adam. Memang kembang kempis la si abang.

Rasanya, ini memang tindakan yang perlu sementara Adam menyesuaikan diri bahawa perhatian mama dan papa terbahagi dua. Bukan berkurang, tapi kini, anak mama dan papa dan ada 2 orang. Dua-dua kami sayang.

Adam pula memang tak sabar-sabar nak tunggu Aleesya membesar. Boleh main sama-sama =)

Warded Again


Baru dua malam tidur di rumah. Belum puas lagi di rumah, kami kembali semula ke ward. Silap makankah? 

Rasanya tak ada silap makan. Memang nak kena.

Tingginya kuning baby. Owh... semi-officially nama baby adalah Aleesya. Belum official sebab belum register dengan JPN. 

Owhhh... Nurse kat sini kenal lagi dengan Aleesya =)

Meneran Semasa Bersalin

Meneran semasa bersalin.  Kalau orang kata macam teran air besar, saya kata, air besar tak perlu teran-teran macam tu. Bukannya ada sembelit pun. Hihihi...

Rasanya yang penting semasa meneran adalah pernafasan. Ini doctor ajar ye dalam labour room.

Tarik nafas sepanjang yang boleh dan tahan nafas. Owh lupa... posisi kedudukan adalah duduk. Kaki dikangkangkan. Tangan memegang dua buku lali. Pegang kuat. Kepala tunduk dengan dagu menyentuh ke dada. Bila rasa sakit tu datang, push sekuat hati. Agak-agak nafas tak cukup, hembus dan tarik nafas lagi cepat-cepat. Hold dan ulang step meneran. Dua kali ulang ye. Maksudnya, buat 3 kali total.

Punggung maintain kejap di tilam ye. Jangan angkat! Huhu... nasib baik ingat sentiasa pasal punggung ni.

Macam apa ye? Teranan kali pertama akan menolak baby ke bawah. Tapi, ia perlukan satu lagi momentum untuk berada betul-betul bawah. Momentum terakhir diperlukan untuk tolak baby keluar.

Doc suruh curi nafas 3 kali. Saya curi 7 kali kot - lupa. Nafas pertama rasanya cukup panjang. 2 yang akhir, nafas dah tercungap-cungap. Tu yang laju-laju tambah lagi. Sebab rasa rugi pulak kalau tak tambah. Lagipun, doctor kata kepala baby dah nampak besar di bawah.

Hurmmmm... terasa baby keluar. Macam ada benda besar keluar dari tooot... Leganya perasaan bila dengar tangisan anak. Phewwww....

Er... baby zaman ni, waktu nk potong tali pusat memang dah buka mata ye? Mata melilau ke sini sana.

Soalan Paling Susah Daripada Adam

Adam budak aktif yang tidak tidur di siang hari. Jadi, apabila hari yang padat sangat, bila malam tentulah cepat letih. Tidur awal memang tak nak la kan.

Jadi, apabila dah terlalu letih dan penat, mood pun lari. Niat hati nak main lagi. Tapi, nak fikir apa nak main pun... otak dah jam. Keluarlah soalan yang sangat menakutkan ini :

" Papa, mainan apa kita boleh main dua orang tapi Adam tak penat? ".

Susah tau soalan ni. Sehingga kini masih tiada jawapan yang memuaskan hati. Walaupun soalan ni jarang-jarang muncul,  ia sangat menakutkan. Sebab, semua jawapan akan di reject.  Sudahnya, Adam akan merajuk dan berkemungkinan akan menangis.

Soalan ni mungkin hanya satu cara atau penyebab. Mungkin dia stress sebab malam masih muda. Rugi kalau letih dan tertidur awal. Sebenarnya memang nak nangis kan... =)

Najis Baby Baru Lahir

Alamak... cerita pasal najis pula. Anggap la ini perkongsian ilmiah, ok.

