Adam Memotivasikan Dirinya Sendiri

Sudah seminggu di bulan Julai. Buku nursery math 2 ini dibeli untuk aktiviti bulan Julai. Namun, pada minggu pertama ini, mama dapat rasakan yang buku ini akan habis dan khatam dalam masa 2 - 3 hari sahaja lagi.

Kenapa? Kerana lately ni, Adam sangat rajin. " Mama, Adam nak study banyak! ". " OK ". Kembang-kuncup hati mama. Happy. Of course la boleh jika anak nak study lebih.

Walaupun agak pelik, namun mama ikutkan aje. Namun, risik punya risik, rupa-rupanya Adam dah terberkenan dengan buku ini. Yang last sekali tu. Gambar space. 




Owh..... biasanya, jika Adam habis satu buku, mama akan pergi cari lagi 2-3 buah buku untuk Adam. Cuma, buku tu untuk advance level sikit. Bukanlah advance silibusnya, cuma kalau nak ikut steps, Adam kena buat 6 buah buku dulu baru sampai ke buku itu. Nampaknya, Adam perlu menunggu. Bukan apa, mama rasa perlu untuk tunggu ikut steps. Atau jika bersesuaian, boleh la di selit-selitkan aktiviti buku science tu.


Diikutkan pengalaman mama, motivasi diri Adam akan terbantut jika sesuatu aktiviti itu terlalu susah. Senang sangat pun tak boleh, susah sangat pun tak boleh. Owh... mama belilah buku tu nanti. Kesian pulak Adam nak menunggu lama. Belum masuk tadika pun dah kena lalui kerenah birokrasi yang remeh temeh. Hihihi.


Bagaimanapun, mama bersyukur sangat sebab Adam dah pandai memotivasikan dirinya sendiri. Walaupun nampak macam mengharapkan rewards, namun, ia adalah sesuatu yang baik. Bila dah nampak kesan positif pada Adam, syukur!!!!

4 comments:

  1. Alhamdulillah...bagus Adam...teruskan begitu Adam yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapan mama. biar terus bersikap positif. ameen

      Delete
  2. bagusnya adam nih...

    yela, kita mesti lah suke bile ank nk belajar kn :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! nak buku apa pun boleh. as long as dia nak belajar :)

      Delete