Alhamdulillah. Di hari ke empat bersekolah, Adam dihantar dengan ceria dan lebih ceria apabila diambil. Lega. Sudah happy gamaknya. Stress yang melanda sudah berkurangan.
Sebenarnya, ada insiden yang berlaku. Bila di tanya kepada Adam, sebenarnya bukanlah faktor tiada kawan yang membuatkan Adam tidak seronok di sekolah. MA pun pelik juga, kerana kebiasaannya, Adam memang pandai berkawan. Tidak kisah berkongsi etc. Tapi, Adam kata " Teacher kat sini semua garang-garang ". Hihihih...
Apabila ditanyakan kepada teacher, jawapannya " Ya. Kami hilang kawalan kerana ramai teacher yang masih bercuti. Jadi terpaksa menjerit-jerit untuk mengawal budak ". Memang bukan Adam yang dijeritkan. Tapi, Adam fobia. Takut apabila mendengar techer menjerit-jerit.
MA terangkan yang Adam tidak biasa dimarah. Jadi, Adam perlu dipujuk.
" Patutlah. Marahkan budak lain, tapi dia yang menangis ".
" Ustazah suruh budak-budak balik rumah ye bila ada budak menangis? ".
" Saya terpaksa takutkan mereka ".
Hahaha... ayat yang Adam ceritakan lain. Maklumlah, Adam cerita details kan pasal aktiviti harian. Mula-mulanya, MA buat tak peduli, namun, bila setiap hari di marah begitu, rasanya MA perlu tegur.
Bukannya MA nk spoil kan Adam, tapi, Adam selalu mendengar kata. Teguran secara baik boleh didengar. Adam lebih kepada sebab dan akibat. Kenapa sesuatu benda tidak boleh dilakukan, dan apa akibat jika dilakukan juga. Ini perlu diterangkan kepada Adam.
Semasa mengambil Adam, Adam happy. " Seronok mama. Ustazah dah ok dah. Dia tak marah-marah lagi ". Erk... betul-betul di depan ustazahnya. Budak, sememangnya orang yang paling ikhlas apabila berkata-kata. Hihihi...
" Boleh kawal budak hari ni? "
" Boleh. Cikgu pun dah ramai ".
Teacher lebih tahu akan kerjanya. Namun, pada pendapat MA, hari-hari awal ini adalah hari untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Anak-anak masih takut kepada persekitaran baru. Untuk dimarah-marah tu, perlu simpan di masa hadapan. Beri peluang kepada anak-anak untuk mengenali satu sama lain dahulu. Beri la peluang seminggu dua.
Alhamdulillah. Adam berjaya di tackle. Owh.... di lain entry MA akan ceritakan kenapa kegarangan teacher mengajar yang berjaya menambat hati MA menghantar Adam ke sini.
oh..sebab teacher garang ye..sian adam ye ingat cikgu marah dia,adamkan budak baik,teacher takkan marah adam lah..
ReplyDeletetu la patutnya cikgu2 ni.awal2 sekolah ni jgn la garang2 sgt,kalu tegas tu ok la jugak
InsyaAllah, Adam akan jadi anak yang bijak dan segera memahami. :)
ReplyDeletecomelnya adam...mesti adam ckp best g sekolah sbb ramai peminat
ReplyDeleteteacher nya garang bersebab tak apalah. tapi utk permulaan ni suppose tak leh nak garang2 sgt kan. kang budak2 rasa tak happy pegi skolah.
ReplyDeletehensem!
ReplyDeleteSalam MA. htr Adam kat sekolah mana? Kesian juga anak2 kena marah dek teacher kan?
ReplyDeletehahaha... dlm entry kena marah, xyh letak la school mana kot. kalo entry memuji, baru letak :)
DeleteAlahai betul tu kesian adam, bila ke sekolah terpaksa mendengar jerit pekik cikgu... nak jadikan anak baik rupanya terbalik,
ReplyDeleteMudahan adam gembira dan dapat suaikan diri..
budak2 kan..kalo dgr cikgu jerit2 nak yg takut ni mmg terbwk2 lah takutnya..kalo jnis tktkut jerit smpi kuar anak tekak pon dia tak pedulik..hehe
ReplyDeletetakpe selepas nih pasti Adam akan lebih seronok di sekolah...:)
ReplyDeletejadi jugak pi playground semalam ye..
ReplyDeleteMA... adam penah kena marah olok-olok tak kat rumah?
ReplyDeleteolok2?, dia tau la kalo olok2
DeleteSy tag mama.
ReplyDeletehttp://nasuhanass.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html
salam, anak saya pun baru mula tadika , anak ok tp emosi mak yang mcm terganggu... adesss...
ReplyDeletebiasa terjadi :)
Deletebagus adam ni.org lain kena marah dia yg nangis.hehe..
ReplyDeletesetuju..sepatutnya cikgu kena amik pendekatan utk bg anak tertarik kesekolah pada awal2 sekolah
a ah.. setuju kaa mama adam..
ReplyDeletepermulaan sekolah ni x sesuai kalo cikgu2 dah mula marah2.. ini akan myebabkan ank rasa aku nk kesekolah... apa2 pon, cikgu kena bijak kawal perasaan n emosi.. lg2 ini kali pertama melangkah k alam psekolahan
Setuju..
ReplyDeleteBiasalah sementara mereka nak biasakan diri dengan alam persekolahan..
tak pe adam... mula2 je tu... heheh
ReplyDeletepermulaan bt adam..nnt ka umah klu aam cerita kita bg penjelasan bg dia paham mengenai kehidupan dan orang... :)
ReplyDeleteMA, cgu biasanya garang di mingu awal ni sb nak budak ada rasa tak berani lawan cgu.. Klau kelas budak nakal saya pun buat gitu...mmg tak akan senyum dua mingu pertama ni... Klau x payah kawal kelas nanti.
ReplyDeletetapi kalau kes budak tadika macam adam ni rasanya xperlulah garang sgt...
owh.... patutlah cikgu sekolah dulu mula2 garang. hihihih...
Deletenk kawal kelas rupanya :)
salam ida...
ReplyDeleteentri ini telah di review...
http://www.mialiana.com/2013/07/review-10-my-happy-kid.html