Alhamdulillah, Adam bangun sahur dan berpuasa setiap hari. Setakat ini, mama benarkan ADam puasa separuh hari sahaja. Semuanya kerana ini. Ye, masa itu Adam tak sahur pun. So, masuk angin la kot. Mama siap pesan kepada teacher di nursery untuk paksa Adam lunch.
Sampai menangis-nangis lah Adam tak nak makan. " Adam nak puasa! ". " Mama kata Adam kena makan. Nanti Adam muntah ".
Kesian juga lah kan kalau sampai menangis-nangis sebab dipaksa makan. Mama janji dengan Adam, weekend ni, kita try puasa penuh. Dengan syarat, sahur kena makan lebih sikit. Kalau mampu la... Kalau tak, tak pe la... Baru je 11 hari lepas menyambut harijadi ke 4. Tahun ni dah praktis, tahun depan Adam cuba puasa penuh ye.
School Adam menempatkan 50 orang kanak-kanak. Teacher kata ada 7 orang budak yang ingin berpuasa, tak mahu makan. So, Adam termasuk di dalam kumpulan minoriti itu.
Selalu ada conversation di antara Adam dengan mama berkenaan puasa ni. Sejak Jun yang lalu, mama saja rajin bercerita tentang bulan Ramadhan. Apa yang boleh dan tidak boleh di lakukan. Apa yang baik dan tidak baik. Sedikit sahaja la. Cuma, kita replay movie upin dan ipin berkenaan puasa. Memang suka lah ada movie macam ni. Senang nak explain pada anak.
Tujuan mama sebenarnya, hanya untuk create awareness sahaja tentang bulan puasa ni. Sebab, plan asal ialah tahun depan Adam kena belajar berpuasa. Rupa-rupanya, Adam ter advance sikit dari plan mama.
Alhamdulillah. Semoga Adam membesar menjadi orang yang berguna pada agama dan bangsa.
tahniah adam...semoga blh puasa penuh k..kagum auntie tau
ReplyDeleteSo far, x penuh pun anti.... Janji ada pendedahan, kira ok lah. Maybe next year ;)
Deletecongrats adam!
ReplyDeleteBaru berlatih sahaja
Delete