Mana Adam

*recycle gambar lama je =p

Saudara mara terkejut melihat Aleesya yang 'besar'. Sebenarnya, tak ada la besar mana berbanding abang Adam dulu. Jangan tak percaya, Adam dulu, laaaagi besar. Hihihi. Tak sangka sekarang kurus keding kan. Itu penangan susu ibu kot =p Dulu bam-bam akhirnya mengurus.

Ada yang bertanya, " Mana Adam? ".

" Laaa... tu Adam ".

" Eh... kurus je. Ingatkan gemuk ".

Laaaa.... dia cari budak gemuk rupa-rupanya. Gemuk masa baby. Sekarang, Adam kurus je.


Mengumpul Lemak

Kami berempat masih di kampung. Kerjanya makan tidur, makan, tidur lagi. Memang misi mengumpulkan lemak. Itu untuk mak bapak. Untuk anak, mungkin misi menguruskan badan. 

Bila berkumpul ramai, kalori yang dibakar jauh melebihi pengambilan makanan. Bangun pagi-pagi terus main sampai tengah malam. Berkali tukar baju pun, tetap basah dan busuk dengan peluh. Seronok gamaknya bila ramai kawan. 

Aishhhh... itu budak-budak. Untuk mak budak ni, kalau berat badan tak naik pun, dah kira untung. Makan memang tak bersekat langsung. Macam magic, teringin nak makan, muncul depan mata.

Mimpi yang buang 8kg? Masih on! Tapi belum start lagi. Nak start bila naik kerja nanti - huhuhuhu. Positif! 8kg boleh turun!

Majlis Belah Mulut Atau Bertahnik


Majlis bertahnik ringkas dengan bacaan doa oleh imam masjid. Semoga adik akan selamat dunia dan akhirat.

Cinta Hati


Weeee.... dua orang cinta hati. Sepasang. Yang abangnya kurus meninggi, yang adiknya membulat.

Haaa.... yang abangnya pun dulu bulat yang at. Ramai juga saudara-mara yang terkejut dengan kekurusan Adam. Kecil-kecil, terkejut tengok Adam bam-bam yang amat. Start lasak, Adam mula mengurus. 

Lama tak cerita pasal Hanif. Hanif yang sangat bam-bam pun, dah mula mengurus! Diet kah Hanif? Hanif sudah pandai meniti-niti, berdiri dan melepaskan pegangan. Akibatnya, jatuh terduduk. Bila tengok Hanif kurus,  terasa sangat kelainannya. Dulu, nak dukung pun berat la yang amat. Sekarang, tak de la berat macam dulu. Senang? Tak la senang. Bila anak dah lasak, susah la nak dipegang. Cabaran lain pula untuk anti. Yang penting, tiga bersaudara ni berada di dalam keadaan sihat walafiat!

Abang Yang Manja


Abang yang sorang ni, memang ligat otaknya. Pantang hari minggu memang telah bersusun dalam kepala nak ke mana. Ada sahaja tempat nak dituju. Pelbagai juga menu di dalam kepala.

Syukur Alhamdulillah, Adam dikurniakan kesihatan yang baik. Tahun 2013, boleh dikatakan kesihatan Adam amat baik.  Syukur.

Dalam keterujaan mendapatkan adik untuk bermain bersama, nampak sangat kegembiraan Adam menyambut kelahiran adiknya. Sesekali anak merajuk dan merasa tergugat dengan kehadiran ahli baru adalah perkara biasa. Nasib baiklah segala rasa ketidakpuasan hati diutarakan. Dapatlah kami berusaha memperbaiki diri dan membendung perasaan tersebut. Yang penting, sayang kepada adik, tidak mengurangkan kasih-sayang kepada Adam. Walaupun perhatian nampaknya lebih kepada si kecil, nampaknya Adam juga suka melibatkan dirinya. Memang nampak, Adam sedang berusaha mengambil perhatian. Bukan dengan rajuk berpanjangan - tapi dengan menawarkan khidmat bantuan. Suka menolong. Insya allah, cara Adam memang berkesan.

Perkembangan Aleesya - 3 Bulan


Yeay!  Si bam-bam mama genap 3 bulan hari ni. Uishhhh... pejam celik dah 3 bulan! Cepat sungguh masa berlalu. Tahun baru nak menjelma, owhhhh.... dah nak kena masuk kerja. Nak tambah cuti lagi... belum mampu la pulak =)

Usia 3 bulan.... apa ye Aleesya dah pandai buat? 

Lebih kurang 2 bulan kot. Tapi, lebih elok la kan. Buih-buih kat mulut tak buat dah. Bosan kot. Hihihi. Mengagah makin kuat. Suka sangat tengok luar kalau keluar. Tak de nya nak tidur sangat. Mata tengah syok explore sini-sana.

Sekarang ni, bila tidur ke, baring ke, kejap aja posisi kepala di atas bantal. Dalam beberapa minit, kepala dah beralih. Aktif bergerak-gerak ni. Ada sekali tu, masa tidur malam. Tetiba dengar Aleesya menangis. Rupanya, laju mengayuh, kaki dah sentuh kepala katil. Rajin exercise ni!

Pegang barang, belum boleh lagi. Takat tarik rambut mama, boleh la. Itu pun, baru sekali. Bukan la tarik, pegang. Pegang napkin, boleh la. Bagi mainan untuk pegang, belum pandai lagi. Hahaha... mama dia baru je bukak sarung tangan ni haaaa...

Owhhh. Aleesya dah pandai jelir lidah!

