Perkembangan Hampir 4 Bulan Di Tadika

Hampir 4 bulan Adam di tadikanya. Syukur sangat dengan perkembangan positif. Dann... lagi bersyukur kerana MA tidak keluarkan Adam dari tadika tersebut dan hantar semula ke nursery lama. Reason? Sebab pada minggu pertama Adam nampak tidak berapa happy. Kalau tidak, melayang la duit pendaftaran yang hampir sama seperti budak-budak mendaftar ke pusat matrikulasi.

Perkembangan di rumah, jangan tanya. STOP semuanya. Ada homework, kita buat. Jika tidak, Adam bermain. Hihihi... 

Surah-surah pendek banyak sudah di hafal. Owh... doa selepas solat juga telah lancar. Sebutan-sebutan yang salah memang tidak dinafikanlah.

Sekarang ni, Adam rancak menghafal Surah Yaasin. Alhamdulillah. Tadika ini bukanlah tadika Islam sepenuhnya. Terdapat 3 orang teacher India. Namun, mungkin penekanan dan kaedah yang digunakan membuatkan anak-anak cepat menangkap apa yang di ajar di sekolah.

Adam menggunakan sepenuh masanya untuk menghafal. Even semasa sibuk bermain pun, kita boleh dengar dia sedang cuba mengingati ayat-ayat hafazan yang diberikan ustazah. Kadang-kadang, time mandi pun practice azan. Haaa... yang ini tidak boleh ok!

Perkembangan sosial juga menggalakkan. Bak kata teacher, Adam macam YB kat tadika. Bila diambil balik dari sekolah, beratur kawan-kawan nak bersalam. Hihihihi... Tak payah la jadi YB... Bila ditanya nak jadi apa dah besar nanti, Adam kata dia nak jadi pemain bola. Nampaknya, uncle Hazman, tolonglah train Adam.

3 comments:

  1. Budak2 nie kalu menghafaz no.1 Alhamdulilah Adam serasi ngan Tadika baru...

    ReplyDelete
  2. budak mmg cpt tangkap klu bab hafazan.itu mmg sy tak nafikan..sbb aiman pun sama.masa tadika 4taun beberapa mggu sekolah dia dah boleh hafal satu surah al-fatihah..cuma skang ni ibunya je tak mula lg ajar bacaan dlm solat.yg dok ada ni pun tak terkejar.hihi

    tadika mahal mmg membantu kan,mama tak ajar kt rumah pun adam dah pandai.yg paling penting adam rajin praktis.good boy!

    ReplyDelete
  3. Sronok dgr perkembangan positif adam.. Kita maknya ni mmg sentiasa doakanyg terbaik utk anak..lega semuanya berjalan lancar..semoga adam terus baik dalam pelajaran..

    ReplyDelete