Baby baru lahir akan mengeluarkan najis berwarna hitam kehijauan - hijau gelap sangat-sangat. Ia di panggil mekonium. Ia terkumpul di dalam usus baby semenjak di dalam rahim ibu. Ia agak melekit dan susah sikit nak dibersihkan.

Untuk rekod, hari pertama baby membuang 3 kali. Hari kedua, 10 kali kot. Hilang kiraan. Asal menyusu, dia membuang.

Owh.. nak tanya mommies di luar sana. Kalau masih ingat la.

Baby girl ni, masa membuang najis hijau pekat tu, memang ada keluar lendiran kuning jernih ke pada kemaluan baby?

Hari pertama saya tak perasan. Asal baby membuang je, panggil nurse untuk cuci. Bila balik rumah, baru la perasan. Kalau tak, dah tanya dah. Khamis baru ada appointment dengan doktor untuk bertanya. 

Adik Adam



Alhamdulillah.  Selamat sudah melahir kan baby girl aka adik adam. Namanya, tunggu papa register baru umumkan. Kot-kot terletak nama lain =)

Baby girl seberat 2.82kg ni lahir secara normal. Hurm... merasa la bersalin normal kali ini.

Walaupun cuma setengah jam, jenuh juga meneran. Nasib baik la makan banyak. So, ada tenaga nak meneran =)

Kalsium Membantu Mengurangkan Komplikasi Semasa Proses Meneran

Kalsium sangat-sangat diperlukan oleh semua peringkat usia - janin, baby, kanak-kanak, remaja, wanita dan lelaki di semua peringkat usia. Umpama menghirup udara. Sangat-sangat penting kalsium untuk meningkatkan kualiti hidup. 

Jom baca petikan article ni :


Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad. 

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. 

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium. 

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau. 

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
Article asal : sini.


Nampakkan keperluan kalsium kepada ibu mengandung? Bukan sekadar perlu, tapi, sangat lah merbahaya jika ibu hamil mengalami masalah kekurangan kalsium.

Tak semua boleh makan bilis, bayam dan susu dengan jumlah yang mencukupi. Ada juga yang tidak boleh consume susu atau laktosa. Penyelesaiannya : Ostematrix Shaklee - bukan sekadar kalsium, tetapi diperkayakan dengan magnesium, vitamin D, boron, mangan, kuprum dan zink utuk penyerapan lebih berkesan.

Nak tau lebih lanjut mengenai ostematrix shaklee, klik sini. Testimoni pun ada. 


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Hantu Masuk

Semalam, entah apa yang tak kena. Anak bujang saya tiba-tiba merajuk dan menangis. Menangis beria-ia sambil melompat-lompat. Tak tau la apa puncanya. Lama tu, tak la. Tapi, ada lah dalam 5-10 minit.

Pujuk pun tak layan.

Agak-agak dah reda tangisan, baru tanya.

" Kenapa nangis nak mengamuk tadi? ".

Haaa... tau apa jawapan dia?

" Hantu masuk ".

Jawapan ringkas menyelamatkan diri. Hurm... boleh terfikir nak jawab macam tu!

" Bukan baru lepas solat ke? ".

" Hantu masuk juga ".

Muka dah tak macam tadi. Back to normal. Ceria sesangat. Alahai anak... jangan la macam ni. Terkejut tau.

Tanda-Tanda Hampir Bersalin

Tanda-tanda hampir bersalin ni ada 3. Tiga lah yang biasa kita jumpa kalau google ke sini sana. Tapi, kalau ikut nurse yang saya jumpa, ada 4. Yang keempat tu, nanti la ye.

Turun darah
Kali pertama dulu, saya turun darah. Pergi ke hospital pun selepas semalam tak tidur kerana berdarah. Kesian nak kejutkan cik abang. Dah pagi, baru ke hospital. Darah yang keluar tu, bukan darah pekat. Tapi darah yang bercampur dengan lendir. Darah dan lendir keluar kerana pintu rahim sedang membuka. Betul! Sampai hospital dah buka 2 cm.