Meniarap belum boleh lagi. Seronoknya update perkembangan baby =)

Berat sekarang : 6.3kg

Usaha Memberi Adam Makan Omega Guard Shaklee Yang Awesome

Cerita pasal omega guard shaklee aka minyak ikan. Ketulenan melebih 90%. Ye, nak beli supplement, baca dulu kandungannya.

MA pernah cerita di sini, Adam tidak boleh makan omega guard shaklee ni. Mula-mula, bagi sebiji. Gagal ditelan. Sebab tak boleh telan, MA pecahkan kapsul tu. Masukkan ke dalam air milo. Hihihi... bila dipecahkan, tentulah ada sedikit bau. Reject terus air milo mama.

Owhhh... kerana MA bercuti panjang, Adam pun nak ikut bercuti. Duduk rumah sahaja. Tapi, tiga kali juga minggu ini terpaksa ke tadika. Untuk belajar?  Tak... cuti sekolah tak belajar. Hanya day care.

Tapi, Adam pergi kejap sahaja. Tak sampai setengah jam pun. Teman mama COD omega guard kepada ibu-ibu yang nak beli omega guard. Sorang-sorang borong 2 botol terus. Sebab ada promotion kan.

Sambil-sambil tu, bila Adam tanya kenapa pergi ke school dia, MA ceritalah siapa yang beli. Budak kan suka bersaing. Bila tau kawan-kawan makan omega untuk jadi pandai, Adam pun teruja juga. Terus minta nak makan omega juga. Haaaa... macam tu la! Tak kan mama jual untuk anak orang je pandai,  anak sendiri tak nak makan. Hihihi.

Ramai rupanya parents yang bagi anak makan omega guard ni. Selain untuk cerdik pandai, bagus juga untuk anak yang ada asthma,  eczema. 

So Adam, cuba telan ok!

Nyanyi Lagu ABC


Telatah abang melayan adik. Asyik-asyik layan movie abang aje. Tetiba abang tunjuk adik clip ABC. 

Yang adik kan dah pandai mengagah. Wahhhh.... bising sungguh suaranya. Slow tapi nyaring. Sesekali excited lebih, haaaa... kuat juga suara adik ye!

Tak ada lah adik diletakkan depan ipad gitu aje. Ada abang dan mama untuk sama-sama menyanyi lagu pilihan abang. Bila nyanyi sambil buat mimik muka, tepuk-tepuk tangan, haaaa... suara adik pun makin kuat. Kaki tangan semua menggapai-gapai di udara. Muka adik, memang muka excited la.

Lebih seronok sebab ada background music kot.

Di Penghujung Hari


Ketika abang dan kakak 6 tahun sedang bernasyid dan bergambar, sekumpulan budak 5 tahun duduk di satu sudut di lantai - buat hal sendiri. Seorang budak mengeluarkan ipad dan bermain bersama rakan-rakan. Mood masing-masing yang tadinya keletihan kerana seharian di aini bertukar energetic semula. Seolah-olah telah di cas baterinya! 

Nasib baik mereka main dengan senyap. Haruslah gambar diambilkan. Moment childhood macam ni akan menjadi satu kenangan yang sangat indah apabila dewasa kelak =)

Adam Demam


Abang Adam demam. Sebelum concert tadika lagi dah menampakkan tanda - mata bertahi. Tanda panas dalam. Jadinya, suruh Adam minum banyak air. Vitamin C pun ambil daily. Nasib la Adam nak minum air masak.

Risau! Dulu Adam kerap sangat demam. Bila demam, suhu sangat tinggi. Mesti atas 39°C. Ngeri. Dah la panas, lama pulak tu. 

Sebenarnya, dah lama Adam tak demam. Berbulan-bulan. Kalau dulu, tiap bulan demam. Huhuhu. Syukur Alhamdulillah =)

Sesekali, selsema menjengah juga. Apa lagi, daily dosage chewable vita C tu, makan 2 biji - sebiji siang dan sebiji malam. Nak kuatkan imunisasi Adam la kan. Selain berdoa jangan la Adam demam, apa lagi boleh dibuat? Banyakkan minum air dan makan vitamin yang MA buat.

Lepas concert tadika, demam. Nasib baik la lepas concert. Kalau tak, kesian Adam tak dapat join. Demam kali ini berbeza. Memang panas, tapi dua hari dah baik. Lega... kebiasaanya, Adam kalau demam mesti 5-6 hari. Anak orang lain mungkin jarang demam, Adam selalu demam. Kasihan kecik-kecik dah disumbat pelbagai antibiotik. Ilmu kurang kan. Dulu tak tau beza antara vitamin semulajadi dengan sintetik. Beli saja. Tak tau pula kepentingan supplement untuk anak-anak yang senang jatuh sakit. 

Dulu, doktor siap buat blood test kat Adam. Ke test apa ye? Lupa. Tujuannya untuk tengok kadar antibodi dalam badan Adam. Sebab kerap sangat demam. Sebulan sampai 2 kali - setiap bulan. Bayangkan kalau sebulan ada 4 minggu - 2 minggu sihat, 2 minggu demam. Hati siapa tak sebak. Tapi, result doktor - Adam sihat,  normal. Alhamdulillah. 

Start dari situ la... MA bagi supplement kepada Adam. Memula bagi scott emulsion - tiada perubahan. Bagi Appeton - masih sama. Tukar kepada blackmores - yeay! Kurang demam. Add on madu - semakin jarang demam. Sekarang, untuk vitamin, hanya chewable vita c 100mg shaklee. Masih berpuas hati dengan jenama famous amos ni =)

Kenapa tukar brand? Sebab ianya adalah vitamin semulajadi. Takkan mak dah bertukar makan vitamin semulajadi,  anak masih yang sintetik... semua beralih arah la. Bertukar kepada yang lebih baik, insya Allah. 

