Share dari fb
Tips Untuk Adam Di Dalam Aktiviti Mewarna


Tips mudah untuk Adam. Kalau masuk colouring contest, kena la colour background tu.... Taboo ooo untuk tinggalkan kosong.
Walaupun warnanya nampak lebih kurang sama, berbeza sangat kan dengan pilihan warna background. Warna background yang lebih terang secara otomatik akan menampakkan gambar dan hasil yang lebih baik.
Hihihih... agak-agak, Adam ingat tak?
Published with Blogger-droid v2.0.9
Bermain Bongkah Magnet
Bongkah ini mula diberikan kepada Adam lebih setahun yang lalu. Mungkin dua tahun. Lupa. Sampai hancur la di main. Boleh la dibuat introduction to magnet. Sekurang-kurangnya, anak boleh bertanya macam-macam kenapa ia boleh melekat etc.
Bermain dulu dan bermain sekarang, pastinya ada beza. Dulu, hanya bentuk mudah-mudah sahaja dapat dibuat. Sekarang, bentuk yang lebih susah pun telah berjaya dibuat. Lebih menggembirakan, bila anak mula menggunakan imaginasi sendiri untuk mereka lain-lain bentuk yang dirasakan ingin dibina.
Ingatkan hanya idea seperti rumah, bangunan dan kereta sahaja yang terlintas di fikiran. Rupa-rupanya, bentuk-bentuk coklat pun dibuatnya. Bila macam-macam dibuat, terasa macam satu set tidak cukup. Hihihihi =)
Published with Blogger-droid v2.0.9
Mengasuh Anak Pemalu
Malu separuh daripada iman. Tapi, pemalu di sini lebih kepada tingkah laku akibat kurang keyakinan diri. Tidak yakin diri yang boleh membawa kepada pelbagai masalah seperti kemerosotan yang ketara di dalam aktiviti sosial, keputusan akademik yang merundum dan lebih suka menjauhkan diri daripada rakan sebaya.
Jika kita dapat mengesan sikap pemalu yang keterlaluan ini dari awal, ibubapa boleh mencuba beberapa langkah untuk mengurangkan sikap pemalu anak. Ini antara tips yang diberikan Berita Mingguan 17.03.2013. Moga bermanfaat.
- Jangan mencemuh atau mentertawakan anak di khalayak ramai
- Ini sangat-sangat taboo. Menjatuhkan air muka anak di khalayak akan menurunkan lagi harga dirinya.
- Jangan melabelkan anak sebagai 'pemalu'
- Anak akan percaya cakap ibubapanya dan tidak berusaha untuk berubah.
- Bina harga diri dan keyakinan anak
- Harga diri dan keyakinan diri boleh dibina dengan pelbagai cara. Antaranya, beri pujian kepada usaha anak. Jangan puji melebih. Bahaya nanti. Contoh yang mudah, tunjukkan progress anak sejak kecil. MA suka tunjukkan Adam aktiviti mewarna. Bermula dari menconteng hingga hilang gambar asal, sehinggalah nampak bentuk gambar yang diwarna. Pupukkan keyakinan bahawa kita sememangnya bermula dari kosong. Dengan usaha, akhirnya kita akan berjaya.
- Jadi contoh teladan untuk keyakinan sosial yang yakin
- Ajar anak bertoleransi dan menghormati orang lain
- Boleh dicapai dengan bermain. Main dengan rakan sebaya. Kebiasaanya, bermain dengan rakan sebaya lebih ikhlas. Masing-masing kena belajar bertoleransi dan menghormati orang lain. Berbeza dengan bermain bersama ibubapa - kadang-kala sengaja mengalahkan diri untuk memberi kemenangan kepada anak. Sedangkan, anak perlu belajar menerima kekalahan.
- Bantu anak belajar membuat komen positif tentang perasaannya apabila melaksanakan tugas atau perkara tertentu.
Segala usaha yang dilakukan mungkin akan mengambil masa yang lama. Namun, cubalah kerana insya Allah perubahan yang positif akan dapat dilihat di dalam jangka masa panjang.
Semoga anak kita akan menjadi insan yang lebih baik dari diri kita. Ameen...
Published with Blogger-droid v2.0.9
Mencari Kelainan : Sama Tapi Tak Serupa
Mencari kelainan... apa yang lainnya? Hanya terdapat enam kelainan di dalam gambar ini.
Pertama kali mencuba aktiviti ini dengan Adam. Dah lama nak try, cuma rasa macam gambar yang ada ni terlalu susah untuk budak lima tahun.
6 perbezaan, 3 Adam jumpa sendiri. Lagi 3, mama guide. Tapi, rasa puas hati sebab, mulanya MA rasa aktiviti ini susah untuk mata Adam tangkap perbezaan. Tajam juga matanya. Cukup la untuk permulaan.
