Seminggu yang lalu, saya berkesempatan shopping di zalora. Lama juga saya tidak melakukan online shopping. Kali terakhir, adalah membeli supplemen pada tahun lepas.
Online shopping memang menyeronokkan. Hanya perlu duduk di depan laptop di dalam keadaan santai, dan... shopping. Dalam masa 2 - 3 hari, barang yang diorder akan sampai ke depan muka pintu. Seronok.
Er... ada yang tidak pernah dengar pasal zalora? Iklan bersepah di tv dan juga diinternet.
Susah juga hendak membuat pilihan sebenarnya. Maklumlah, pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa ada di sini dengan lebih 20,000 produk pakaian dan aksesori wanita, lelaki dan kanak-kanak. Pilihan harga pun banyak. Jadi, saya boleh survey sepuasnya di satu website sahaja.
Pilihan saya untuk percubaan pertama adalah jam tangan dan mug Ben 10 untuk Adam. Dalam banyak-banyak pilihan baju dan aksesori, saya tertarik dengan jam tangan ini.
Website zalora ni memang user friendly. Mudah sangat untuk membelinya. Proses pembelian yang tidak merumitkan adalah satu kredit untuk syarikat ini. Dan yang uniknya dengan zalora adalah, free shipping! Penghantaran percuma di Malaysia.
Yang bestnya, barang yang diorder sampai seperti yang dijanjikan. Hanya dalam masa dua hari sahaja. Saya order barang pada Isnin lepas, dan pada hari Selasa, barang sampai di depan pintu.
Terujanya Adam. Packaging yang diterima nampak sangat professional.
Kotak yang besar ni, isinya ini sahaja. Mug Ben 10 dan juga jam Ben 10.
Yang paling gembira tentulah Adam. Sebab barang dia. Sampai dalam keadaan yang selamat. Barang yang betul sampai dengan pantas. Owhhh... sebelum tu, nak bagitau, jika barang yang salah sampai, rosak atau pecah atau tidak menepati ekspentation, boleh pulang dalam masa 30 hari di dalam keadaan asal secara percuma. Dah la free delivery, free juga untuk pemulangan. With terms and conditions of course.
Bergambar di rumah, kurang seronok untuk bergaya kan? So, pada last weekend, kami berjalan-jalan dengan jam baru di tangan.
Nampak lebih bergaya dengan jam baru di tangan =)
Umpama menikmati minuman di dalam bekas yang eksklusif, air kosong pun terasa lebih sedap.