Minyak Ikan Terbaik Untuk Anak


Kalau ikut blog ni dari awal, memang MA ada beri supplement kepada Adam. Bukan sejak join Shaklee tau. Dari awal lagi. Sejak Adam berumur setahun. Macam-macam la Adam makan - multivitamin Blackmore,  vitamin c appeton, madu asli, Scott emulsion.  Kenapa? Semuanya kerana kepentingan supplement kepada anak.

Maklum sahajalah kan, dengan Adam yang dulunya picky eater, memang kena kasi supplement la! Dah la Adam sering demam. Jadi, dengan pemberian supplement tu, walaupun masih demam-demam, tapi dah banyak berkurang. Dulu setiap bulan spare RM200 untuk ubat Adam. Sejak amalkan supplement, jarang-jarang sakit.

Sejak mengenali Shaklee, Adam makan chewable vitamin C. Banyak perubahannya. Lebih serasi berbanding lain-lain vitamin yang pernah Adam makan. Omega guard ( minyak ikan shaklee ) pula, MA dalam usaha untuk memberinya kepada Adam. Dah tahu kebaikan vitamin semulajadi kan, jadi kenapa nak bagi yang sintetik kepada anak.

Kenapa MA nak bertukar dari Scott emulsion kepada omega guard? Pastinya sebab khasiat minyak ikan yang lebih tulen! Jom baca jap =)

Setiap sel badan kita mengandungi asid lemak omega 3. Otak manusia juga sebahagian besarnya terdiri daripada asid lemak ini. Bermaksud, omega 3 ni penting untuk kesihatan anak sejak lahir. Buktinya, susu baby sekarang ni semuanya ada sekurang - kurangnya DHA. Malah, janin yang dibekalkan cukup omega 3 akan mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding dengan yang tidak mendapat omega 3 secukupnya. Dah la Adam tak minum susu... sesekali sahaja!

Kebanyakan kanak-kanak tidak mendapat asid lemak omega 3 dengan mencukupi. Mungkin la rosak masa proses, masak etc. Ataupun picky eater macam Adam. Jadi, ianya perlu diperolehi dari sumber lain - supplement.

Macam mana nak tau supplement  minyak ikan mana yang terbaik untuk anak kita? Lagi tulen lagi bagus.

Jadi, jom la bagi omega guard kepada anak kita. Kenapa? Sebab ia sumber omega 3 yang paling tulen.

Tengok jadual di bawah. Dalam setiap 1000mg omega guard, ia mempunyai lebih DHA dan EPA. Bermaksud ia lebih tulen berbanding brand lain. Minyak ikan yang tidak tulen selain kurang bermanfaat, dikhuatiri mengandungi toksin jika diekstrak dari hati ikan. Ishhh... dari nak anak sihat, bijak lain pula jadi nya. 

Omega guard shaklee pula adalah diekstrak dari ikan laut dalam - kurang pencemaran, dan lebih selamat.

Owhhh... bulan ni ada promo tau!
♡ buy 6 free 1
♡ free membership
♡ cash bonus bulan depannya

Kalau tak nak beli 6 pun tak apa.... nak 2? 3? Pm aje. Harga mampu milik. Rugi tak beli time promo. Jimat banyak!

Baca tak? Banyak kan khasiatnya. Insya Allah, Adam akan dapat juga khasiat omega guard ni. Aleesya,  insya allah dapat sebab MA consume omega guard setiap hari =)

Tidur Menyenget


Inilah posisi favorite Aleesya. Tidur kepala menyenget. Kalau tak senget ke kiri, dia senget ke kanan. Puas la betulkan kedudukan kepala tu.

Time jalan-jalan dekat mall ni, lagi ligat la berpusing. Dekat nak krismas pulak tu. Cantik sangat la kan dengan gantungan lampu-lampu, snow flakes dan santa. Puas la Aleesya menengok.

Tak nak tidur dia jalan-jalan. Paling best tidur dalam kereta. Berpeluk rapat kan! Time jalan-jalan ni, nampak macam-macam. Kat rumah nampak kipas dan aircond. Tu je la. Tak ada liplap-liplap. Dalam gambar tu, baru nak terpejam mata. Zzzz. 


Bila Aleesya menyenget macam tu, cuba teka mana abang dia? Haaaa... tentulah berdepan dengan si adik. Macam biasa, sibuk bercerita pada adik kesayangan dia =)

Jom Menambah-Nambah


Lamanya tak membuat latihan matematik. Jom berlatih. Lama-lama nanti takut berkarat. Walaupun buatnya sekali sekala je semenjak setahun ni ( setahun??? ), kena juga jenguk walaupun sipi-sipi. Sayang kalau kita dah start awal tapi tak tamatkan sampai hujung.

Kali ini,  kira guna stick. Batang aiskrim. Fuhhh... lega. Tak membazir. MA beli batang aiskrim ni untuk buat aktiviti kraf dengan Adam. Masa mengandung konon takde mood, sekarang pula tengah busy dengan adik yang suka menempek. Hihihi - create la banyak-banyak alasan :p

Kadan-kadang, sehari boleh buat satu muka surat. Kadang-kadang,  sehari hanya mampu siapkan satu soalan. Syukur lah. Berbanding berbulan-bulan satu soalab pun tidak dibuat. Aha!


Sementara abang sibuk mengira sambil mengintai tv, ada lah seorang yang tengah syok goyang kaki. Adik teman abang study di dalam mimpi =)

Gelagat Yang Besar Dan Yang Kecil


Adam super duper sensitif! Baru dua - tiga hari, tapi rasanya ini petanda bahaya. Kami di rumah memang tak perlu marahkan Adam. Setakat ini, teguran secara baik sudah memadai. Dipukul memang tak pernah. Tapi sekarang ni super duper sensitif. Teguran biasa, " Jangan buat macam tu ", sudah boleh membuatkan mata Adam bergenang. Alahai...

