Bila Anak Makin Manja

Anak sorang ni memang manja. Apa nak, insya Allah dapat. Tak ada pesaing untuk berebut. Kiranya smooth sahaja perjalanan hidupnya setakat ni.

Dah tiga minggu, terkesan perubahan pada sikap Adam. Manjanya berlebihan. Cakap pun dah macam baby =)

Mama hilang sekejap di dalam rumah pun dah nak nangis. Padahal masa tu sedang syok-syok main dengan tetamu yang datang ke rumah. Ishhh.... mama ke dapur je kejap. Memang tak boleh hilang dari pandangan.

Lagi satu, kuatnya merajuk! Ish.... ini tanda orang nak dapat adik ke?

Ish... insya Allah tak akan kurang kasih-sayang kami pada Adam. Anak sulung... ada tempat tersendiri di dalam hati =)

2 comments:

  1. Haha.. Mungkin juga kot. Kata mak saya betul macam tu, budak2 pun ada instinct kalau musimacam ni. Tak pe, adam budak bijak, MA cuba slow talk dgn dia sikit2... Insha Alllah tak akan berlarutan tu.

    ReplyDelete
  2. akak rasa mmg sebab tu kot..sbb adam akak pun mcm tu,skrg ni pun manjanya berlebih2 jugak

    ReplyDelete