Perhimpunan Agung UMNO 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung sekarang ni bukan sahaja menarik perhatian artis-artis glamour tanah air. Adam pun tertarik sama! Bukanlah Adam bersesak di PWTC untuk bersama-sama mendengar ucapan para perwakilan. Hihihi... tidak.

Cuma, kami mendengar sedutan di kaca tv. Cukuplah. 

Yang mama nak ceritakan adalah reaksi Adam apabila mendengar ucapan mereka.

" Kenapa dia jerit-jerit mama? ".

" Owh... bukan jerit. Dia cakap kuat-kuat nak tunjukkan dia bersemangat ".

" Kenapa dia cakap macam tu mama? " - refer kepada wakil yang bersyair.

" Owh... style dia cakap macam tu ".

" Kenapa dia cakap macam sedih mama? ". 

" Owh... dia sedih. Dia nak suruh orang yang dengar sama-sama bersedih ".

Itulah politik Adam. Mereka berhujah, berdebat. Memang tak sama dengan gaya percakapan kita sehari-hari. Hahaha... Fahamkah Adam apa itu politik?

Petua Ibu Mengandung - Buah-buahan

Amalkan makan anggur hitam dan delima. Kata orang, di dalam sebiji delima terdapat sebutir permata yang baik untuk kandungan. Jadi, habiskan sebiji delima sorang-sorang. Jangan kongsi :)

Amalkan memakan sebiji apple hijau sehari. Ia akan mengelakkan anak menerima terlalu banyak jenis alahan / allergy.

Amalan meminum air kelapa - kulis bayi akan menjadi halus dan bersih. Ia juga akan mengelakkan masalah ruam bayi.

Amalkan memakan kurma - insya Allah akan memperbanyakkan susu badan. Ia juga adalah amalan untuk mendapatkan anak yang mendengar kata.

Makanan untuk otak pula adalah kismis, dan kekacang.

Petua untuk ibu mengandung memang banyak. Selagi tidak melanggar syariat, apa salahnya diamalkan.

Rujuk sini untuk senarai buahan lagi.



Makan Luar vs Makan Dalam

Adam, 4 tahun 4 bulan. Tinggi, entah. Berat 15.7kg. Wahhhh.... patut nampak bulat sikit. Naik 700gm. Nak makan, sangat susah. Picky eater la senang cerita.

Makan di kedai, semuanya sedap. Roti bakar pun sedap. Air teh 'o' lagi sedap. Banyak pulak tu makan. Makan di rumah, huhuhu.... permainan lebih bermakna. Jenuh juga. Tapau makanan dari kedai juga tak jalan. Feel tiada kah? Esok cuti, mama try kemas meja makan jadi macam kat kedai ya? Rasanya, meja makan kita lagi cantik setting nya dari kat kedai. 

Tengok ni.... umur hampir mencecah 2 tahun. Food court sahaja. Cerianya!


Tapi memang seronok kalau bawa Adam makan di luar.

Lagak Mendapat Kawan Baru


Lumrah budak. Walau pertama kali bersua-muka, sekali pandang sahaja dah boleh senyum-senyum. Dua kali pandang, dah boleh bermain sama.

Seronok dengan telatah anak-anak. Secara tidak langsung, menghidupkan suasana dengan keletah masing-masing.

Nurani budak-budak - ikhlas. Tiada sebarang agenda tersembunyi.

99 Nama Allah Di Pagi Jumaat

Penghulu segala hari yang ditunggu-tunggu. Walaupun kerana esoknya cuti, sekurang-kurangnya, ada sedikit ingatan di dalam diri.

Sekalikan dengan Doa Dhuha yang merdu dari UNIC.

