Bermain maze. Sudah lama mama teringin nak bermain maze dengan Adam. Rasa macam Adam belum pandai untuk mencuba benda-benda macam ini. Nampak sangat mama dah under estimated anak mama.
Mama jumpa satu site yang menarik. Ada pelbagai maze di sini. Untuk pelbagai peringkat umur. So, dengan riang mama print. Print dan siap laminate lagi. Kenapa? Sebab sekali lagi mama telah under estimate Adam. Mama laminate supaya, jika Adam buat salah, mama boleh erase sahaja dan Adam buat yang lain. Tak perlu mama print banyak-banyak.
Rupa-rupanya, sekali diterangkan, Adam dah dapat macam mana nak main. Hasilnya...
Yang ini untuk beginner. Senang sangat kot. Sekali tengok dah tau dah.
Haaa... yang inilah patutnya level Adam. Intermediate. Tak padam pun marker tu, just tukar marker kaler lain.
Bermain maze ni, nampak seperti membuang masa. Tidak! Walaupun hanya beberapa minit sehari, aktiviti yang menyeronokkan begini adalah cara yang baik untuk membina musle kecil di tangan dan jari anak. Bila muscle ni terbina baik, insya Allah anak akan dapat menulis dengan baik.
Antara kelebihan maze adalah :
- membantu anak membina daya penyelesaian masalah.
- mengajar anak erti sabar.
- membina pemikiran logik anak.
- dan apabila anak fokus melakukan sesuatu, ia akan membina ingatan mereka.
Jadi.... nanti mama print lagi ye Adam.
Utk mengajar anak erti sabar?? Maknanya bukan hnya adam je bagus nih. Untuk mak ni sekali kena main maze pasni..Wakaka
ReplyDeletewah, sangat bagus ni..boleh kasi link untuk permainan ini
ReplyDelete@mak : hahahah.... kalo mak yang buat, sesaat dh siap. x sempat nk bersabar
ReplyDeletea'aa betoi tu.. membina motor anak...
ReplyDeleteentry2 akak mmg mengibau masa lampau la..hehe.. moga Adam jd bijak ea akak, insyaallah cara akak berkesan (^___^)
ReplyDelete