Youtube Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran

Youtube dalam pembelajaran dan juga pengajaran di rumah. Menurut wikipedia, Youtube adalah video-sharing website di mana kita sebagai pengguna boleh berkongsi pelbagai video. Apabila pengguna boleh berkongsi pelbagai range video, bermaksud ia adalah satu komuniti yang besar. Baik secara percuma atau berbayar, Youtube memang sesuatu yang in pada masa kini.

Siapa pengguna Youtube? Semua - anak kecil menonton video superhero kegemaran, ibubapa dan guru menggunakan untuk mengajar anak di rumah atau sekolah, malahan ibu-ibu di kampung pun sudah pandai belajar resepi masakan melalui Youtube :) 

Di dalam my-adam pun, banyak video dari Youtube yang MA selit. Bukan hanya kerana comel, tapi kerana berkesannya video tersebut terhadap Adam. Video-video percuma yang menarik ini, boleh digunakan dalam mengajar anak ABC, matematik mudah dan doa harian dengan cara yang paling menyeronokkan. Bagi MA, pembelajaran yang paling berkesan adalah pembelajaran di dalam suasana ceria - nyanyian dan gelak ketawa.

Kadar downtime yang rendah membolehkan video dicapai di mana-mana. Online atau download terus ke komputer sendiri. Cuma, jangan video tersebut dipadamkan oleh tuan punya nya la.

Dalam banyak-banyak kebaikan youtube ni, banyak juga keburukannya. Namun, jangan kerana keburukan yang boleh dikawal kita terlepas peluang mencapai sesuatu yang sangat berharga - informasi secara percuma.

Dekat sekolah, cikgu-cikgu guna tak Youtube?

Tidak Peduli Persekitaran



Hiruk pikuk dan suasana hangat tidak dipedulikan. Hangat yang amat walaupun ber aircond sini-sana. Panas.

Yang dewasa sudah tidak keruan namun si kecil ini tenang di dalam dunianya sendiri.

Pelik tapi benar. Bukan sahaja si kecil ada dunianya sendiri. MA juga bikin hal di dunia sendiri. Di kala suasana tenang, komunikasi alam nyata lebih menyeronokkan. Namun jika keadaan begini, masuk la ke alam maya untuk melapangkan fikiran.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Memujuk Anak Makan

Aktiviti memujuk anak makan di taman permainan. Sebenarnya, MA tak kisah pun jika Adam tak makan mee goreng basah yang disediakan. Sebab, Adam dah habiskan segelas susu dan hampir sekeping roti bakar. Memang Adam makan menu yang ringkas sahaja di pagi-pagi hari.

Dek kerana lama tidak ke taman permainan, MA dan Cik Sha ikutkan sahaja. Dapat juga Adam mengeluarkan peluh yang dah lama terpendam dalam badan. Hihihi...


Cubaan Cik Sha untuk menyuapkan Adam gagal. Hahaha... kan MA dah kata.... susu dan roti yang dimakan tu sudah cukup untuk menampung keperluan breakfast Adam. Memanglah breakfast itu penting, tapi kena tengok saiz badan la... kurus sahaja :)


Dan Adam meneruskan permainannya dengan gembira. Hihihi... belum mandi lagi ni. Masih berbaju tidur. Seawal 8.00 pagi di kala semua orang keluar bekerja.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Beg Sekolah Murah


Beg sekolah murah. Maklum sahajalah cuti persekolahan akan berakhir dalam masa 2 - 3 hari sahaja lagi. Semua orang sibuk membeli-belah mencari dan membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak.



Salah satu keperluan adalah beg sekolah. Ini adalah satu kepeluan wajib. Kebiasaannya, beg sekolah superhero sekarang adalah RM100 dan ke atas. Ini adalah harga yang biasa kami dapat di pusat membeli belah. Biasa? Untuk dua beg sekolah Adam yang terdahulu.

Kata orang, yang baik tidak semestinya mahal. Hahaha.... betul, tapi, selalunya yang mahal itulah yang baik. Beg Adam masih elok walau dipakai lasak setiap hari selama tiga tahun.

Untuk tahun hadapan, beg Adam dibeli di booth. Harganya agak murah jika di kira dengan RM. Namun, berbanding kualiti, rasanya harga tersebut masih mahal. Cuma disebabkan sukarnya mendapatkan design gambar beg ultraman di shopping centre, terpaksa merelakan RM yang keluar untuk beg ini. Rasa MA, sepatutnya beg ini berharga di bawah RM50.


