Sedapnya Berbuka Puasa

Sedapnya berbuka puasa kan? Nikmat sungguh dapat makan dan minum. Hari ini Adam puasa. Seperti biasa, memang ada saja habuan menarik di dalam kereta. Memang tak ada niat pun nak sorok.

Adam berbuka pada jam 5.30 petang dengan setengah paket kacang pistachio.

Sampai sahaja di rumah, kelentang-kelentung menu ringkas - Nasi goreng ikan masin bersama keropok. Adam terus makan. Dah pukul 7 pun. Kesian la lapar. Sahur pun tak bangun. 

Menunya ringkas. Tapi untuk mama, macam dah banyak pula - sebab ada menu tambahan - cekodok pisang, bubur som-som dan bubur lambuk. Cukup la ringkas begini untuk berbuka puasa sorang-sorang =)

4 comments:

  1. bubur som som, macam dalam lompat tikam tu kan? saya terasa nak cuba tapi tak berkesempatan lagi setakat ni.. hebat juga adam Berjaya tahan sampai pukul 5.30 petang tu...

    ReplyDelete
  2. bagus adam boleh tahan smp 530.aiman balik sekolah je duduk sekejap dlm setengah jam dah nak minum.huhu

    ReplyDelete