Review : Pengalaman Online Shopping Dengan Zalora Malaysia

Seminggu yang lalu, saya berkesempatan shopping di zalora. Lama juga saya tidak melakukan online shopping. Kali terakhir, adalah membeli supplemen pada tahun lepas. 

Online shopping memang menyeronokkan. Hanya perlu duduk di depan laptop di dalam keadaan santai, dan... shopping. Dalam masa 2 - 3 hari, barang yang diorder akan sampai ke depan muka pintu. Seronok. 

Er... ada yang tidak pernah dengar pasal zalora? Iklan bersepah di tv dan juga diinternet. 

Susah juga hendak membuat pilihan sebenarnya. Maklumlah, pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa ada di sini dengan lebih 20,000 produk pakaian dan aksesori wanita, lelaki dan kanak-kanak. Pilihan harga pun banyak. Jadi, saya boleh survey sepuasnya di satu website sahaja.

Pilihan saya untuk percubaan pertama adalah jam tangan dan mug Ben 10 untuk Adam. Dalam banyak-banyak pilihan baju dan aksesori, saya tertarik dengan jam tangan ini. 


Website zalora ni memang user friendly. Mudah sangat untuk membelinya. Proses pembelian yang tidak merumitkan adalah satu kredit untuk syarikat ini. Dan yang uniknya dengan zalora adalah, free shipping! Penghantaran percuma di Malaysia.

Yang bestnya, barang yang diorder sampai seperti yang dijanjikan. Hanya dalam masa dua hari sahaja. Saya order barang pada Isnin lepas, dan pada hari Selasa, barang sampai di depan pintu.


Terujanya Adam. Packaging yang diterima nampak sangat professional.


Kotak yang besar ni, isinya ini sahaja. Mug Ben 10 dan juga jam Ben 10.


Yang paling gembira tentulah Adam. Sebab barang dia. Sampai dalam keadaan yang selamat. Barang yang betul sampai dengan pantas. Owhhh... sebelum tu, nak bagitau, jika barang yang salah sampai, rosak atau pecah atau tidak menepati ekspentation, boleh pulang dalam masa 30 hari di dalam keadaan asal secara percuma. Dah la free delivery, free juga untuk pemulangan. With terms and conditions of course.


Bergambar di rumah, kurang seronok untuk bergaya kan? So, pada last weekend, kami berjalan-jalan dengan jam baru di tangan.


Nampak lebih bergaya dengan jam baru di tangan =)


Umpama menikmati minuman di dalam bekas yang eksklusif, air kosong pun terasa lebih sedap.


17 comments:

  1. bergaye nye adam .. :) baru baru ni ade jugak bershopping kat zalora ..beli baju aku ..yg best nye, baju kat zalora ni macam tak dijual di tempat lain ..hanya di zalora ..esklusif kan?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju2 designer banyak. Tapi ada juga baju2 yg simple2. Byk pilihan

      Delete
  2. seronok adam ye...dapat jam dan mug ben 10..
    minum air apa tu?
    tak pernah lagi saya beli barangan anak anak secara online... nampak macam ni sesuai je, kan?

    ReplyDelete
  3. amboi seronoknya adam bergaya dengan jam tangan baru..tak pernah shopping dekat zalora.byk sgt pilihan smp naik pening nak pilih.hehe..

    ReplyDelete
  4. xpnh lg shopping kat zalora ni.. bkn main teruja lg adam yer :-)

    ReplyDelete
  5. firas cukup suka iklan ....nak2 part jerit tu hihi

    ReplyDelete
  6. suka Adam dapat mug + jam
    sesekali happykan anak2 dgn shopping online memang berbaloi

    ReplyDelete
  7. blom pernah membeli dengan zalora :)

    ReplyDelete
  8. wah... seronok la adam dapat jam ben 10... yey!

    ReplyDelete
  9. wah bergaya betul adam dengan jam dan mugnya, cantiklah adam

    ReplyDelete
  10. seronok adam dpt jam & mug ben 10 ye

    ReplyDelete
  11. Entry ini tiba2 menyuntik aura +ve dlm diri ibu yusuf dan maryam dlm berbisnes. Ya.. Tentang packaging. Packaging pun memberi impak dlm pandangan penggunakan? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi MA, packaging penting. Selain imej professional, pacakging juga memastikan brg selamat

      Delete
  12. salam kak..
    hihi..cma dari hari tu nk ngetest shopping kat Z ni..sampai la ni x ngetest2 lagi..hihi..
    cadangan yg baguih! tgh cari eksesori utk hubby..
    wah adam...bergaya dgn jam & mug baru ye.. :)

    ReplyDelete