Kami biasa meluahkan apa yang dirasai. Apabila nampak mata Adam bergenang, kami tanya. Jawapan ringkas Adam, " Adam kena marah. Adik tak kena pun ". Ouchhh! 

" Suara mama tinggi ke slow? ". 

" Slow ".

" Ada kena pukul? ".

" Tak ada ".

" Dah tu.... jangan la sedih. Nanti adik besar, kalau adik buat salah, adik pun kena tegur. Lagi la kesian adik. Adam ni, mama dan papa je tegur. Adik nanti, mama, papa ngan Adam sekali tegur dia ".

Alhamdulillah,  makan pujuk. Kembali ceria macam biasa. Tapi, sudah dua kali macam ni. Walaupun terjadi apabila Adam ditegur, takut juga kiranya Adam terasa hati. Kalau tak ditegur,  tak boleh. Mesti tegur juga jika silap. Owhhh... nampaknya kena lebih berlembut. MA plan untuk tunjukkan kepada Adam, banyak kelebihan Adam berbanding adik. Contohnya baju kat atas tu - adik pakai baju Adam je. Mana beli sangat baju untuk adik. Kita recycle je baju abang. Belum naik kerja, tapi dah plan untuk ambil cuti. Hihihi. Nak hantar adik ke nursery dan mama berjalan berdua dengan Adam. Kesian juga. Adik asyik bertempek dengan mama. Bukan lama pun, sehari je. Tapi mama plan supaya ia boleh menjadi rutin - ameen!

Susu Merudum Ketika Period

Dua tiga hari sebelum datang period, memang nampak perubahan penyusuan Aleesya. Sedikit tidak tentu arah. Jika biasanya boleh di pump 6 - 8oz sambil menyusu kan Aleesya, bila nak period, 1oz untuk pun susah nak dapat.

Masa 1st time datang period dah perasan dah. Ye... Fasa susu merudum ketika period. Mula-mula tu memang menggelabah sangat. Mana taknya, anak fully breasfeed. Susu pulak tak nak keluar. Keluar macam malu-malu gitu. Masa tu, terus banyakkan intake kalsium.

Bila period kedua lepas pantang ni, memang saya tunggu-tunggu. Ye. Situasi sama. Susahnya nak mendapatkan walau 1oz dengan mengepam selama 20 minit. Betul! Saya cuba pump selama sejam. Tak sampai 2oz pun. Tapi, kali ni saya dah bersedia. Dah tahu yang kali ini, bila period, pengeluaran susu akan merudum. Saya experiment kan diri. Tambah intake calsium - milk production meningkat. Memang betullah kita perlukan kalsium untuk penghasilan susu. Bahasa mudah, minum susu untuk penghasilan susu.

Jadi, saya akan pastikan saya minum lebih susu dan jika malas, telan aje supplement ostematrix ( kalsium - magnesium dengan vitamin D ) untuk atasi masalah susu merudum ketika haid.

Lain-lain testimoni ostematrix refer sini.

Gelak Pertama Aleesya

Aleesya officially ketawa. Yeay! Boleh jadi peminat nombor satu abang Adam ni. Maklum la kan, abang Adam kan kelakar.

Gelakkan pertama masa mama dan papa sedang sibuk menjamu selera. Adam dah settle makan. Jadi, sibuk Adam menyanyi lagu untuk adik. Lagu apa eh? Lagu favorite baby se Malaysia la - pok amai-amai. 

Ya Allah! Sakan Aleesya gelak. Gelak happy dengan abang. Dengan mama dan papa belum pernah sakan macam tu. Accidentally gelak, ada la.

Pastu, dalam kereta pun sama. Adam kan suka terjoget-joget. Ingat tak video Adam joget hindustan aritu? Hahaha... itu dah besar kan. Tengok video ni. Masa Adam umur setahun. Sakan dia joget. Nanti mama cari video nya. 

Aleesya gelak sakan lagi dengan Adam. Syok tengok abang yang kelakar ni.

Tiga Beranak


Permata hati. Dua beradik yang kontra. Abang yang kurus dan adik yang bam-bam. Tapi, dulu abang pun sama macam adik juga. Tembam sangat masa baby. Kurus sejak membesar.

Asal keluar, mesti nak makan. Asal makan, mesti kat luar. Erk? Lama dah tak masak yang sedap-sedap. Asal masak, simple je. Alasan - ada anak kecil. Hahahha... sebenarnya, malas. Kesian Aleesya jadi alasan mama. Bukan lah. Dalam kepala macam-macam list makanan, kedai nak diterjah. Baru habis pantang lah katakan. Semuanya nak dimakan. 

Nampak gaya, statik ler berat badan mama macam ni. Mujur tak naik! Kalau naik, huhuhu... nangis tau. Di ikutkan kilo nya, dah banyak turun. Tapi, naiknya pun banyak!!! Makan pulak macam-macam. Hai omega guard, bantu mama ye. Nak kontrol makan macam kurang berkemampuan. Tolong la bakar sikit-sikit lemak kat badan. Tak banyak dah.... 8kg je lagi :p 

8kg targetnya! Mentang-mentang bulan ni ada promo!

Kenapa Vitamin C Sangat Perlu Dalam Badan Kita


Kajian membuktikan vitamin C adalah perlu atau WAJIB untuk pembentukan kolagen badan, membentuk ikatan untuk tulang, kulit, salur darah dan lain-lain tisu badan.