Pecah air ketuban
Haaa... ini biasa tengok dalam drama melayu. Ada orang keluar sampai basah habis semua. Ada orang pula, keluar sikit-sikit. Air ketuban ni biasanya jernih. Nak kenal air ketuban - dia keluar tanpa rasa nak kencing. Tetiba basah. Dan... tak boleh nak tahan-tahan. Kena terus ke hospital ni!

Kontraksi
Yang ini macam mana nak terangkan. Rasa sakit memulas, mengeras di perut. Sela masa tetap dan makin lama makin kuat. Selalunya, disertai dengan sakit belakang.

Masa menaip ni, tengah tunggu doc di hospital. Kontraksi memang dah beberapa hari terasa. Cuma sela masanya tak tetap lagi. Macam abang, darah turun pagi tadi.

Doakan saya ye!


Rahsia Terbongkar - Gaya Adam Study

Kadang ada juga yang bertanya. Macam mana nak ajar anak? Tak susah ke? Kan selalu anak ni, bukan nak belajar dengan parents sendiri. Nak main aje.

Dulu-dulu, rajin la juga mengajar di rumah. Tapi, sejak-sejak mengandung ni, memang kurang. Macam tak de je. Malas nak ajar. Cuma syukur la di penghujung ni, mood tu datang balik.

Ok. Ini lah rahsianya saya mengajar. Bukan ada rotan atau apa pun kat tangan. Cuma, kena la cuba buat aktiviti tu seronok sikit. Walaupun kita cuba berseronok, kadang-kadang, cuma mampu bertahan 5 minit je. Nasib baik, dapat la 15 minit.

Tapi, 5 minit yang berterusan tu la yang rasanya berkesan. Sekarang, memang up la.... tak de dah 5 minit. 15 minit dah cukup lama. Kecuali kalau Adam buat aktiviti seni - lama la sikit. 15 minit untuk belajar membaca, rasanya dah cukup lama.

Ni gambar minggu ni. Semasa aktiviti membaca Peter and Jane 1 (c). Nampak tempat study? Atas tilam berguling-guling. Layankan aje. Kita bukan dalam kelas. Asalkan Adam nak study, kadang-kadang, 15 minit tu hanya dalam perjalanan balik rumah je. Dalam kereta. Janji ada masa yang memang khas untuk kami berdua.


Memang tak de istilah paksa. Kalau nak buat sambil makan pun boleh. Janji dua-dua kena ceria. Bila anak ceria, esoknya, dia sendiri nak sambung belajar lagi =)


Kena sabar - 15 minit yang termasuk aktiviti berguling, berlawak dan sebagainya. 


Nanti adik keluar, abang pulak ye ajar adik =)

Kecekapan Dan Kepetahan Anak Tunggal

Anak tunggal biasanya amat petah dan cekap menggunakan perkataan. Percakapan yang keluar dari mulut mereka kadang kala jauh menjangkaui umur mereka. Macam orang dewasa!

Rasanya, betul lah tu. Vocab yang Adam guna pun, kadang-kadang tak sangka boleh keluar dari mulut dia.

Kenapa ye?  Kajian menunjukkan kekerapan berkomunikasi dengan orang dewada yang mendorong kepada perkembangan positif ini.

Mereka lebih peka mendengar. Jadi, olahan ayat akan menjadi lebih cepat. Persoalan yang ditanya juga mendapat jawapan yang mungkin memuaskan.

Jarak usia 5 tahun Adam dengan adik dalam kandungan membolehkan Adam mendapat lebih perhatian sepanjang proses pembesarannya. Insya Allah, boleh dijadikan role model untuk adik nanti =)

Buku Peter And Jane 1 (C ) Pulak

Buku Peter and Jane 1 ( c )  ni adalah kesinambungan dari Peter and Jane 1 ( a ) dan 1 ( b ). Wording yang ada kat dalam tu, sama je.