Dannn... minggu lepas, kami terserempak dengan ini. Yess!!! Ini betul-betul murah. Memang harga setanding dengan kualiti. RM25. Harga berbanding kualiti. Beli untuk spare. MA tidak menjangkakan yang beg ini akan tahan lama. Tapi, biarlah tahan setahun. Takut bosan pakai beg yang sama sahaja. Nak belikan baru, sayang pula jika beg lama masih elok. Owh... jika nak terjah, ada booth beg sekolah di Wangsa Walk Mall

Entry beg ini ditulis kerana sejak dua minggu kebelakangan ini, banyak keyword beg sekolah muncul di blog MA. 

Pengalaman Adam Ke Orientasi Tadika


Persediaan ringkas Adam :
  • Tidur awal
  • Breakfast - choc milk
* ini semasa nak pergi orientasi selama 5 jam di tadika

Mata bengkak kerana bangun lebih awal kerana perlu mandi pagi.

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Terus mandi

Ingat-ingat lupa sahaja lirik ni. Janji melodi betul. Hihihi...


Persiapan mental, insya Allah Adam sudah bersedia. Adam sangat excited untuk ke tadika. Bangga kot bila umur bertambah lagi satu tahun - a year wiser. 

Kami sampai ke tadika pada jam 7.30 pagi. Tidak ramai yang hadir. Hanya ada lima orang budak. MA sudah risau. Sikit sangat, mesti kurang seronok. Tapi, semasa mengambil Adam pada jam 1 tengahari, hampir 30 orang budak hadir. Owhh.. mesti ramai kawan baru Adam.

Menu sarapan pada hari itu adalah nasi lemak. Hmm.. sedap. Makan pula beramai-ramai. Lagi terasa kesedapannya.

Kata Adam, tiada kelas pada hari tersebut. " Teacher cuma ajar nyanyi lagu budak-budak ". Ye la, menjelang tahun baru, ini memang telah dijangka. MA cuma hantar Adam untuk berkenal-kenalan dengan cikgu dan rakan baru. Aktiviti menyanyi, makan, tidur, main dan solat yang dilakukan bersama insya Allah akan menjadi ice breaker yang baik untuk Adam dan rakan-rakan.

MA lihat baju Melayu tidak dipakai. Sedangkan MA sediakan untuk solat Zohor.  " Teacher ingat Adam budak kecil. Dia tak bagi Adam nak ambil dan salin baju. Kena tunggu teacher yang bagi. Tapi teacher tak bagi ".

Hahaha.... MA ada tanya pada teacher. Katanya, cukup sediakan kain sarung sahaja. Mana nak cari kain sarung ni? Mungkin teacher ingat Adam tidak akan bercerita. Teacher agak terkejut bila MA tahu secara detail program mereka pada hari tersebut. Hihihi... Adam jenis yang berkongsi dengan MA. Memang detail la Adam bercerita.

Semoga 2013 bermula dengan lebih cemerlang :)

Khasiat Surah Al-Waqiah


Khasiat Surah Al-Waqiah ni MA dengar semasa menonton rancangan agama di TV9. Terus google dan share di sini. Menurut ustazah yang mengajar, ada diriwayatkan sesiapa yang amalkan Surah Al-Waqiah tidak akan ditimpa fakir.

Sumber asal : http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/04/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-waqiah/

Semoga bermanfaat.

Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Khasiat Surah Al-Waqiah

Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain: 
1.  Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.
2.  Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3.  Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4.  Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5.  Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Petua Kaya Syeikh Abi’l Abbas

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya;  Dengan mengamalkan seperti berikut, Insya’Allah, ia akan menjadi orang kaya.
1.  Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
2.  Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
3.  Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Insya’Allah, dengan mengamalkan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, kita akan memperolehi rezki yang banyak, supaya kita dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukan bantuan dan memperbanyakkan lagi amal jariah kita supaya dapat dibawa ke sana nanti.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.

Tips Mengatasi Mimpi Ngeri Yang Menakutkan Anak

Pernah atau tidak anak anda mengalami mimpi ngeri? Sesekali mengalami mimpi ngeri adalah normal. Mimpi ngeri adalah mimpi menakutkan yang dirasakan benar-benar terjadi. Ia akan mengejutkan anak yang sedang tidur.

Sesekali Adam terjaga di tengah malam dan menangis. Sah Adam mengalami mimpi ngeri. Kenapa anak mengalami mimpi ngeri? Di antara puncanya adalah stress di siang hari, perasaan trauma, demam panas atau hanya imaginasi kanak-kanak yang sangat tinggi.

