Pasang butang? Baru nak belajar? Tak lah... cuma aktiviti untuk melatih motor halus. Pemerhatian sendiri, walaupun tulisan Adam cantik, cara genggaman pensel kadang kala nampak pelik. Agaknya kalau kena menulis esei, surrender la kot.
Untuk melatih otot-otot jari, aktiviti lacing dan memasang butang ni bagus sangat.
Sambil tangan bergerak, mulut pun sibuk bercerita. Macam-macam cerita di share bersama.
Aktiviti ringkas ni, jika nak dibuat di rumah, susah ooo. Banyak godaan lain yang lebih menarik.
Button ni pelbagai saiz. Saiz besar ni mudah saja. Butang kecil agak mencabar sikit.
Solutionnya, main la di dalam kereta. Saat menghadapi trafik jem sehari-hari, aktiviti seperti boleh menghiburkan.
dalam kereta pun buat aktiviti berfaedah.bagus anak bujang mama ni..:)
ReplyDeletewah bagusnya.. dlm kete pun blh wt aktiviti berfaedah.. baguslah idea ni dan bahan2 tu..mcm nk try jugak je buat kat anak then bg dia belajar.hehe..salam kenal...
ReplyDelete