Extranya cuma, buku 1 ( c ) ni ada unsur-unsur phonics dan ada pulak link untuk anak practice menulis.


Kalau Adam, perkataan senang bunyi macam " toys " ke, " shop " ke... boleh la dicuba eja. Kalau perkataan macam " the " ke, " here " ke, kasi can Adam belek-belek page lama atau buku lama. So, dia boleh cari sendiri words tu dan tiru. Hihihi.... ala-ala budak dah masuk sekolah kan? 


Bila dah di penghujung buku (c) ni pulak, anak kena bina ayat. Kira advanced level la sikit kan. Ermmm.. bukan bina. Construct ayat dari words yang diberi. Ayat mudah-mudah je.


Owh... kami belum sampai lagi ke hujung buku. Baru start je ni =)

Setakat ni, Adam macam happy je guna method tu.

Peneman Dinner

Dinner ringkas malam ini. Nasi goreng ayam. Tapi, bukan nak tunjuk menu dinner tu tau. Cuba perhati gambar.


Haaaa... nak tunjuk peneman Adam makan. Itulah peneman Adam makan. Hari ni tak bagi Adam mandi bersama geng-gengnya. Sebab sampai rumah dah malam. Nanti batuk berendam lama-lama.

Jadi, tak dapat temankan mandi, temankan makan pun jadi la =)

Di Klinik Hari Ini

Checkup hari ni, ramai la juga orangnya. Masing-masing dengan perut comel dan badan yang masih kategori slim-melim. Hai... sorang-sorang je dengan perut yang besar dan nampak bloated sana-sini.

Hurmmm... macam mana lah comel-comel semuanya? Nampak juga kelibat ibu yang membawa baby. Hurm... selim-melim juga. Yang seronoknya bila memerhatikan preggy women ni adalah nak tengok fesyen baju mereka. Ada yang pakai baju biasa-biasa sahaja - baju ibu mengandung la kan. Ada pula yang baju mengandungnya nampak sangat elegant.  Jamu mata!

Teruja juga bila melihat baju yang cantik-cantik. Gorjes gitu!

Tips Merawat Kelesuan

Pernah tak rasa lesu je sepanjang hari? Padahal, bukannya ada buat kerja berat pun. 

Member opis minta cadangan vitamin untuk mengelakkan lesu. Sambil-sambil duduk diam pun boleh terlelap katanya. Dia sedang amalkan ESP. 

Cadangan vitamin adalah Vitamin B Complex Shaklee


Secara umumnya, ia adalah vitamin untuk menghilangkan kelesuan. Di antara kebaikan vitamin B Complex adalah :
  1. Mengurangkan kelesuan badan
  2. Mengurangkan tekanan emosi
  3. Menukarkan makanan kepada tenaga
  4. Mencegah cancer serviks
  5. Mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi - dengan adanya asid folic
  6. Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang baik

Sesuai la kan dengan keperluan member ni. Owh... ada lagi satu. Yang ni terbukti berkesan sangat-sangat. Kalau anak-anak yang sedang belajar tu, bagi la makan Vitamin B Complex. Insya Allah mudah nak mengingat!

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Testimoni Herb Lax Shaklee Untuk Mengempiskan Perut


Ini testimoni fresh ni.... perut sudah mengempis. Of course la bukan perut MA kan. Besar dan masih tinggi lagi ni.

Customer ni makan herb lax. Setiap dua hari dia ambil Herb Lax empat biji. Makan malamnya, esok... perut membuang dengan jayanya.

Kiranya, proses detox berjalan lancar - segala toksin berlebihan di dalam badan, di keluarkan. Detox ialah proses meneutralkan atau membuang toksin dari dalam badan. Toksin ni adalah semua benda yang boleh membahayakan tisu badan - macam-macam la, dari aktiviti sel, persekitaran, makanan dan air. Jadi, bila toksin banyak dalam badan, penyerapan nutrient akan menjadi slow. Nak diet pun, mungkin tidak berapa berkesan.

