Menu Berpantang Mengikut Jenis Darah

Banyak makanan diet mengikut jenis darah. Amalan-amalan pemakanan yang baik mengikut darah. Tapi, kali pertama saya mendengar amalan pantang mengikut jenis darah.

Jenis darah manusia : 0, A, B dan AB adalah berbeza-beza. Anti yang pergi checkup mengandung pada hari ini telah dipesan oleh doktor yang merawat. 

" Untuk darah O, masa berpantang, elakkan pemakanan yang banyak halia dan lada hitam. Sebab, lada hitam dan halia yang dimakan ketika berpantang akan menyebabkan bayi yang disusu ibu mudah terkena demam kuning yang tinggi ".

Memang halia dan lada hitam bagus untuk ibu yang baru lepas bersalin. Tapi, ianya tidak bagus dan memudaratkan anak yang baru lahir.

Kali pertama saya mendengarnya.

Bayi yang berdarah O memang cenderung terkena demam kuning yang tinggi. Lupa la... tapi MA pernah terbaca di majalah. Mungkin Pa&Ma. Tak ingat.

Hasil google, MA jumpa juga maklumat yang mengatakan kunyit juga tidak baik. Ini hanya untuk ibu-ibu berdarah O sahaja. Mungkin kandungan tiga bahan ini tidak sesuai dengan jenis darah O. Nak pulak pada bayi baru lahir yang begitu fragile.

Membesarkan Anak Muslim


Perkongsian dari fb. Lebih menarik sebab dipersembahkan dalam bentuk poster =)

Gaya Anak Bujang Study


Alhamdulillah, anak bujang MA ni rajin study. Walaupun bukan setiap hari, dalam seminggu tu ada la 2 - 3 kali Adam mengambil buku untuk dibaca. Jika dulu, bacanya dengan pemantauan, dapatlah juga dalam 10 minit sehari. Sejak boleh baca sendiri, dan MA pantau sikit-sikit sahaja ni, untung la kalau dapat 5 minit =)

Tengok telatah dia. Ketika ini MA sedang iron baju.

" Mama, Adam nak study dengan mama ".

" OK ".

Diangkutnya buku... nak study perlukan buku kan? Dan ipad. Erk... jangan terkejut. Fenomena biasa untuk anak bujang ini. Baca dua tiga perkataan, mata beralih pada youtube. Ultraman. Cukup 10 perkataan, cerita di youtube makin hebat. Akhirnya, tamat sesi untuk hari ini.

Tak apalah. Walaupun sedikit, nampak progress Adam. Hihihi... dekat school masih proses mengenal ABC.

Dah lama hilang kegilaan ipad ni. Akhirnya kembali aktif =)

Main Susun Manik

Adam tiba-tiba mengorek koleksi lama. Main manik. Beads. Manik la kan?


Mainnya nampak mudah. Memang mudah la untuk budak seusia Adam. Namun, suatu masa dahulu, susah juga. Bukan susah untuk disusun tapi susah untuk fokus. Adam cuba main pada penghujung 2011 tapi akhirnya set ini disimpan sahaja.

Dan sebenarnya, itulah tujuan permainan seperti ini. Membina daya fokus anak. Itulah dia di antara kebaikan mengasah motor halus kanak-kanak.


Usia pun memainkan peranan besar ye. Sekelip mata aja dah siap. Padahal dulu, berkurun juga.


Ini beads untuk beginner. Ada set yang lebih mencabar. Mungkin lain kali Adam akan keluarkan. Hihihi... Nampak beza saiz kan?


Owh... beginner set ini belinya di cosway. Murah dan berbaloi =)


Published with Blogger-droid v2.0.9

Ana Ikan Bakar Petai Bangi



Menjamu selera di Ana Ikan Bakar Petai Bangi. Jauh ooo... 34km dari rumah. Berbaloikah? Perjalanan, masa, makanan? Menukar selera dari restauran yang biasa dikunjungi untuk makan-makan bersama family. 

Review dekat selera4u. Maklumlah, blog ni lama tak berupdate. Kali ni, MA update panjang punya. Sudi-sudikanlah diri menjengah.



Published with Blogger-droid v2.0.9

Kelebihan Melakukan Bedtime Story


Banyak tak buku dalam gambar? Mestilah banyak. Itu rak buku di POPULAR =) Kalau ada buku sebanyak ni, mesti seronok nak buat bedtime story dengan anak kan?

Pernah ke buat bedtime story ni? Sejujurnya, tidak pernah. Tidak pernah ada sesi bedtime story bersama Adam. Kenapa? Banyak alasan - penat. Lagipun takut Adam get excited, terus mata kuyu jadi bulat!

Sesi bercerita kepada anak sangat bagus dibuat. MA buat juga read aloud dan think aloud. Macam sama, cuma tak serupa. Dibuat bila-bila masa teringat, dan tidak menjadi rutin. Huhuhu..