Kerusi Study Yang Mahal



Kerusi meja ni, masuk dalam The Star bulan Oktober lepas. Menarik sangat dan juga MAHAL. Di luar kemampuan. Walaupun bagus, cukup la yang biasa-biasa sahaja untuk Adam. RM2+++.00 


Lagak Bawa Bekal Ke Sekolah

Adam jarang bawa bekal ke school. Sebab, mama dia malas. Hihihi... Pagi-pagi, mama make sure Adam minum Yakult / Solivite / air coklat. Kalau Adam ada mood, Adam akan makan sedikit biskut. Selalunya, tidak.

Breakfast yang disediakan di school Adam adalah pada jam 9.00 pagi. Kiranya, boleh lah perut Adam bertahan. Hihihih.

Jika di bawa bekal untuk Adam makan, Adam akan bawa di tangan. Jadi, kawan-kawan nampak dan boleh dikongsi bersama. Jika bawa bekal untuk di kongsi bersama teacher, Adam akan sorok dalam beg. Hihii... Cuma akan dikeluarkan apabila teacher pilihan telah bersedia.

" Teacher, saya ada bawa kuih untuk teacher ".

" Mana? ".

" Dalam beg. Nanti saya ambil ".

Hihihih.... Adakah takut makanan diserbu oleh kawan-kawan sebelum teacher sempat menjamahnya?

Doa Bangun Tidur

Nak makan, insya Allah ingat nak baca doa makan. Sudah makan, selalu lupa ;p

Nak tidur, ingat doa sebelum tidur. Bangun tidur, lupa. Huuu...


Pendaftaran Tadika 2013


Harap-harap betullah keputusan ini. Pilih tadika je, tapi memeningkan kepala. 

Sempat bertanya kepada co-owner tadika, " Ada tak aktiviti yang boleh groom personaliti, confidence level anak-anak? ".

" Ada, masa convocation ".

Huuu.... " Anak saya dah kenal nombor, dah boleh baca sikit-sikit. Saya cari tadika yang boleh groom his other side ".

" Insya Allah mama, nanti dia ni akan well-groom".

I'll wait and see :)

MA maksudkan, bila ada perhimpunan mingguan ke, suruh la budak bercerita etc. Time makan, soh la budak yang bacakan doa makan. Latih la budak jadi imam time sembahyang. Dalam kelas, buat la apa-apa aktiviti yang boleh membina keyakinan diri mereka. Minta budak-budak yang jadi leader. Bukan nak tunggu sehingga hujung tahun. Rasanya ada kot, tapi, janganlah ada budak yang tercicir dari merasai semua itu.

Genap Setahun Ber Public

Alhamdulillah, genap setahun dah blog mama ni bertukar status dari private ke public. Beza sangat menulis di private blog dengan di public blog.

Semasa blog ini adalah private blog, mama boleh tuliskan semua sekali. Tiada tapisan. Setelah di public kan, banyak juga entry yang mama tapis dan delete. Tidak sesuai untuk tatapan umum rasanya.

Mulanya, agak stress juga bila tidak dapat menulis dengan sesuka hati. Tapi, lama-lama, mama seronok juga sebenarnya. Jika dahulu, mama tulis dan baca sendiri. Sorang-sorang. Sekarang, walaupun tidak ramai, namun seronok juga apabila ada pembaca dan mula menerima komen. 

Rasanya, mama akan kembali menulis entry personal di blog ini. Selagi tidak menyentuh sensitiviti, tidak salah kan untuk mama bercerita di sini?

Juga seronok kerana my-adam telah dua kali cashout kan nuffnang. Hihihi... walaupun sedikit, lama-lama jadi bukit :) 

Menempuhi Perjalanan Yang Berliku | Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Perjalanan balik kerja hari ini adalah sangat-sangat berliku. Hujan lebat sangat dengan kilat memancar-mancar. Takut!

Mama gagahkan hati meredah hujan untuk ke kereta. Kesian memikirkan anak mama yang berada di nursery. Teacher akan peluk ke bila guruh? Hihihi... of course la kan. Mama je risau.

Perjalanan hari ni penuh liku. Kenapa? Banjir kilat. Jalan yang biasa dilalui dinaiki air. Tak terdaya la kereta comel mama nak meredahnya. Nak u-turn, jalan penuh. Mama teruskan juga, masuk satu lorong dan pusing balik. 