Baru-baru ini Adam mengalami mimpi ngeri kerana menonton cerita seram sebelum tidur. Hihihi... berani tuh!

Penyelesaiannya, peluk Adam. Tangisan akan reda, namun rasa takut mungkin belum hilang. Berikan seteguk dua air untuk menenangkan hati anak.

Jika anak bersedia, dengar apakah mimpi ngerinya. Jangan sesekali memperkecilkan mimpi ngeri anak, kerana bagi mereka, ia adalah benar. Jika tidak, masakan sampai berpeluh dan menangis? Biasanya, mata memang tidak boleh dibuka ketika ini. Jadi, dengarlah cerita anak pada keesokan harinya.

Biasanya Adam akan bercerita dengan panjang lebar. Namun, jika hari telah siang, kebiasaannya logik datang kembali kepada mereka. Adam boleh bercerita bagaimana dia mengalami mimpi yang sama seperti watak cerita yang ditonton sebelum tidur. Insya Allah mimpi ngeri tidak berulang.

Jangan sesekali tidak melayan anak. Ia tidak membantu langsung sebaliknya menyebabkan anak berjauh hati. Marah kepada anak juga akan mengakibatkan anak tidak selesa dan kurang kepercayaan kepada kita. Jangan lupa, mereka mengalami sesuatu yang benar - perasaan takut yang sebenar. Jika kita gagal untuk mendengar, di lain waktu anak tidak lagi akan bercerita kepada kita tentang perasaanya.

Menunggu Hadiah Krismas



Duduk di bawah pokok krismas ni, agak-agak ada tak Mr. Santa singgah nak kasi hadiah? Penat dah menunggu.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Faedah Mengikuti Program Orientasi Tadika

Alhamdulillah, selesai sudah orientasi tadika Adam pada hari ini. 5 jam di persekitaran baru bermula 8 pagi - 1 tengahari. Orientasi tadika? Bunyinya agak pelik, tetapi sebenarnya ia wujud. Khusus untuk pelajar-pelajar yang baru mendaftar untuk tahun depan. 

Hihihi... gah bunyinya, tapi, sebenarnya Adam seorang sahaja pelajar yang baru mendaftar. Yang lain adalah pelajar sedia ada. Pelajar baru yang lain sedang bercuti kot :)

Bagi MA, program orientasi tadika ini sangat bermanfaat kepada ibubapa, pelajar dan juga pihak tadika itu sendiri.

Faedah kepada ibubapa ( MA la tu ), adalah perasaan gembira. Sebab secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada MA untuk lebih memahami persekitaran tadika tersebut. Dapat juga berinteraksi dengan cikgu yang akan mengajar Adam nanti. Sekurang-kurangnya, MA tahu apa yang perlu dijangka dengan perkembangan Adam.

Faedah kepada anak pula, tentulah banyak. Di antaranya adalah yakin diri pada hari pertama persekolahan nanti. Ye la, tentu Adam lebih arif tentang persekitaran tadikanya berbanding pelajar baru yang tidak pernah hadir ke tadika tersebut. Pengalaman Adam akan MA ceritakan di entry lain :)

Faedah kepada pihak tadika pula, tentulah perjalanan kelas akan lebih lancar kerana pelajar dan guru telah berkesempatan beramah-mesra sebelum sesi persekolahan bermula. Apabila perjalanan kelas lebih lancar dan guru boleh handle para pelajar baru, tentulah tahap keyakinan ibubapa terhadap pihak tadika akan meningkat. Pengurangan tahap kegusaran dan kerisauan ibubapa terhadap anak mereka adalah suatu tanda yang positif kepada pihak tadika. Mungkin ibubapa akan bercerita bagaimana profesionalnya tadika tersebut dan ini tentunya satu promosi yang menarik.

Erk... faedah di atas ini adalah secara umum. Nampak macam sudah pro kepada tadika yang dipilih. Hihih... belum lagi... Adam baru sehari trial di tadika pilihan dan 5 jam berorientasi di tadika tersebut. Cuma mengharapkan ini adalah pilihan yang terbaik. 

Persediaan Sebelum Ke Tadika - Orientasi Tadika

Sebelum bermulanya era baru di dalam hidup Adam - rasminya pada 2 Jan 2013 nanti, pihak tadika membenarkan parents menghantar anak ke tadika dua - tiga hari sebelum tadika bermula. Hantar sekejap untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Hihihi... tapi, mama request untuk hantar full day. Bukan apa, leceh kalau hantar setengah hari. Lepas tu, kena ambil dan hantar ke nursery pula. Walaupun jarak tidak jauh, tetapi, rasa agak leceh.