Kekurangan vitamin C akan menyebabkan radang pada gusi, kekeringan kulit, dan lain-lain penyakit berkaitan skurvi.

Vitamin C yang mencukupi perlu untuk mencegah perkembangan kanser berkaitan mulut dan sistem penghadaman.

Vitamin C adalah antioksidan yang boleh meneutralkan molekul oksigen yang tidak stabil, yang mampu merosakkan DNA kita. 

Vitamin C juga adalah penting untuk hati dan saluran arteri. Kajian membuktikan pengambilan vitamin C yang mencukupi adalah penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Antioksidan dalam vitamin C akan mengelakkan kerosakan dinding arteri yang memungkinkan peningkatan kadar kolesterol dalam badan.

Pengambilan vitamin C untuk ibu menyusu juga akan mengurangkan risiko alegi kulit terhadap baby. Ini berita baik untuk mendapatkan bayi yang sihat.

Banyaknya kebaikan vitamin C ni. Jom cuba sr vita c 500mg shaklee ni. Sebiji bersamaan 7.5 biji khasiat buah oren. Sebotol pula boleh tahan sampai 6 bulan. 


Sustained Released vitamin C adalah menggunakan teknologi pelepasan masa. Vitamin C 500mg dilepaskan perlahan-lahan selama 5 jam untuk kesan yang lebih baik. Pengambilan 2 biji sehari pula akan memastikan khasiat vitamin C kekal di dalam badan selama 24 jam. Hebat kan?

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500

Result Exam Semester 2/2013

Result exam abang Adam. Walaupun Adam tak faham apa itu exam, dapat nombor berapa dalam kelas tu apa maknanya, tak apa lah. Asalkan Adam dapat jawab soalan exam.

Result semester 1/2013 yang cantik dengan beberapa subjek dapat markah 100%. Wahhh! Teruja mama dia. Adam of course la happy. Faham pulak dia makna markah 100% tu. Dapat nombor 2, mama yang excited lebih. Adam tak faham apa-apa.

Ingatkan, semester 2/2013 ni boleh dapat nombor 1 pula. Mama la aim sorang-sorang. Ikut kan Adam, lepas nombor 2 kena nombor 3!

Oklah. Walaupun menurun, syukur sebab Adam hadir untuk exam. Masa ni, mama warded di hospital dan mc 35 days. Huhu. Adam ke tadika memang dari hospital. Bermukim di hospital lebih seminggu, hibernate di rumah dan ulang-alik rumah - hospital. Kesian Adam tunggang-langgang masa tu.


Overall,  ok. Semua A. Paling rendah pun 94%. Alhamdulillah. Nombor 1? Tidak. Nombor 4 untuk budak lima tahun. 4/33. Ok lah. Not bad.

Ejaan jawi yang dulu dapat 0, sekarang dapat 1. Improvement juga kan.

Suka baca komen ustazah lin. Hihihi.


Usaha lagi ye Adam.


Bulu Mata Aleesya

Mata Aleesya dan mata Adam sama. Dua-dua mata bulat dan besar. Memang suka tengok mata dua beradik tu. 


Sama kan? Haaaa... tengok gambar mata pulak. Hahahhaha. 

Bulu mata dua beradik panjang. Bulu mata Adam lentik, tapi bulu mata Aleesya kurang lentik. Tapi, dua-dua cantik!


Bayangkan pula bila mereka ni merenung buat muka comel nak membodek. Dengan mata bulat, besar dan bersinar. Ishhh... cair hati. Hihihihi.

Adik Abang


Ini aje la pose Aleesya buat masa ni - terbaring atau dalam stroller. Nak ambil gambar duduk ke, berdiri ke, tak dapat la. Hahaha.

Nampak tangan comel tu?  Haaaa... itu la pose favorite sekarang ni. Kuat pulak tu bunyi nya. Kalau bulan puasa dengar bunyi macam tu, memang terliur! Macam sedap aje dia menghisap sarung tangan tu. 

Si abang tak boleh nak berenggang dari adik. Mengekor ke sana ke mari. Ok la. Nanti boleh jadi bodyguard adik ok? Sesama menjaga satu sama lain tau!

Aktiviti wajib hujung minggu - family time. Aktiviti wajib Adam pula, kecoh terangkan nama tempat, apa yang best etc. Maklumlah... banyak lagi tempat adik belum sampai. Tiap minggu berjalan ke tempat lain-lain. Itupun, dah siap planning dah sampai umur adik tujuh bulan. Cuba teka? Nak bawa adik pergi zoo. Hihi...

OmegaGuard : Sumber Minyak Ikan Terbaik

Tau tak khasiat minyak ikan kepada manusia? DHA, EPA dan ALA? Mesti biasa dengar kan.

OmegaGuard Shaklee adalah sumber minyak ikan terbaik dunia.  Hohoho... bukan overrated tau. Cuba google :)

Membekalkan asid lemak omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spectrum penuh bergref farmaseutikal. Diekstrak dari ikan laut dalam yang kurang terdedah dengan pencemaran,  bukan hati ikan yang penuh toksin. Ia adalah satu-satunya minyak ikan omega 3 yang paling tulen, lengkap dengan 7 asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

Nak senarai kebaikan omegaguard ni - sumber minyak ikan terbaik dunia? Antaranya :

 kulit licin kemerahan
 imbangkan hormon PMS 
 kekalkan tekanan darah normal
 elakkan strok
 kurangkan gout
 rendahkan kolestrol
 bakar lemak tepu - kurus 
 cegah salur darah tersumbat
 cegah pembekuan darah dalam badan
 kurangkan risiko sakit jantung
 sihatkan paru-paru
 elak salur darah tersumbat
 pelihara sendi otot
 kurangkan ekzema
 memperbaiki fungsi otak dan memori
 baik untuk perkembangan otak janin
 tingkatkan imunisasi tubuh kanak-kanak

... dan banyak lagi. Tak larat nak taip   

Bagus untuk janin, kanak-kanak, wanita, lelaki, wanita mengandung, warga emas. Untuk kegunaan seluruh keluarga ni.

