Birthday Countdown

Esok dah masuk bulan Jun. Orang paling happy adalah Adam. Sebab? Lepas Jun adalah Julai! Yeay!!!! Tak lama lagi birthday Adam =)

Sudah prepare ok baju baru untuk birthday celebration. Sebenarnya, bukanlah beli untuk birthday, tapi, memang baju baru dibeli 3 pasang. Sepasang dah pakai, dua lagi tu Adam kata nak simpan untuk birthday - 1 untuk school's celebration dengan kawan-kawan, 1 lagi untuk sambutan di rumah bersama keluarga terdekat =)

Sibuknya dia tanya berapa hari lagi nak sambut birthday. So, kita buat countdown tag ni la. Ada macam-macam cara la kalau nak buat. Ini rasanya di antara yang simple. Tak perlukan effort yang banyak. Hihihi.... rajin kan...

Bahan utama - recycle paper! Kertas kaler memang la banyak... tapi sayang la kan. untuk koyak-koyak je pun.

Kertas A4 dipotong empat.



Bila siap, steppler satu persatu. Berhati-hati ok. Taku jari anak terkena steppler. Dalam 10 ketul je Adam buat. Pastu, MA sambung la =)


Nampak keceriaan wajah kan? Itu baru bulan Jun. Maksudnya ada 30 gelung. Julai, belum buat lagi.

Lepas tu, carilah mana-mana port untuk gantung. Memula gantung kat pintu ni. Tinggi jugak. Lepas tu, dah alih ke tempat kunci, rendah sikit. Gambar tak snap.


Tugas Adam adalah untuk koyakkan satu gelung setiap hari. Tandanya, kurang satu hari. Makin pendek gelung, maknanya makin dekat lah birthday Adam!

Favourite Cartoon Budak Tiga Bulan

Budak umur tiga bulan dah ada favourite cartoon. Betul!!!! Memula ingatkan hanya kebetulan. Setelah seminggu di test, ye... memang dia dah ada favourite cartoon.


Bila buka Doc Mcstuffins, ligat je mata tengok. Tukar ke Upin dan Ipin ke, nangis. Tukar doraemon, nangis. Pasang balik Doc Mcstuffins, haaaa.... tersengih-sengih.

Dah pandai memilih dah budak kecil ni. Hihi...

Lukisan Budak 5 Tahun


Lukisan Adam. Kali ini lengkap dengan rumput dan burung yang terbang sederet. Owh.... nampak tak ada orang di awangan? Haaa... orang tu bukan terbang tau.... dia lompat tinggi sangat. Sampai mencecah awan =)


Dekat tingkap tu, ada pompuan. Rapunzel kah? Sebab atas tu... dekat dengan atap. Hihihi.... comel kan =)

Ventolin Untuk Menghentikan Kontraksi Pramatang


Nampak tak ubat putih kecil-kecil tu... saiz dia kecil aje, di antara saiz panadol dengan ubat selesema. Hihiihi... gambarnya pulak, entah apasal tak nak rotate betul-betul.

Ventolin ini bukan untuk meredakan asthma tau. Ini adalah ubat untuk menghentikan kontraksi pramatang - premature contraction. Errr... bukan contraction yang di rasa sebulan sekali atau seminggu sekali.... ini untuk contraction yang dirasai semasa nak bersalin. Yang kena kira berapa minit berapa minit tu. Tapi, kena dihentikan jika ia datang terlalu awal, bagi mengelakkan kelahiran pramatang.

Ubat ni nampak kecil. Dos pun kecil juga. Selalunya, doktor akan precribe makan 2mg sekali makan. Maksudnya, potong ubat menjadi separuh. Kalau tahan la.... kalau tak tahan, potong menjadi empat.

Wahhh... main-main potong pulak ubat ni kan. Ini orang kata kecil-kecil cili padi. Kesan sampingannya adalah dada berdebar-debar. Ya Allah, berdebar sampai rasa macam nak menggigil pun ada. Macam baru lepas lari pecut 100m pun ada - terkenang pulak zaman sekolah dulu. Hihihi.... rancak kumpul medal time tu =)

Otak

Soalan-soalan dari Adam agak spesifik sejak membesar ni. Soalan yang diutarakan malam tadi adalah berkenaan otak manusia.

" Macam mana bentuk otak? "
" Otak di simpan dalam kepala ke? "
" Otak diperbuat daripada apa? "
" Kenapa Allah buat otak? "

dan.... macam-macam soalan lagi. Tak terfikir pulak Adam nak tanya soalan detail macam tu.


Itulah gambar otak. Allah buat supaya manusia berfikir. Nak buat apa-apa, kena fikir dulu pakai otak. Haiwan pun ada otak, tapi haiwan tak berfikir. 

Ada jawapan yang memuaskan hati, ada juga yang memerlukan penjelasan lanjut. Budak celik IT, kalau kita kata tak berapa tahu, dia suruh google. Kat internet macam-macam ada. Hihihihi....

Pengalaman Naik Bas

Pernah naik bas? Bas sekolah? Bas ekspress? Dulu, teringin sangat nak bawa Adam merasa naik bas. Cuma tahap kemalasan nak naik bas. Lagipun, tak tahu nak pusing-pusing ke mana.

Tapi, sejak masuk tadika ni, dah dua kali Adam naik bas. Kata Adam, " Bas pelancong, mama! ". Excitednya dia bercerita. Seronok dapat naik bas. Apalagi naik bersama rakan-rakan sekolah.

Kali pertama, trip ke Blue Coral Aquarium, KL Tower. Kali kedua pula, picnic di tasik. Entah tasik mana, tak pasti pula. 

Jadinya,  tak perlulah lagi nak ber susah payah nak bagi Adam merasa naik bas. Errr... keretapi dengan lrt train sama je kan? Hihihi...

Spelling Puzzle Yang Tetap In

Baru saja update spelling puzzle. Adam suka main puzzle. Puzzle yang ini special sikit agaknya. Asyik nak main yang ini saja. Padahal, banyak lagi puzzle yang ada kat rumah ni.


Banyak kan? Ada yang dibeli, ada juga yang dihadiahkan oleh anti dan uncle-uncle Adam. Mereka pun tahu kebaikan bermain puzzle ni. Jadinya, memang banyak la!

Main puzzle kali ni, selain cuba meneka / mengeja benda yang di cari, kita tambah lagi satu aktiviti - menulis puzzle yang telah berjaya diselesaikan. Puzzle ni dah main berkali-kali, so, kacang je nak diselesaikan. Janji mata tu, jangan tutup sudah =)

Nampak tu, khusyuk dia.


Siap pusing ke beakang tu, takut mama tolong dia.


Mana-mana yang berjaya, tulis pulak...


Banyak ni je pun yang Adam selesaikan. 


Padahal masih banyak lagi yang masih belum dibuat.


Tips dia - kalau anak nak berhenti main, biarkan. Dia dah penat. Yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti. Apabila anak bermain ikut kehendak sendiri, dia akan enjoy. Bila enjoy, itu yang berkali-kali diusungnya puzzle ni untuk dimain.

Lepat Pisang


Sudah beberapa hari anak bujang ni teringin nak makan kelepat pisang. Ok... ini namanya lepat pisang, bukan kelepat pisang. Hiihihi...

Benda tak ada, bila mintanya malam-malam hari, mana nak cari sayang... walaupun tak susah mana nak membuatnya, tapi.... hihihihi.... 

Akhirnya dapat juga lepat pisang ni. Haaa.... ambik. Sekali papa beli dengan lepat ubi sekali. Teringinnya, mengalahkan ibu mengandung! Sekali, tengok-tengok makannya tak habis pun satu. Separuh saja. Sambil mulut puji-puji sedap, suruh beli lagi untuk bawa bekal ke tadika. OK...

Nasib baiklah ada mama yang tengah berselera makan ni. Lepat pisang, lepat ubi, kuih koci dan pulut panggang, semua mama bedal. Adam memang dah puas hati dengan separuh lepat pisang dia tuh.... nasib baik la belinya serba satu. Kalau banyak, sapa nak habiskan?