Manfaat Herb Lax :  

Pembersihan usus
Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis di dalam tubuh badan kita. 

Mengurangkan masalah sembelit 
Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.  

Mengempiskan perut 
Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Berdebar Menunggu Masa

Minggu 38. Uish... 2 minggu je lagi. Dah terasa mengahnya nak berjalan.

Duduk rumah, ok je. Duduk opis pun, ok. Tapi... menempuh perjalanan balik kerja tu memang berdebar-debar. Trafik yang memang sentiasa jam. Harapnya, jangan lah terasa sakit di kala menempuh jam. Haru....

Kalau minggu lepas, masih aktif ke sana-sini. Minggu ni dah terasa slownya. Boleh la setakat keluar beli barang. Nak berjalan-jalan, ishhh... tak larat rasanya.

Perut besar sangat. Kaki dah membengkak. Muka dan body pun montel. Sudah lebih 75kg ni. Lebih 5kg dari masa mengandungkan abang Adam. Hihihi...

Dalam pada berat tak naik dan asyik turun je, haaaa.... berat naik mencanak-canak semasa trimester ketiga. 

Jenuh la nak mengurus balik lepas ni. Hihihi. Semoga mama dan adik selamat dan sihat. Bab kurus tu, lepas pantang kita fikirkan =)

Rempah Mandi Jamu Mak Dara


Beli rempah mandi jamu mak dara ni. Bukan lah dalam bentuk uncang, tapi daun-daun kering. Mahal ooo daun kering ni. Rm30 tu. Ingat dalam RM20 ke...

Dulu, tak berpantang pun. Tak de la nak berbengkung, tungku, tangas ke urut. Semua takde. Lepas habis pantang baru la nak berurut dan bertungku. Bengkung, memang tak pakai la. Bukan la moden... sebab operate, semuanya tak berani nak dibuat.

Ok, rempah mandi ni keluaran Jamu Mak Dara. Bukan lah prefer mana-mana brand, cuma kebetulan hanya brand ini sahaja yang dijual di kedai tadi.

Khasiatnya - hangatkan tubuh dan singkir sel-sel mati, buang angin badan, elak angin memasuki liang badan, segar kan tubuh, hilangkan bau badan dan pudarkan kesan hitam di kulit.

Harap-harap, wangi dan segarlah badan nanti.

Peter And Jane Vs Read Easy

Jika ada yang mengikuti, untuk BM, Adam belajar guna Bacalah Anakku ( di rumah ). Untuk English pula, ada dua buku utama - Peter And Jane dan Read Easy.

Sebenarnya, guna apa buku pun sama sahaja. Matlamatnya, supaya anak boleh membaca. Tak mau stress-stress, santai sahaja. Kalau stress, nanti fobia pula anak nak bergurukan emaknya =) Santai sangat kot, sampai tak bergerak-gerak. 

Read Easy menggunakan kaedah phonic. Sama macam Bacalah Anakku. Peter And Jane pula menggunakan kaedah sight word. Lebih kurang macam Dolch Sight Word juga. Iaitu, perkataan-perkataan yang susah untuk dibunyikan, anak akan hafal sahaja. Macam ajar anak membaca guna flashcard la kaedahnya. Tapi, mana-mana perkataan yang boleh anak bunyikan, memang Adam disuruh bunyikan sendiri. Bila boleh buat sendiri, anak akan lebih bersemangat tau. 

Masa mula-mula perkenalkan Peter And Jane, memang parents kena bersabar la. Sebab, bukunya bergambar. Kadang-kadang, anak main sebut je berdasarkan gambar. Tak apa la... enjoy sahaja. Bukan ada exam nak di kejar kan? Lama-lama, anak akan pandai. 

