~ entry ni patut keluar semalam ~
Hari ni 14 Julai. Tahun 2008 dulu, time ni la Adam keluar. Alhamdulillah dikurniakan anak yang sihat dan cerdas.
Yang kelakarnya, Adam tuntut hadiah birthday. Aik... yang banyak-banyak hari tu apa? Tu pun belum habis cerita pasal hadiah birthday. Teruja sebab kebanyakan hadiah adalah educational toys. Yang belum update - kit aktiviti sains dari uncle hazman, stationary set dari uncle ap, costume ultraman dari anti erin, baju tshirt dari anti nono dan kamen rider accel dari papa.
Makan-makan hari tu sambutannya di rumah. Buat kecil-kecilan kerana minggu sebelumnya, sebenarnya dah ada pra sambutan di luar. Hihi... bezanya time tu, tiada kek dan hadiah.
Alhamdulillah, majlis kecil pun meriah. Tiada deco-deco birthday ok. Yang ada adalah makanan, kek dan hadiah harijadi. Menu simple yang ditempah khas - nasi ayam, ayam bakar, salad kentang, lasagna daging dan ayam, sira ubi, koktel buah dan kek.
Niat hati nak juga order apam polkadot kegemaran Adam, tapi, tak jadi sebab last minute sangat merancangnya.
Yang pasti, Adam happy dan memang jadi star of the day. Nampak Adam makan dengan bersemangat.
Adam tak sabar nak buat sambutan di tadika pula. Sabar tau. Tapi, hadiah harijadi dah dapat... ingat tu...
happy big boy Adam!!! sedapnye dia mkn. nampak brselera betul!
ReplyDeletehappy besday adam..moga membesar dgn sihat,berjaya didunia & akhirat...
ReplyDeleteberselera nampak adam makan
Selamat hari lahir adam, semoga menjadi anak yang soleh
ReplyDeleteselamat hari lahir adam..tak lame lagi jdi bujang lepas ni.. hehehe... =)
ReplyDeleteseronok adam smbutan besday yg bst kt rumh..akan dtg dekat tadika..sebelum tu dah ada pra sambutan..wah untung jadi adam.:)
ReplyDeletedah besar dah... adam. tua setahun dari sofea..
ReplyDeleteselamat hari ulangtahun buat adam..semoga menjadi anak kebanggaan mama dan papa ya
ReplyDelete