Kenapa Perlu Kelahiran Caesarean

Entry ibu mengandung... sebenarnya, mencari cara penjagaan luka episotomy. Yang ini pun berguna juga untuk pengetahuan =)


Jenis Caesarean

1. Elektif
  • Pemilihan hanya akan ditentukan sebelum sakit bersalin bermula.
  • Kecenderungan lebih diberikan kepada ibu yang pernah membuat pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  • Jika ibu dikesan ada jangkitan kuman yang disebarkan melalui hubungan seks seperti HIV dan herpes. Pembedahan penting untuk mengelakkan kemungkinan bayi terjangkit.
  • Jika ibu ada masalah kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Jika bayi terlalu besar atau hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Jika uri berada pada kedudukan bawah, bayi songsang atau melintang atau jika ibu sendiri yang bersetuju untuk melahirkan bayi pada masa-masa tertentu yang disahkan selamat berada dalam pemilihan C-section.


2. Kecemasan
  • Jika anak lemas sehingga degupan jantung bayi berubah perlahan. Ini kes Adam dulu.
  • Jika uri di bawah dan menyebabkan pendarahan yang banyak.
  • Jika kontraksi rahim kuat namun pintu rahim tidak terbuka dan pendarahan faraj secara tiba-tiba.
  • Jika cubaan menggunakan vakum untuk menarik bayi lahir secara normal gagal.
Sumber sini.



Haaaa... yang atas ni jenis-jenis pembedahan caesarean. Dulu-dulu, memang selalu doktor potong menegak. Tapi, zaman moden ni, rasanya dah kurang. Doktor akan potong melintang kerana kurang sakit dan lebih mudah di jaga.

5 comments:

  1. seriau pula bila bersalin secara pembedahan ni

    ReplyDelete
  2. Kak Long dan Kak Lang PM kedua-duanya melahirkan anak mereka melalui kaedah caesarean nih...

    ReplyDelete
  3. Ketiga-tiga anak Okje ceaser MA...

    ReplyDelete
  4. adam pun lahir ikut tingkap gak ekk..semoga kandungan kali ni dipermudahkan.klu bley biarlah normal kan

    ReplyDelete