WW : Nasi Lemak



WW : Muka Jam


Belakang jam ini.

Anak Pandai Mengeja

Ewahhh si kecil ni... sejak makin expert mengeja membaca ni, semua benda nak dieja. Gembira sangat rasanya. Seronok apabila nampak minat anak nak tahu apa benda yang ditulis. Paling kurang pun, main teka-teka eja semasa di dalam perjalanan di dalam kereta.

Cuma, bila ternampak signboard di mana-mana, kadang-kadang susah nak tau bahasa apa. Ada sekali tu, MA dengar Adam sebut " kauti on ". Confuse juga... Rupa-rupanya,  " caution ". Hihihi.... kena polish sikit-sikit lagi. 

Agak-agak teka mengeja pun, kena bagitau perkataan tu bahasa Melayu atau English dulu. Maklumlah, huruf C dengan K kan lebih kurang je in English. Tapi, happy la kan. Bila anak buat salah, maksudnya dia sedang belajar. Nampak gaya, tiada masalah la untuk bahasa Melayu atau English. Syukur.... walaupun buku bacalah anakku sebenarnya belum masuk pun buku 5.

Tumpuan seterusnya, patutnya pada Iqra' dan jawi. Insya Allah. Tunggu mama sihat sikit, boleh hunting buku jawi yang elok-elok. 

Kriteria Anak Berkualiti

Artikel Pa&Ma Mei 2005.

Antara kriteria anak berkualiti adalah :

Berkembang dengan baik daripsda aspek fizikal, mental dan emosi bagi kanak-kanak yang sempurna mengikut tahap umur masing-masing. Bagi kanak-kanak yang kurang sempurna pula, perkembangan mereka adalah mengikut tahap tertentu seperti yang digariskan oleh pakar perubatan. 

Berupaya menerima  situasi yang pelbagai.

Mempunyai coping skills yang baik.

Mempunyai karektor atau personality yang baik.

Itulah definisi anak berkualiti. Yang terpenting adalah kepekaan ibubapa di dalam memastikan perkembangan anak. Rangsangan yang sesuai hendaklah diberikan.

Nilai Duit Belanja Budak Sekolah

Berapa nilai duit belanja budak sekolah sekarang ni? RM 5? RM 10? MA dulu bawa RM 0.50 je. Untuk sehari. Siap bawa bekal nasi lemak / bihun dan air. Air memang wajib la kan. Itulah zaman sekolah rendah dulu. Zaman anti, dia dapat RM 3-5 sehari. Anti juga bawa bekal. Itu semasa tahap 1 sekolah rendah.

Zaman Adam entah macam mana. Adam dah mula teringin nak dapat duit belanja sekolah. Ada beberapa orang budak transit di school Adam. Sekolah rendah - darjah 1 -3. Masing-masing ada duit belanja. Sesekali, diorang beli nasi etc dan makan di school Adam. Adam kata, seronoknya dapat duit sendiri. Kalau rasa nak apa-apa, boleh terus beli.

Hihihi.... sabar ye sayang. Budak tadika tak perlukan duit belanja. Cukup la bekal makanan tambahan yang disediakan sehari-hari.

Agak-agak, mampu ke nak sediakan bekal untuk anak? Bekalan makanan memastikan anak makan makanan berkhasiat. Sebab duit MA dulu tu, gunanya untuk beli ais krim dan seangkatan dengannya. Nak beli kuih, perut dah kenyang makan bekal yang emak sediakan =)

Resepi Water Colour



Bahan-bahannya :
Baking soda
Cuka
Tepung jagung
Sirap jagung
Pewarna makanan

Caranya :
  1. Ambil secawan baking soda, masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 3/4 cawan cuka ke dalam mangkuk dengan perlahan. Ia akan berbuih sebentar.
  3. Setelah habis buih, kacau kedua bahan itu.
  4. Tambah dua sudu sirap jagung ke dalam campuran.
  5. Tambah secawan tepung jagung.
  6. Kacau sebati.
  7. Masukkan campuran ke dalam ice cube tray.
  8. Masukkan sedikit pewarna makanan dan kacau.
  9. Biarkan kering semalaman atau sehingga dua hari.
  10. Sedia digunakan setelah kering =)

Renyah sikit, tapi sekurang-kurangnya, kita tahu kandungannya. Sesuai untuk budak kecik yang suka masukkan benda ke dalam mulut.

p/s : MA beli aje... hihihihi

Source penuh bergambar di sini.