Alhamdulillah, Adam selamat bersama mama di dalam kereta. Namun, jalan balik telah ditelenggami air. Sekali lagi kami berpusing. Melalui kawasan berbukit. Syukur, jalan ini tinggi dan selamat dilalui.

Sesungguhnya, perjalanan balik kerja pada hari ini sangat lah mencabar. Next time, mama akan tunggu sahaja di opis sehingga hujan reda. Moga-moga dengan redanya hujan, maka banjir akan surut. Isnin lepas juga banjir kilat di sini, namun masih mampu diredah. Hhuhuu...

Yakult vs Solivite

Adam minum yakult. Untuk breakfast dan petang setelah balik dari nursery. Kiranya, minimum 2 botol sehari la Adam minum. Maksimum 3 botol ketika hari cuti. Lebih-lebih, mama tak benarkan. Maklumlah, walaupun less sugar, tetap terasa kemanisan hidupnya :)

Cuma, semalam, agak terkejut juga apabila Adam minta solivite. Yakult? " Dah bosan. Berenti sekejap! ". Hihihi... pandai juga budak ni. Jenuh kot tekak merasa benda yang sama setiap hari.

Sponge Bob Square Pants

Hasil kreativiti Adam dari sini.


Bermain HotWheels

Kereta HotWheels papa banyak yang telah bertukar tangan. Kebanyakannya kini adalah milik Adam :)

Bagi yang kurang gemar, mungkin tidak menyangka kereta HotWheels yang murah ini menjadi idaman pengumpulnya. Hihihi... bukanlah yang bersepah di kedai tu. Tapi, yang limited edition punya. Treasure Hunt. Mama pun tak reti.

Kini, setelah harta papa itu kami perolehi, menjadi aktiviti wajib mama bermain kereta dengan Adam. Main hot wheels lebih mudah berbanding nak bermain ultraman :)



Mumia Sungai Congkak



Adam mendiamkan dirinya.


Melepaskan diri macam Hulk!





Tamat sudah siri Sungai Congkak!

Berebut Gula-Gula Di Sungai Congkak


Masih cerita Family Day. Kali ini kisahnya adalah pertandingan merebut gula-gula.

Rebut gula-gula hanya berdasarkan warna yang telah ditetapkan. Adam dapat merah.


Betapa meriahnya kanak-kanak berebut.

Adam pilih gula-gula merah.


Yang pertama selesai. Kami menunggu peserta lain selesai mengutip. 



Gembira sangat dengan hasil yang didapati.



Walaupun tak menang, happy dengan hasil tuaian sendiri :)

Colouring Contest @ Sungai Congkak

Family Day @ Sungai Congkak.

Masih berkisar di sekitar Family Day office mama. Event dirancang untuk setengah hari. Selepas lunch, masing-masing bebas untuk bermandi-manda atau berbalik ke tempat asal masing-masing.

Entry ini hanya hendak bercerita tentang pertandingan mewarna. Ada 4 kategori : 
  • <= 2 tahun
  • 3 tahun < x <= 6 tahun
  • 7 tahun < x <= 9 tahun
  • 10 tahun < x <= 12 tahun

Pertandingan berjalan serentak. Lately Adam agak obses dengan Halloween. Entah dari mana dan bagaimana. Jika mewarna, pilihan colour adalah agak pelik - dull sahaja, atau terus hitam ala-ala gothic. 

So, sebelum pertandingan dimulakan, mama bawa Adam melihat hadiah kemenangan. Hihihi... motivasi la konon.


Haaaa... kalau nak menang hadiah tu, kena colour cantik-cantik. Jangan buat macam Halloween. Mulanya, nampak berkesan. Namun, sebaik sahaja pertandingan dimulakan, Adam ralit melihat kanak-kanak lain mewarna.

" Colour Adam. Colour. Jangan tengok orang ".