Setiap sesi, jangan lama-lama. Kalau dapat 15 minit sehari, sudah cukup la. Anak kecil ni busy, macam-macam benda lain lagi nak dibuatnya selain terpaksa belajar membaca =)

Satu buku pun, tak perlu lama-lama. Perkataan yang sama akan diulang-ulang berkali-kali di dalam buku yang lain. Hanya baca dengan gembira. Sedar-sedar, anak dah pandai membaca.

Adam memang tak sabar nak master English ni. Tau kenapa? Dia kan information seeker. Susah la nak cari information kalau tak faham English.

Information Seeker - Anak Zaman IT

Anak zaman IT. Memang semuanya berasaskan gajet. Kalau masa Adam kecil, youtube gunanya untuk belajar membaca, mengira dan menyanyi. Zaman-zaman dah besar ni, tak de pun update pasal video belajar guna youtube kan <- senarai video yang Adam guna masa kecil. Sekarang dah besar =)

Tapi sebenarnya, Adam memang belajar melalui youtube. Belajar apa? Main game. Keyword kita taipkan, lepas tu berjam-jam dia cari info. Sambil main game, jika cuba beberapa kali tak lepas-lepas, youtube la guru untuk melepasi tahap tersebut. 

Harapnya, pada masa depan pun macam ni ye sayang. Jika tak faham apa yang cikgu ajar, carilah tutorial untuk belajar.

Banyak sebenarnya boleh belajar di youtube jika kita rajin mencari.

Bahaya Kekurangan Kalsium Kepada Ibu Mengandung


Kalsium sepatutnya menjadi kawan baik kepada semua orang - tua, muda, lelaki atau perempuan. Untuk ibu mengandung, lagi la elok diambil supplement kalsium ni bermula dari trimester ke dua. Lagi awal lagi baik sebenarnya.

Kekurangan kalsium di dalam badan ibu mengandung, tidak memudaratkan baby dalam kandungan. Sebab, baby boleh tarik zat-zat mineral kalsium dari badan ibunya. Jadi, jika ibu tidak minum susu dan ambil supplement kalsium pun, baby boleh mendapatkan sumber kalsium yang cukup. Caranya, sedut sahaja ( hihihi ) kalsium dari tulang ibu. Jadi, yang merana adalah ibu, dan bukan baby - sementara masih ada kalsium untuk disedut.

Memula tulang ibu cantik je strukturnya, lepas tu...


Kesan semasa hamil kepada ibu adalah :
  1. cramp kaki
  2. komplikasi masa meneran anak
  3. gigi rapuh dan berlubang
  4. gusi berdarah
  5. risiko pra-eklampsia
  6. osteoporosis
  7. kesukaran untuk tidur
  8. sakit-sakit badan
belum lagi kesannya apabila umur makin meningkat!


Ostematrix adalah supplemen yang membekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik di dalam badan.

Ostematrix membekalkan :
  1. 1,000 mg kalsium - sumber semulajadi yang mudah diserap
  2. 400 mg magnesium - bantu penyerapan kalsium ke dalam tulang
  3. 400 IU vitamin D - meransang penyerapan kalsium
  4. Boron - membantu metabolisma tulang
  5. Manganese, kopper and zink - aktifkan enzim yang membantu membina kepadatan tulang

Jom lengkapkan keperluan kalsium anda hari ini!

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Kontraksi Palsu

Bila dah hujung-hujung kehamilan ni, perut selalu mengeras - kontraksi Braxton's Hick. Ia selalu terjadi setiap beberapa jam selama 1-2 minit setiap kali. Ia kuat dan agak menyakitkan - proses melembutkan serviks untuk membuka jalan semasa proses bersalin.

Cuak juga bila sakit datang dengan kerap. Tapi, bila diperhatikan, kadarnya tidak lah tetap. Nak kata pandai, memang tak pandai. Macam mana kontraksi sebenar dan yang mana palsu.

