Sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk membantu anak supaya dapat memberi sepenuh tumpuan dan fokus di dalam aktiviti seharian. Yang dipentingkan di sini adalah aktiviti perkembangan minda dan sahsiah anak.
Rata-rata kajian membuktikan pencapaian akademik yang lebih
baik bagi pelajar yang mengambil sarapan pagi berbanding dengan rakan yang
tidak bersarapan. Ini kerana, setelah badan berpuasa semalaman ketika tidur,
glukosa dan glikogen dalam badan tidak diganti. Sedangkan glukosa penting bagi
fungsi otak.
Ini adalah di antara menu sarapan Adam setiap hari. Menu
wajib adalah sekotak susu atau minuman kultur - owh, solivite dah tak ada card boboiboy free. Biskut atau roti pula bergantung
kepada mood Adam untuk makan atau tidak.
Menu ringkas sebegini bagi MA mencukupi bagi Adam kerana
pihak nursery menyediakan sarapan seawal jam 9.00 pagi. Cukup untuk mengalas perut Adam
sebelum aktiviti senaman pagi.
Namun, apabila ke tadika, rasanya mama perlu merancang menuyang lebih berkhasiat. Itupun jika Adam berselera makan di pagi hari. Jika
tidak, memadailah dengan sekotak susu. Cuma sedikit risau kerana bekal makanan
tidak dibenarkan di tadika. Bermaksud mama perlu pastikan keperluan Adam
mencukupi sebelum sampai ke tadika. Maklumlah anak dah nak masuk tadika. Kalau boleh biarlah mendapat makanan lebih berkhasiat :)
Betul..mmg kena sarapan yg baik utk budak2 yg blajar..baru ada cukup tenaga utk blajar.
ReplyDeleteYayan asal celik mata je, trs je carik makanan, ekeke. Yes, sarapan mmg penting utk anak2, kan.owh ye, pasal bisnes YM tu, 90% customer YM thru online.:)
ReplyDeletesarapan pagi bukan hanya penting untuk anak2 jer kan, untuk mak bapak pun sama penting gak...kalau tak lemah jer nak buat kerja...hehehe
ReplyDeleteSepanjang thn lps, my son mmg payah nk sarapan...alhamdullilah dia mampu berthn smpai mkn pg yg sek sediakan...adam sure blh punya
ReplyDeleteinsya Allah... asal minum susu tu, cukup kot :)
Delete