Sanggup letakkan psp sekejap bila MA minta mencuba aktiviti ini. Nampak tekun kan?
Published with Blogger-droid v2.0.9
WW : Baby
" A baby is something
you carry inside you for nine months,
in your arms for three years,
and in your heart till the day you die "
-Mary Mason
Entry Penulis Jemputan 2
Entry kedua sebagai penulis jemputan. Entry pertama bertajuk " Kenapa kanak-kanak suka bertanya " di blog ciktom.
Entry kedua ini pula bertajuk " Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama-lama mencuri " di blog eyriqazz.com.
Jemput-jemput la membaca =)
Published with Blogger-droid v2.0.9
Mitos Berkenaan Speech Delay - Anak Lambat Bercakap
Apabila ada anak kecil yang lebih kurang sebaya, selalu parents membezakan kebolehan anak masing-masing.
" Anak I dah boleh cakap dah. Anak u x boleh lagi? "
" Anak I dah meniarap... "
Memang seronok. Tapi, kita perlu pastikan carta perkembangan anak dahulu. Jika carta itu normal, tidak salah jika anak kita lambat sedikit. Namun, jika tidak normal, bawa-bawalah berjumpa pakar untuk mendapatkan sedikit nasihat dan bantuan.
Mitos 1
Budak lelaki lambat bercakap berbanding budak perempuan
Fakta :
Lelaki memang lambat bercakap berbanding budak perempuan. Namun bezanya hanya beberapa bulan. Anak sepatutnya boleh bercakap mengikut carta perkembangan normal kanak-kanak. Anak lelaki yang terlalu lambat bercakap memerlukan bantuan pakar.
Lelaki memang lambat bercakap berbanding budak perempuan. Namun bezanya hanya beberapa bulan. Anak sepatutnya boleh bercakap mengikut carta perkembangan normal kanak-kanak. Anak lelaki yang terlalu lambat bercakap memerlukan bantuan pakar.
Mitos 2
Anak lambat bercakap kerana kurangnya interaksi ibubapa dengan anak
Fakta :
Mungkin benar tetapi dalam banyak kes, puncanya tidak diketahui.
Mitos 3
Anak yang lambat bercakap akan dapat mengejar setara dengan anak yang normal
Fakta :
Jarang-jarang berlaku kerana sering dikaitkan sebagai petanda perkembangan yang lambat, kurang kebolehan dan autisme. Mereka memerlukan terapi dan bantuan untuk mengatasi kelemahan diri.
Jarang-jarang berlaku kerana sering dikaitkan sebagai petanda perkembangan yang lambat, kurang kebolehan dan autisme. Mereka memerlukan terapi dan bantuan untuk mengatasi kelemahan diri.
Mitos 4
Anak lambat bercakap kerana ibubapa menggunakan banyak bahasa. Anak konfius.
Fakta :
Anak berkebolehan mempelajari lebih dari satu bahasa serentak. Dan yang menariknya, jumlah vocabulary anak yang menguasai banyak bahasa menyamai jumlah vocabulary anak yang hanya menguasai satu bahasa sahaja.
Anak berkebolehan mempelajari lebih dari satu bahasa serentak. Dan yang menariknya, jumlah vocabulary anak yang menguasai banyak bahasa menyamai jumlah vocabulary anak yang hanya menguasai satu bahasa sahaja.
Info ini MA dapat dari buku My First Step To Comprehensive Parental Guide To Your Child's Early Years.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Cara Baru Bermain Bersama Teman
Kata orang, teknologi boleh mengeratkan hubungan. Betullah. Dengan adanya telefon, jarak jauh dirasakan dekat sahaja. Macam di sebelah saja.
Adam bermain ultraman bersama rakan jauh. Lama tau... mainnya sejam. Rakan memilih character mana untuk berlawan dengan Adam. Dua-dua character berada di tangan Adam. Macam main puppet. Rakan di sebelah sama pilih jenis perlawanan dan Adam akan mainkan sound effect. Sakan mereka gelak. Seronoknya. Tiba-tiba gamat rumah MA yang sunyi dengan suara budak-budak.
Penat berlawan ultraman, mereka layan youtube pula. Adam mainkan video pilihan dan bercerita kepada rakan di sebelah sana. Hmmm... macam dj radio pula.
Hampir 3 jam bersiaran, masing-masing letih. Jadi, masa untuk tidur. Nampak penat sangat bermain. Seronok. MA yang jadi penonton pun turut rasa seronok.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Bakugan Toys
Biasa dengar bakugan? Bahasa jepun sebenarnya. Maksudnya meletup. Permainan bakugan ini agak popular juga di kalangan anak-anak.