Sudahnya, kerap la berulang ke toilet. Selain memang nak membuang air kecil, nak lihat juga kat bawah tu. Kot-kot ada keluar lendiran darah. Setakat ini, clean and clear.

Semalam, kontraksi berlaku agak kerap. Dan sesekali menyakitkan.  Tapi pagi ni, segar-bugar aje. Rasa nak keluar berjalan-jalan lagi!

Anak kedua, tapi sebab anak pertama turun darah dulu dan terus operate, rasa macam tak tahu lagi macam mana contraction nak bersalin. Palsu atau benar?

My Smart Little Guy

Nak kata pagi, tak pagi sangat dah. Dah nak 9.30. My little guy masih sedap tidur. Mama dah kenyang makan breakfast.

Rahsianya : semalam kasi can tido lambat. Jadi Adam main game sampai 2 am. First time dapat main game tengah malam.

Selalunya time macam ni, memang dah bangun. Niat hati, tak nak tidur dia semalam. Nak main sampai esok! Amboiiii... tak boleh selalu ok. Bila Adam tidur lama-lama macam ni, rumah ni sunyi sangat.

Lagipun, tak nak la rutin berubah. Nanti macam burung hantu pula =)

Eh... sambil-sambil mama taip, dah bangun dah anak bujang. Tapi, bangun dengan muka mengantuk. Hahahah....

Keperluan Kalsium Untuk Wanita

Kebanyakan wanita tidak mendapat kalsium yang mencukupi melalui pemakanannya. Cukup ke bilis, bayam, brokoli dan produk tenusu yang diambil? Jadi, pengambilan suplemen kalsium yang mengandungi zink dan magnesium adalah perlu untuk membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum.

Zaman mengandungkan Adam dulu, kerap-kali saya terpaksa berhenti di tepi jalanraya ( MRR2 ) akibat kekejangan kaki. Kaki kerap cramp! Seram bila ingat balik. Padahal, saya adalah peminum susu tegar pada masa itu. Saya perhatikan, doktor bukan memberikan pil kalsium sebagai penawar, sebaliknya, saya diberikan pil magnesium.

Kalau badan selalu sakit pun, mungkin petanda kekurangan kalsium.

Kalsium tanpa magnesium dan lain-lain mineral akan menyebabkan kalsium terkumpul di dalam tubuh dan bukan di tulang.

Itulah sebabnya saya tetap mengalami cramp kaki meskipun mengambil pelbagai produk tenusu - susu segar dan yogurt sebagai santapan harian.

Jadi, nak optimumkan penyerapan kalsium, cubalah ostematrix - bukan sekadar kalsium. Setakat ini, kami berkawan baik. Memang sangat-sangat berkesan merawat sakit belakang dan sakit tulang punggung. Sampaikan, habis stok 3 hari... menderita dibuatnya =)

Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 340 7500

Tips Merawat Luka Episotomi

Tips merawat luka episotomi ni dapat dari nurse. Wahhh.... ada la sesi bertukar-tukar petua pula. Ya lah kan.... usia kandungan telah 37 minggu. Wajarlah diberikan petua dan nasihat bagai.

So, nurse tu bagitau, masa nak buang air kencing, luka episotomi akan rasa sakit dan pedih. Sebabnya? Air kencing mengandungi kuman. Jadi, untuk kurangkan rasa pedih dan sakit tu, lalukan air paip semasa membuang air kecil.

Apabila cuci pula, hanya gunakan air - bukan detol atau ubat lain kerana ia akan mempercepatkan pereputan benang jahit. Takut reput sebelum waktu, maka tertetas la jahitan tu.

Air cuci pula, adalah air suam yang dicampurkan secubit garam. Lepas cuci, keringkan dan terus tukar pad / panty liner yang baru. Jangan ulang pakai pad yang sama walaupun ketika pad masih bersih.

