Sikap dan tingkah laku si
ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya?
Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik,
cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan
oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya bersama wartawan Siti Farhana Adenan.
1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak
boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim
lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi
setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan
roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh
mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.
Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar
kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari
awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan
Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.
2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil
dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur
kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam
kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan
dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar
si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.
3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah,
insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam
suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan
sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang
sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.
4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk
mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan
dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan
mendoakan yang terbaik buat ibunya.
5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji,
marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat
yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.
Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca
surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara
surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman
Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan
amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang
sihat sepanjang tempoh kehamilan.
Antaranya :
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.
mmg info yang menarik ni....boleh di ambil kire ni
ReplyDeleteItulah. Kadang2 tu, kita tahu. Tapi sampai masanya, terLUPA.
Deleteoo..dh kawen n mengandung nnt leh gunakan ni :)
ReplyDeleteSetuju!
Delete