Nama hari dalam seminggu boleh diajar sejak umur muda lagi. Kenapa sibuk nak mengajar Adam tentang hari? Adam belum bersekolah, namun, pengetahuan tentang hari ini penting supaya Adam boleh expect apa yang akan berlaku pada hari tersebut. Anak bujang mama ni, cuma tahu ada 2 hari je, iaitu hari yang tidak perlu ke school dalam seminggu. Saturday and Sunday = weekend = CUTI. Hari-hari lain susah juga untuk Adam ingat. Yang dua ni, memang Adam ingat la kan. Asal hujung minggu, bangun dengan ceria " Hari ni cuti ke? ". Muka cukup berseri-seri. Seolah-olah apabila cuti ni, lepas la dia dari segala beban. Huhuhu...
Kesimpulannya, weekend dia pass dah. Tapi weekdays kadang-kadang ok, kadang-kadang tidak. Mungkin sebab tiada beza weekdays bagi Adam. Hari-hari kena bangun pagi, bersiap ke nursery aka school. Jadinya, tiada beza Isnin – Jumaat.
Owh… Jumaat ada beza. Ye. Adam ingat Jumaat. Sebab? Swimming
lesson dan esoknya adalah cuti.
Sabtu dan Ahad adalah hari dimana Adam akan bangun dan terus
tanya “ Hari ni cuti ke mama? “. “ Ye, hari ni cuti “. “ Owh… Adam nak main PSP
la mama. Kan cuti “. Masha Allah. Kalau grandmother wan yang dengar, rasanya
dia akan kagum dengan Adam. Kecil-kecil dah cukup berdisiplin. Main game hanya
pada hujung minggu! Hakikatnya, Adam main setiap masa. Cuma, weekend, dia liat
nak pegang buku. Alasan, CUTI. Hahahaha…..
Tapi, kalau hari biasa, dah jadi rutin kot. Pegang-pegang sentuh-sentuh buku. Kadang-kadang, memang dia buat. Kadang-kadang acah aje. Tapi, lepas tu.... main game. Tak pulak rasa weekdays tak boleh main. Huhuhuh....
Cuma, bezanya, dia akan minta permission untuk main. Buat muka sedih dan minta. So, hati mana yang tak cair. Kesimpulannya, Adam tetap main tak kira hari apa pun. Bukan nak suruh Adam menghafal nama hari, cuma, nak bagi awareness sikit. Ada tujuh hari dalam seminggu!
Mungkin boleh bezakan dengan tv. Isnin - Indra Jonet. Selasa? Rabu? Khamis? Indera Jonet tu masuk dalam senarai sebab Adam suka tengok :)
Agak-agaknya, apa cara untuk mama ajarkan nama-nama hari kepada Adam? Empat hari yang lain tu, tiada beza bagi Adam. Sama sahaja.
Good effort!congrats Mama Adam, :)
ReplyDelete