Nasib baik, kerana semasa trial sehari ke tadika tempoh hari, Adam enjoy. Jadi, pengusaha tadika membenarkan Adam dihantar seharian. Katanya, boleh kerana Adam pandai berdikari.

Rasanya, ada benarnya. Anak mama dah besar dan pandai berdikari. Semasa trial tempoh hari, Adam yang pujuk member yang masih menangis walaupun telah seminggu di hantar ke tadika. Hiihi... mungkin inilah bezanya anak yang biasa di hantar ke nursery dengan anak yang duduk di rumah. Mungkin rasa tidak selamat kerana tiada ibubapa bersama.

Walaupun teacher kata Adam pandai berdikari, mama hendak beri peluang untuk Adam beramah-mesra dengan rakan-rakan baru. Mana tau boleh terus dapat bestfriends kat sini. Jadi, tahun 2013 nanti akan bermula dengan jayanya - smooth sahaja kerana telah dapat membiasakan diri.

Saja je, tapi sebenarnya mama nak hantar Adam sekejap sahaja. Mood cuti masih ada. Jadi, dapat hadir 3 jam pun memadailah. Nak bagi feel ke tadika untuk Adam sebelum tahun baru.

Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes


Contest! Hadiahnya adalah domain “xxx.com.my”+ RM20 untuk 3 pemenang. Pemenang ditentukan berdasarkan cabutan bertuah dari random.my.

Blog cik tom ni, kiranya dah ok. Pakcik google pun suka. Banyak info yang menarik yang boleh di cari gali. Blog ringan dan nampak kemas. Tidak berserabut.


Cik Tom pun peramah.... mula kenal semasa baru mula berblog tahun 2010.... hihi... blog tu dah tutup, tapi, cik tom lah follower pertama saya :) Hahaha.... kiranya, sebab peramah dan baik hati tu la yang suka sangat... selain pengisian blog yang ada umph!


Kalau tanya pasal exabytes, sebenarnya tidak berapa tahu. Selongkar sahaja website dia dan terpampang pelbagai produk. Hihihi....



Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.”

Adam Bermain Bersama Adiknya Di Taman Permainan

Adam gembira bermain di taman permainan. Lama tak ke taman kerana hujan yang turun hampir setiap petang. Dapat la 15 minit bermain bersama adik :)

Adik duduk sini ye, abang Adam main kat sebelah.


" Adik! Tengok abang main ni! ".


Baik je adik Adam main kat sebelah tu. Tak de nak gaduh-gaduh atau mengada-ngada nak minta belikan aiskrim :)


Kepentingan Sarapan Pagi Kepada Kanak-kanak

Sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk membantu anak supaya dapat memberi sepenuh tumpuan dan fokus di dalam aktiviti seharian. Yang dipentingkan di sini adalah aktiviti perkembangan minda dan sahsiah anak.

Rata-rata kajian membuktikan pencapaian akademik yang lebih baik bagi pelajar yang mengambil sarapan pagi berbanding dengan rakan yang tidak bersarapan. Ini kerana, setelah badan berpuasa semalaman ketika tidur, glukosa dan glikogen dalam badan tidak diganti. Sedangkan glukosa penting bagi fungsi otak.

Ini adalah di antara menu sarapan Adam setiap hari. Menu wajib adalah sekotak susu atau minuman kultur - owh, solivite dah tak ada card boboiboy free. Biskut atau roti pula bergantung kepada mood Adam untuk makan atau tidak.



Menu ringkas sebegini bagi MA mencukupi bagi Adam kerana pihak nursery menyediakan sarapan seawal  jam 9.00 pagi. Cukup untuk mengalas perut Adam sebelum aktiviti senaman pagi.

Namun, apabila ke tadika, rasanya mama perlu merancang menuyang lebih berkhasiat. Itupun jika Adam berselera makan di pagi hari. Jika tidak, memadailah dengan sekotak susu. Cuma sedikit risau kerana bekal makanan tidak dibenarkan di tadika. Bermaksud mama perlu pastikan keperluan Adam mencukupi sebelum sampai ke tadika. Maklumlah anak dah nak masuk tadika. Kalau boleh biarlah mendapat makanan lebih berkhasiat :)

Tips Penjagaan Gigi Kanak-Kanak – Elakkan Pembentukan Kaviti

Penjagaan gigi kanak-kanak seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh lagi. Iaitu dengan mengamalkan amalan penjagaan gigi yang baik seperti tidak tidur dengan botol susu di mulut. Juga dengan amalan ibubapa yang mengelap gusi anak sebaik sahaja selesai menyusu etc. Hihihi… MA tak amalkan pun. Rasakan akibatnya sekarang :)

Salah satu akibat daripada kurangnya penjagaan gigi yang betul adalah pembentukan karies gigi. Kaviti atau karies gigi akan membesar dan semakin mendalam. Tanpa rawatan yang betul, kesakitan gigi akan dirasai.