Untuk tahun 2013 ni, MA berhasrat untuk mengadakan bedtime stories dengan Adam. Banyak kelebihan bedtime stories ni. Selain menjadi bonding activity for parents and kids, ada banyak lagi nilai tambah lain :

Kelebihan minda bawah sedar - masa anak nak terlelap ni, macam-macam perkara boleh disimpan ke dalam fikiran mereka. Inilah masa terbaik untuk psiko fikiran anak. Sebaiknya, pilihlah cerita-cerita nabi atau kisah tauladan.

Belajar vocabulary, bahasa yang baru - ada research mengatakan bedtime stories boleh membantu di dalam perkembangan membina kemahiran mendengar, menambah vocabulary, kreativity dan perkembangan kemahiran komunikasi lisan.

Nanti bila MA dah try, MA update ye. Sama ada mata Adam membulat atau tidur selepas selesai sesi bercerita =)


Published with Blogger-droid v2.0.9

Lukisan Budak 5 Tahun


5 tahun? Ye la... Julai nanti. Tak sabar nak celebrate birthday =)

Lukisan? Bukanlah lukisan Adam sebenarnya. Tentulah lukisan mama yang tidak bertauliah. Asyik-asyik lukis kereta kan... Ada rumput dua ketul dan burung tiga ketul. Mentang-mentang la anak lelaki. Kereta. Kereta. Lukisan ni, recycle aje.  Bukan lukis yang baru. Dulu, Adam nak kaler tapi tiada tenaga sebab demam. Sekarang baru dikaler. Adam yang kaler tau!

Kaler di atas, masih belum kemas. Tapi, MA rasa dah cukup cantik dah ni. Banyak la improvement dari dulu kan. Sambil Adam mewarna, bolehlah MA meng iron baju. 

Ingatkan Adam nak kaler penuh satu page. Tapi masih banyak lagi ruang kosong. Next time kena lah kaler penuh satu page. Barulah cantik. Kalau masuk colouring contest, barulah boleh menang. Kan.... kalau penuh mesti nampak cantik :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Anak Suka Makan Sayur

Apakah caranya untuk memujuk anak kecil supaya suka makan sayur? Bukan setakat budak, orang tua pun ada yang tidak gemarkan sayur. Apakah puncanya? Tak sedap? Tak biasa?

Adam tak makan sayur. Sebab musabab mungkin kerana food presentation yang tidak menarik. Nampaknya kena belajar menjadi lebih kreatif di dalam memasak.

Solid food pertama Adam, memang la nestum. Untuk seminggu rasanya. Kerana baru nak ajar Adam makan. Itupun, hasil daripada sample yang didapati dari pasaraya. Kemudian, mama dah start dengan bubur nasi. Bahan utamanya - carrot, kentang, bilis. Juga start dengan buah-buahan lecek.

Review dari pihak nursery semasa Adam berumur 9 bulan adalah, Adam makan semua yang disediakan. Memang di rumah pun, bubur bersayur yang Adam makan. Maksudnya, pada masa itu, sayur adalah sedap =)

Begitu juga dengan review budak empat tahun. Seronok agaknya makan bersama kawan-kawan. Peliknya di rumah, sayur tidak sedap. Mungkin makan sesuap dua untuk mengambil hati mama. Dan... jika makan sayur, habis dicanangkan satu rumah. " Adam eats vegie ".

Nampaknya, mama kena berusaha untuk memperkenalkan sayur kepada Adam sekali lagi. Sayur apa yang Adam suka sekarang? Tiada. Buah? Tiada. Harapan terakhir sebelum Adam membesar sebagai bukan pemakan sayur adalah menjadi kreatif. Masak sayur dengan cara yang lebih kreatif. Owhh.... sup sayur Adam makan jarang-jarang. Sangat jarang.

Tuaian Di Pasar Malam

Entah rancangan apa yang kami tonton. Pengacara ke pasar malam. Adam terkejut. " Malam-malam pun pasar buka? ". " Itu pasar malam ".

Akhirnya semalam bawa Adam ke pasar malam. Excited yang amat. Tidak sengaja sebenarnya. MA hendak bawa Adam berjumpa anti. Nak dinner bersama - Wan ada masak menu best. Terjumpa pasar malam. Pusing kereta mencari parking tiga kali la juga. Semuanya sebab Adam teringin hendak ke pasar malam.

Dan... hasil tuaian di pasar malam adalah : nasi ayam sebungkus, cakoi, cream puff, rangka ayam, chicken wings, drum stick... semuanya rasa nak dibeli. Padahal nak pergi makan ni! MA turut excited. Seronok oooo dapat ke pasar malam =)

Dapat juga benda ini.



Tapi, masakan emak memang tak tertanding la dengan masakan pasar malam.... hihihi... of course la kan. Takde sapa sudi sentuh, MA bawa balik rumah. Menyesal membeli banyak.

Pesanan anti " Belilah lagi ikut nafsu ". Hihihii.

Salam Maulidurrasul


Perbanyakkan selawat ke atas junjungan nabi s.a.w bukan hanya pada hari ini, tapi pada setiap hari.

Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)

Melatih Anak Tidur Awal

Alhamdulillah, sejak bersekolah ( tadika ) ni, Adam tidur awal. Tiada lagi mata panda kerana perlu berjaga sehingga ke pagi. Lega rasanya. Kiranya sekarang, Adam ada waktu tidur yang betul : waktu tidur kanak-kanak.

Mungkin penat di sekolah. Tapi sebenarnya, untuk kemudahan kami sekeluarga, Adam dilatih tidur awal sejak dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula.

Mulanya agak sukar juga. Puas memujuk Adam tidur. Agaknya tidak cukup penat bermain di siang hari. Itu yang mata bulat sahaja hingga ke malam.

Walaupun sukar, cuba juga untuk mewujudkan rutin. 10.30 malam, Adam perlu baring. Setiap malam. Akhirnya, berjaya juga. 10.30 malam terbaring di katil dan 11.00 malam akan tertidur =)

Start jam 10.00 malam sahaja, Adam diingatkan bahawa 10.30 malam dia perlu tidur. Jadi, jika Adam teringin nak main itu dan ini lagi, masih ada masa selama setengah jam. 

Setakat ini, alhamdulillah, jadual ini masih dipatuhi. 

Untuk weekend pula, biasanya tiada reminder untuk Adam. Namun mungkin telah menjadi kebiasaan, jam 11.00 malam Adam akan tidur.

Waktu bangun tidur pula, Adam memang tiada masalah =)


Parenting Quote


Senaman Untuk Anak Yang Obes | Gemuk

Gemuk? Obes? Masalah kegemukan di Malaysia kini bagaikan satu wabak.  Cepat merebak. Sudah terlalu ramai orang yang obes. Obesiti juga turut melanda kanak-kanak.

Bagi orang dewasa, kesan fizikal obes terhadap emosi mungkin tidak seteruk kanak-kanak. Kanak-kanak yang obes berkemungkinan akan mengalami perasaan rendah diri dan pola makan yang tidak sihat. Lebih teruk lagi jika anak itu diejek atau dibuli oleh orang disekeliling.

Jika berdepan dengan kanak-kanak yang obes, jangan memaksa anak itu untuk berjogging atau berlari di khalayak. Kebiasaannya, mereka akan menolak. Bukan kerana tidak mahu kurus, namun adalah sangat memalukan untuk dipaksa bersenam di khalayak ramai.

Ibubapa perlu kreatif menangani masalah ini. Anak obes sangat memerlukan sokongan ibubapa. Mereka terlalu fragile dengan pandangan orang sekeliling. Sebaiknya, carikan aktiviti yang sesuai dengan fizikal mereka. Bawa anak berjalan-jalan. Berjalan juga merupakan satu senaman yang baik tanpa merosakkan ligamen. Ha... jangan berjalan dengan fries dan coke di tangan =)

Bermain bersama anak. Main bersungguh-sungguh di taman. Boleh juga bermain kejar-kejar. Dengan berseronok begini, anak tidak akan perasan yang dia sedang bersenam. 

Trend masakini adalah berbasikal dan bermain skate board. Memang sangat menyeronokkan. Sedar-sedar, selesai 15 minit sesi cardio bersama anak.

Paling best, ajak anak menari bersama. Pasangkan sahaja gangnam style. Pasti terloncat-loncat si anak menari. Untuk manfaat bersama, apa salahnya join sekali =)

Bila Bertukar Tittle


Tengok anak manja sorang ni. Sekarang sudah ada taste. Gambar di atas nampak happy kan? Sebenarnya suhu sedang tinggi. Bawa berjalan untuk dipujuk makan.

Sudah dua-tiga hari menukar title mama.

" Boleh tak nak panggil mama IBU ? Ibu lebih best ".

Ikut suka la anak. Kalau tak nak panggil mama, ibu pun boleh. Lepas ini apa pula? Teringat kisah silam yang melekat sehingga ke hari ini. MA panggil wan sebagai MAK. Anti panggil sebagai MAMA. Memang panggil lain-lain. Masing-masing sudah punya taste sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kepentingan Sukan Terhadap Kanak-Kanak

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Ini sudah cukup membuktikan kepentingan sukan terhadap murid aka anak.

Untuk Adam, apalah sukan yang diceburinya... hihi.. cuma, semasa di nursery, MA enroll kan Adam ke kelas renang. Di tadika pula, taekwando diwajibkan. Jangan ditanya belt colour apa apa pegang, baru sahaja join. Grading pula hanya kepada pelajar 6 tahun =) Tapi, MA memang bercita-cita hendak masukkan Adam ke kelas taekwando suatu hari nanti.

Bukan sekadar mahukan anak sihat tubuh badan atau boleh mempertahankan diri, tapi, lebih lagi.

