Mengasuh Anak Pemalu


Malu separuh daripada iman. Tapi, pemalu di sini lebih kepada tingkah laku akibat kurang keyakinan diri. Tidak yakin diri yang boleh membawa kepada pelbagai masalah seperti kemerosotan yang ketara di dalam aktiviti sosial, keputusan akademik yang merundum dan lebih suka menjauhkan diri daripada rakan sebaya.

Jika kita dapat mengesan sikap pemalu yang keterlaluan ini dari awal, ibubapa boleh mencuba beberapa langkah untuk mengurangkan sikap pemalu anak. Ini antara tips yang diberikan Berita Mingguan 17.03.2013.  Moga bermanfaat.
  • Jangan mencemuh atau mentertawakan anak di khalayak ramai
    • Ini sangat-sangat taboo. Menjatuhkan air muka anak di khalayak akan menurunkan lagi harga dirinya.
  • Jangan melabelkan anak sebagai 'pemalu'
    • Anak akan percaya cakap ibubapanya dan tidak berusaha untuk berubah.
  • Bina harga diri dan keyakinan anak
    • Harga diri dan keyakinan diri boleh dibina dengan pelbagai cara. Antaranya, beri pujian kepada usaha anak. Jangan puji melebih. Bahaya nanti. Contoh yang mudah, tunjukkan progress anak sejak kecil. MA suka tunjukkan Adam aktiviti mewarna. Bermula dari menconteng hingga hilang gambar asal, sehinggalah nampak bentuk gambar yang diwarna. Pupukkan keyakinan bahawa kita sememangnya bermula dari kosong. Dengan usaha, akhirnya kita akan berjaya. 
  • Jadi contoh teladan untuk keyakinan sosial yang yakin
  • Ajar anak bertoleransi dan menghormati orang lain
    • Boleh dicapai dengan bermain. Main dengan rakan sebaya. Kebiasaanya, bermain dengan rakan sebaya lebih ikhlas. Masing-masing kena belajar bertoleransi dan menghormati orang lain. Berbeza dengan bermain bersama ibubapa - kadang-kala sengaja mengalahkan diri untuk memberi kemenangan kepada anak. Sedangkan, anak perlu belajar menerima kekalahan.
  • Bantu anak belajar membuat komen positif tentang perasaannya apabila melaksanakan tugas atau perkara tertentu.

Segala usaha yang dilakukan mungkin akan mengambil masa yang lama. Namun, cubalah kerana insya Allah perubahan yang positif akan dapat dilihat di dalam jangka masa panjang. 

Semoga anak kita akan menjadi insan yang lebih baik dari diri kita. Ameen...

Published with Blogger-droid v2.0.9

11 comments:

  1. jazakallah mama adam..tips bergune utk anakku..senyum sokmo si abang.. ;)

    ReplyDelete
  2. tips berguna buat bakal2 anak sy nti.mana tau nti ada yg pemalu..aiman sejak kecik mmg dh friendly.semua org tak kenal pun dia ajak smbg.nk wat cmna turun perangai ibu abahnya.hiks..

    ReplyDelete
  3. Sangat bermanfaat.
    Tak sabar nak ada nak sendiri :)

    ReplyDelete
  4. tahulah camana mia nnt,..rasanya dia bukan pemalu..

    ReplyDelete
  5. Anak2 pemalu ni lbh kurang mcm anak2 yg kirang keyakinan diri la kan..? susah nak bersosial..Alhamdulillah anak2 mak xde yg bersikap pemalu keterlaluan.

    ReplyDelete
  6. pemalu biar bertempatkan.. anak2 memang kena tak malu sangat sebabnyer dunia dioarng nampak lebih susah dari kita ... pemalu cuma dari buat benda tak senonoh kena diterapkan... sama2lah kita mendidik anak kitakan.

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing..bole la apply nanti..

    ReplyDelete
  8. anak akak adam tu..ada juga sifat2 mcm nih,tp papa dia selalu ckp yg positif pada dia supaya dia ada keyakinan diri lebih sedikit

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    alhamdulillah..tenkiu for sharing..
    anak2 cma ni terlalu mesra alam pulak.. huhuh.. risau.. :(

    ReplyDelete
  10. Tips yg banyak mbantu.. Saya pun ada masanya rasa takut kelakuan nakal anak murid akan ikut oleh anak anak sdri.. Tiap tiap hari tgk kenakalan anak murid yang selalunya sebab mak bapak tak train dari awal.

    ReplyDelete