Petua Ibu Mengandung

Aha... ini semua petua yang dikutip dari Pa&Ma Jan 2011. Jom tengok mana-mana yang berkenaan.

Petua Mengelakkan Sembelit Ibu Hamil
Senang sahaja. Makan sawi tumis air  dan sedikit minyak setiap hari. Insya Allah lega sembelit tu. Erkkk... tiap hari tu... tak jemu? Nanti pantang, sawi lagi! Hihihi... Tak pun try la ostemastix Shaklee. Hilang sembelit. Betul!!! Tak tipu =)

Petua Menenangkan Fikiran
Amalkan makan daun salad - kaya dengan karotena, serat dan air. Bagus juga untuk melancarkan sistem pernafasan.

Kurang Selera Makan
Makan salad - antibakteria, anti virus dan anti kanser ( breast cancer ).

Menghilangkan Kurap
Ibu mengandung berkurap ke? Tak semestinya. Tapi, jika diserang kurap, tumbuk bayam bersama kapur sirih. Sapu di tempat kurap dan biar kering. Amalkan hingga sembuh.

Kulit Muka Kusam
Ada orang, mengandung kulit muka berseri. Ada orang pula, kusam! Mudah sahaja, kisar kubis bersama sedikit madu dan air. Jadikan mask pada muka dan leher. Buatlah 2-3 kali seminggu =)

Adam Dan Hanif


Nostalgia lama. Adam dan Hasya semasa genap 2 bulan.


Hanif diusia dua bulan. Kesimpulannya, si tembam Hanif dan Adam ni, sama-sama besar dan montel semasa baby. Owhhh... kesian dia. Orang tengah happy-happy jumpa ramai cousin, dia demam pula =(


Comel kan! Lebih kurang je. Beza part mata =)

Main Nyorok-Nyorok

Main nyorok-nyorok. Biasa buat? Biasa la bagi yang ramai adik-beradik atau di kelilingi rakan sebaya.

Untuk Adam, first time ni. Tapi sayang, malas pula nak snap gambar. Ada kenduri kesyukuran di rumah wan. Ramailah sanak saudara datang menjengah. Dannn... ramai jugalah budak-budak kecil yang biasanya berjumpa setahun sekali. Wahhhh... berkejaran masing-masing ke sana dan ke sini.

Baju Adam entah berapa kali basah dan kering semula. Berpeluh berlarian ke sana-sini. Penat main, minum air sikit dan sambung lagi. Seronok!

Malamnya, selesai mandi, main lagi. Wahhh.... tak reti nak berehat budak kecil ni bila dapat geng. Untunglah ramai yang sebaya =)

Cara Mengupas Telur Pindang

Selalu Adam minta nak tolong mengupas telur. Akhirnya, hasrat Adam tercapai. Mengupas telur pindang untuk di makan.


Kupas elok-elok tau.



Lepas ni, kalau mama rebus telur, Adam tolong kupas, ok?


Sedap tau telur pindang =)

Buku English Budak Tadika

Ini adalah english book yang telah digunakan di tadika Adam. Big English yang simple untuk budak-budak di awal sesi persekolahan. 


Siri ini terdiri daripada empat buah buku : 2 buku bacaan besar, 1 buku aktiviti besar dan 1 buku bacaan yang menarik dan penuh warna-warni. Kertasnya pun tebal. Cantik.

Yang ni buku 1.


Inilah buku bacaan yang simple sangat - colourful!


