Set Bersalin Berpantang Shaklee


Alhamdulillah.  Set berpantang Shaklee telah dimiliki. Settle la rasanya. Cuma, zink complex kehabisan stok. ESP pula tiada dalam gambar kerana ada di rumah.


Add on 3 yang atas ni - ostematrix memang supplement wajib sepanjang mengandung. Omega guard untuk perkembangan otak baby dan lecithin pula untuk mama kembali kurus. Ngeee... banyak lagi khasiatnya... tapi, ini main point yang mama suka =)

Sudah 35 minggu dah ni. Semoga semua urusan dipermudahkan. 

Owh.... set di atas tu, merangkumi juga set menyusu. Kita cerita lain entry la =)



Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Saiz Baju Melayu Kanak-Kanak

Masa shopping baju raya untuk Adam pada hari raya yang lepas, tak sangka sungguh akan saiz baju Adam. Saiz baju Adam sudah berubah. Rasanya baru semalam mama lipat baju Melayu Adam saiz-saiz kecil yang comel. Sekarang, dah pakai saiz besar.

Sehari sebelum keluar shopping bersama Adam, sebenarnya sudah berkenan beberapa pasang baju Melayu. Cantik! Nasib baik la tak beli. Kalau tidak, terpaksa bersusah payah untuk menukar saiz pula.

Perasan anak masih kecil. Rupa-rupanya sudah besar dah anak manja mama ni. Nak jadi abang dah pun =)

Gembira Berbuaian




Satu pagi,  di taman permainan. Sejam yang dirasakan terlalu lama. Main di pagi hari semasa orang lain semuanya sibuk bekerja. Hanya kami berdua sahaja di sini.

Baju ni seksi sikit. Sorry la Adam. Mama tak perasan. Lepas ni kita sort mana-mana baju yang dah agak seksi ok?

Jarang sebenarnya Adam hendak berseluar pendek. Seluar pendek untuk santai-santai di rumah. Keluar rumah, mesti dressing hensem-hensem.

Untuk ke sekolah pun, Adam dah berpesan. Letak seluar pendek untuk tidur sahaja. Yang lain, mesti seluar panjang. Owhhhh... ye la... anak mama dah besar. Sudah pandai memilih =)

Hamil Minggu Ke 34

Wahhh.... minggu ke 34 sudah. Setakat ini, kaki masih belum bengkak. Magic! Pakai 2 kasut sahaja sepanjang kehamilan kali ini. Masih teringat ketika mengandungkan Adam. Kasut baru dibeli setiap 3 bulan. Entah apa pasal, kaki membengkak teruk. Lepas mengandung,  kasut tu of course la tak muat dah. Longgar yang amat!

Walaupun badan mengembang dengan pesat, satu lagi magic, tak pakai cincin dah! Ketat? Bukan ketat. Tapi longgar! Betul... sampai cincin boleh melurut ke bawah. Rezeki masih ada, jumpa balik cincin tu. Macam mana boleh jadi longgar... tak pastilah.

Barang-barang, rasanya sudah 90% ready. Cuma belum dimasukkan ke dalam beg. Insya Allah, weekend ni, boleh mula ber packing-packing segala keperluan.

Harapnya semua akan berjalan lancar. Gud nite ♥♥♥

Seronoknya Beraya

Seronoknya beraya. Terutamanya bagi budak kecil. Untuk Adam, keseronokan beraya bukan semata-mata pada kegembiraan mendapat duit raya. Juga bukan pada baju baru yang dibeli. Pemberian material kurang menyeronokkan.

Tapi, yang di tunggu pada setiap hari raya adalah peluang berkumpul beramai-ramai di kampung. Peluang berjumpa dengan kawan-kawan lebih kurang sebaya. Raya lah masanya untuk bermain sepuas-puasnya. Time ni, nak bersilat ke nak bertekak ke, semua boleh. Di rumah, nak bersilat, bertekak dengan siapa?

Raya kali ini, kesian juga pada Adam. Tiada kawan untuk bermain. Nasib la ada open house kawan-kawan, boleh juga tumpang bermain bersama.

Nanti bila-bila Asyraf ajak la mak datang rumah. Boleh main sama-sama lagi.




Youtube Untuk Pembelajaran


Banyak manfaat teknologi ni. Segenap usia boleh memanfaatkan youtube. Tadi, Adam minta google " bakugan battle techniques ". Katanya, nak cari cara baru untuk main bakugan.

Tengok punya tengok, satu site menunjukkan budak kecil mandi bersama bakugan. Hurmmmm.... terus nak mandi.