Berikut adalah kepentingan sukan kepada kanak-kanak :

  1. Membangunkan kekuatan otot
  2. Meluaskan pergaulan
  3. Melatih pemikiran kreatif
  4. Menanam sikap berdisiplin
  5. Membina keyakinan diri

dan untuk budak seperti Adam, yang paling penting adalah mendapatkan tidur yang berkualiti

Tapi, kalau dapat bermain di playground pun, cukup la sebagai satu aktiviti sukan untuk Adam di hujung minggu.

Mendidik Anak Mengenal Tuhan

Bagaimana mendidik anak mengenal tuhan? Agaknya belajar di tadika pasal tuhan, terus balik bertanya macam-macam pasal tuhan.

Kenapa tak boleh nampak tuhan?
Kenapa tuhan yang paling kuat?
Kenapa tuhan buat orang jahat?
Kenapa tuhan wujudkan syaitan?

Syaitan. Memang vocab baru untuk Adam. Maklumlah, hanya terdedah dengan perkataan "hantu" sahaja.

Menerangkan perkara-perkara begini mungkin nampak macam sangat mudah. Apa susahnya? Tapi sebenarnya ia mencabar juga, kerana setiap jawapan yang diberikan diubah menjadi soalan seterusnya.

Walaupun belum mumaiyiz, jika kena pada caranya, rasanya Adam akan faham. Cuma, perkara-perkara akidah macam ni, memang MA kena google ke sana ke mari. Rasanya, jika diminta menjawab soalan exam untuk soalan-soalan di atas, insya Allah ada point yang boleh diberikan. 

Namun, untuk menjawab soalan bertalu-talu dari anak kecil, MA perlu berfikir. Maklumlah, jawapan perlu kreatif dan mudah. Juga firm agar tidak boleh dimanipulasikan oleh ingata kuat seorang budak di lain kali. Ada sesiapa boleh bantu? Idea menarik? Buku yang sesuai?

4D Scan | Kelahiran Yang Ditunggu


Tidak sabar rasanya menunggu kelahiran baby sulung anti ini. Lebih kurang sebulan sahaja lagi.

MA pun teruja juga. Bukan setakat teruja untuk menerima anak buah, teruja melihat scan 4D ini. Maklum sahajalah, zaman Adam dulu, mana ada 4D macam ni. Siap ada video lagi.

Nampak sangat zaman dah berubah. Apa beza 3D scan dan 4D scan? 4D scan adalah 3D scan dalam bentuk imej yang boleh bergerak. Maksudnya, video. So, sekarang, boleh lihat video baby di dalam perut!

Bukan sekadar berseronok, namun seiring dengan perkembangan teknologi, sebarang ketidaknormalan pada bayi boleh dikesan dengan lebih awal. Ini akan membantu bakal ibu bapa untuk memahami apa yang terjadi dan apa yang perlu disediakan setelah anak tersebut dilahirkan. 

Hiihi... macam nak cerita panjang pasal scan 4D ni. Tapi, kita tunggu baby keluar dulu la =)

Adam dah ada plan nak main dengan baby anti ini....

Projek 10 Bloggers Eyriqazz.com


Alhamdulillah. Terpilih untuk entry fear factor ini. MA nak cuba untuk next round pula. 


Published with Blogger-droid v2.0.9

Jogging Untuk Kesihatan


Bermain di taman setelah penat berjogging. Seronok berjogging bersama-sama. Cuma musykil, rasanya si kecil ini bukan berjogging, sebaliknya gembira berlari.

Suasana di taman memang menyeronokkan. Semua yang datang adalah dengan niat yang sama - beriadah. Seronok beriadah sambil menikmati keindahan alam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

10 Tips Mendidik Anak Soleh dan Solehah

Tips ini MA rujuk dari sini. Untuk entry penuh, lihat page asal ye.

  1. Kiriman Al-Fatihah
    • Apabila teringatkan anak, bacalah Al-Fatihah. Hajatkan perkara yang baik ketika " iyakanakbudu waiyakanastain ".
  2. Bercakap dengan anak ketika anak tidur
    • Pandang wajah anak dan bercakaplah. Doakan perkara baik agar rohnya mendengar.
  3. Solat hajat
    • Solat hajat di bilik anak. Supaya sentiasa dekat dengan anak
  4. Minta dikasihani
  5. Peluk anak selalu
  6. Sentiasa memaafkan anak
  7. Jaga tutur kata - kerana setiap kata adalah doa
  8. Doa untuk anak
    • Baca ayat 40 Surah Ibrahim supaya keturunan tetap mengerjakan solat
  9. Sentiasa mengingatkan anak agar menjadi anak soleh
  10. Niat yang baik untuk anak
    • Niatkan begini semasa membasuh beras
      • " Allah lembutkan hati anak ..... untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi "
    • basuh beras lawan jam sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Pesanan Dari Seorang Cikgu


Sejak mula bersekolah ni, ada sahaja pesanan yang sampai. Pesanan seorang guru kepada anak murid. Haa... pandai-pandai lah sampaikan kepada ibubapa. Kalau pesanan tidak sampai, rugi lah sendiri :)

Di nursery dulu, pesanan sampai dalam dua cara : pesanan mulut yang disampaikan oleh Adam dan juga memo ringkas yang ditulis oleh teacher. Di tadika pula, tiada lagi memo-memo. No more. Pesanan mulut oleh Adam. Haaa... dengar baik-baik tau apa cikgu nak pesan.