Lihat senyuman Adam yang manis ini. Sebenarnya, pada dua gigi arnab ( gigi tengah ) telah terbentuk kaviti. Bukan tidak mahu melakukan rawatan, namun doktor gigi mengesahkan tiada masalah pada gigi Adam. Mungkinkah kami berjumpa dengan doktor gigi yang salah? Rawatan gigi yang Adam terima pada masa itu adalah mencuci gigi. Hihihi…. Putih bersih gigi Adam dicuci. Ingatkan ada rawatan untuk memperbaiki kaviti. Mungkin kerana gigi Adam masih gigi susu, maka doktor menasihatkan kami untuk menunggu sehingga gigi kekal tumbuh.

Walaupun kaviti boleh dirawat, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil :

  • Berus gigi menggunakan ubat gigi berflourida sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Wajib memberus gigi sebelum tidur 
  • Mengamalkan teknik memberus gigi yang betul 
  • Gosok gusi dengan lembut untuk menjaga kesihatan gusi
  • Hadkan makanan dan minuman manis
  • Dapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali.

Bermesra Dengan Maskot Upin Dan Ipin




Bermesra dengan maskot upin dan ipin. Siri animasi kanak-kanak yang bermula pada tahun 2007 ini telah berkembang dengan baik. Niat asalnya adalah untuk mendidik anak-anak berkenaan puasa. Sebab itulah kita dapati ada banyak siri yang bermanfaat di dalam mendidik anak menghayati bulan Ramadhan - Niat puasa Ramadhan, niat berbuka puasa dan apa itu sahur

Kini, dengan berkembangnya jenama Upin dan Ipin, pelbagai produk lain turut muncul - tshirt, beg, dan pelbagai barangan sekolah yang lain. Semoga lebih banyak siri animasi yang bermutu seperti ini akan keluar pada masa hadapan :)


Published with Blogger-droid v2.0.9

Melegakan Batuk Berkahak

Pernahkah anak anda mengalami batuk berkahak? Anak mama ni sering mengalami batuk berkahak sejak kecil. Jika bayi yang berkahak, memang pening dibuatnya. Maklumlah bayi tidak boleh mengeluarkan kahak dengan sendiri.

Alhamdulillah, setelah besar Adam sudah pandai membuang kahak sendiri. Risau juga jika Adam takut untuk mengeluarkan kahaknya. Semasa di serang panas dalam tempoh hari, Adam juga batuk berkahak. Tidur malam sering terganggu. Syukur sangat jika Adam muntah, bermaksud kahak juga akan dimuntahkan. Kemudian, batuk akan lega dengan sendirinya.

Pada awalnya, mama beri ubat mencairkan kahak kepada Adam. Mungkin itulah sebabnya Adam muntah. Proses pengeluaran kahak. Sampai tiga kali satu malam. Di masa lain, jika Adam batuk, minyak panas atau vicks akan disapu di belakang badan, dada, betis dan tapak kaki Adam. Tujuannya agar badan menjadi sedikit panas dan memberi keselesaan kepada Adam.

Mama baru jumpa satu petua mudah untuk mengeluarkan kahak - campuran air halia dan madu lebah asli. Insya Allah MA akan cuba.

Buku Bacalah Anakku - Buku Ketiga

Bacalah Anakku - buku ketiga. Alhamdulillah, tamat juga akhirnya. Sebenarnya, kami baca buku ni santai-santai. Seminggu mungkin 2 - 3 kali. Setiap sesi mungkin 10 - 15 minit. Tak boleh lama-lama, nanti Adam bosan :)

Kali ini nak bercerita tentang senarai semak di buku Bacalah Anakku. Tengok ye... MA snap gambar sahaja. Malas rasanya hendak menaip.


Sebenarnya, MA tidak pernah gunakan pun senarai semak atau penilaian ni. Janji bila-bila masa, MA boleh spot mana-mana perkataan atau ayat pendek, dan Adam boleh sebut, cukup. Belum masanya untuk Adam ada assessment atau sebagainya. Ye la, bacaannya pun santai-santai, rilex-rilex. Takut pressure pulak jika ada penilaian. Hihihi... Sebenarnya, penilaian ini boleh juga dibuat secara santai. Boleh sahaja di spot soalan-soalan perkataan di dalam buku. Cuma MA malas nak buat. Adam nak belajar membaca pun sudah seribu rahmat. Bukan tidak mahu, cuma, bukan pada masa ini. Tapi, Adam memang sukakan buku sejak dari kecil lagi.

