Pertandingan Mewarna Anjuran KFC


Ahad lepas ada pertandingan mewarna di KFC berdekatan. Ya Allah, tempat ber air-cond, tapi rasanya basah baju kerana panas. Lautan manusia - dengan anak-anak, parents. Semuanya tertumpu kepada acara KFC ini.

Untuk masuk, dikenakan yuran pendaftaran RM10. Tapi dapat satu set chicky meal untuk si kecil. Hadiah pertandingan pun biasa-biasa sahaja. Mungkin sambutan menggalakkan kerana ada aktiviti menari-nari bersama chicky. Jadi, anak-anak gembira walaupun kepanasan.

Moral support untuk Adam, siap bawa meja lagi =)


Selesai sesi mewarna, anak-anak bangun untuk menari-nari. Kelompok ini adalah kawan-kawan Adam.


Yang ini best friend Adam di tadika. Walaupun tak menang, seronok rasanya kerana ramai kawan tadika yang turut serta. Rasanya tumpuan bukan kepada pertandingan, tapi, lebih kepada misi mencari kawan-kawan. Kawan-kawan di nursery lama juga ada =)

Walau bersesak, jika kena dengan masa dan keadaan, kami akan join lagi. Aktiviti sebegini bagus untuk anak-anak membina keyakinan diri dan bersosial.

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 comments:

  1. Segaknya adam ni. Memang mamanya bagi sepenuh moral support ni, siap bawa meja lagi.. Tahniah pd mama dan adam.. Betul, mmg kita kena dedahkan ank di usia mcm ni dengan banyak aktiviti dengan rakan seusia..

    ReplyDelete
  2. amboi comelnya adam. seronok kan dpt bawa anak2 join aktiviti mcm ni. pendedahan buat mereka :)

    ReplyDelete
  3. Anak-anak seusia Adam biaslah suka kalau ada acara macam ini.
    Menang/kalah tolak tepi...
    Dapat KFC dan jumpa kawan-kawan dah buat mereka suka.

    ReplyDelete
  4. Baguih la Adam nie...kalu anak sy sibuk nak menempek kat mak time pertandingan...sudahnyer mak kena bantu la...hahaha

    ReplyDelete
  5. PM biasa kerja dalam shopping complex, biasa juga tengok pertandingan2 mewarna di kalangan kanak2 nih...

    ReplyDelete
  6. Salam K.ida..
    Meriahnye.. Mesti adam seronok dpt jumpe kwn2 lama & baru sambil2 mewarna..
    mama adam siap bw meja skali tu...^^_

    ReplyDelete
  7. tak tahan MA nih.. siap bwk meja tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la.. kasi selesa. Nnti sakit badan terbongkok2

      Delete
  8. mcm anak buah deno sarah aina, kalau ke pertandingan apa berkaitan melukis dan mewarna, mesti bw meja sekali^^

    ReplyDelete
  9. siap bawak meja,mmg terbaiklah mama adam.hehe kalah menang tak penting,yg penting kita enjoy!!

    ReplyDelete