Homework Tadika Lima Tahun

Keras tangan Adam nak tulis Alif Ba Ta. Berlengkok-lengkok. Homework ni, kalau sikit, budak excited nak membuatnya. Tapi... kalau dah diberi banyak sekali gus, huhuhu... macam stress pulak.

Bukannya nak fokus buat homework, mulut bising bertanya kenapa la dapat homework banyak sangat. Memang banyak pun. 12 mukasurat tu. Tau la homework untuk weekend, tapi, cukup la sekadar satu atau dua page sahaja. Hihi.

Rasanya, mungkin bukan untuk disiapkan dalam masa dua hari kot... Tiada pula pesanan diberikan. Yang pasti, memang 12 muka surat yang disuruh buat. 

Jadinya, duduk la kami bersama-sama. Fokus Adam pun memang lari dah. Satu huruf siap, ajak borak. Buat lagi, borak lagi.  Agaknya kalau ditinggalkan Adam dengan homework yang banyak tu, dia pun sama tinggalkan buku tu. 


Bergilir la mama dan papa duduk tengok Adam buat kerja. Budak bijak, ada hati nak bahagi homework dengan papa dan mama! Kami dah pandai, siapa yang belum pandai, dia la yang kena buat =)

8 comments:

  1. Hihihi...tu juga muslihat anak saya...suruh mak buat keje sekolah...

    ReplyDelete
  2. hehehe study smart ya dik adam :)

    ReplyDelete
  3. adam mmg nampak rajin... mg jadi berta,bah rajin nnt..yer abang adam....

    ReplyDelete
  4. haih biar betul homework sampai 12 page!!! kesian adam... merana time weekend.. sabar je la...

    ReplyDelete
  5. 5 tahun tp diberi homework byk page..kesian kt budak kan..rajin adam...

    ReplyDelete
  6. esh esh, siapa lah cikgu adam ni? hihi.. takpe adam, usaha tangga kejayaan.. nanti adam jadi budak pandai...

    macam mana cara dia minta mama buatkan homework dia ni?

    ReplyDelete
  7. kesian adam homework byk sgt.buat slow2 bley punya..lgpun weekend kan.bley la habiskan masa dengan aktiviti berfaedah.hikhik

    ReplyDelete