Mandi bersama bakugan. Hish.... jadi, hari ni star wars Adam tak mandi la. Sebab, bakugan pula yang bermandi-manda dengan Adam.

Gambar Di Pagi Raya


Raya kali ni, tak banyak gambar. Hanya ambil sekeping ni sahaja. Adam berbaju melayu. 

Selamat berhari raya dan maaf zahir batin. Anak bujang ni pakai baju kaler purple. Tahun depan, kita bergambar sakan ok? Berempat pula =)

Menu sarapan di pagi raya - bihun goreng, ketupat dan nasi impit, rendang daging dendeng, rendang ayam dan lemang. 


Untuk lunch, ditambah dengan set nasi beriani ayam masala dan ayam kari. Raya bertiga, tapi mewah makanannya. Hajat hati nak buat kek batik aka kek biskut marrie. Tapi, tunggu lah raya ketiga atau keempat. Terasa banyak pulak makanan. 

Habuan Ramadhan


Entah sesuai kah tajuknya... habuan ramadhan. Setiap minggu belikan mercun pop pop dan bunga api. Sekali.... haaaaa.... sekotak terus dapat. Ini uncle kucen yang bagi.

Ya Allah... muka Adam berseri sepanjang perjalanan balik rumah. Kotak mercun, tak lepas la dari tangan. Kejap-kejap tersenyum. Gembira tak terkata. Banyak!

Seminggu berlalu, mercun masih berbaki setengah kotak. Itu pun, main bukan main mewah. Segenggam terus dibalingnya.

Seronok kan? Ye la... raya memang untuk budak =)

Baju Melayu Budak

Baju Melayu budak - merata ada. Selalu beli sahaja di jusco. Cari yang kain tidak panas kerana Adam berbaju Melayu untuk solat di nursery dulu.

Sekarang sudah ke tadika. Baju Melayu tidak dipakai setiap hari. Jadi, rasanya tidak salah jika membeli yang murah sedikit. Pakainya sekejap pun, jika ada function raya di school. Hahahah...

Baju Melayu murah memang banyak. Tapi, kita nak hunting baju Melayu yang murah tetapi tidak panas. Esok raya, gamaknya mesti ada baju Melayu murah kan? Nak ke Jalan TAR, memang tidaklah. Hanya intai-intai di booth-booth berdekatan rumah.

Hari ini, ops melengkapkan kelengkapan bersalin mama dan baby. Juga membeli baju Melayu Adam. Dengan badan yang gempal dan perut yang besar ni, rasa tiada mood nak melaram raya. Bukan cantik pun bila berbadan besar =)

Kenaikan Berat Badan Yang Mendadak Di Trimester Ketiga

Berat badan naik mendadak... Naik 4 kg dalam masa sebulan. Sudah menjadi perhatian doktor la kan. Keseluruhan berat badan saya baru naik 7kg. Gulp.... tapi, 4kg yang gain dalam masa sebulan sahaja memang membimbangkan. Nak diet? Tidak la kan. Hb pun rendah je. Jadi, kena la makan =)

Makan memang seronok. Rasanya, kenaikan mendadak ini disumbangkan oleh beberapa bekas kuih raya yang telah dihabiskan. Juga coklat dan kek yang sedap dijamu. Nak kata makan banyak nasi, memang la makan banyak. Tapi, bukan makanan sihat yang menyumbang kenaikan mendadak ini.

Jadinya, kena berazam untuk diet secara sihat. Hanya perlu kurangkan makan kuih raya, coklat dan kek. Semoga berat maintain.

Sebagai hadiah di atas kenaikan berat badan melampau, checkup di kkia menjadi 2 kali seminggu. Tidak termasuk regular checkup di hospital dua minggu sekali. Semuanya hendak di monitor. Nasib baiklah kkia ni buka juga hari sabtu. Jadi, 1 kali checkup waktu bekerja dan satu lagi di hari Sabtu. Lega sikit.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Ameen!

Seronoknya Sudah Bulan Ogos

Adam menjerit keriangan bila tau dah masuk bulan Ogos. Gembiranya dia. Bukan happy nak raya, happy nak menyambut birthday papa. Dulu tak pernah ambil kisah pun birthday orang lain. Sekarang, dia yang paling happy.

Padahal, birthday Adam je yang disambut beria-ia. Birthday orang lain, cukup la ada kek sebiji. Nak kata jarang makan kek, selalu je papa belikan kek untuk kami. Mungkin suasana makan kek ramai-ramai yang ditunggu-tunggu.

Apa pun, seronok rasanya ada seorang budak yang menunggu-nunggu untuk menyambut hari jadi =)

Manisnya Mulut Adam

Berbuka semalam lauk ringkas sahaja. Tapi, MA makan bertambah-tambah. Terasa sedap pulak makan benda yang memang teringin nak di makan.

Menunya cuma ikan kembung masak lemak. Bukan lemak cili padi tau. Sebab, buat sambal cili padi asing. Kot-kot Adam nak makan ikan tu, tak ada lah pedas sangat.

Untuk Adam pula, hanya goreng ayam. Makan bersama sedikit rendang daging yang dibeli. Tak pastilah sedap ke tidak, mungkin kurang sedap rendang tu, sebab tidak disentuh oleh Adam.

" Mama, papa masak sedap. Tapi, kalau mama masak TERLALU sedap ".

Wahh.... manis sungguh mulut anak bujang ni. Selang berapa suap, memuji-muji. Hihihi... ini petua yang bagus untuk suruh wife sayang ni. Makan bertambah. Lepas makan, teringin pulak nak makan maggie.

" Maggie? Tunggu papa balik la... ".

Bukan tak nak buat, tapi kan, baru lepas makan nasi. Lagipun, maggie papa masak sedap. Dapat la tumpang sekaki =)

Papa balik, dimintanya pula maggie. Sesekali makan maggie sedap juga. Tapi, tak boleh selalu tau. Nanti, penat-penat belajar, tapi otak tak pandai. Hihihi....

Main Kereta Buatan Sendiri

Kreatif pula Adam main kereta ni. Main bersama-sama dengan set Lego yang ada. Seronoknya... Walaupun hanya kertas, lain rasanya main hasil tangan sendiri.


Sebenarnya, ada lagi 3 set yang masih belum disiapkan. Mesti cantik kalau siap semua. Boleh susun 4 buah kereta =)
 

Dia ni, kerja construction je. Tu ha... nampak tak bayang-bayang lori simen. Tapi, datang kerja naik spot car! Fuyoooo!!!! Jangan pandang orang sebelah mata =)
 

Seronok Menguli Anakonda

Lama kan tak main playdough. Alas plastik yang biasa pun entah mana dah. Ini, guna lah temporary punya plastik. Memang kalau main, kena alas. Untuk keselamatan dan kebersihan carpet. Hihihi...


Scene uli menguli di bawah ni adalah untuk membuat anakonda. Huwaaaaa.... Uli Adam, uli. Kasi panjang-panjang sikit.



Tips Anak Lebih Berkeyakinan

Pelukan setiap hari
Anak yang dipeluk dengan penuh kasih-sayang akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih baik daripada anak yang kurang mendapat pelukan. Jadi, jom peluk anak semasa dia sedar. Pelukan semasa anak tidur mungkin kurang keberkesanannya.

Pimpin tangan anak bila berjalan
Pegang tangan anak bila berjalan di luar. Mesti anak bangga dan terasa kasih-sayang kita.

Dengarlah mimpi ngeri mereka
Kadang-kala, anak mengalami mimpi ngeri. Dengarlah cerita mereka. Jangan dipotong. Bagi orang dewasa, ia memang mainan tidur, tapi, bagi anak, semuanya seolah-olah benar. Boleh tengok tips mengatasi mimpi ngeri anak.

Hargai usaha dan effort mereka
Walaupun sekadar meletakkan pinggan makan di atas sinki, ucapkan terima kasih. Bila usaha dihargai, mereka akan gembira untuk membantu.

Berikan goodnight kiss
Pastikan anak tidur dengan perasaan gembira. Jangan dibiarkan tidur dalam keadaan merajuk atau marah. Kerana memori itu akan tersimpan ke dalam ingatan luar sedar mereka untuk masa yang lama. 

Hargai mainan kesayangan anak
Apabila kita menghargai kesayangan anak, insya Allah anak akan turut menghargai dan turut menjaga kesayangan kita =)

Kereta Anak Melayu

Lamanya tak buat apa-apa. Balik rumah, makan, tengok tv sambil main dan akhirnya tidur. Konon berangan nak buat kad raya untuk cousin Adam yang ramai tu pun tak buat. Agak-agak nak buat apa?


Mula-mula kena buat tayar dulu. Bulat-bulat, bulat-bulat.


Eh.... tak berapa nak bulat. Meh la mama tolong =) Lukis, kaler dan siap potong.


Untuk body, Adam kena buat sendiri.


Akhirnya ini la kereta yang dah siap. Di touch up oleh mama la merah-merah tu.