Adam Stress!

Stress berlaku tanpa mengenal usia. Walaupun sesekali terasa Adam stress, rasanya, inilah stress terbesar! Stress ok!

Pertandingan Mewarna Pa&Ma berangsung dengan ceria. Happy sangat. Dapat kawan baru dengan background muzik yang menceriakan. Pertandingan bermula dari pukul 4 petang - 5.30 petang. Wow! Lama tu! 

Tapi, Adam tidak pernah fokus selama itu. Walaupun mama update pasal Adam membaca, mengaler... semua itu tidak pernah lebih 15 minit pun. Untuk membaca mungkin 5 hingga kurang 10 minit sahaja sehari.

Akhirnya, setelah nampak Adam terlalu stress - mimik muka ceria menjadi berkerut-kerut, nampak penat dan Adam sudah lama berhenti mewarna, mama datang dan terus hantar. Walaupun masih ada 35 minit lagi berbaki. Tak apalah walau tak siap pun. Anak mama dah tak tahan :)

Selesai sahaja, Adam  terus bertanya " Kenapa lama sangat! Adam tak suka lama-lama ".

Mama tunjukkan video Adam menari dan menyanyi sepanjang pertandingan. " Kalau tak ada nyanyi2 dan joget2, boleh kaler laju-laju. Boleh hantar terus. Tak payah nak tunggu lama-lama ".

Muka keruh Adam menjadi neutral dan akhirnya boleh tersenyum melihat video sendiri :) 

No comments:

Post a Comment