Walaupun bermula dengan perlahan, akhirnya Adam colour juga.


" Anak friend mama yang dalam blog! ". Adam dapat mengenalpasti seorang abang. Yang disebelah itu adiknya. Mungkin Adam tidak perasan, sebab mama jarang tunjukkan entry si adik pada Adam. Mama lagi suka menunjukkan telatah si abang mewarna atau belajar :) Sekadar motivasi diri kepada Adam.


Yang ini pula adalah kawan pertama yang Adam dapat semasa event ni. Sibuk bermain. Agak-agak, kalau tempat ini luas, berlarian la berdua bermain. Kreatif juga dia mewarna. Warna-warni!

Yang di bawah ni, lagak Adam mewarna.




Walaupun permulaan agak slow, akhirnya, Adam mula serasi. Buat seperti rumah sendiri. Susah mungkin kena tunduk untuk mewarna. Baikla meniarap terus. Siap naik kaki :) Sayang pula kerana gambar ni blur.


Keputusan diumumkan. 


Terima kasih untuk juri yang memilih Adam. Hahaha. 

Yang pastinya, seronok mama dan Adam kenduri KitKat dan Mister Potato.

Family Day @ Sungai Congkak

Sabtu lepas, office mama telah menganjurkan satu Family Day dengan jayanya. Kami convoy ke Sungai Congkak. Adalah dalam 16 family. Tidak ramai, namun cukup untuk merapatkan silaturrahim di antara kawan-kawan.


Mama excited untuk bawa Adam mandi sungai. Kiranya kali pertama la kami ke sini. Bak kata Adam, kalau air sungai tu bersih, boleh la mandi. Kiranya, mungkin percaturan kami silap. Merancang untuk membawa anak-anak back to the nature pada musim hujan. Hujan mencurah-curah sejak sebelum subuh lagi. So, harapan untuk bermandi-manda musnah. Hihihi...


Dek kerana hujan, semua bersesak di dewan terbuka. Breakfast tidak disediakan. Namun, masing-masing telah siap sedia dengan bekalan masing-masing. Kami hanya membawa sandwich telur, nasi goreng dan kuih. Yang meriahnya, sebaik sahaja makanan diletakkan di atas tikar, tiba-tiba, pelbagai hidangan lain menyusul. Ada karipap, bihun goreng, nasi lemak, puding, nugget dan sosej. Rajinnya semua orang! Macam picnic :)


Walaupun cuaca gelap dan mendung, gembira kerana terpancar keriangan di wajah anak. Seronok kerana mendapat ramai kawan. 

Bayangkan jika mereka bebas berlari di kawasan terbuka? Sedangkan bersesak-sesak pun dah cukup menggembirakan hati.

Baby Syakir - nasib tak nangis. Abang Adam asyik dok cium-cium je.



Kiranya, walaupun cuaca amatlah tidak menyebelahi kami, namun majlis berjalan lancar. Tq friends for all the hard works. 

Owh... hujan berhenti menghampiri ke tengahari. Ramai juga yang turun mandi-manda. Kami terus membawa diri kerana ada komitmen lain yang menanti.

Doc McStuffins - Theme Song - Time For Your Check Up

Antara cartoon favourite. 


Mama perasan Adam memang suka menyanyi lagu-lagu dari cartoon kegemaran. Bagus juga. Boleh perbaiki listening skills. Juga dapat menambahkan vocab baru. Perbetulkan sebutan lagu Adam memang menyeronokkan. Sebab, kadang-kadang, mama yang salah nyanyi. 

Owh... lagu-lagu Doc McStuffins ni sedap-sedap tau. Banyak pulak tu lagu dia. Pendek-pendek, sesuai untuk budak-budak belajar vocab baru :)

Time for a Checkup:

Time for a checkup - Time for a checkup. 
I am gonna Check your ears, check your eyes, find out how much you've grown. 
(Time for a checkup) 
Then I listen to your heart beat, fix you up - ready to go. 
(Time for a checkup) 
It's ok if you wiggle. This will only tickle a little. 
Time for a checkup - Time for a checkup.