Mana taknya, design cantik. Bukan anak-anak sahaja, orang dewasa pun kagum dengan architecture permainan ini.
Cara main, baling sahaja. Bola bulat akan transform jadi macam-macam bentuk.
Kalau membeli, memang rambang mata. Warna pelbagai, bentuk apatah lagi. Kalau boleh semua nak dibolot. Saiz yang kecil-kecil begini lebih comel berbanding dengan saiz sebesar penumbuk. Bagi peminatnya, memang berbaloi mencari pelbagai bentuk dan warna.
Tapi hati-hati membaling ya. Nanti patah atau pecah, haaaa... kan dah rugi =)
Kalau membeli, memang rambang mata. Warna pelbagai, bentuk apatah lagi. Kalau boleh semua nak dibolot. Saiz yang kecil-kecil begini lebih comel berbanding dengan saiz sebesar penumbuk. Bagi peminatnya, memang berbaloi mencari pelbagai bentuk dan warna.
Tapi hati-hati membaling ya. Nanti patah atau pecah, haaaa... kan dah rugi =)
Bakugan go! Bakugan bangun!
Published with Blogger-droid v2.0.9
Akibat Keletihan Atau Kekenyangan
Malam tadi Adam tidur awal. Selesai makan ayam KFC seketul dan sekeping roti bakar, Adam mengadu mengantuk. Nampak sikit sahaja, tapi kalau untuk Adam, licin seketul drumstick tu, dah banyak!
Hurm... pelik. Selalunya Adam tidur lewat juga. Letihkah? Atau kenyang?
Yang pasti, homework semalam tidak dapat disiapkan. Owhhh... silap. Tidak dapat dibuat. Padahal berkobar-kobar semangat hendak menyiapkan homework ni. Homework kedua untuk tahun ini.
Menulis no. 3 untuk bulan Mac. Sorry teacher, saya sleepy semalam =)
Published with Blogger-droid v2.0.9
Pertandingan Mewarna Anjuran KFC
Ahad lepas ada pertandingan mewarna di KFC berdekatan. Ya Allah, tempat ber air-cond, tapi rasanya basah baju kerana panas. Lautan manusia - dengan anak-anak, parents. Semuanya tertumpu kepada acara KFC ini.
Untuk masuk, dikenakan yuran pendaftaran RM10. Tapi dapat satu set chicky meal untuk si kecil. Hadiah pertandingan pun biasa-biasa sahaja. Mungkin sambutan menggalakkan kerana ada aktiviti menari-nari bersama chicky. Jadi, anak-anak gembira walaupun kepanasan.
Moral support untuk Adam, siap bawa meja lagi =)
Selesai sesi mewarna, anak-anak bangun untuk menari-nari. Kelompok ini adalah kawan-kawan Adam.
Yang ini best friend Adam di tadika. Walaupun tak menang, seronok rasanya kerana ramai kawan tadika yang turut serta. Rasanya tumpuan bukan kepada pertandingan, tapi, lebih kepada misi mencari kawan-kawan. Kawan-kawan di nursery lama juga ada =)
Walau bersesak, jika kena dengan masa dan keadaan, kami akan join lagi. Aktiviti sebegini bagus untuk anak-anak membina keyakinan diri dan bersosial.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Melawat Cousin Baru
Anti telah selamat melahirkan seorang baby boy. 3 kg. Secara rasminya, Adam mendapat seorang cousin baru. Cousin pertama di sebelah adik beradik MA.
Nama belum diberi. Mungkin anti sengaja nak bagi surprise. Tak sabar tunggu baby besar. Boleh buat teman bermain =)
Published with Blogger-droid v2.0.9
Aktiviti Membaca Di Rumah
Agak lama tidak membaca bersama Adam. Dua minggu lepas, MA belikan buku baru sebagai suntikan semangat ibu dan anak. Siri cetakan besar dengan suku kata. Maksudnya, setiap suku kata diwarnakan berlainan. Merah dan hitam. Sesuai untuk anak yang baru belajar membaca.
Seronok juga siri cerita ini. Harga pun murah. Tiga buah buku berharga RM10. Menyesal pula tidak dibeli aje ke semua siri ini.
Selain berseronok, moral tauladan juga diselitkan di dalam siri ini. Bila penuh dengan warna warni, seronok la sikit untuk dibaca.
Walaupun merangkak-rangkak juga, happy sebab Adam boleh baca buku ini. Kesalahan di huruf "e" memang jelas. Maklumlah "e" kan ada dua sebutan. Insya Allah, jika rajin, semuanya akan dipermudahkan =)
Subscribe to:
Posts (Atom)