Membaca buku Dahsyatnya Doa Ibu, hasil penulisan Syamsuddin Noor memang menginsafkan. Buku setebal 209 mukasurat ini dipenuhi dengan cerita-cerita sejarah berkaitan akibat daripada doa ibu kepada anaknya. Doa baik dan doa buruk yang dimakbulkan tuhan.
Sarat dengan kisah-kisah ahli sufi, pembaca dihidangkan dengan betapa berkuasanya doa seorang ibu - jika terdetik perasaan tidak senang ibu terhadap anak, itupun mungkin diangkat oleh tuhan sebagai satu doa.
Assumption awal sebaik sahaja melepasi bab pertama buku ini adalah kita perlu mendoakan hanya yang terbaik kepada anak-anak. Perkara sebegini yang sering kita terlepas pandang. Tak tahu lah orang lain, tapi MA sering lalai di dalam medoakan anak secara khusus.
MA rajin memberikan salam kepada Adam - satu bentuk doa yang sangat mudah dan ringkas untuk anak. Sepatutnya, kita perlu lebih khusus di dalam mendoakan anak. Lebih baik jika anak tahu dan faham yang dia telah didoakan. Contohnya, doa-doa yang boleh diamalkan di dalam mendidik anak, doa memohon anak yang baik, doa mendapatkan anak yang soleh, dan teknik berkesan membentuk sahsiah anak. Lagi bagus jika dibacakan sekali maksud doa itu dan disebutkan nama anak-anak ketika berdoa.
Dinyatakan di dalam buku ini, terdapat anak yang sentiasa kebaikan berlaku kepadanya hingga menyebabkan ibunya lalai di dalam mendoakan anak itu. Disebabkan perkara tersebut, satu hari anak itu terjerumus ke lembah maksiat dan dijemput maut pada ketika itu juga. Begitulah ruginya anak soleh tersebut yang tidak mendapat doa ibunya. Kerana sangkaan si ibu adalah anaknya sudah cukup sempurna, tidak memerlukan walau secebis doanya.
Buku keluaran PTS ini memang menyajikan keinsafan kepada sesiapa yang membacanya. Walaupun isu yang dikupaskan adalah berat, namun gaya penulisan santai yang digunakan membuatkan mesej berjaya disampaikan dengan mudah. Tiada tekanan di dalam men digest kan apakah mesej atau isi yang mahu disampaikan. Semuanya straight forward - betapa pentingnya doa seorang ibu terhadap anaknya. Malah, mendapat doa yang baik dari seorang ibu adalah hak bagi anak.
doa ibu, doa yang mustajab :)
ReplyDeleteboleh belajar banyak daripada buku ni...
ReplyDeleteinsyaALLAH cuba cari.
ReplyDeletebetul cakap ahsfantasy24 tuh..doa ibu paling mustajab..syg ibu sy.
ReplyDeletekata2 ibu juga jd doa..kdg2 mak saya suka guna perkataan kasar kalo marah kami adik beradik...sedih jugak...huhuhu
ReplyDelete