Doc McStuffins - Opening Theme

Seronok tengok tv sekarang ni. Masa mama kecil dulu, mana ada astro. Pastu pulak, mana la mama tau nak tengok educational cartoon ni sangat. Zaman-zaman tu -- hihihi.... lupa dah cartoon apa yang mama tengok.

Cuma teringat zaman sekolah rendah tengok Oshin, cerita yang main volley ball tu - summersault. 

Cartoon ni, mama layan dengan Adam. Seronok tau. Lagu-lagu dia pun best!


Opening Theme
The Doc is in, and she'll fix you up. If your a toy then your in luck.
It's okay, don't be afraid the Doc really knows her stuff!
Doo, doo, doo you know whats good for you?
The Doc is gonna help you feel better.
Oh, oh, oh its the place to go when you feel a little under the weather.
Let Doc McStuffins do her thing, to let you get right back in the swing.
Doc McStuffins, Doc McStuffins
Come and let the visit begin, the Doc is in-
Doc McStuffins, Doc MCstuffins
come and let the visit begin-
The Doc is in.

Add And Minus


Video terperam lama di dalam inbox. Macam kurang menarik, tapi, tak jumpa yang lebih menarik. Hihii...

Breastfeeding And Weight Loss


Alhamdulillah, bayi telah pun lahir! Jadi, inilah masanya bagi pepatah ini - makan untuk dua orang. Eh? Baby dah keluar la.... kenapa baru kena makan untuk berdua? Kerana baby menyusu!

Badan ibu mengandung sememangnya menyimpan lemak-lemak di sini sana. Tujuannya adalah supaya ibu  mengandung mempunyai cukup tenaga untuk menyusukan baby setelah ia dilahirkan. Lemak-lemak yang tersimpan itu adalah sumber tenaga yang banyak untuk membolehkan penghasilan susu mengikut kehendak baby. Semakin kerap baby menyusu, semakin banyak pembakaran lemak dilakukan kerana proses penukaran zat makanan kepada susu memerlukan lebih 500 - 700 kalori berbanding keperluan biasa.

500 - 700 kalori yang extra itulah yang ibu makan untuk anaknya. Matlamat utama adalah untuk membekalkan susu yang mencukupi untuk baby. Namun yang lebih indahnya, disamping mengeratkan bonding ibu dan anak, 250 kalori turun terbakar setiap hari. Seolah-olah ibu sedang melakukan 30 minit senaman cardio setiap hari. Untungnya ibu menyusu!

Bayangkan gabungan penyusuan anak, diet pemakanan yang seimbang dan sedikit senaman. Wow! Silap-silap lebih gorjes dari sebelum mengandung :)

-- maknanya, kalau tak menyusu/tak mengandung kena la buat cardio untuk kurus :)

Macaroon Owh Macaroon

Yum yum... sedapnya mama makan macaroon. Walaupun manis, sesekali, memang seronok. Selalunya, memang mama makan sorang-sorang. Papa mungkin akan jamah satu. Adam tak pernah nak try.

Alkisahnya aritu papa beli macaroon. Macam biasa, mama makan dengan gembira. Sebab dah malam, makan satu je. Adam try juga satu. Balance, mama nak makan esok la konon.

Esoknya, mama makan sambil tengok tv. Teringat juga la kepada anak manja bujang mama. Mesti tak nak kot. 

Rupa-rupanya, nak!!! Siap marah sebab mama habiskan.

" Kita kena share kalau ada benda yang sedap-sedap ".

" Selalu taknak ".

" Sedap! ".

Aishhh... jenuh nak memujuk. Unpredictable. Selalu taknak. Kadang-kadang macam tu la...

Jadinya, beli lagi macaroon. Sebab sudah berjanji... Tapi, Adam tak mahu share. Huuhuhu....