Yang ini buku 2 : hmmm... nanti kita guna lah buku ni kat rumah.


Puzzle Untuk Mengasah Minda

Adam suka bermain puzzle. Lately, diusung balik puzzle lama yang ada. Antara kegemaran, adalah spelling puzzle yang mempunyai gambar menarik dan besar ini. Cantik.


Tapi, cara bermain puzzle ini telah berubah. Seiring dengan usia. Dulu, mainnya hanya semata-mata dengan melihat kepada gambar. Cuba untuk padankan gambar yang sama bagi membentuk imej. Sejak pandai mengeja ni, sekeping puzzle akan diambil dan Adam akan meneka atau mencuba untuk mengeja. Kemudian, baru di cari kepingan-kepingan lain bagi imej tersebut. Sesuailah dengan nama " spelling puzzle ".

Tips untuk membuatkan permainan tidak membosankan adalah, meneka bersama-sama. Jangan lupa pujian untuk anak, ok. Kembang-kempis dan bertambah bersemangatlah anak untuk bermain.

Kebaikan bermain puzzle ada telah dinyatakan di entry ini =)

Surat Cinta Pertama


Duduk senyap-senyap di satu sudut. Rupa-rupanya sedang menulis surat cinta untuk mama dan papa. Memo ringkas sahaja. Wahhhh.... dah pandai menulis surat!

So, surat cinta ini Adam bagi papa dengan pesanan " Esok bawak pergi opis ye. Letak atas meja papa ". Suweeet.....



Finger Puppet

Ini adalah finger puppet. Lupa lah template ni ambil dari mana. Hanya print di atas kertas A4, warnakan, laminate dan letakkan tape di belakangnya.



Asalnya, template ini di print 2 set. Satu set memang untuk mama buat, satu lagi untuk Adam buat. 


Tapi, hasil Adam masih tersadai. Tak menarik kot puppet ni. Tak ada rasa nak buat. Owhh... ada juga lanskap lengkap untuk circus - ada cage, ada pokok, ada tent dan sebagainya. Tapi, bila yang ini tersadai, kita pospone yang itu. Mungkin aktiviti ini tidak menarik.

Sindrom Pinjam Barang

Ini celoteh mak-mak. Hihi... telatah budak-budak.

Adam memang bawa bekal ke sekolah - air kotak, biskut dan sesekali kad. Biasa jika air makanan dan minumannya hilang daripada dalam beg. Sesekali, Adam melihat bekal makanannya di makan.

" Eh... saya punya la ".

Nasib baik, dapat lah sikit. Huhuhu... bekal perlu di bawa banyak supaya boleh dikongsi bersama.

Tapi, kad yang dibawa untuk menghabiskan masa bermain bersama kawan jika Adam terpaksa stay back, jangan lah di pau. Sudah dua set kad di pau oleh kawan yang lebih besar.

Kesempatan lepak di tadika Adam memberi kesempatan untuk beramah mesra. Kebetulan telah diberitahu Adam siapa yang suka mengambil barang di dalam beg nya.

" Ada pinjam kad Adam? ".

" Ada ".

" Dah pulang? ".

" Dah hilang ".

" Lain kali, kalau pinjam, mesti pulangkan.  Jangan bagi hilang. Jangan pinjam lagi ok? ".

Dia angguk sahaja. Tiba-tiba dia bagitau mama sesuatu...

" Dia tu suka pinjam air milo Adam ".

Erkkk.... pinjam? Huhuhu.... 

" Air milo tak boleh pinjam ".

Rasanya dia tak dengar ayat tu. Untuk elakkan air milo Adam di pinjam, MA ajar Adam sorok air milo di celah-celah baju. Lepas ni, jangan bawa kad pergi school ok Adam. Air dan biskut pun, kena makan dalam kereta la gamaknya. 

Agak-agak, budak tu faham ke conversation MA dengan dia tadi?

Belajar Tengok Jam

Teaching toddler to tell time - entry 2011. Kali pertama ajar Adam tengok jam. Hasilnya, setakat 1:00 atau 1:30 dapat dihadam dengan mudah. 

