Apa Yang Saya Makan Semasa Mengandung

Apa yang saya makan semasa mengandung? Kalau orang tanya, sebenarnya tak ada apa pun. Saya makan cuma makan obimin dan zinc yang klinik bagi. Juga saya makan ostematrix shaklee sebab tak boleh minum susu.

Sebenarnya, semasa beli ostematrik shaklee tu, saya beli juga omega guard dan esp. Omega guard saya baru nak start telan setelah 6 bulan dibeli - dulu telan sebiji, keluar sebiji. Memang orang kata tak de bau, tapi untuk deria orang mengandung macam saya ni, saya tetap boleh bau. Khasiat memang banyak la kan... tak dapat makan masa trimester kedua, trimester ketiga la saya makan =)

Esp pulak, memang tak minum. Bukan tak suka, suka sangat. Sampai terlebih dos la saya minum pada awalnya. Akhirnya, saya stop minum. Bukan apa, mengandung kali ini, banyak sikit dugaannya. Banyak ubat hospital yang terpaksa saya telan. Insya Allah, slowly, saya akan minum balik. 

Lain-lain pemakanan, macam orang lain juga - obimin, zinc dengan tambahan ostematrix. Itu sahaja. Sebelum pregnant, saya memang minum susu dan makan madu. Bila pregnant, susu tak boleh minum dan madu pula kebetulan habis. Asyik lupa nak membelinya.

Masuk trimester kedua, saya juga amalkan minum jus delima. Sedap.

Harapnya, baby dalam kandungan mendapat khasiat yang sempurna.

2 comments:

  1. teringat wife PM dulu semasa peringkat awal mengandungkan Mifz , morning sicknessnya agak teruk...

    ReplyDelete
  2. macam2 benda jugak makan,kompem adik adam nti keluarnya sihat..:)

    ReplyDelete