Pengalaman Puasa Budak 5 Tahun

Puasa sudah lima hari. Seminggu la kan. Hari pertama, anak mama sahur beberapa suap nasi. Puasanya sampai lunch sahaja. Hari kedua, tidak ber sahur,  puasanya hingga ke jam 5.30 petang. Hari ketiga juga separuh hari. Sabtu dan Ahad, tidak berpuasa. Makannya sikit. Hurmmm... macam baik berpuasa sahaja. Tapi, kesian pulak. Sebab, takut penat. Hahaha. Alasan sebenarnya. Tapi, tak berpuasa pun, hanya makan sekeping waffle dan gula-gula sahaja. Minum air. Nasi tidak bersentuh. Hai la anak... alang-alang tak puasa, makan la nasi. Baru la berbaloi sikit. 

Yang hari kedua tu, kan berbuka dah petang. Silapnya kerana Adam ternampak biskut raya yang mama beli. Hihi. Nak tahan dia dari makan, boleh sahaja. Dah memang jenis dengar kata. Tapi, mengenangkan Adam tak bersahur hari tu, kesian pulak. Tapi.... dia cuma makan seketul je. Bukan sebab tak sedap, sebab nak makan sama-sama. Waaaa... tak berbaloi buka puasa ni. Sampai rumah, buatkan pancake. Nasib baik Adam makan. 

Dua balang kuih raya tu tahan untuk dua hari. Makan kudap-kudap waktu malam dan pagi. Hihi... Adam dah bagi hint suruh beli lagi. Ok. Memang sedap. Nanti beli lagi. Kita makan sama-sama =)

10 comments:

  1. Biskut apa yang sedap sangat tu?

    Takpe, ni pun dah kira bagus adam cuba puasa sedaya upaya.. Lama lama nanti dptla adam puasa sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde la sedap sangat. Tapi, ok la. Selalu kami ada supplier - anti. Memang berbalang2 la habis masa ramadhan. Ini kali, supplier kata hanya boleh order utk raya je... sebab bz ngan hanif. So, lambat lg lah nak merasa biskut anti. Itupun, limited. X bileh order banyak. Hahahhaa

      Delete
  2. Tak pe mama janji dia posa jugak sebab tak sahur, nnt jadi mcm asyraaf sakit perut lagi teruk

    ReplyDelete
  3. tak pe..masih leh belajar lagi ye adam..

    ReplyDelete
  4. kira pencapaian Adam tuh boleh dibanggakan jugak...:)

    ReplyDelete
  5. bagusnya adam dah pandai puasa.
    awal-awal..xpe mengapa.
    kwn saya pernah sarankan..kita sediakan satu jadual yang ada kotak2 ikut berapa jam adam perlu puasa. lepas tu..warna kan setiap kotak ikut berapa jam setiap hari adam boleh puasa.
    so adam akan nampak perkembangan puasa dia setiap hari makin bertambah jam atau berkurang jam.
    tampal di dinding dan minta adam warna kan :)

    semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  6. oklah tu...pelan2, yg penting pendedahan dan didikan awal berpuasa tu penting bagi anak2 seusia ini...

    selamat menjalani ibadah puasa..

    ReplyDelete
  7. bagus adam dah belajar berpuasa,walaupun separuh hari je kira ok la tu, mmg rasa rugi sbb makannya sikit saja walau tak puasa tp,x bole juga nak dipaksa kan

    ReplyDelete
  8. adam pusa bley tahan smp petang dh cukup ok dah..sedap sgt ke kuih raya tu boleh habis sebalang dlm masa dua hari?

    ReplyDelete