Setahun lebih, kekal seperti itu sahaja. Sekarang, rasa nak ajar Adam tengok jam bagi nombor yang selainnya. Tiba-tiba terasa nak buat macam coin Kamen Rider Ooo. Hasilnya, dapatlah 12 biji jam comel. Cukup untuk bermain dengan masa =) Cuba-cuba sahaja sebenarnya dengan jam-jam comel ni. Harap-harap Adam suka.

Kemudian, jam analog ini dibuat dengan polisterin paper plate. Untuk backup kamen rider ooo punya coin tadi. Binggo! Adam seronok bermain dengan jam ini. Walaupun mungkin ini bukan cara yang tepat untuk mengajar Adam melihat jam, sekurang-kurangnya, apabila ditanya jam pukul berapa, Adam boleh refer kepada jam comelnya =)

Macam ni mainnya.

Tengok jam di dinding. Pukul berapa?


Selain daripada " jarum pendek dekat 11, jarum pendek dekat 3 ", apa lagi jawapan yang diharapkan dari budak lima tahun ini? Hihihi... Jadi, Adam ambil jam analognya. Letakkan kedudukan jarum panjang dan pendek.


Kemudian, buka lapisan bawah - minit.


So, boleh terus dapat jawapan - 11.15


Jam comel tu pula, hasil Adam. Senang bila dah laminate. Boleh lukis dan padam. Bila-bila masa.


Hero tak beraksi hari ni. Nampak kaki dan tangan sahaja. Kepanasan - seksi sebab baru lepas main badminton dengan papa =)

Obimin Punca Bayi Besar

Obimin adalah supplemen yang akan diberikan oleh doktor kepada ibu mengandung. Ia mengandungi pelbagai mineral dan vitamin untuk memenuhi keperluan ibu mengandung. Kandungan utamanya adalah asid folik, zink, calsium dan vitamin serta mineral lain.

Hmmm... kalau dah kandungannya adalah untuk memenuhi keperluan seharian ibu mengandung, datang dari mana mitos obimin menyebabkan bayi besar di dalam kandungan?

Tiada kaitan sebenarnya bayi besar dalam kandungan dengan obimin. Bayi besar atau macrosomia adalah bayi yang beratnya melebihi 4kg. Bayi yang besar di dalam kandungan, memang bahaya. Jom tengok faktor bayi besar dalam kandungan :

Genetik
Jika berketurunan rangka besar, tak kan anaknya berangka kecil?

Kencing manis
Kencing manis ketika hamil memang faktor utama menyumbang kebesaran bayi dalam kandungan. Kadang-kadang tu, ibunya kecil kurus sahaja. Rupa-rupanya, wahhh... besar anak dia.

Overdue
Kandungan terlebih hari memang akan besar sedikit. Maklumlah, banyak dapat zat dari ibu.

Pemakanan
Bukan sebab makan obimin! Tapi sebab pengambilan gula, karbohidrat dan lemak yang berlebihan. Kadang-kadang, berat ibu memang mengejutkan kerana berselera makan, tapi, leganya tak terkena kencing manis.

Jika ibu tidak berdaya mengambil obimin kerana bau atau saiznya, boleh sahaja digantikan dengan supplemen lain. Atau, ibu hendaklah menjaga diet pemakanannya sehingga dia mampu makan obimin. Hiihihi...

Sakit Badan Kurang Kalsium

* dari Majalah Pa&Ma, Jan 2011
Posisi badan yang tidak sesuai semasa menyusukan bayi terlalu lama sering menyebabkan masalah sakit dan lenguh badan terutamanya jika menyusukan dalam keadaan duduk. Bagi mengelakkan dan mengurangkan masalah lni, anda dinasihatkan menyusukan bayi dalam posisi yang paling selesa. Contohnya sambil berbaring di atas katil.

