Memujuk Anak Makan

Aktiviti memujuk anak makan di taman permainan. Sebenarnya, MA tak kisah pun jika Adam tak makan mee goreng basah yang disediakan. Sebab, Adam dah habiskan segelas susu dan hampir sekeping roti bakar. Memang Adam makan menu yang ringkas sahaja di pagi-pagi hari.

Dek kerana lama tidak ke taman permainan, MA dan Cik Sha ikutkan sahaja. Dapat juga Adam mengeluarkan peluh yang dah lama terpendam dalam badan. Hihihi...


Cubaan Cik Sha untuk menyuapkan Adam gagal. Hahaha... kan MA dah kata.... susu dan roti yang dimakan tu sudah cukup untuk menampung keperluan breakfast Adam. Memanglah breakfast itu penting, tapi kena tengok saiz badan la... kurus sahaja :)


Dan Adam meneruskan permainannya dengan gembira. Hihihi... belum mandi lagi ni. Masih berbaju tidur. Seawal 8.00 pagi di kala semua orang keluar bekerja.


Published with Blogger-droid v2.0.9

6 comments:

  1. oo..ni mesti time cuti kan..sronoknye..xde org kaco adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum keluar jalan2.... mula2 seorang, tapi, agaknya ada yang mengintai kami bermain, RAMAI pula budak2 lepas tu

      Delete
  2. adib pun sama susah sgt nak makan..amni mujur ok selera nya.. kena buat mcm nie baru nak makan banyak kot :)

    ReplyDelete
  3. Mmg nampak kurus la adam... Tapi selagi dia makan ok la kan? Mak saya pesan gitu je, naim pun payah makan kalau tak dipujuk.. Sikit sikit dia makan, dh ok...jgn xmkn langsung..

    MA, hihi..over tamak ye, saya tulis 10 komen rasa seronok ye? Sebenarnya dapat 4-5 komen pun dh seronok, yg 10 tu yg bust saya sangat seronoklah..hehe..berapa ajelah orang yang baca blog saya tu..

    ReplyDelete
  4. dekat taman anak2 lebih fokuss dengan bermain..mmg agak susah nak pujuk mereka makan.aiman wpun kuat makan, tp dia lg syg nak tinggalkan main..:)

    ReplyDelete