Tahun 2012 kita sambut Merdeka Raya! Sama lah macam tahun lepas :) Kenapa? Kerana sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 55 pada tahun ini jatuh di dalam bulan Syawal. Merdeka! Merdeka! Sudah lama tidak melihat iklan merdeka Petronas. OK. Iklan-iklan Petronas selalunya sangat gempak dan menusuk ke kalbu.
Jika sewaktu kecil dulu, ayah MA selalu membawa kami adik-beradik ke perarakan Merdeka. Melihat perbarisan. Ayah juga bercerita tentang sejarah kemerdekaan. Both grandfather & grandmother wan Adam adalah pendidik. Jadinya, pendekatan yang diajarkan kepada kami semasa kecil dulu semuanya macam cikgu dengan muridnya. Semuanya diajar tentang moral, sebab dan akibat. Jadi, walaupun bersesak-sesak di Dataran Merdeka, wan bawa juga untuk anak-anak menghayati erti kemerdekaan.
Adam? Mama teringin juga hendak bawa Adam ke tempat-tempat yang sering mama kunjungi dulu - Dataran Merdeka semasa malam kemerdekaan dan perbarisan, musium dan tugu negara. Memang ingin menyemai semangat patriotik ke dalam jiwa Adam. Cuma, masanya belum sampai untuk kita berada secara fizikal di sana. Insya Allah, kita tengok di tv sahaja lah.
Ada beberapa hari sahaja menjelang sambutan kemerdekaan. Rasanya, tiba masa untuk mama mengorek kostum merdeka di dalam stor! Jika dua tahun sudah, Adam pasang bendera di kereta dan motornya, tahun ini belum pasti apa yang Adam mahu. Kelakar. Dua tahun sudah, semangat merdeka Adam datang selepas bulan kemerdekaan. Sangat susah untuk mama mencari jalur gemilang kerana kedai kehabisan stok dan bukan musim merdeka. Akhirnya, mama jumpa jalur gemilang di kedai buku. Lega. Rasa macam ada entry, cari-cari tak jumpa :(