Semasa tempoh menyusukan bayi, anda dinasihatkan mengambil supplemen kalsium tambahan kerana sebahagian besar kalsium di dalam badan digunakan untuk penghasilan susu. Jadi, anda akan mengalami masalah kekurangan kalsium yang turut mengakibatkan sakit dan lenguh badan.
Hmm... sama dengan masalah  MA alami dulu. Cuba baca di testimoni ostematrik shaklee.


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pukul Berapa Sekarang?

Jam dinding ikea. Cantikkan? Lagi pulak yang saiz besar tu... Hihihi... bukan nak cerita pasal jam ikea ni, tapi pasal jam Adam ni.

Fresh form the oven. Kenapa? Kerana Adam pun belum tengok lagi. Agak-agak Adam suka tak?

Dari entry pukul berapa datuk harimau, rasanya perlukan backup untuk activity itu. Idea ni datangnya dari sini. Bahan-bahan ada di rumah, apa salahnya mencuba. 

Owh... nak beritahu juga, walaupun aktiviti main-main jam kecil tu terlalu main-main, hihihi... sekurang-kurangnya ia kekal melekat pada Adam. Memang tidak tepat, tapi roughly, dapat la juga. So, setakat apa yang dia dah dapat, tak boleh nak kelentong la.


Jadi, inilah supplement nya. Jarum permanent masih belum ada. Sama ada nak letak kertas yang di laminate atau paper clip. Paper clip panjang tak ada. Kertas memang ada!

Ok tak? Agak-agak Adam suka tak jam ni? 

Minuman Kegemaran

Dah minum? Inilah minuman kegemaran. Milo dinosaur.  Sedap dan sangat yummeh. Adam panggil ini ' Milo keras '. 


Nak share?

Hikayat Gagak Dengan Botol Air


Lama tak menjengah ke cerita hikayat teladan macam ni. Dalam tv, tak pernah nampak dah. Hikayat gagak yang bijak =)

Gembiranya Bermain Kad

Adam peminat kad-kad superhero. Anak lelaki kan. Kalau kumpulnya sejak tahun 2011, agaknya, berapa banyak kad Adam sekarang? Hihihi....

Dulu, main kad ini hanya dengan melihat watak / figura yang tertera pada kad. Yang mana lebih kuat, dia lah yang menang.

Sekarang, bentuk permainan telah berubah. Seiring dengan pertambahan usia. Pelbagai kad dimainkan. Bergilir-gilir setiap malam. Samaada kad tersebut mempunyai nombor atau simbol, tetap melibatkan sedikit pengiraan =)



Nampak tak ada normbor-nombor pada kad? Sebelum main, kena tetapkan rules. Nak main nombor atas atau atau nombor bawah. Rules ini terpakai sepanjang permainan. Senang sahaja, nombor yang lebih besar akan menang. Trick mudah : Kena sebut nombor kepunyaan sendiri. Lepas tu, Adam kena tentukan nombor mana yang lebih besar. Kalau tidak, nanti mana tau kot-kot mama main tipu.

Owh... sebutan kena penuh tau - thousand, hundred etc....

Hihihi... nak tak nak, walaupun kami bermain sahaja sepanjang hari, Adam telah dipaksa belajar. Hihihi... Belajar sambil bermain macam ni memang seronok. Tak stress tau =)

Jom Belajar Melukis

Yeay! Nak lukis sendiri, tak reti kan? Jadi, untunglah ada fancy paper ni. Kalau zaman dulu, pakai sahaja kertas minyak. Nipis, murah dan sememangnya menepati keperluan.


Yang ini agak tebal dan keras. Tak jumpa yang nipis tu. Mungkin ada, cuma mencari di kedai yang salah.

Adam pilih buku 1000 trashes activities ini untuk ditekap. Belek punya belek, gambar inilah yang menarik perhatiannya. 

Mulanya guna pen-ink pen. Memang tak berapa lekat la warnanya. Akhirnya beralih kepada kaler pensel warna hitam. Hmmmm... jelas.



Hasil ketekunan beberapa minit, terhasillah ini...


Seronok la dapat menghabiskan masa bersama =) Owhh... ini gambar asal.