Anak kecil adalah ibarat sehelai
kain putih. Suci dan murni. Apa jadi jika kain putih itu tersalah diwarnakan?
Boleh di bleach sahajakah? Tidakkah kain itu akan reput juga akhirnya?
Kebiasaannya, anak kecil tidak
pandai berbohong. Pada usia kecil, hati mereka masih tulus dan suci. Segalanya adalah
straight forward. Terdapat garis pemisah yang jelas di antara betul dan salah. Masih
belum wujud grey line di dalam hidup mereka. Dan itulah tugas kita untuk
menetapkan landasan yang boleh dijadikan pedoman mereka suatu hari nanti.
Namun, jika anak kecil sudah mula
berbohong, bagaimana nak dikenalpasti agar pembohongan itu tidak melarat dan
menjadi satu habit yang akhirnya akan memakan diri sendiri?
Saya kongsikan tips dari
Pa&Ma, Julai 2012.
1. Perubahan Raut Wajah
Raut wajah atau ekspresi wajah si
anak yang kelihatan seperti tidak tenang boleh memberi isyarat dia
menyembunyikan sesuatu daripada anda. Ekspresi wajah dan gerak tubuhnya seperti
hidung yang kembang kempis atau menggosok-gosokkan alisnya boleh menjadi
isyarat yang paling hampir menandakan dia sedang berbohong.
2. Banyak Cakap
Anak kecil yang tiba-tiba banyak
bercakap. Pelik juga jika kebiasaannya pendiam, tiba-tiba boleh banyak cakap ni
=)
3. Kelainan Nada Suara
Anak biasanya akan bercakap
dengan nada suara yang rendah. Maklumlah menipu. Sudah tentu konfiden level
menurun.
4. Berulang-ulang
Si manja akan mengulang perkara
yang diceritakannya secara berulang-ulang kali agar si ibu mempercayainya.
Kiranya, proses untuk menanamkan cerita ke dalam kepada ibunya la tu.
5. Pendiam
Anak yang banyak cakap tetiba menjadi pendiam. Puncanya, adalah rasa bersalah kerana berbohong.
Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Maka, jika ada tanda-tanda anak berbohong, ibubapa
perlu menerangkan kenapa bohong itu bukan satu amalan yang mulia. Insya Allah,
tindakan awal akan dapat membantu anak sebelum tabiat buruk itu melarat.
bagus entry nih...tips yang sangat berguna...:)
ReplyDeleteBaik tips ni.. Anak anak kalau di luar mcm2 pergaulannya.. Dr media pun kalau kena cara dia akan belajar menipu..
ReplyDeletebetul..kena didik sejak kecil.kadang2 anak ni tak tahu bohong tu satu kesalahan dan dosa.kita la yg kena terangkan.ada pepatah mengatakan,bercakap bohong lama2 jadi pencuri..tu yg takut!minta dijauhkan
ReplyDeletehaaa betoi.. sy pernah tgk tiba2 budak ckp byk... tp dh lama la.. zmn saya blm kawen pun lagi.. hihii
ReplyDeletetak boleh guna lagi cara ni..sebab belum ada anak..heee
ReplyDeleteTQ Sharing kak :)
ReplyDeleteTq sharing.. menbantu sungguh nie
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletetenkiu for sharing..
:)