Terima kasih ye bagi petua. Haaaa.... petua lama dilupa jangan! Untuk penjagaan dalaman, MA dah standby zinc complex Shaklee. Fungsinya sama seperti ikan haruan. Pati haruan tu hanyir kan. Zinc complex shaklee ni senang. Dalam bentuk pil aje. Testimoni banyak di Internet. Hasil research pun berlambak. 

Sesapa nak cuba zinc complex shaklee untuk cepatkan pembaikan luka dalaman, luaran, kurangkan rambut gugur meh la try zinc complex shaklee.

Tak mahal pun. Sebotol hanya RM33.75. Ada 120 biji untuk kegunaan selama 4 bulan.

Sesiapa berminat, meh la contact kat bawah ni =)



Ida
Pengedar Shaklee KL, Ampang, Malaysia
Sms/Wasap : 012 - 629 5415
Fb page : shapemy

Menu Ikan Semasa Berpantang

Resepi ini juga diambil dari sumber yang sama seperti resepi sayuran semasa berpantang.

Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah
  1. Ikan haruan
  2. Ikan yu
  3. Ikan selar
  4. Ikan gelama
  5. Ikan jenahak
  6. Ikan merah
  7. Ikan tenggiri
  8. Ikan kurau
  9. Ikan bawal putih
  10. Ikan senangin
  11. Ikan kerisi
  12. Ikan kod
  13. Ikan bilis
  14. Ikan siakap
  15. Ikan salmon

SUP IKAN

Bahannya :

Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1.      Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2.      Masukkan air dan tomato.
3.      Apabila mendidih masukkan ikan.
4.      Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5.      Taburkan daun sup dan daun bawang
6.      Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1.      Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2.      Masukkan tomato.
3.      Apabila mendidih masukkan ikan.
4.      Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5.      Taburkan daun sup dan daun bawang
6.      Biar seketika dan tutupkan api.



STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1.      Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2.      Steam sampai ikan masak.



SINGGANG IKAN

Bahannya :

Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1.      Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2.      Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya :

1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1.      Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2.      Biarkan selama 20 minit.
3.      Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4.      Ketepikan.
5.      Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6.      Masukkan ikan semula.
7.      Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8.      Angkat ikan.
9.      Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1.      Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2.      Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3.      Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya :

3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1.      Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2.      Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya :

1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1.      Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2.      Masukkan air dan tomato.
3.      Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4.      Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya :

1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1.      Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2.      Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3.      Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4.      Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5.      Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya :

1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1.      Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2.      Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3.      Masukkan sedikit air. Didihkan
4.      Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5.      Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya :

1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1.      Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2.      Masukkan air.
3.      Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4.      Masukkan asam keping dan garam.
5.      Masak hingga mendidih.
6.      Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya :

1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1.      Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2.      Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3.      Goreng sederhana garing. Tepikan
4.      Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5.      Masukkan jintan manis
6.      Masukkan pati asam jawa
7.      Masukkan gula.
8.      Biar mendidih.
9.      Masukkan lada hitam
10.  Masukkan garam secukup rasa.
11.  Kemudian masuk ikan.
12.  Biar kuah pecah minyak.
13.  Apabila ikan masak, perlahankan api.
14.  Masukkan bawang besar
15.  Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya :

2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1.      Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2.      Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3.      Masukkan air asam dan garam.
4.      Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya :

1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1.      Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2.      Perap seketika.
3.      Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daunpisang/aluminium foil
4.      Siram baki perapan kicap atas ikan
5.      Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6.      Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya :

Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1.      Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam
2.      Lumurkan di atas ikan
3.      Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1.      Lumurkan bahan A pada ikan.
2.      Perap selama ½ jam.
3.      Kemudian panggang ikan hingga masak.
4.      Tumis bahan B hingga naik bau.
5.      Tabur atas ikan.
6.      Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya :

2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1.      Panaskan minyak
2.      Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3.      Tuang air dan biarkan mendidih
4.      Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5.      Masukkan serai
6.      Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya :

50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1.      Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2.      Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya :

50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1.      Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2.      Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya :

50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1.      Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2.      Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.