Owh... tahun hadapan, Adam akan masuk ke tadika. Lupa pula hendak ditanyakan buku apa yang akan digunakan. Rasanya macam sudah diperiksa semuanya. Hmmm... selagi belum dapat buku di tangan, lupa. 

Review : Dahsyatnya Doa Ibu

Membaca buku Dahsyatnya Doa Ibu, hasil penulisan Syamsuddin Noor memang menginsafkan. Buku setebal 209 mukasurat ini dipenuhi dengan cerita-cerita sejarah berkaitan akibat daripada doa ibu kepada anaknya. Doa baik dan doa buruk yang dimakbulkan tuhan.

Sarat dengan kisah-kisah ahli sufi, pembaca dihidangkan dengan betapa berkuasanya doa seorang ibu - jika terdetik perasaan tidak senang ibu terhadap anak, itupun mungkin diangkat oleh tuhan sebagai satu doa.

Assumption awal sebaik sahaja melepasi bab pertama buku ini adalah kita perlu mendoakan hanya yang terbaik kepada anak-anak. Perkara sebegini yang sering kita terlepas pandang. Tak tahu lah orang lain, tapi MA sering lalai di dalam medoakan anak secara khusus.  

MA rajin memberikan salam kepada Adam - satu bentuk doa yang sangat mudah dan ringkas untuk anak. Sepatutnya, kita perlu lebih khusus di dalam mendoakan anak. Lebih baik jika anak tahu dan faham yang dia telah didoakan. Contohnya, doa-doa yang boleh diamalkan di dalam mendidik anakdoa memohon anak yang baikdoa mendapatkan anak yang soleh, dan teknik berkesan membentuk sahsiah anak. Lagi bagus jika dibacakan sekali maksud doa itu dan disebutkan nama anak-anak ketika berdoa.
Dinyatakan di dalam buku ini, terdapat anak yang sentiasa kebaikan berlaku kepadanya hingga menyebabkan ibunya lalai di dalam mendoakan anak itu. Disebabkan perkara tersebut, satu hari anak itu terjerumus ke lembah maksiat dan dijemput maut pada ketika itu juga. Begitulah ruginya anak soleh tersebut yang tidak mendapat doa ibunya. Kerana sangkaan si ibu adalah anaknya sudah cukup sempurna, tidak memerlukan walau secebis doanya.  
Buku keluaran PTS ini memang menyajikan keinsafan kepada sesiapa yang membacanya. Walaupun isu yang dikupaskan adalah berat, namun gaya penulisan santai yang digunakan membuatkan mesej berjaya disampaikan dengan mudah. Tiada tekanan di dalam men digest kan apakah mesej atau isi yang mahu disampaikan. Semuanya straight forward - betapa pentingnya doa seorang ibu terhadap anaknya. Malah, mendapat doa yang baik dari seorang ibu adalah hak bagi anak.

Dahsyatnya Doa Ibu

Sinopsis :
Doa ibu setanding dengan doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki dan pintu hidayah sepanjang zaman. Justeru setiap anak wajib mentaati, menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi tuhan.

Bestkan? Nanti MA baca dulu ye. Kot ada yang sesuai, kita kongsi.

Tips Mengawal Dan Mengurangkan Rasa Marah Terhadap Anak

Tips mengawal dan mengurangkan perasaan marah terhadap anak. Wahhh.. panjang sungguh tajuk entri kali ini. 

Rasa marah terbit daripada ransangan luaran. Dalam hal ini, jika marah terhadap anak, tentunya marah kerana sesuatu ransangan atau perlakuan yang telah dilakukan oleh anak itu - anak yang nakal, tidak mendengar kata atau sengaja hendak mencari perhatian ibubapa.

Ada kawan bertanya macam mana Adam sangat behave - tidak perlu dimarah-marah apatah lagi dipukul. Sekarang ni memang mama dan papa tidak perlu memarahi Adam. Kerana Adam boleh ditegur. Teguran secara baik dan berhemah insya Allah akan didengari.