Selalunya pesanan biasa-biasa sahaja yang sampai : 

" Esok bawa baju untuk swimming ". 

" Esok ada taekwando ".

Biasa-biasa sahaja kan pesanannya. Tiba-tiba..

" Mama, ada homework ".

Errrr... awal tahun dah ada homework? Sepanjang tahun lepas, ada la 3 kali mendapat homework. Kalau awal tahun sudah berhomework, maksudnya... banyaklah kan homework nak kena buat ni. 

" Teacher pesan, cakap dengan mama dan papa, ajarlah anak-anak ABC dekat rumah ".

" Ajar ABC? Kan dah pandai. Cakap la dekat teacher, saya dah pandai ABC. Kita baca buku lain ".

" Mama mana ada ajar Adam baca book ABC ".

Erkkk... so, sambil driving, MA minta Adam nyanyi lagu ABC. Baca la plat nombor kereta. Haaa... kan pandai! Sapa ajar?

Tiba-tiba, " Adam lupa la nak cakap yang Adam dah pandai ABC ".

Adoi la anak omak.... baru ajo omak update Adam dah sampai buku 4 Bacalah Anakku. Janganlah kato lom belajo ABC =)


Cuti Sempena Anak Masuk Ke Sekolah Baru



Lama juga hutang ini. Untuk Adam masuk tadika, MA tidak ambil cuti. Cukup la sekadar meneman Adam sekejap sebelum bergegas ke opis. Maklum sahajalah, tadika kan. Makan minum telah terjamin dan disediakan. Tidak perlu bergerak ke sana-sini. Tidak perlu ke kantin. Habis sekolah juga, hanya tunggu di tempat yang sama sementara MA datang ambil.

Tapi, semasa Adam masuk ke darjah 1, insya Allah MA akan ambil cuti. Tidak pasti sama ada cukup sehari dua, atau kena ambil lebih.

Selain suasana yang tentunya jauh berbeza, anak perlu diajar cara membeli makanan di kantin. Nak ditunjukkan toilet, di mana transitnya, kenderaan yang dinaiki untuk ke tempat transit. Semua itu perlu dilatih untuk membiasakan diri.

Adam juga mungkin akan takut di sekolah baru. Ye la, kawan pun belum dapat. Kalau boleh dicarikan kawan ok juga. Tapi, sekarang ni, bukankah sekolah sudah ada orientasi? MA harap tiada aral untuk Adam mengikuti sesi orientasi di sekolahnya nanti.

Sekolah…. Hurmm.. tahun inilah patutnya Adam didaftarkan. Entah sekolah mana la nak masuk ni…



Lagu Kanak-Kanak : Mari Bersolat

Jumpa lagu ni semasa menyelongkar Youtube mencari bacaan dalam solat - tahiyat awal & akhir di dalam bentuk animasi. Kartun-kartun ni, insya Allah budak suka. 


Boleh la untuk nyanyian anak-anak. 

Bacalah Anakku : Buku Ke-empat


Bacalah Anakku, buku ke-empat. Alhamdulillah, walaupun samar-samar, Adam berjaya menjejakkan kaki ke buku ke-empat setelah sekian lama. Lama juga masa yang diambil untuk memulakan buku ke-empat ini setelah berjaya menghabiskan buku ketiga.

Walaupun kadang-kala teragak-agak untuk menyebutkan sesuatu perkataan, namun terasa sangat ceria. 


Muka surat ini memang mudah. Adam berjaya menyebut semua sekali dengan mudah. Maklum sahajalah, pengulangan perkataan yang banyak di dalam buku Bacalah Anakku dari buku pertama - buku ketiga.


Juga muka surat seterusnya. Happy! Kerana Adam baca tanpa guide. Maksudnya, walaupun tanpa penilaian seperti yang dicadangkan di bawah, parents masih boleh proceed ke buku seterusnya. Yang lain, insya Allah boleh di groom oleh pihak tadika :)


Untuk buku ke-empat ini, Adam komen tulisannya agak kecil. Ye la, buku ke-empat. Semakin besar, semakin kecillah tulisannya :)

Uniform Sekolah Tadika Adam


Bertambah baju untuk digosok. Baju uniform Adam. Warna memang striking la.... so, kalau maintain di sekolah sama pada tahun depan, warna tak luntur sangat kot. Hahaha....

Uniform tadika ni, hanya baju dan seluar. Alhamdulillah, seluar panjang. Kasut tidak disediakan. Jadi, terpulang lah nak pakai kasut atau sandal.

Beg disediakan, namun, untuk keseronokan dan keceriaan Adam, MA tidak beli yang tadika jual. So, dapatlah bergaya dengan beg yang cantik dan murah ini. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jika MC Boleh Skip Sekolah

Conversation ringkas di hari minggu.

