Ice cream Malaysia. Lama tak makan. Kali terakhir bila, entah, zaman kecik-kecik dahulu. Walaupun sedap, tidak terfikir la mama nak membuatnya. Sehinggalah ...
Asal main di playground, mesti nampak budak-budak sedang asyik menggonggong dan menghisap ice cream Malaysia ni. Macam-macam perisa - milo, oren, asam boi dan entah apa lagi. Adam yang tidak biasa dengan ice cream tu asyik merenung. Mama perasan yang Adam merenung dari seorang ke seorang budak yang sibuk makan ice cream tu.
Ada yang jual, tapi risau nak membeli. Risau jika airnya tidak dimasak.
" Apa tu mama ? ".
" Ice cream ".
" Buy kat mana? ".
" Takde jual, kena buat ".
" Buat la! ".
Malamnya, mama gantikan dengan Mc Flurry Oreo. Bolehlah, tapi tidak melenyapkan ingatan Adam pada ice cream panjang tu. So, russhing ke Giant. Huhuhu... plastic ice cream tidak dijual. Hendak ke tempat lain, jam dah pukul 10 malam. Solution lain - message kepada kawan-kawan. Siapa ada plastic ice cream? Hihihi... nasib baik dapat. Lega.
Setelah dapat ice creamnya, dua hari berturut Adam bawa ke playground. Haaaaa! Adam pun ada tau!
Makan kali pertama, nak gigit pun tak tau. Mama potongkan dapat hisap sikit. Akhirnya, jatuh kerana tak pandai nak pegang. Hahahah...