Berkreatif Dengan Sand Art

Lamanya tidak ber sand art. Padahal, ia adalah hiburan yang murah dan mudah. Namun, sangat menggembirakan. Sediakan barang-barang, dan wallah!!! Sampai tertiarap nak menyiapkannya.


Agak kemalasan nak keluarkan meja, jadi Adam ber sand art di lantai sahaja.


Tapi, macam biasa... yang hujung-hujung mama kena bantu. Adakah gambar pilihan terlalu besar? Rasanya hanya party size sahaja. Tak pernah pula jumpa yang lebih kecil daripada ini.


Bila anak dah start meminta tolong untuk sama-sama berganding bahu menyiapkan hasil kerja seninya, ibubapa perlu membantu. Ia adalah untuk mengelakkan anak menyimpan perasaan negatif di dalam dirinya. Tiada yang sudi membantu di kala anak di dalam kesusahan. Nampak remeh, namun, itulah kesusahan pada anak kecil. Sekurang-kurangnya, walaupun dengan pertolongan yang minima, anak sedar yang ibubapa mereka sentiada ada untuk membantu.

Hasil akhir? Hihihihi... tengok proses je la. Lupa nak snap sponge bob yang colourfull :)

Bacalah Anakku : Bacalah Adam Ku

Sejak menggunakan buku pertama hari tu, buku kedua mengambil masa yang cepat untuk dihabiskan. Benarlah kata orang. Yang pertama adalah yang paling susah. Bukan susah untuk dihadamkan, susah bermaksud memerlukan masa yang agak lama untuk memahami konsep. Jadi, jika mengajar sesuatu yang baru kepada anak, biarkan dia mengambil selama mana masa yang diperlukan. Jangan putus asa jika anak lambat berbanding anak orang lain.


Alhamdulillah, buku kedua dihabiskan dalam masa yang pendek. Saja mama lengahkan membaca buku ketiga kerana mama takut Adam bosan pula. Disebabkan Adam yang over excited nak memulakan buku ketiga, maka dengan rasminya buku ketiga dibaca.


Surprisingly, Adam managed untuk baca sendiri sehingga ke muka surat 6. Phew... Saja mama nak test. Walaupun mulanya Adam takut-takut kerana belum pernah membaca buku ketiga ini, mama yakinkan Adam yang Adam boleh membaca. Kerana sehingga ke muka surat 6 ini, suku kata baru yang diperkenalkan adalah "ma", "mi", "mu", "ta", "ti" dan "tu". Mungkin kerana telah mula biasa dengan pattern di dalam siri ini dan juga telah tahu bunyi "m" dan "t" yang memudahkan proses tersebut.

Sebenarnya, siri buku ini tidaklah kami baca setiap hari. Takut bosan jika itu menjadi santapan setiap hari. Untuk mengelakkan bosan, mama gunakan ini. Ada mama ceritakan di sini, tapi, tiada gambar disertakan.


Mama tuliskan semua suku kata yang terdapat di dalam buku pertama di dalam satu flip-flap book, dan penambahan suku kata baru di dalam buku kedua di dalam satu lagi flip-flap book. 

Bunyi yang terhasil kadang-kala akan membuatkan kami gelak sakan. Kiranya semacam silly words yang keluar. Permainan seperti ini akan membuatkan Adam dan mama seronok. Secara tidak langsung, penggunaan buku yang sama akan dapat diminimakan.

Untuk buku ketiga, masih belum sempat dibuat lagi. Almaklumlah, mama beli start dengan buku ketiga sebenarnya. Cuma Adam yang teruja dan dia berjaya. Yang penting, biar Adam yakin dengan diri sendiri.

Life Is Short, Make It Sweet

Baru lepas mandi. Pantang nampak camera :)


Buku Ladybird : Dulu Dan Sekarang

Sudah beberapa minggu hunting di MPH mencari buku Ladybird. Mama cari siri seperti ini. Buku ini keluaran awal tahun 1993 dan pihak MPH memaklumkan mungkin sudah tidak akan di reprint lagi. Owhhh.... Padahal, buku-buku tersebut masih relevan content nya untuk zaman ini dan bila-bila.