" Cha Cha dah lama tak pergi school ". Intonasi ceria bercerita tentang kawan.

" Demam kot ".

" Owhhh.... Adam demam. Jom jumpa doktor ". Suara mula kendur konon-konon sakit.

" OK. Tapi, nanti doktor cucuk ".

" Kat bont**? Boleh. Sakit sikit aje. Lepas tu kita pergi jalan-jalan ".

" Doktor cucuk kat tangan la. Pastu, kalau sakit, kena duduk kat hospital ".

" Ala.... cucuk la bont**. Tak nak duduk hospital. Nak jalan-jalan ". Hahaha... ini kes fobia kena tahan seminggu di wad.

Pandainya teringin nak CUTI sekolah. Ini anak Gen-Z. Advanced. Walau masih kecil, pertuturan macam orang tua. Pemikiran pula kreatif. Rajin berimaginasi. Hingga kadang-kadang tidak terjangkau dek pemikiran orang dewasa.
Gen-Z juga tidak takut berjumpa doktor. Jumpa doktor seumpama berjumpa kawan baik. Tidak perlu meraung-raung hingga terpaksa diheret ke klinik. Akal pemikiran telah menerima hakikat doktor menyembuhkan penyakit, bukan menambahkan penyakit. Tapi, kalau tidak sakit, tak perlulah kita pergi melawat doktor =)

Fesyen Rambut Terkini


Fesyen rambut terkini 2013. Tahun 2013 ini dimulakan dengan fesyen rambut pacak. Kalau sebelum ini, lawatan ke tukang gunting untuk fesyen rambut ala Korea, kali ini Adam request untuk fesyen rambut pacak.  Tidak pernah pula minta rambut botak :) Asalkan pendek dan kemas, pilihlah apa fesyen rambut sekali pun. Asal jangan pilih fesyen rambut punk sudah. Sakit juga mata memandang.

Masuk sekolah rendah, dilarang berfesyen rambut kan? Rambut yang sama, boleh saja disikat ke tepi =)

Pacakkan hampir nak jatuh... rambut tidak diminyakkan :) Ada pacakan yang lebih proper - rambut diminyakkan. Tapi, tak sempat nak snap gambar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Mengajar Anak Bacaan Dalam Solat

Adam belajar solat di tadika. Walaupun secara kasarnya, sedikit surah-surah ringkas dan bacaan doa selepas solat telah Adam hafaz semasa di nursery, genap 7 hari di tadika telah ada satu perubahan besar yang sangat positif. Walaupun terdapat sedikit drama di pagi hari, berdating berdua setiap pagi, Adam semakin menyesuaikan dirinya.

Jika solat berjemaah, Adam dipesan untuk mengikut apa yang papa imam buat. Bacaan Adam pun, sama naik seperti imam. Seolah-olah dia lah imam muda. Hihii...

Yang mengejutkan kami adalah pada Jumaat 11 Jan 2013, Adam dapat membaca hampir kesemua bacaan dalam solat. Agak terkejut kerana Adam mampu mengingat semua sekali - doa Iftitah, bacaan rukuk, sujud, bacaan antara dua sujud, tahiyat awal dan akhir. Bacaannya masih banyak yang perlu diperbetulkan. Ada juga perkataan yang tertinggal, namun ia adalah satu perkembangan yang sangat positif. 

Ketegasan ustazah mengajar yang telah membuat MA tertarik menghantar Adam ke sini ternyata telah membuahkan hasil. Tak sangka dengan secepat ini. Baru hari ke tujuh. WOW. Terima kasih ustazah. Insya Allah lepas ini, banyak lagi yang Adam boleh belajar :)

Kebaikan Dan Keburukan Memuji Anak

Puji-pujian kepada anak baik untuk membentuk keyakinan diri. Namun begitu, ibubapa perlu meneliti bentuk pujian yang diberikan. Bukan kedekut dengan pujian yang tidak memerlukan modal, tapi, cara pujian itu diberi perlu dikaji.

Anak yang sering dipuji akan takut kepada kegagalan. Maklumlah, sentiasa di puji sebagai cerdik dan pandai. Jika gagal, mestilah takut digelarkan bodoh pula.

Di sinilah pentingnya cara memuji. Anak perlu dipuji untuk membangkitkan keyakinan diri. Namun, jika pujian tidak berpijak di bumi yang nyata, ia akan memberikan kesan sebaliknya.

Contoh mudah : apabila anak pandai membaca. Jangan dipuji bahawa anak itu memang lahirnya sudah bijak pandai. Sebaliknya, ingatkan dia bahawa dulu dia tidak pandai membaca. Namun disebabkan gigihnya dia berusaha, maka sekarang dia telah pandai membaca. Dengan itu, anak akan sedar bahawa usaha kerasnya yang telah membuatkan dia pandai.

Jika anak menyertai pertandingan, semestinya kecewa jika mengalami kekalahan. Namun, peranan ibubapa untuk mengingatkan anak kenapa dia kalah. Usahanya masih belum kuat. Ataupun, peserta lain berusaha dengan lebih kuat. Dengan itu, kita dapat salurkan tenaga kekecewaan anak kepada sesuatu yang lebih positif. Berikan galakkan kepada anak untuk terus berusaha.

Bayangkan manisnya kejayaan jika dapat dikecap setelah berusaha tanpa mengenal erti jemu. Sentiasalah memuji anak di atas segala effort yang telah dilakukan. Sentiasa kaitkan usaha dengan kejayaan agar anak sentiasa bersemangat menghadapi cabaran.

Semoga puji-pujian yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada anak.

Keseronokan Anak Bermain Di Berjaya Times Square




Sama macam di Pertosains KLCC. Seronok Adam melompat-lompat dan berlari di atas cecair ni. Apa ye namanya? Location : Berjaya Times Square di bawah tangga piano atau The Grand Musical Staircase.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Roti Sosej Sedap



Adam membantu membuat roti. Roti sosej. Roti buatan sendiri, semangat la makan. Hasil titik peluh sendiri tentulah lebih manis dan sedap.

Sembilan biji roti tu, kami bawa balik untuk di makan. Owhhh... Adam membantu menabur bijan di atas roti sosej. Sedap sangat roti sosej yang anti buat ni :)

Masaknya hari-hari. Tapi, blog tak ber update. Hihihi... anti sedang sarat membawa perut.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Cara Wardina Mengajar Anak Untuk Solat 5 Waktu

Article ini datangnya dari ohislam yang diambil dari fb Wardina. MA kagum juga dengan Wardina. Selebriti yang telah berubah arah kepada lebih baik. MA kongsikan ini dahulu. Sebenarnya, kemudian baru nak share pasal Adam :)

Sakit mata tak baca kalau MA highlight macam kat bawah ni? Entry copy paste ni. MA saja highlight sbb it's unedited version. Penanda la konon :)

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Waktu Tidur Kanak-Kanak

Anak-anak kebiasaannya mempunyai tenaga yang banyak. Terlalu banyak tenaga yang wujud sehingga semua waktu perlu dihabiskan dengan bermain. Apabila asyik bermain, waktu tidur juga akan jadi tidak menentu. Sedangkan waktu tidur yang berkualiti adalah penting untuk si kecil mengembalikan semula tenaga yang telah digunakan seharian. 

Di awal kemunculan blog ini, dinyatakan Adam terlalu kurang tidur. Refer di entry lama ini. Sehingga kami membawa video aktiviti seharian Adam semasa bayi kepada pakar kanak-kanak untuk bertanya. Jawapan doktor adalah mudah : terlalu banyak permainan untuk Adam. Oleh itu, Adam merasakan rugi untuk tidur.

Semakin Adam membesar, kami menyedari kesalahan menidurkan Adam di depan tv. Akibatnya, sehingga ke pagi mata Adam aktif melayan astro yang memang tidak akan habis 24 jam.

Setelah bertahun dengan rutin yang sama, akhirnya Adam telah mempunyai rutin tidur yang sama. Walaupun masih agak lambat, namun MA merasakan yang waktu tidur ini bersesuaian. Cukup masa untuk Adam bermain bersama keluarga di malam hari.

Tips dari seorang kawan memang membantu MA untuk mendapatkan rehat yang mencukupi bagi Adam. Pengurusan waktu tidur yang cukup sememangnya membantu untuk menghadapi hari esok.

Bangun tidur dengan ceria dan jangan lupakan doa bangun tidur. Insya Allah hari esok boleh dihadapi dengan gembira jika tidak di ganggu oleh mimpi-mimpi yang ngeri.

Sekarang, Adam tidur dengan cara yang terakhir sama seperti papa mifz ini.


Jadual Persekolahan 2013



Jadual waktu persekolahan 2013 untuk anak berumur 5 tahun telah selamat diterima. Untuk hari ini, maknanya genap 7 hari Adam di tadika baru. Semakin menyesuaikan dirinya walau sesekali ada juga drama yang perlu ditangani.

Setiap hari menjadi semakin ceria. Telah ramai kawan untuk bermain bersama. Juga telah mempunyai guru yang dia suka. Bersedialah cikgu. Adam suka share bekal dengan cikgu dan kawan-kawan. Dulu, untuk favourite teacher, memang sesekali ada kiriman untuk teacher. Hahaha.

Minggu lepas, Adam menunjukkan aktiviti di sekolahnya. Line tracing. Line tracing ini adalah untuk membangunkan motor halus anak-anak. Juga aktiviti mengenal ABC. 

Setakat ini, Adam paling suka circle time, selain water play dan teakwando - guru bercerita. Memang la budak-budak suka jika kita bacakan buku kepada mereka :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Mengajar Anak Solat | Bersembahyang


Mengajar anak solat atau bersembahyang bukanlah perkara mudah. Sekadar anak mengikut tertonggeng di belakang memanglah mudah. Tapi, untuk mengajar bacaan-bacaan agak susah juga.