Namun, sebenarnya, untuk sampai ke tahap ini, Adam telah dilatih. Ada mama ceritakan bagaimana mama handle perasaan marah terhadap Adam apabila Adam sedikit nakal. Alhamdulillah, cara ini berkesan pada Adam. Rasanya latihan ini dilakukan dari Adam kecil sehingga ke awal tahun 2012. Setakat ini, tiada adengan marah yang melampau terhadap Adam. Tidak perlu memekik-mekik. Cakap dengan baik sudah memadai.

Jika Adam tersedar dia telah melakukan kesalahan, Adam akan cepat-cepat meminta maaf. Mama dan papa latih Adam untuk bersalam dan memeluk kami sebagai tanda minta maaf. Sebagai balasan, jika kami yang bersalah, kami juga perlu meminta maaf, bersalam dan memeluk Adam. Hihihi...

Harapannya, biarlah cara psikologi ini kekal berkesan kepada Adam. Kerana mama percaya, jika kita tabur kasih-sayang dan berlemah-lembut terhadap anak, rasa yakin diri dan kepercayaan anak terhadap kita dan diri sendiri akan terbina. Sebab, jika kita develop perasaan takut dalam diri anak, ada kesan buruknya.  

Doa pelembut hati anak yang degil ini juga boleh diamalkan. Yang penting kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak.

Aktiviti Berbasikal Yang Tertangguh


Aktiviti berbasikal di taman tasik yang terpaksa ditangguhkan kerana hujan gerimis mengundang. So, cabaran menunggang basikal terpaksa dilakukan di lain kali sahaja.

Walau hanya gerimis, terpaksa la menukar plan. Dari aktiviti riadah, bertukar ke aktiviti makan-makan di kedai. Mana taknya, semangat tengah ada, tetapi terpaksa mengalah kepada takdir :)

Upset sikit la Adam yang telah ready dari awal pagi. Sejuk tau mandi pagi-pagi!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jom Join Contest : Fotografi - Ceriakan Hidupmu!


Sempatkah? Harap-harap sempat. Gambar yang dipertaruhkan...



Hhahaha.... atas suggestion KakZakie dari Ultraman Menang ni. Harap-harap. memang Ultraman Menang lah ye :)

Hadiah best yang amat! Agak-agak bahan bacaan untuk anak ke untuk mama? Hahahah......

Buku Latihan Matematik Untuk Tadika



MA update pasal buku yang Adam pilih di dalam gelagat Adam memilih buku semasa di kedai buku tempoh hari. Misinya adalah buku matematik - mungkin kerana Adam sudah bosan mereka soalan matematik dan kemudiannya menjawabnya sendiri. Hihihi....

Buku ini Adam yang pilih. Berdasarkan apa mama tak pasti. Cuma yang pasti, " Book yang ni la mama. Macam best je ". Hihihhi.... Kenapa mama bagi Adam yang pilih? Adam pilih dan tunjukkan kepada mama. Dua buah sebenarnya. Namun, mama rasa yang ini lebih sesuai untuk math newbie macam Adam. Susah juga untuk memilih buku yang sesuai untuk anak.

Buku terbitan Pelangi : RM4.90. Murah sahaja - isi kandungannya meliputi penambahan, penolakan, pecahan. Untuk K2, tiada pendaraban etc lagi. Cukup la untuk memantapkan pemahaman Adam yang masih baru berjinak-jinak dengan matematik ini.

Aktiviti tambah, insya Allah Adam sudah mahir. Aktiviti Penolakan Matematik - masih memerlukan bantuan. Mungkin lama sangat tak practice. 



Oppa Mamak Style


Menu kegemaran. Betul-betul satu Malaysia - mamak style. Selalunya taste Adam adalah western food. Tapi, kalau tosai paper, memang dia suka. Kiranya all time favourite breakfast menu la ni.

" Lagi sedap dari roti canai ".

Tinggi menggunung kan? Adam kata ini mountain. Kira hebatlah Adam boleh makan mountain kan? So far, makan kat Restoran Rasyid ni, belum pernah mengecewakan. Haaa... ter reveal dah nama kedai ;)

Setakat ini, paper tosai ni menduduki carta teratas sebagai menu breakfast. Sengaja update cerita sama, sebab minggu lepas tiada gambar :) 

Paper tosai punya pasal, Adam pernah menangis.

Hadiah Lego

Dari entry santai malam hari, ya.... MA nak update pasal Lego. Hihii... bukanlah nak nyatakan perbezaan Lego asli dengan tiruan, tapi, nak katakan terima kasih dekat anti sebab bagi Adam hadiah ni. 

Cantik sangat. Awesome dan Adam suka. Bila diletakkan bersama dengan Lego yang lain, nampak suit sahaja. 

