Gelagat Menyiapkan Homework

Budak-budak ada yang suka homework? Adam tak suka. Sebab teacher selalu bagi banyak-banyak. Muka suratnya banyak.. tapi, sebenarnya sikit sahaja. Dia nampak bilangan muka surat tu banyak, terus lemah semangat.

Hari Sabtu - Seharian mengadap, dapat siapkan 1/4 muka sahaja. Mana taknya, fokus lari. Kejap nak main, kejap nak tengok tv, mata pun nampak ngantuk je. Suruh tidur,  tak nak pula.

Hari ni, agaknya sebab esok nak sekolah, pagi je dah siap 3 muka surat. Lagi 4 muka surat menanti. Mudah aje - warna-warna dan tulis sikit. Kalau buat, memang boleh siap. Siapkan ok?

Akhirnya homework siap. Boleh pulak? Sebab nak kena hantar kan... itupun, jenuh memanggil. Maklumlah, selalu, apa Adam buat, MA ada depan dia. Jadi mandur. Ini, sibuk nak menyediakan makanan, itu yang lari-lari tu. Membebel la anak bujang. Bila bagitau tinggal 1 muka surat je lagi yang belum siap, terus bersemangat! Laju je buat muka surat terakhir.

5 comments:

  1. fae pun x suka dan malas buat hw walaupun dah masuk uni hehe

    ReplyDelete
  2. Anak sy pun sama. Liat nak buat hwork.

    ReplyDelete
  3. homework... hehehe.. masa student dulu selalu taksiap homework.. mcm mcm alasan dibuatnya., last last kene balun jugak.. hahah

    ReplyDelete
  4. Nak kena didik anak2 sikit2 walaupun nampak banyak.

    Adam berjaya, tahniah adam..

    ReplyDelete
  5. oklah tu jnji adam siapkan homework..aiman selalunya semangat siapkan sbb cikgu jarang bg homework

    ReplyDelete