Paling best, promo hujung tahun!!! Harga runtuh shaklee. 

 beli 6 percuma 1
 free membership shaklee
 cash bonus

Jimat banyak tu. Harga biasa rm1++, jadi rm9+ untuk sebotol. Tak nak? Wahhhhhh   

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500 

Vitamin Ibu Menyusu

Saya sebenarnya baru lagi di dalam pengumpulan ebm ni. Masa Adam dulu, ebm start dikumpul lagi dua minggu sebelum naik kerja. Fuhhh... akibatnya, memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang kena top up dengan susu formula la. 

Untuk Aleesya,  insya Allah ada rezeki. Memang MA start lambat. Lepas 40 hari baru serius nak kumpul. Alhamdulillah, freezer dah penuh. Itu pun tak disusun elok. Bila disusun elok-elok nanti, adalah space lagi. Bahagian tepi pintu masih ada ruang. 

Sebab masih baru, kadang-kadang, ada juga snap gambar kepada kawan-kawan. Bertanya tentang tips-tips penyimpanan ebm. Memang banyak membaca tapi, pengalaman kan cikgu terbaik. Belajar dari pengalaman kawan-kawan.

Bila ada yang menegur tentang warna susu, baru perasan. Ye la. Warna kuning. Korek-korek balik freezer, ada dua warna. Kuning dan kuning kehijauan. Kata orang,  kalau berwarna lebih berkhasiat. 



Tengok gambar di bawah. No 1 adalah dengan ESP. No. 2 adalah dengan ESP dan alfalfa. Pekatnya susu. Bila pam susu tu, kan letak du chiller sebelum dipindahkan ke dalam freezer. Jelas dengan pengambilan supplemen, bahagian lemak jauh lebih banyak. Saya simpan susu sebanyak 4oz dalam setiap pek. Simpan di chiller dalam botol,  kemudian pindahkan ke plastic bag sebelum dimasukkan ke freezer. Dengan supplement, 3oz bahagian lemak dan 1 oz air. Pekat kan?

No. 3 pula adalah tanpa sebarang supplement. Saya ambil set lengkap berpantang shaklee. Tapi,  yang ini memang tanpa apa-apa supplement. Tiga hari tak makan apa-apa supplement. Kesian pulak tengok hasilnya. Untuk setiap 4oz yang di simpan,  3oz++ adalah air. Lemak cuma sikit. Kalau gulai, orang kata cair meleweh - kedekut santan. Hihihi. 

Ida
SID : 954336
WHATSAPP : 012 - 340 7500

Adam Merajuk


Ini kejadian minggu lepas. Kejadian sebelum Aleesya dicucuk 2 bulan di dalam bilik doktor. Adam yang excited nak tenangkan Aleesya merajuk =)

Kesnya, semasa di dalam bilik doktor, Aleesya agah papa dan mama. Luar bilik doktor, semasa menunggu di panggil, mama riba Aleesya. Tiba bilik doktor, papa pula yang dukung. Aleesya yang ramah tamah ni, agah kami berdua la. Macam mana nak agah abang dia. Abang dia ada menjenguk,  kebetulan Aleesya senyap masa tu. Apalagi keluar la statement ni, " Aleesya tak pernah cakap dengan abang kalau kat luar ". Sedih la abang penyayang ni.

" Ish.... adik takut tu ".

" Sebab tu ke tak cakap dengan abang? ".

" Ye ".

Terus mood merajuk bertukar. Adam masih cuba comfort kan adik yang tak tahu apa-apa.

Masa Aleesya nak dicucuk,  sempat Adam hulurkan patung permainan.  Hiii... bilik doktor ni besar, bersih dan banyak permainan. Dah macam bilik baby =)


Meraung Aleesya di cucuk.  Kesiannya... lepas dicucuk,  demam pertama muncul. Mujur sehari je. MA tak bagi ubat awalnya, sebab tak demam. Tapi, bila malam, panas sikit badannya. Demam. Lega Allah bagi sehari sahaja. Cuba jugaklah tambah pengambilan vitamin C masa ni. Maklumlah anak menyusu badan. Harapannya biar masuk zat tu ke dalam tubuh anak. Sebelum cucuk ni, MA stop semua supplement sebab nak buat eksperimen pada susu.

Alahai Sarung Tangan

Ada kisah lucu dengan sarung tangan aka mittens ni. Masa pas mittens and booties kat anti dulu, MA kena perli. " I dah asingkan dah. Yang elok, macam baru tak pernah pakai ada 40 pasang. You beli stok tak payah basuh sebulan ke? ". Ye... memang banyak. Sebeban. Yang nampak dah berpakai pula,  entah berapa pasang. Tak masuk yang tak cukup pasangan. Hahahaha...

Kesnya macam ni la.... tengok gambar eh.


Mana tak banyak belinya. Pakai dua tiga kali dah tak muat. Beli lagi... tak muat lagi...

Tengok Aleesya kat atas. Saiznya sama ada ketat atau longgar. Pergelangan tangan dan kaki besar ok. Yang atas tu, obviously besar. Tertanggal atas muka. Time sibuk agah mama dan abang, mitten tertanggal atas muka. Ya Allah! Gelak besar kami.