Ini la keretanya :)



Original dengan tak original, pastilah ada perbezaannya.... nak tau, kena beli sendiri la tengok apa bezanya. Tapi dari educational view nya, sama sahaja. Kebaikan bermain Lego tetap sama. Tidak kira bagaimana workmanship sesuatu barangan itu. Value nya tetap sama di mata budak :)

Terima kasih daun keladi. Lain kali, bagilah lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Gembira!

" Adam happy hari ni mama ".

" Kenapa? ".

" Sebab Anti Suzie kasi Adam ni..... ".

Bukan bunga yang diterima ye.... biskut-biskut tu. Sama sahaja dengan apa yang Adam ada di dalam cabinet dapur, cuma, itulah perasaan seorang budak apabila menerima hadiah. Gembira. Excited! Biar pun hanya sebiji belon sahaja.

Alhamdulillah, tandanya Adam belajar mensyukuri rezeki yang ada. 


Published with Blogger-droid v2.0.9


Sementara Menanti Makan Malam


Seronoknya anak bujang mama melepak depan tv. Sambil menunggu makanan siap dimasak. Mama bentang toto. Siap ambil bantal peluk tu... 

Seronok lepak sambil menonton cerita kegemaran. Walaupun orang kata kita perlu hadkan penggunaan tv untuk kanak-kanak, tv sentiasa terpasang di rumah. Walaupun ketika Adam rajin untuk membaca. Kerana telah terbiasa, maka tv bukanlah satu gangguan yang besar.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Adam Tertangkap

Peter and Jane ni, mama belum beli satu set. Hanya ada sampai no. 3 sahaja. Niat nak beli semua, tapi, nampak on off aje minat kepada buku ini. Kesilapan bermula dari pengubahan ruang study corner Adam dan kemalasan mama untuk mengambilkan buku untuk Adam.

Angin pasang dan surut. Ada tika, Adam rajin. Ada tikanya, Adam hanya rajin bermain :)

Sebenarnya, ini gambar dua bulan lepas. Setelah lama buku ini tidak bersentuh, Adam pegang dan cuba-cuba baca. Inilah kali pertama siri ini disentuh setelah sekian lama. Sejak mendapat homework kedua dari teacher. Hujung tahun ni, tiada homework la pulak dari teacher.



Petua Mengelakkan Anak Menconteng Dinding





Respond dari entry kekangan untuk berkreatif.

Terima kasih untuk yang bertanya. MA cuba jawab seikhlasnya. Namun, disebabkan setiap individu itu unik dan berbeza, hasilnya mungkin berbeza.

Namun, it's works untuk Adam.

Buku pertama Adam dibeli semasa berumur empat bulan. Pendedahan kepada buku yang pertama. Tiada rekod pula umur berapa MA mula memberikan colour pencil. Rasanya, dah besar sikit dalam setahun kot.

Adam hanya menconteng di buku dan kertas. Sehingga hari ini, dinding rumah kami masih selamat dari diconteng.

Ada satu masa, Adam mula menghampiri dinding dengan colour pencil di tangan. Risau juga. Apakah Adam akan menconteng dinding? Nampaknya era baru akan bermula.

MA biarkan sahaja sehingga Adam 'tertangkap' ingin menconteng dinding. Kemudian hulurkan kertas dan buku. Dan ajak Adam menconteng kertas sambil diceritakan kenapa dinding tidak boleh diconteng. Walaupun pada masa itu Adam masih kecil, mama cuba menerangkan dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, mama tidak menjangkakan yang Adam akan faham pun.

Proses ini berulang untuk dua - tiga kali rasanya. Mungkin Adam memerlukan sedikit masa untuk men digest apa yang cuba mama sampaikan padanya di waktu itu. 

Mama rasa macam tokey kertas yang kaya-raya pula kerana supply kertas yang banyak kepada Adam yang masih baby. Kami even sediakan satu bundle kertas di sebelah mainan Adam. Kertas dan colour pencil.

Dari situ, memang stok kertas perlu ada. Jika tiada, Adam beralih kepada buku cerita pula. Sayang juga buku mahal-mahal diconteng. Walaupun masih boleh dibaca, rasa sayang buku diconteng.

Ha.. itulah proses yang berlaku. Begitulah adanya dengan Adam. Syukur sangat kerana dia jenis yang mendengar kata. So mommies, penerangan kepada anak perlu dibuat berulang-ulang dan dengan cara yang baik. Jika tiga kali tidak mencukupi, mama akan ulang berulang kali. Ye la... nak marah, Adam baby lagi. Tak logik pula rasanya nak memarahi baby.