POPULAR masih belum diterjah lagi. Mungkin masih ada saki-baki yang masih belum terjual. 

Seingat mama, tahun 2002 buku-buku tersebut boleh masih boleh diperolehi. Namun, hendak dibeli ketika itu, mama pun belum kahwin dan tiada kepentingan rasanya. Nak dibaca sendiri? Tidak la kan...

Masih boleh lagi jika nak beli buku-buku tersebut. Mama ada jumpa. Tapi, bukan di bookstore. Dah jadi vintage book. So, harganya MAHAL. Tak pe la... dan belum terarah untuk membeli online from over the sea. Hihiihi.. Masih banyak lagi buku keluaran publisher lain kan...

Yang senang dicari pada masa ini adalah siri ini



Terjah mana-mana bookstore pun ada. Content dalam masih sama ketika zaman budak-budak dulu, cuma cover nya telah diperbaharui. Lebih cantik. Agak-agak memang senang entah berapa keturunan la penulisnya kan. Buku bagus, sampai bila-bila pun orang beli.

Gambar Passport - Persediaan Ke Tadika


Badan Kembali Ke Bentuk Asal Selepas Bersalin

Mengandung sembilan bulan ( bagi kebanyakan orang ) tentunya akan banyak merubah bentuk badan seseorang bakal ibu. Selain perut yang membesar, bahagian-bahagian tubuh yang lain turut berkembang pesat. Alangkah beruntungnya bagi ibu yang hanya perut sahaja yang terjojol keluar. Lain-lain anggota lebih kurang sama ketika tidak mengandung.

Lemak-lemak yang dikumpulkan di bahagian badan, lengan, peha dan sudah tentunya perut dan punggung tidak boleh hilang dalam sekelip mata. Semuanya perlukan masa dan usaha. Beberapa kilogram akan hilang serta-merta selepas bersalin - darah, air ketuban, uri dan tentunya baby. So, beberapa kilo yang hilang itu tentunya adalah berita yang menggembirakan. Namun, bagaimana dengan selebihnya?

Ibu yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi mungkin akan berjaya mengurangkan berat badan di dalam masa berpantang. Namun, bagi kebanyakan wanita, ia mungkin mengambil masa dalam enam bulan hingga setahun. 

Jadi, kepada average moms, terpaksa la berusaha lebih sedikit untuk meningkatkan kadar metabolisma. Senaman ringkas dan penyusuan ibu akan membantu mempercepatkan pembakaran lemak-lemak degil. Selamat tinggal lemak degil! 

Jom cuba set bersalin Shaklee =)
Boleh contact seperti di bawah ye.


Ida 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 954336]
ida.adyani@gmail.com
whatsapp : 012 629 5415

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Riang-Ria Di Desa Water Park

Jalan-jalan merayakan Deepavali di Desa Water Park. Kami datang beramai-ramai tepat jam 12.00 tengahari. Cuaca panas hanya sebentar, kemudian hujan melanda.

Tiket dewasa RM30, kanak-kanak RM20. Entah dah berapa kali naik harga tiket ni. Makanan pula - nasi lemak, bihun sup, mee rebus  - pukul rata semua RM5 per item. Tapau nasi dari rumah tak dibenarkan ye.

Memang enjoy, dan yang penting dekat - Jalan Klang Lama. Lain kali, jom reramai pergi. Kalau setakat kami tiga beranak, kurang la syoknya :)

Adam baru turun dari water slide sorang-sorang. Berani pulak budak ni...


Siap sedia dengan water gun di tangan.


Sebahagian ahli rombongan kami.


Perang bermula.


Itu uncle kucenmaster


Adam santai bersama wan dan anti sementara mama hanyut melayan ombak :)


Ramainya orang di laut buatan ni.


Details rujuk sini.