Alhamdulillah, selain tertonggeng-tonggeng di rumah, Adam sebenarnya telah mula belajar sembahyang semasa di nursery. Alhamdulillah, sembahyang diajar oleh teacher yang sangat berdedikasi.

Untuk rekod, hafalan surah-surah ringkas yang Adam lakukan adalah hasil tunjuk ajar di nursery. Begitu juga dengan wuduk dan doa selepas sembahyang. Walaupun bacaannya ada yang terkurang di sana-sini, namun MA bersyukur kerana Adam telah menghafal doa-doa ringkas.

Di tadika baru, anak-anak juga diajar bersembahyang. Bacaan-bacaan di dalam solat, masih banyak yang Adam tidak tahu. Anak-anak di ajar solat dengan bacaan yang kuat supaya bacaan anak-anak dapat diperbetulkan. Ini MA saksikan semasa orientasi tadika Adam. Ustazahnya tegas ketika mengajar. 


Kelebihan di tadika baru ini adalah ketegasan ustazah mengajar. MA suka. Ketegasan dan bukan kegarangan. Rasanya Adam akan boleh mengaji atau bersembahyang dengan tajwid dan bacaan yang betul. Insya Allah. 

Tangga Piano @ The Grand Musical Staircase

The Grand Musical Staircase atau tangga piano di Berjaya Times Square. Tangga yang menelan kos belanja RM1.5 juta ini adalah tangga pertama seumpamanya di Malaysia.

Cantik tangga ini. Rupanya menyerupai bentuk kekunci piano klasik yang sebenar, tapi di dalam bentuk yang besar. 

Seronok rasanya apabila setiap langkah kaki memijak tangga ini diiringi dengan alunan nod-nod piano. Terasa merdu di pendengaran. Objektif pembinaannya adalah untuk mengurangkan kesesakan di escalator. Walau apa pun tujuannya, yang pasti, The Grand Musical Staircase ini memang merupakan tarikan baru di Berjaya Times Square.

Adam berlarian di The Grand Musical Staircase. Naik dan turun tangga berkali-kali. Excited. Sensor yang dipasang pada setiap anak tangga akan mengaktifkan bunyi nod-nod piano sebenar. 


Teruja. Adam mendaki anak tangga semasa sampai dan apabila balik ke rumah.


Ting ting tong tong.

My Happy Kid


Alhamdulillah. Di hari ke empat bersekolah, Adam dihantar dengan ceria dan lebih ceria apabila diambil. Lega. Sudah happy gamaknya. Stress yang melanda sudah berkurangan.

Sebenarnya, ada insiden yang berlaku. Bila di tanya kepada Adam, sebenarnya bukanlah faktor tiada kawan yang membuatkan Adam tidak seronok di sekolah. MA pun pelik juga, kerana kebiasaannya, Adam memang pandai berkawan. Tidak kisah berkongsi etc. Tapi, Adam kata " Teacher kat sini semua garang-garang ". Hihihih...

Apabila ditanyakan kepada teacher, jawapannya " Ya. Kami hilang kawalan kerana ramai teacher yang masih bercuti. Jadi terpaksa menjerit-jerit untuk mengawal budak ". Memang bukan Adam yang dijeritkan. Tapi, Adam fobia. Takut apabila mendengar techer menjerit-jerit.

MA terangkan yang Adam tidak biasa dimarah. Jadi, Adam perlu dipujuk. 


" Ustazah suruh budak-budak balik rumah ye bila ada budak menangis? ".

" Saya terpaksa takutkan mereka ".

Hahaha... ayat yang Adam ceritakan lain. Maklumlah, Adam cerita details kan pasal aktiviti harian. Mula-mulanya, MA buat tak peduli, namun, bila setiap hari di marah begitu, rasanya MA perlu tegur.

Bukannya MA nk spoil kan Adam, tapi, Adam selalu mendengar kata. Teguran secara baik boleh didengar. Adam lebih kepada sebab dan akibat. Kenapa sesuatu benda tidak boleh dilakukan, dan apa akibat jika dilakukan juga. Ini perlu diterangkan kepada Adam

Semasa mengambil Adam, Adam happy. " Seronok mama. Ustazah dah ok dah. Dia tak marah-marah lagi ". Erk... betul-betul di depan ustazahnya. Budak, sememangnya orang yang paling ikhlas apabila berkata-kata. Hihihi...

" Boleh kawal budak hari ni? "

" Boleh. Cikgu pun dah ramai ".
Teacher lebih tahu akan kerjanya. Namun, pada pendapat MA, hari-hari awal ini adalah hari untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Anak-anak masih takut kepada persekitaran baru. Untuk dimarah-marah tu, perlu simpan di masa hadapan. Beri peluang kepada anak-anak untuk mengenali satu sama lain dahulu. Beri la peluang seminggu dua.  
Alhamdulillah. Adam berjaya di tackle. Owh.... di lain entry MA akan ceritakan kenapa kegarangan teacher mengajar yang berjaya menambat hati MA menghantar Adam ke sini.