Baru-baru ini Adam bertanya.
" Kenapa bagi Adam, nama Adam mama? ".
Sebab apa ye? Mama suka nama Adam. Simple dan ringkas. Maknanya adalah ikutan atau teladan. Nama Adam pendek sahaja. Mudah diingati dan unik. Disebabkan hanya satu perkataan sahaja, mama rasa nama itu ada class walaupun klasik. Universal. Bertambah cantik bila digabungkan dengan nama papa di depan nama Adam.
" Sebab maknanya baik - ikutan dan teladan ".
Kemudian, habislah disebutnya nama-nama kawan-kawan di school. Satu persatu. Baik ke nama mereka?
" Baik. Nama-nama yang bagus. Tak ada siapa yang nak kasi nama yang tak bagus untuk anak-anak ".
Owh... senyum Adam. Lagipun, nama adalah doa. Kita mendoakan anak setiap hari dengan nama pilihan masing-masing.
nama anak2 biras saya bermula dgn Adam jugak...hingga saya tak tau nama panjang mereka hehe...
ReplyDeletecomel je adam tanya kenapa nama dia adam..=D
ReplyDeletemereka ibarat kain putih.. ibu bapa orang pertama yang mencorakkannya.. :D
ReplyDeletenama anak buah saya pun adam jugak..hihi..^_^
ReplyDeletenama anak kita sama..akak pun suka nama adam,lg pulak dia yg sulung jd ikut nama nabi yg pertama la..adam
ReplyDelete