Khasiat Buah Delima Yang Sedap

Buah delima - buah-buahan syurga yang disebut di dalam al-quran. Apa khasiatnya?

Kalau petua MIL, makan sebiji delima semasa mengandung. Nanti, mata anak cantik. Hmmm.... cantikkan mata Adam... hihihi...


Di antara khasiat buah delima adalah :
- Membaikpulih fungsi hati dan limpa
- Mencuci buah pinggang dan salur kencing
- Membantu penghadaman
- Membuang lemak-lemak berlebihan - wow!
- Menambah tenaga
- Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
- Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
- Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
- Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
- Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
- Mencantikan kulit
- Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah
- Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung 
- Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi 

Hasil google dari sini.


Kadang-kadang, bila bukan musimnya, susah nak cari buah delima. Alternatif lain - jus delima. Tengok ni.... MA beli 2 minggu lepas. Hihihi...


Nak habis dah.... sedap punya pasal. Tapi, sapa tak suka masam, memang tak boleh minum la. Rasanya maaaasam! Itu pun, minum dah campur dengan air. Bila tak ada siapa yang sukakan rasanya, boleh lah minum bolot sorang-sorang =)

2 comments:

  1. igtkaan delima yg original tu..mana mau carik kan?jus delima pun ok la kan..adam junior nti msti matanya cantik..hehe

    ReplyDelete
  2. sedap buah delima ni. mcm2 khasiat kan..

    ReplyDelete