Pernahkah anak anda mengalami batuk berkahak? Anak mama ni sering mengalami batuk berkahak sejak kecil. Jika bayi yang berkahak, memang pening dibuatnya. Maklumlah bayi tidak boleh mengeluarkan kahak dengan sendiri.
Alhamdulillah, setelah besar Adam sudah pandai membuang kahak sendiri. Risau juga jika Adam takut untuk mengeluarkan kahaknya. Semasa di serang panas dalam tempoh hari, Adam juga batuk berkahak. Tidur malam sering terganggu. Syukur sangat jika Adam muntah, bermaksud kahak juga akan dimuntahkan. Kemudian, batuk akan lega dengan sendirinya.
Pada awalnya, mama beri ubat mencairkan kahak kepada Adam. Mungkin itulah sebabnya Adam muntah. Proses pengeluaran kahak. Sampai tiga kali satu malam. Di masa lain, jika Adam batuk, minyak panas atau vicks akan disapu di belakang badan, dada, betis dan tapak kaki Adam. Tujuannya agar badan menjadi sedikit panas dan memberi keselesaan kepada Adam.
Mama baru jumpa satu petua mudah untuk mengeluarkan kahak - campuran air halia dan madu lebah asli. Insya Allah MA akan cuba.
nice petua bgus utk yg batuk kn
ReplyDeleteBetul kadang kalau batuk dan berkahak ubat pun tak jalan tapi petua lagi baik.
ReplyDeletebahaya juga batuk berkahak ni,
ReplyDeletetambah2 lagi kalau baby yg kena..
thanks perkongsian petua :)
kesian adam... moga makin besar makin sihat ye sayang!!
ReplyDeleteSmoga adam cepat baik ye... Risau jga bila ank btuk lama, tkut ada apa2..
ReplyDelete