Aleesya tengah giat hisap jari. Sehari entah berapa pasang di tukar. Habis dah yang saiz ngam-ngam adik =)

Last weekend,  beli sepasang. Nampak macam ngam. Nasib baik kali ni wrappers mama simpan. Tak muat! Berbekas kaki dan tangan. Ok, terus pack elok-elok. Kita boleh hadiahkan kepada sapa-sapa yang baru dapat baby. 

Belajar dari pengalaman la ni. Selalu MA sampai rumah akan terus kutip barang baru beli dan basuh. Packaging terus buang. Jadi, bila jadi kes tak muat, malu la nak hadiahkan kat orang. Time tu, cucu wan Adam sorang je. Kalau tak, bagi adik beradik, memang tak malu la. 

Sabar ye adik. Esok kita shopping la yang cantik sepasang dua yang baru =)

Abang Excited Nak Tengok Adik Kena Cucuk


First time bawa Adam ke hospital. Selalu, jika MA checkup atau bawa adik, Adam dihantar ke sekolah dulu. Hari ni, kita bawa Adam sekali.

Excited nya abang! Excited nak tengok adik kena cucuk. Riuh la mulut Adam. Nasihatkan adik la konon. Nak tenangkan adik. Tapi, adik tidur je sebenarnya. Sementara tunggu nombor di panggil, sempat la snap gambar dua beradik ni.

Owh ya... berat adik dah 5.5kg. Tinggi, nanti MA tanya doktor. Kalut-kalut tadi, tak sempat menjenguk pada nurse.

Ascending Dan Descending Order


Lamanya Adam tak ambil buku ni. Latihan matematik. Nampak macam baru je beli. Hihihi. MA lama berkurung di rumah. Iye lah... berpantang dengan anak kecil. Sesekali terlepas di hujung minggu, kalau dulu terjah kedai buku. Wajib setiap minggu. Sekarang ni, macam tak perlu je. Sebab buku-buku yang dibeli masih banyak yang tak berusik.

Tau kenapa Adam rajin tu? Haaa. . Dia dapat hadiah yang diidamkan dari papa. Bagi menampakkan berbaloinya dia dapat hadiah, Adam study. Hihihi! Bijak la anak mama ni.

Dalam kononnya rajin tu, dapatlah satu muka surat. Buku kanak-kanak kan, 1 muka surat ada 5 soalan sahaja. Gambar besar-besar. Tak apa lah anak. Ada inesiatif nak buat tu pun dah bersyukur. Harap-harap, buat la lagi ye exercise. Kasi kembang hati mama dan papa =)

Sustained Released Vita-C 500mg


Inilah vitamin yang pernah cetuskan fanomena dulu. Kesnya, habis stok dekat setahun. Lagi satu, di repack dan dijual dengan harga dua kali ganda. Entah la... itu yang di war-warkan. Kebenarannya, hanya Dia yang tahu.

Tapi, nak juga tahu kenapa famous sangat SR Vita-C ni?
  • Vitamin C semulajadi yang pertama menggunakan teknologi sustained release 
  • Vitamin C dilepaskan secara perlahan dan berterusan ke dalam tubuh selama 5 jam - tidak membazir. Hanya 100mg dilepaskan ke dalam tubuh pada setiap jam
  • Satu tablet bersamaan khasiat 7 setengah biji oren
  • Membekalkan 120mg 'Bioflavinoids' untuk fungsi optimum vitamin C
  • Ujian klinikal membuktikan pengambilan 2 biji vitamin C dalam sela masa 5 jam akan mengekalkan khasiat vitamin C di dalam tubuh selama 24jam

Sebotol ada 180 tabs, yang tahan untuk 6 bulan jika amakan seorang. Mahal?  Tak mahal la invest sekali,  makan berkali-kali.

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

Si Besar Dan Si Kecil


Tengok la aksi dua beradik ni. Yang besar sayangkan yang kecil. Yang kecil suka tengok aksi yang besar.

Aktiviti biasa hujung minggu - makan-makan. Adik seperti biasa jadi tukang ambil bau. Dalam gambar ni, nampak mulut Aleesya tu? 

Agak-agak, dia tengah posing ke? Hihihihi.... Aleesya tengah buat buih! Budak baru pandai buat buih kan... tak kira di mana, practice makes perfect =)

Kesan Kekurangan Vitamin C

Vitamin C diperlukan bukan untuk kulit je tau. Banyak lagi kepentingannya. Ia adalah untuk kesihatan umum. Penyakit utama jika kekurangan vitamin C adalah skurvi - gusi mudah berdarah.

Jom tengok apa lagi masalah jika kita kekurangan vitamin C dalam badan :
  • Senang mendapat selesema. Mula-mula selesema, lepas tu, muncul la yang bawah ni - demam.
  • Mudah demam - badan panas,  muncul pulak ulcer.
  • Kulit kering, kasar dan bersisik - memang tak cantik. Vitamin C ni pengikat kolagen tau!
  • Luka lambat baik - sebab tu kalau operation atau bersalin digalakkan makan banyak sunkist. Untuk cepat baikan luka 
  • Awet tua - vitamin C tak cukup untuk pembentukan kolagen semulajadi.
Itulah antara kesan kekurangan vitamin C - yang selalu dikaitkan dengan kecantikan. Sebenarnya, kena sihat dulu. Kalau sihat, barulah cantik menawan. 

Nak dapatkan sumber vitamin C, amalkan pemakanan sihat. Buah mesti dimakan. Ambil juga supplemen vitamin C semulajadi. Suggestion saya - shaklee! 

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 629 5415

Teknik Nabi Meleraikan Pergaduhan Anak-Anak

Nice sharing dari fb.


