Math Geeks - Sukanya Operasi Tambah

Sejak diperkenalkan kepada operasi tambah minggu lepas, Adam sangat suka membuat operasi tambah. Ye la, benda baru belajar.

Cuma, sekarang ni, dia lebih suka kepada soalan yang dia create sendiri. Ini first soalan yang Adam create, betul-betul sehari selepas di ajar operasi tambah. 


Susunan masih tak betul. Nampak tak?

3 + = 2 5

Mama biarkan aje. Adam baru nak start, takkan nak terus bagitahu dia yang susunan tu salah. Dia tengah excited sangat tu.

Lepas Adam siap, mama pun ceritalah. Sebenarnya, nombor kena tambah nombor baru boleh jawab. Hihiihi... Tak sure Adam faham atau tidak, tapi, esoknya, dia buat soalan ini pula.



Dah betul kan susunannya. So, mama boleh buat assumption yang Adam faham. Tapi, baru no. 1 - 10. Minggu ni, nak start dengan 11 - 20. Gunakan video ni la kot. Mama dah try minggu lepas menggunakan video ni, nampak ada kesan. Sebab, lepas tengok video kami main kuiz. " Sapa tahu kalo 3 dengan 3 tu apa? ". " Thirty-three! ". " Betul! ". Adam memang dah biasa dengan 1 - 100, cuma belum kukuh. Kalau 1 - 10 tu, memang senang la. Nak naik sampai 20 la minggu ni. Kasi firm sikit pemahaman dia. Owh, kami guna video ni untuk buat ala-ala senamrobik. So, memang seronok. Sekali tak cukup, sebab kejap sangat. 3 kali play lagu yang sama :)

Juga mama ingat nak bagi Adam tengok video phonics di bawah ni. Tapi, Adam kata " Boring! ". 


Hahhahahah..... bukan semua benda yang mama sogokkan kepada Adam dia suka tau. Banyak juga yang dia tak suka. Mama kena surfing sana-sini dan cari yang dia suka. Adam suka video yang laju. Yang slow motion, membosankan. Macam video yang ini. Bosan. Tapi, mama seronokkan dengan melakukan pelbagai aksi. Ye, mama jadi budak. Kawan Adam. Jika Adam menonton video, mama pun sama akan terlompat, tepuk tangan, goyang-goyang, menyanyi etc. Wujudkan suasana yang seronok. Kalau tidak, Adam lari main psp. Hahaha....

9 comments: