Bacalah Anakku Buku 5 telah tamat minggu lepas. Mungkin boleh masuk ke buku 6 pada minggu ini. Belek-belek buku 6, juga masih di tahap Adam. Jadinya, jika Adam rajin, akan habis awal juga seperti buku 5.
Buku 7 juga rasanya tidak sukar. Namun, bila masuk buku 8, nampak gaya mungkin akan slow sikit. Memang sudah boleh membaca, tapi di tahap yang berbeza.
Di sebabkan keletihan apabila sampai di rumah, buku 5 hari tu memang diletakkan di dalam kereta. Kalau Adam ambil dan baca, bacalah. Jika tidak, mungkin Adam bermain lacing atau sekadar bercerita tentang harinya di sekolah. Seronok juga mendengar Adam bercerita. Kalau bercerita tentang hari di sekolah, dapat lah tahu sedikit-sebanyak siapa kawan-kawannya, menu makan hari itu, apa yang dipelajari. Kalau tidak, mungkin sekadar melayan imaginasi anak. Seronok la ada kawan semasa menempuh trafik jem. Tak adalah dok berangan sorang-sorang kan. Sesekali, adik di dalam perut menendang, agaknya, nak menyampuk sama =)
Adik teruja dengar suara mama fan abangnya tu....
ReplyDeleteCepat adam khatam bku bacalah sayang ni.. Mulalah rasa tak sabar nal sekolahkan naim, mgharapkan saya ajar sdiri tak ada masa dan tak sabar rasanya.
seronok bila anak dah pandai membaca,adam akak tu belum boleh membaca lagi,tahun depan baru nak masukkan dia ke sekolah,tak sabra juga nak suruh dia membaca nanti,boleh bacakan cerita utk adik2 pulak nanti
ReplyDelete