Kalsium aka Ostematrix Sebagai Milk Booster

Pernah dengar tak orang kata, minum susu untuk menghasilkan susu? Semasa di hospital pun, nurse dan doctor pesan... untuk menghasilkan susu, ibu kena minum banyak air. Air yang berkhasiat, bukan air kosong.

Kenapa ye? Kerana kandungan utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Susu ibu adalah sumber kalsium utama, eh... satu-satunya sumber kalsium baby berusia di bawah 6 bulan. Itulah sahaja makanannya. Sanggupkah kita jika susu kita kekurangan kalsium? 

Ok. Sebenarnya, selagi gigi dan tulang ibu masih elok, susu ibu tidak akan mengalami masalah kekurangan kalsium.  Kenapa? Kerana kalsium pada gigi dan tulang ibu itulah yang akan diserap bagi penghasilan susu ibu. Susu ibu kekal berkualiti,  namun gigi dan tulang temulang ibu yang akan merosot menjadi kosong dan rapuh. Akibatnya, osteoporosis akan bermula.

Yang sebenarnya, kita perlukan kalsium untuk menghasilkan susu. Banyak sumber kalsium di pasaran selain produk tenusu. Berhati-hati jika memilih untuk makan pil kalsium. Pil kalsium tanpa magnesium dan vitamin D akan menyebabkan penyerapan kalsium bukan oleh tulang. Ia akan diserap oleh usus. Jumlah kalsium yang banyak pada usus akan membebankan proses pencernaan. Buah pinggang akan terjejas lalu terjadilah penyakit batu karang. Ishhh...

Jadi, badan memang memerlukan kalsium. Cuma, dari sumber mana? Silap pilih, badan merana. Pilihlah dari sumber asli dan semulajadi. Pilihan saya - ostematrix shaklee!

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perkembangan Aleesya Pada Umur Dua Bulan


She's two months today. Kejap je masa berlalu. Apa perkembangan baru ye? Rasanya macam perkembangan masa usia sebulan juga. Cuma, kali ini semuanya boleh dibuat dengan sengaja dan firm.

Kalau masa sebulan selalu tersenyum, sekarang lagi la tersenyum-senyum. Sengih manjang. Kalau dulu,  sesekali Aleesya macam mengagah secara tak sengaja, sekarang ni dah agah secara sengaja. Senyum-senyum, kemudian agah untuk main dengan dia. Kaki dan tangan memang sentiasa menggapai la kan. 

Dulu, boleh genggam tangan kita bila letak pada tangan dia. Tapi, genggaman tu tak kuat. Anytime boleh terlepas. Sekarang,  genggaman tu kuat sikit =)

Mandi? Masih sukakan air.

Kiranya improvement skills yang masa umur sebulan la kan. Apa yang baru? Ada!

Hisap jari. Wuwuwuwu... mitten dia selalu basah. Belah kiri aje. Kalau lapar, mitten basah dulu. Huhuhu. Apa lagi? Ada!

Selain boleh agah dengan sengaja, Aleesya dah pandai buat buih. Buih? Buih dengan air liur. Hahaha... kalau budak besar, ishhh. Baby buat, comel sangat! ♥♥♥

Berat : 5.5kg
Tinggi : 

Mengeja

Si abang bangun awal dari  biasa. Bangun mandi dan tiba-tiba muncul dengan buku free dari KFC ni. Apa dia nak buat eh?


Lorrr... rupa-rupanya, nak study katanya. Bawa buku ni, serupa la bawa kertas kosong dan pen. Apa yang nak di study kan? Berbulan tak update pasal study kan? Sebab tak study pun. Main game aje. Sukanya bila Adam kata nak study!

Nak main eja-eja rupanya. Haaa... mama sebut, Adam tulis.


Yang atas tu, lulus la kan. Water di eja " water ". Yang bawah tu, bukanlah gagal. Cuma salah je... Mirror dieja " mire ". Hahaha...

Adam ni, kalau salah macam stress je. Padahal, tak de pun nak marah. Puas terangkan kat dia, mula-mula memang kurang pandai. Kalau practice selalu, pandai la... 

Selalu mama bagi contoh berjalan dengan bercakap.  Contoh senang. Tak de nya lahir terus berjalan. Dah besar pun, boleh jatuh bila jalan. Bila kita bagi contoh macam ni, nampak Adam lega sikit. Tapi lepas tu, kalau silap lagi, kerut di dahi tu, bukan main lagi!

Testimoni Ostematrix Shaklee

Supplement kalsium-magnesium? Ye. Nak baca? Jom semak-semak link di bawah.

Entry ni nak compile semua testimoni dan article ostematrix shaklee di dalam blog ni. Ostematrix je? Bukan ostematrix je. Start dengan ostematrix - cinta pertama di dalam Shaklee =)
Hahahaha.... memang ostematrix cinta pertama!

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 -340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Badan Bertenaga, Stress Pun Hilang Dengan Ostematrix

Nak kata panas, tak panas sangat dah. Testimoni ni dapat tiga minggu lepas. Haishhh... macam mana la boleh lupa nak update dalam blog. Ishhh....

Nasib baik la tak delete lagi message kakak ni.

Haaa... ostematrix untuk kurangkan letih lesu badan dan menghilangkan stress. Wahhh! Hebat!!!

Tak tau apa itu ostematrix,  jom tengok koleksi entry lama ni. Product sharing copy dari website Shaklee ada di sini... apa itu ostematrix.

Owhhh... watermark dalam gambar, tu fb page saya. Untuk shaklee. Kalau sesapa nak add, boleh juga. 

Ida
SID : 954336
Whatsapp : 012 - 340 7500

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease